Resort Jadi Markas Operasi Syabu Ditumpaskan Pdrm Nilai Rampasan 1 Juta Ringgit



 
SEREMBAN: Polis menumpaskan sindiket dadah dengan penahanan enam individu bersama dadah bernilai RM932,288 dalam tangkapan berasingan di Port Dickson dan Melaka pada 28 Feb dan 1 Mac lepas.
Ketua Polis Negeri Sembilan Mohamad Mat Yusop berkata, suspek terdiri daripada lima lelaki dan seorang wanita warga Vietnam berusia lingkungan 35 hingga 54 tahun, ditahan dalam operasi dijalankan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Negeri Sembilan.
“Hasil siasatan mendapati sindiket ini telah beroperasi sejak dua dan tiga bulan lepas dengan menjadikan bilik di sebuah resort di Port Dickson sebagai tempat operasi kegiatan mereka.
“Sindiket dadah ini dipercayai untuk pasaran ke bahagian selatan, pihak polis juga dalam usaha mengesan saki-baki mereka yang terlibat dalam kes ini,” katanya pada sidang media di IPK Negeri Sembilan.
Memperincikan kes itu, beliau berkata pasukan anggota Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Port Dickson menjalankan pemeriksaan terhadap sebuah kereta jenis Volkswagen di Jalan Sua Betong Air Kuning Linggi, pada 28 Feb lepas.
Mohamad berkata, semasa pemeriksaan itu polis merampas dadah jenis syabu anggaran 801g dan menahan seorang lelaki tempatan.
Susulan itu, pihak IPK Negeri Sembilan mengambil tindakan dengan membuat serbuan ke sebuah resort di Port Dickson dengan menahan seorang lelaki tempatan dan seorang wanita warganegara Vietnam.
“Pada serbuan itu polis merampas dadah syabu dengan anggaran 23.2kg, ketamin (20g), eramin 5 (1g) dan pil estacy (1g), sepucuk pistol angin tiruan dan sebutir peluru,” katanya.
Beliau berkata, jumlah sitaan bagi rampasan seperti kenderaan, wang tunai dan barang kemas dan jam tangan di lokasi tersebut bernilai RM83,835.
Menurutnya, lanjutan daripada kejadian itu, pada hari sama, polis melakukan serbuan di Alor Gajah dan Tanjung Minyak di Melaka dengan menahan tiga lelaki tempatan dan menyita sebuah kereta jenis Proton Wira.
“Polis menahan seorang lelaki tempatan di sebuah rumah di kawasan Taman Mengkuang, Masjid Tanah dan merampas dadah jenis syabu (1.59kg) dan menyita sebuah kereta.
“Kemudian dua lelaki tempatan ditangkap di sebuah rumah di Taman Bertam Perdana dengan merampas dadah jenis syabu (226.4g) dan ketamin (4.9g),” katanya.
Katanya, ujian saringan mendapati semua suspek didapati positif dadah jenis methamphetamine selain lima lelaki tersebut mempunyai rekod jenayah lampau. Bagaimanapun suspek wanita itu tiada rekod kesalahan jenayah.
Semua direman selama tujuh hari sehingga Ahad ini, mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

The post Resort jadi markas operasi syabu ditumpaskan PDRM, nilai rampasan 1 juta ringgit appeared first on MYKMU.NET.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2021/03/04/resort-jadi-markas-operasi-syabu-ditumpaskan-pdrm-nilai-rampasan-1-juta-ringgit/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Rampasan Rokok Seludup Terbesar Rm52 Juta

Rampasan Rokok Seludup Terbesar Rm52 Juta

papar berkaitan - pada 11/3/2021 - jumlah : 314 hits
RAMPASAN ROKOK SELUDUP TERBESAR RM52 JUTAPONTIAN Rekod baharu PONTIAN Rekod baharu Pasukan Polis Marin Wilayah Dua merampas rokok seludup pelbagai jenama bernilai RM52 juta rampasan terbesar dalam sejarah negara selepas menahan sebuah kapal...
Sindiket Dadah Antarabangsa Tersungkur Polis Rampas Syabu Lebih Rm9 Juta

Sindiket Dadah Antarabangsa Tersungkur Polis Rampas Syabu Lebih Rm9 Juta

papar berkaitan - pada 22/2/2021 - jumlah : 743 hits
Polis Pulau Pinang menumpaskan sindiket pengedaran dadah antarabangsa selepas menahan lima lelaki termasuk dua warga Indonesia dan merampas 263 7kg syabu bernilai RM9 49 juta dalam siri serbuan di negeri ini pada Rabu dan Khamis lepas Ketua...
Kilang Jadi Makmal Dadah Polis Rampas Syabu Bernilai Rm3 Juta

Kilang Jadi Makmal Dadah Polis Rampas Syabu Bernilai Rm3 Juta

papar berkaitan - pada 11/3/2021 - jumlah : 404 hits
By Malinda Abdul Malik Malaysia GazetteGEORGE TOWN Tindakan sindiket pengedaran dadah menjadikan sebuah kilang sebagai makmal memproses bahan terlarang itu berjaya dibongkarkan selepas polis menahan empat lelaki semalam Serbuan bermula jam ...
Kong Mou Scammer Vaksin Palsu China Ditahan Selepas Meraih Rm11 51 Juta

Kong Mou Scammer Vaksin Palsu China Ditahan Selepas Meraih Rm11 51 Juta

papar berkaitan - pada 28/2/2021 - jumlah : 233 hits
Pihak berkuasa China memberkas seorang dalang sindiket vaksin palsu di China yang meraih sekiar 2 8 juta ataupun sekitar RM11 51 juta Lelaki tersebut bernama Kong Mou telah menjual vaksin C0 VID palsu Di mana ianya hanyalah saline solution ...
Buka Lebih Banyak Sektor Ekonomi Kurang Kerugian Negara Kepada Rm300 Juta Sehari Kata Tengku Zafrul

Buka Lebih Banyak Sektor Ekonomi Kurang Kerugian Negara Kepada Rm300 Juta Sehari Kata Tengku Zafrul

papar berkaitan - pada 1/3/2021 - jumlah : 217 hits
KUALA LUMPUR Pembukaan lebih banyak sektor ekonomi semasa pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan fasa kedua berjaya mengurangkan kerugian negara kepada RM300 juta sehari berbanding RM2 4 bilion sehari semasa PKP 1 0 Menteri Kewangan Tengku...
Facebook Diarah Bayar Rm2 63 Bilion Selesai Pertikaian Kerahsiaan Dengan 1 6 Juta Pengguna

Facebook Diarah Bayar Rm2 63 Bilion Selesai Pertikaian Kerahsiaan Dengan 1 6 Juta Pengguna

papar berkaitan - pada 1/3/2021 - jumlah : 314 hits
Mahkamah mengarahkan Facebook membayar AS 650 juta bagi menyelesaikan pertikaian kerahsiaan antara gergasi media sosial itu dengan 1 6 juta pengguna di sebuah negeri di Amerika Syarikat Hakim Persekutuan AS memberikan persetujuan akhir terh...
Polis Rampas Dadah Bernilai Rm1 37 Juta Suami Isteri Antara Ditahan

Polis Rampas Dadah Bernilai Rm1 37 Juta Suami Isteri Antara Ditahan

papar berkaitan - pada 2/3/2021 - jumlah : 300 hits
Polis Kuala Lumpur berjaya menumpaskan satu sindiket mengedar dadah selepas menahan tiga individu warga tempatan termasuk pasangan suami isteri Mereka turut merampas pelbagai jenis dadah bernilai RM1 37 juta dalam tiga serbuan di sekitar Ku...
Huawei App Gallery Kini Mempunyai 530 Juta Pengguna Aktif Bulanan

Huawei App Gallery Kini Mempunyai 530 Juta Pengguna Aktif Bulanan

papar berkaitan - pada 2/3/2021 - jumlah : 312 hits
Selepas berubah sepenuhnya kepada Huawei Mobile Services dua tahun lalu App Gallery ialah gedung utama yang digunakan pengguna peranti Huawei untuk memuat turun aplikasi Huawei kini mengumumkan App Gallery kini mempunyai 530 juta pengguna a...
Persaingan Sengit Pemenang Capture Pageview 2 5 Juta

Persaingan Sengit Pemenang Capture Pageview 2 5 Juta

papar berkaitan - pada 26/2/2021 - jumlah : 199 hits
Assalamualaikum semua dihari Jumaat ni mama nak annouce berita baik Hasil Persaingan Sengit Pemenang Capture Pageview 2 5 Juta akhirnya ditemui juga Kali ni memang special sangat sebab mama terima 3 orang yang dapat capture pageview mama wi...
The Transformative Practice Of Yoga Cultivating Mind Body And Soul

Start Your Property Journey Here Malaysia S Real Estate Trends And Opportunities

Gangguan Bekalan Air Dah Okay

Ai As A Career Catalyst Turning Job Displacement Fears Into Employment Opportunities

We Re In Business As Usual Says Sapura Energy

Surah Al Humazah Dalam Al Quran Dan Terjemahannya

Tiada Sebab Klinik Swasta Farmasi Dapat Keistimewaan Sinar Harian 08 05 2025

Anwar Abang Jo To Finalise Key Principles For Petronas Petros Talks


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Free Ferry Services In Penang For Wesak Day

Rafizi To Revive Reformist Spirit Via Hiruk In Battle Royale Against Nurul Izzah For Pkr S No 2 Post

Thailand Beri Amaran Penularan Covid 19 Menjelang Musim Hujan Pembukaan Sekolah

Tips Bajet Harian Cara Jimat Belanja Rumah Tanpa Rasa Tertekan

Rak Essential Oils Diffuser Young Living Yang Comel

Breaking News New Big Recall Now For 500 000 Volvo Vehicles Over Backup Camera Issues