Respon Elok Kumpulan Terbuang Bergabung Dengan Parti Cap A
Saranan bernas dari MSO. Memg itu yg penyokong-penyokong PH harapkan. Biarlah Renegade Bersatu yang terbuang dan anggap diri pejuWANG itu berkolaborasi dgn Amanah. Tak payah dok serang DSAI atau pedulikan PKR lagi sbb dia tak cukup numbers bukan??
Pi lah bergabung antara keduanya dan bina kekuatan sendiri. Tak perlu cari publisiti dgn mengutuk-ngutuk DSAI. Hangpa nak apa? Klau nak lawan PKR pun no hal. Biar jelas musuh nyata ke musuh dlm selimut?
ZUS DIN
Kumpulan terbuang daripada PPBM yang bersama OT95 yang menamakan puak mereka sebagai "Pejuang" tidak menolak akan menggunakan simbol huruf "A" dalam pilihan raya akan datang. Huruf "A" adalah simbol parti Amanah Negara.
Perkara ini disebut oleh Setiausaha Agugnya Marzuki Yahya, bagaimana pun perbincangan lanjut kedua-dua pihak "Pejuang" dan Amanah belum diadakankan lagi.
Cadangan itu menurut Marzuki sekiranya kumpulan terbuang itu dinafikan haknyan untuk mendaftarkan Pejuang, memungkinkan mereka menumpang Amanah?
Sebenarnya elok dan molek sangat cadangan itu. Pilihan parti bersimbol huruf A itu adalah tepat dan kelihatan serasi. Tidak perlu kepada simbol Mata (Keadilan) lagi. Orang Amanah juga boleh bertanding atas simbolonya sendiri. Apa lagi simbol Pakatan Harapan, buang ke sungai Kelang lah, dah tak guna.
Tetapi dalam hal ini saya melihat perlu ada aksi lebih jauh dan mendalam lagi daripada hajat berkenaan. Bagi saya molek kalau kumpulan terbuang itu berkolaborasi terus dengan Amanah. Suatu masa dahulu apabila melihat kelonglaian Amanah saya cadangkan supaya parti itu bergabung sahaja dengan Bersatu bagi menguatkan kedua-dua pihak.
Kini kebetulan Bersatu sudah berpecah, ada golongan terbuang yang hidup melayang-layang macam daun kering, maka moleklah kalau diusahakan agar kumpulan terbuang itu bergabung dengan Amanah. Sama-sama menumpang hidup. Lagipun dilihat kedua mereka serasi dan sehati sejiwa. OT94 menjadi pujaan dan harapan Amanah setelah mereka putus harap untuk melihat kerajaan yang hilang dikembalikan oleh Anwar yang tidak cukup nombor?
Sekiranya kumpulan terbuang itu bersama Amanah, mereka boleh menyusun rancangan untuk membina kekuatan mencari mana-mana negeri sebagai base perjuangan mereka. Saya melihat kebetulan kedua-dua parti itu mempunyai sedikit kekuatan di dua buah negeri, (berdasar jumlah kerusi) satu di Utara dan satu lagi di Selatan. Cuba develop negeri itu sebagai pengkalan mereka.
Untuk melangsungkan jangka hayat kedua-dua kumpulan terbuang dan Amanah, mereka perlu memastikan dalam Piraum akan datang kedua-dua negeri di Utara dan Selatan itu dikuasai oleh mereka. Dengan cara itu kedua negeri itu akan menjadi base untuk mereka.
Kebetulan juga pemimpin utama kedua kumpulan itu masing-masing berasal dari negeri berkenaan.
Untuk bergabung tidak perlu berfikir banyak, soal prinsip, atau ideologi, sebab dalam politik hari ini ideologi itu hanya kosmetik sahaja. Kalau parti berteraskan agama boleh jadi kiucar lanar, apa lah sangat dengan parti-parti tepian lain. Walllahualam. Trims.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://wrlr.blogspot.com/2021/01/respon-elok-kumpulan-terbuang-bergabung.html