Bantuan Pakej Prihatin Diteruskan Sejajar Penjana Tengku Zafrul


Bantuan di bawah Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN) akan berterusan sejajar dengan Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA), kata Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz.

Beliau berkata, terdapat beberapa bantuan di bawah PRIHATIN yang masih berjalan sehingga Jun dan ada yang sehingga September.

“Seperti diumumkan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin minggu lepas, di bawah Pakej PRIHATIN, lebih 2.4 juta pekerjaan diselamatkan.


“Lebih 11 juta rakyat menerima bantuan bagi mengurangkan beban aliran tunai dan lebih 300,000 syarikat dibantu.

“Insya-Allah usaha ini berterusan,” kata Tengku Zafrul menerusi perkongsian Laporan Kelapan Pencapaian Prihatin – Laksana, di laman Facebook beliau, hari ini.

Mengulas lanjut, beliau berkata, PENJANA merupakan pelan pemulihan ekonomi jangka pendek yang akan dilaksanakan dalam tempoh Jun hingga Disember 2020.




Bagi langkah memperkasakan rakyat, tumpuan khusus telah diberikan kepada pekerjaan, kerajaan memperuntukkan hampir RM9 bilion yang akan dimanfaatkan oleh tiga juta tenaga pekerja.

“Bagi perniagaan, pelbagai inisiatif tersedia untuk membantu syarikat bersaiz besar, perusahaan kecil dan sederhana (PKS) serta mikro,” katanya.

Tengku Zafrul juga berkata, selain itu, terdapat beberapa inisiatif di bawah PRIHATIN yang akan dianjakkan kepada PENJANA untuk tujuan pelaksanaan lebih efektif dan demi manfaat kumpulan sasar iaitu Program Pengekalan Pekerja Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) dan konsolidasi program fasiliti dan bantuan pembiayaan untuk perniagaan termasuk PKS.

Beliau berkata, dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang berakhir hari ini, kerajaan mendapati permohonan bagi program tersebut semakin berkurangan iaitu daripada 15,000 seminggu pada April lalu kepada kurang 300 permohonan seminggu pada awal Jun.

“Pengurangan ini dilihat berlaku selaras dengan pembukaan ekonomi pada awal Mei yang kini menampakkan lebih 12.7 juta atau 83.5 peratus pekerja mula kembali bekerja menurut data terkini Jabatan Perangkaan,” ujar Tengku Zafrul.

Justeru katanya, kerajaan telah memutuskan untuk menyatukan Program Pengekalan Pekerja ke dalam program Subsidi Upah yang telah ditambah baik di bawah PENJANA.

Berkuat kuasa 15 Jun, 2020 program Subsidi Upah kini membenarkan majikan memohon bantuan untuk pekerja yang mengambil cuti tanpa gaji.

“Subsidi upah juga lebih bersasar bagi membantu pekerja dalam sektor pelancongan dan sektor-sektor yang masih di dalam senarai aktiviti dilarang semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan.

“Memandangkan bantuan ini diberikan kepada mereka yang bekerja dan cuti tanpa gaji, program Subsidi Upah yang dilanjutkan selama tiga bulan dijangka dapat membantu majikan mengekalkan lebih banyak pekerja dan menyelamatkan pekerjaan, katanya.

Tengku Zafrul berkata, bagi konsolidasi program pula, pembiayaan sebanyak RM7 bilion untuk membantu PKS telah diberikan melalui Bank Negara Malaysia (BNM) dan institusi kewangan di bawah PRIHATIN.

Ini termasuk Bantuan Kemudahan Khas, Dana Agrofood serta Dana Automasi dan Digitalisasi, serta skim kredit mikro.

Beliau berkata, di bawah PENJANA pula, kerajaan menyediakan peruntukan sebanyak RM10.95 bilion termasuk inisiatif pembiayaan sektor pelancongan, PKS, peniaga bumiputera, kontraktor kecil, industri kreatif dan perniagaan mikro.

“Program pembayaran seperti Bantuan Kemudahan Khas, juga Skim Pembiayan PKS PENJANA akan disalurkan melalui BNM manakala program seperti Skim Kredit Mikro akan disalurkan melalui BSN dan juga TEKUN,” kata Tengku Zafrul.

Katanya lagi, Unit Pelaksanaan Dan Koordinasi Stimulus Ekonomi Antara Agensi Nasional (LAKSANA) di Kementerian Kewangan akan terus memantau pelaksanaan langkah dan inisiatif PRIHATIN dan PENJANA yang akan berjalan serentak demi manfaat rakyat.

Secara keseluruhan, Pakej PRIHATIN dan PENJANA bernilai RM295 bilion, dengan RM45 bilion suntikan fiskal langsung, kata Tengku Zafrul. – BERNAMA



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.penangkini.com/2020/06/bantuan-pakej-prihatin-diteruskan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Daftar Ibu Tunggal Jkm Jpw Iwanita Untuk Bantuan Penjana Tunggal Rm300

Daftar Ibu Tunggal Jkm Jpw Iwanita Untuk Bantuan Penjana Tunggal Rm300

papar berkaitan - pada 11/6/2020 - jumlah : 1453 hits
DAFTAR IBU TUNGGAL JKM JPW IWANITA UNTUK BANTUAN PENJANA TUNGGAL RM300 Sebelum anda layak menerima anda perlu memastikan nama anda telah berdaftar sebagai ibu tunggal BANTUAN PENJANA IBU TUNGGAL RM300 Berdasarkan pengumuman kerajaan dalam P...
Keputusan Rayuan Bpn Diketahui Pertengahan Jun Tengku Zafrul

Keputusan Rayuan Bpn Diketahui Pertengahan Jun Tengku Zafrul

papar berkaitan - pada 10/6/2020 - jumlah : 438 hits
unable to retrieve full text content KUALA LUMPUR 9 JUN Keputusan rayuan Bantuan Prihatin Nasional akan dikeluarkan pada pertengahan Jun ini kata Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz Tarikh terperinci akan dimaklumkan dalam ...
Video Viral Paksu Tengku Zafrul Buat Video Call Kepada Rosnizam

Video Viral Paksu Tengku Zafrul Buat Video Call Kepada Rosnizam

papar berkaitan - pada 11/6/2020 - jumlah : 884 hits
Masya Allah nampaknya pilihan yang PM kita TS Muhyiddin a k a abah buat untuk menjawat jawatan terpenting dalam kerajaan yang menguruskan kewangan negara memang tepat ibarat kata orang putih right person for the right time Beliau bukan saha...
Gst Refunds To Begin Next Week Says Tengku Zafrul

Gst Refunds To Begin Next Week Says Tengku Zafrul

papar berkaitan - pada 16/6/2020 - jumlah : 344 hits
The government will be making GST refunds from next week to help companies ease their cash flow KUALA LUMPUR The finance ministry is speeding up the refund of goods and services tax with payments to begin next week Finance Minister Tengku Z...
Penjana Bantuan Sosial Ibu Tunggal Dan Oku

Penjana Bantuan Sosial Ibu Tunggal Dan Oku

papar berkaitan - pada 7/6/2020 - jumlah : 410 hits
The post appeared first on PENJANA Bantuan Sosial Ibu Tunggal Dan OKU Kerajaan telah mengumumkan beberapa inisiatif dalam Pelan PENJANA bagi menjana semula sektor ekonomi Malaysia Lebih Info akan kongsikan maklumat berkenaan PENJANA Bantuan...
Pakej Penjana Tak Bawa Ke Parlimen Boleh Diseleweng

Pakej Penjana Tak Bawa Ke Parlimen Boleh Diseleweng

papar berkaitan - pada 8/6/2020 - jumlah : 341 hits
Pakej ransangan kali ketiga yang dibentang oleh Perdana Menteri Tan Sri Muhyididn Yassin terus mendapat kritikan Presiden KEADILAN Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan pakej ransangan bernilai berbilion ringgit yang diumumkan beberapa hari ...
Selamatkan Rakyat Lebih Penting Berbanding Sasaran Defisit Tengku Zafrul

Selamatkan Rakyat Lebih Penting Berbanding Sasaran Defisit Tengku Zafrul

papar berkaitan - pada 9/6/2020 - jumlah : 622 hits
Tengku Zafrul Abdul Aziz KUALA LUMPUR Defisit fiskal negara dijangka meningkat kepada enam peratus tahun ini dengan pelaksanaan Pelan Jana Kuasa Ekonomi yang diumumkan Perdana Menteri Jumaat lalu Bagaimanapun menurut Menteri Kewangan Tengku...
I Don T Know Of Any Rm5 Bil Injection Into Malaysia Airlines Says Tengku Zafrul

I Don T Know Of Any Rm5 Bil Injection Into Malaysia Airlines Says Tengku Zafrul

papar berkaitan - pada 13/6/2020 - jumlah : 428 hits
Finance Minister Tengku Zafrul Abdul Aziz says the finance ministry is not involved in any bailout to help aviation companies but it will help the industry recover from the effects of the Covid 19 pandemic KUALA LUMPUR The government will n...
Rashford Rayu Bantuan Makanan Diteruskan

Rashford Rayu Bantuan Makanan Diteruskan

papar berkaitan - pada 16/6/2020 - jumlah : 294 hits
PENYERANG Manchester United Marcus Rashford menulis surat meminta kerajaan Britain untuk meneruskan bantuan menyediakan makanan percuma kepada kanak kanak yang datang dari keluarga susah ketika cuti musim panas Kanak kanak susah mendapat ma...
Adun Pkr Lapor Polis Terhadap Pentadbir Facebook Najib

How Tortilla Wraps Are Bringing Low Calorie Meals To Life

Family Camping Journey Kami Repeat Camping Kali Ke 2 Di Owl Eagle Drening Try Tapak Rtt

Sotong Masak Hitam Pedas Resepi Simple Sedap Dan Cepat O

Pati Sembunyi Di Tangki Air Bawah Katil Elak Dicekup

Wifi Upgrades For Smarter Homes Boosting Connectivity And Security

Di Bulan Mulia Ini Jom Bantu Anak Anak Yatim Mendaptkan Pendidikan Terbaik Untuk Masa Depan Mereka

Labour Group Urges Govt To Intervene In Suhakam S Salary Increment Woes


echo '';
Biodata Azqa Aziz Pelakon Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Astro Ria Gandingan Evertts Gomes Peserta Hero Dewi Remaja 2023

Biodata Usahawan Inspirasi Siapa Ezwan Zain Owner Kueh Cafe

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 8 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 7 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Antara Dua Syurga Slot Lestary TV3


Jangan Semakkan Kepala Dengan Perkara Dan Barang Yang Tidak Perlu

Advertise Up To 200 Million Emails

Sibuk Mencari Barang Dekat Nilai 3

Toha Arifin Selamatkan Palestin Chord

Dual Language Programme Malaysia Maksud Senarai Sekolah

Stay Strapped How To Transport A Motorcycle The Right Way