Resolusi Melampau Dong Zong Dangkal Masih Tak Faham Aspirasi Pendidikan


BANGI, 6 Zulhijjah 1441H, Isnin – Kerajaan perlu bersikap tegas dalam melaksanakan dasar dan sistem pendidikan kebangsaan, selain tidak tunduk kepada desakan melampau pertubuhan radikal Cina, Dong Jiao Zong.
Demikian tegas Pengerusi Lembaga Pengelola Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Prof Datuk Dr Awang Sariyan sebagai menyelar tujuh resolusi yang diluluskan dalam Mesyuarat Agong Dong Zong bagi tahun 2020, semalam.
Resolusi itu antaranya menuntut pengenalan tulisan Jawi di sekolah dilaksanakan seiring dengan pengenalan seni kaligrafi kaum lain.
Menurut laporan akhbar berbahasa Cina, Oriental Daily, enam lagi resolusi lain yang diluluskan adalah mengenai semakan semula Akta Pendidikan 1996, menubuhkan jawatankuasa pemantau pendidikan serta penyaluran peruntukan secara adil kepada semua jenis aliran pendidikan.
Pertubuhan pendesak itu turut menuntut kerajaan menyegerakan pengiktirafan Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC), mengembalikan status perundangan Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan (SMJK) dan pengecualian cukai tambahan ke atas pertubuhan tidak berasaskan keuntungan dan institusi pendidikan persendirian.
Mengkritik semua tuntutan itu, Dr Awang berkata, tuntutan Dong Zong mensyaratkan pengajaran kaligrafi bahasa lain jika tulisan Jawi diajar di sekolah sangat tidak logik.
“Jawi ialah tulisan bahasa Melayu dan bahasa Melayu ialah bahasa kebangsaan negara ini.
“Mensyaratkan pengajaran kaligrafi bahasa-bahasa lain di sekolah amat tidak logik kerana bahasa-bahasa lain bukan bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi,”
Beliau turut menjelaskan kekeliruan pihak berkenaan antara tulisan dengan khat atau kaligrafi dengan Jawi.
“Pengajaran tulisan Jawi berkaitan dengan satu sistem tulisan, sementara khat ialah satu cabang seni.
” Bagaimanapun cadangan pengenalan khat dalam bahasa apa pun tiada halangannya tetapi bukan sebagai unsur yang setara dengan Jawi,” katanya.
Datuk Awang Sariyan yang juga Penyandang Kursi Za’ba Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) menyifatkan pemahaman Dong Zong mengenai aspirasi pendidikan kebangsaan yang berteraskan keselarasan kurikulum latihan guru, bahan ajar, penaksiran dan penggunaan bahasa kebangsaan sebagai dangkal.
“Dong Zong ternyata tidak berada dalam alam kenyataan bahawa negara ini ada dasar-dasar kenegaraan yang bertujuan untuk perpaduan dan membentuk jati diri warganegara yang tidak ditandai oleh pemisahan seperti sistem pendidikan.
“Dong Zong patut berfikir dalam kerangka Malaysia. Kelembutan kerajaan selama ini menyebabkan wujudnya sekolah jenis kebangsaaan yang menurut Laporan Rahman Talib patut berakhir dalam tempoh 10 tahun sesudah kemerdekaan,” katanya.
Pada masa sama, beliau turut menyifatkan tuntutan menubuhkan jawatankuasa pemantau sebagai tuduhan berat, seolah-olah Kementerian Pendidikan (KPM) menyalahgunakan kuasa.
“KPM sebagai badan kerajaan tertakluk kepada pelbagai peraturan standard, baik di bawah Jabatan Perkhidmatan Awam mahupun di bawah Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan.
“Yang sebenarnya patut dilakukan ialah pemantauan terhadap SRJK yang tidak selaras dengan sistem pendidikan kebangsaan,” katanya.
Mengulas mengenai tuntutan peruntukan, Dr Awang berkata, peruntukan dana pendidikan perlu diutamakan kepada sekolah aliran perdana iaitu sekolah kebangsaan.
“Kenyataan yang diketahui umum sejak beberapa lama, SRJK telah menerima bantuan yang lebih daripada sepatutnya, terutama kerana isu itu dijadikan senjata setiap kali pilihan raya umum berlangsung,” katanya.
The post Resolusi melampau, Dong Zong dangkal masih tak faham aspirasi pendidikan appeared first on My KMU NeT.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2020/07/27/resolusi-melampau-dong-zong-dangkal-masih-tak-faham-aspirasi-pendidikan/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kemuka 7 Resolusi Bukti Kekebalan Dong Zong

Kemuka 7 Resolusi Bukti Kekebalan Dong Zong

papar berkaitan - pada 29/7/2020 - jumlah : 194 hits
Pelbagai desakan minta ia diharamkan namun tiada tindakan BANGI Keberanian Dong Zong mengemukakan tujuh resolusi meskipun sudah berkali kali mencetuskan kemarahan rakyat memperlihatkan kekebalan mereka daripada sebarang tindakan Walaupun ra...
Dong Zong Takkan Berdiam Diri Isu Iktiraf Uec

Dong Zong Takkan Berdiam Diri Isu Iktiraf Uec

papar berkaitan - pada 30/7/2020 - jumlah : 424 hits
Mahu jumpa KPM untuk tambah peruntukan sekolah vernakular Enggan mengikut gesaan Hua Zong pertubuhan radikal Cina Dong Zong bertegas untuk tetap konsisten dengan pendirian mereka berhubung isu pengiktirafan Sijil Peperiksaan Bersepadu Sebel...
Kalau Hua Zong Dong Zong Desak Lagi Haramkan Saja

Kalau Hua Zong Dong Zong Desak Lagi Haramkan Saja

papar berkaitan - pada 19/7/2020 - jumlah : 268 hits
Kerajaan perlu bertegas dan menaikkan martabat peperiksaan yang sedia ada di malaysia Pendidikan kita kita susun kita atur dan mereka yang mahu berkhidmat dalam negara wajib mendapatkan pendidikan yang disediakan oleh negara sendiri Dimana ...
Bayi Masih Hidup Dijumpai Dalam Tong Sampah

Bayi Masih Hidup Dijumpai Dalam Tong Sampah

papar berkaitan - pada 17/7/2020 - jumlah : 289 hits
KUALA NERUS Seorang bayi perempuan yang masih bernyawa dan bertali pusat dijumpai di dalam sebuah tong sampah oleh orang awam di Pasar Kampung Teluk Ketapang di sini malam tadi Menurut saksi yang enggan dikenali dia menyedari kejadian terse...
Pemandu Mabuk Hukuman Cadangan Kerajaan Masih Ringan

Pemandu Mabuk Hukuman Cadangan Kerajaan Masih Ringan

papar berkaitan - pada 17/7/2020 - jumlah : 327 hits
BANGI 24 Zulkaedah 1441H Khamis Cadangan kerajaan untuk meningkatkan hukuman penjara maksimum sehingga 20 tahun dan denda RM150 000 bagi membendung kes pemandu mabuk dilihat lebih baik berbanding undang undang sedia yang sudah tidak relevan...
Nampak Wanita Buang Bungkusan Tak Sangka Plastik Tu Ada Bayi Perempuan Masih Hidup

Nampak Wanita Buang Bungkusan Tak Sangka Plastik Tu Ada Bayi Perempuan Masih Hidup

papar berkaitan - pada 17/7/2020 - jumlah : 369 hits
Bayi perempuan yang masih bernyawa dan bertali pusat dijumpai di dalam tong sampah oleh orang awam di Pasar Kampung Teluk Ketapang Seberang Takir Kuala Terengganu malam Rabu Bayi yang cukup sifat itu dipercayai baru dilahirkan kurang 24 jam...
7 Orang Anak 21 Cucu Meriahnya Sambut Birthday Che Ta Syukur Ibu Masih Sihat

7 Orang Anak 21 Cucu Meriahnya Sambut Birthday Che Ta Syukur Ibu Masih Sihat

papar berkaitan - pada 17/7/2020 - jumlah : 417 hits
Pelakon Rozita Che Wan baru sahaja menyambut ulang tahun kelahiran ibu tersayang Menerusi akaun Instagramnya Rozita atau lebih mesra dengan panggilan Che Ta berkongsi beberapa foto sambutan tersebut bersama keluarganya Che Ta juga menerusi ...
Apa Agenda Zuraidah Masih Mahu Meneruskan Pilihanraya Pbt

Apa Agenda Zuraidah Masih Mahu Meneruskan Pilihanraya Pbt

papar berkaitan - pada 18/7/2020 - jumlah : 305 hits
Ketika UMNO dan PAS bermati matian mempetahankan ahli politik dari PPBM dan PKR sama ada dalam media sosial mahu pun di dalam Dewan Rakyat yang dituduh oleh Pakatan Harapan sebagai pengkhianat kerana meninggalkan parti masing masing dan mem...
Sudah Separuh Jalan 3 Misteri Masih Menjadi Persoalan Penonton Dalam It S Okay To Not Be Okay

Sudah Separuh Jalan 3 Misteri Masih Menjadi Persoalan Penonton Dalam It S Okay To Not Be Okay

papar berkaitan - pada 18/7/2020 - jumlah : 344 hits
Sedar tak sedar kita dah sampai pun ke pertengahan drama It s Okay To Not Be Okay Naskhah yang banyak bermain dengan emosi psikologi ini ternyata popular bukan sahaja di Korea malahan di seluruh dunia Meskipun dah cecah 8 episod namun masih...
Fines On Sin Chew Sinar Harian An Attempt To Bully Media Says Pas

Sarawak Craft Brewer Withdraws Santubong Beer After Backlash

Aktiviti Ppim Adakan Kunjungan Ke Ibu Pejabat Dermags International 18 09 2025

Ai Team Sementara Batch 1 2025

Pm Anwar Gesa Isu Sempadan Thailand Kemboja Dibawa Ke Meja Rundingan Melalui Jbc

Roti Jala Jelita Jadi Kanvas Seni Di Rasa Layan Curry Fiesta 2025

Rakaman Video Nahas Ufo Dimuat Naik Di Arkib

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Amira Othman Tak Pernah Terlintas Dalam Hati Saya Cemburu Dengan Rezeki Kakak


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Tak Payah Layan Cadangan Mansuh Matrikulasi

Apa Itu Ekyc Kenali Proses Pengesahan Identiti Secara Digital

Pengikut Media Sosial Naik Selepas Jadi Pembawa Dulang Majlis Kahwin Amira Fattah Anzalna Nasir

Hari Malaysia 16 September Sejarah Dan Maknanya Untuk Kita

Amway Wangsa Maju Panduan Lengkap Lokasi Produk Dan Cara Daftar Ahli

Amway Vitamin C Rahsia Tenaga Imun Anda Kekal Padu Sepanjang Hari