Resipi Swiss Hazel Nutella Biskut Viral 2021 Bau Butter Keranggupannya Menggoda
Tiap kali menjelangnya hari raya, tak lengkap juadah jika tak ada hidangan biskut atas meja. Walaupun tak banyak sekurang-kurangnya mesti kena ada juga satu jenis. Tak kisahlah biskut resipi orang dulu-dulu atau pun yang moden.
Bagi tahun 2021 ini, biskut yang trending dan mula mendapat permintaan tinggi adalah Swiss Hazel Nutella. Biskut ini mencetuskan viral dan ramai yang mula nak buat tempahan serta cuba untuk buat sendiri.
RESIPI MENARIK [Siakap Stim Lemon Air Tangan Kak Liza. Terlajak Sedap, Nikmatnya Lain Macam!]
Bagi yang tertanya-tanya apa istimewanya biskut Swiss Hazel Nutella ini, resipi dari Cikgu Azlina Ina pasti tak akan mengecewakan anda. Sekali cuba pasti jatuh cinta dengan setiap kunyahan itu.
Tiba-tiba boom swiss hazel nutella viral ni, kira macam tak terduga sebab niat mak cuma nak RND tu sebab nak bagi anak-anak resepi yang mewah lain dari lain dan sedap. Alhamdulillah!
Resipi biskut ini mak sertakan di setiap gambar. Savelah ya..
Biskut Swiss Hazel Nutella Viral
Bahan-bahannya:
500gm butter (mak guna pure butter)
150gm gula icing
380 gm tepung gandum
310 gm tepung jagung
50gm susu tepung
1 penutup esen vanila
Coklat rice 1/2 cawan
Kacang hazel (bakar separuh masak bukan sampai garing dalam 170 -20 minit gitu lah)
Cara-caranya:
Caranya butter + esen vanila + ising ayak kacau-kacau je. Ya Allah mudah macam ni kalau malas buat memang sengaja la
Tambah tepung, susu lepastu tambah tepung jagung. Akhir sekali tepung gandum cap ros sikit-sikit ke dalam adunan. Pastikan uli doh tu bagi licin. Maksudnya tak lekat kat jari.
Tambah 1/2 cawan coklat rice
Haa jadi macam ni. Maaf resepi mak tak ada isi piping beg kang meletop piping beg hahaa. Kena tekan macam semperit. Senang je kan. Bahan-bahan pun mudah yang amat.
Aha ni ye kod acuan dia. Tak boleh guna acuan semperit sebab? Sebab nanti coklat rice tu tersekat jadi sumbat dah tak cantik. Ni mak beli banyak-banyak sebelum korang habiskan..hehehe
LAGI RESIPI MENARIK [Roti Jala Jelita Cicah Kuah Kari Memang Ngam! 2 Hari Buat Tetap Lembut & Tak Basi]
Ok kalau tak ada macaron mat, atas loyang pun tak apa. Sapu panola atau majerin tapi kalau atas baking paper susah sikit. Kalau ada macaron mat ni senang ikut saiz tu je. Ambil doh sikit, masuk dalam acuan dan tekan dari tengah buat pusingan ke luar. Lepas tu dengan jari penyekkan sikit tengah-tengahnya sebab nak isi nutella.
Paipkan nutella cam gitu ha
Letak kacang hazel aduh mengancam. Belum siap dah woww. Panaskan oven bakar suhu 170 masa 20 minit api atas bawah.
Taraaa siap. Tapi demi Allah biskut ni dengan bau harumnya, rasa garingnya tak tahu nak cakap la sedap sangat-sangat. Dan mak rasa mudah untuk anda nak buat sebab bahan-bahannya pun senang sangat.
Nanti dah pandai niaga elok-elok ya. Kalau kawan tanya bagi je resepi. Tak baik kedekut. Kadang bila kita kedekut Allah akan tarik nikmat rezeki. Kalau tak sekarang pada masa akan datang. Kita bagi je walau masa tu rasa rugi percayalah Allah takkan biarkan orang yang bersedekah tu rugi.. inshaAllah.
Kredit Resipi: Azlina Ina
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
The post Resipi Swiss Hazel Nutella, Biskut Viral 2021. Bau Butter & Keranggupannya Menggoda! appeared first on Pa&Ma.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.majalahpama.my/resipi-swiss-hazel-nutella-biskut-viral-2021-bau-butter-keranggupannya-menggoda/