20 Resipi Biskut Raya Popular Yang Mudah Sedap Sesuai Buat Niaga


Tidak lama lagi, umat Islam akan mula menunaikan ibadah puasa. Maka bermulalah pesta biskut raya. Terdapat pelbagai jenis biskut raya ada dijual di pasaran namun yang dihasilkan sendiri tentunya lebih bermakna. Bagi anda yang tercari-cari idea untuk kuih raya, ini seleksi aneka resipi biskut raya mudah dan paling popular yang wajib ada tahun ni. Anda boleh dicuba. Nak buat niaga pun sesuai.
1. BISKUT SEMPERIT

BAHAN-BAHAN:
185gm gula375gm mentega60gm tepung kastad | diayak60gm tepung jagung | diayak375gm tepun gandum | diayak1 sudu makan esen vanilla1 biji kuning telurCeri merah secukupnya | dipotong kecilCARA MEMASAK:
Pukul mentega bersama gula hingga sebati.Kemudian masukkan kuning telur bersama esen vanilla. Teruskan memukul sehingga kembang.Masukkan kesemua tepung yang telah diayak sedikit demi sedikit dan uli sehingga menjadi doh yang lembut dan tidak melekat di tangan.Masukkan doh ke dalam acuan samprit dan terapkan diatas loyang pembakar yang telah disapu sedikit mentega. Hiaskan dengan ceri merah.Bakar dalam ketuhar yang telah dipaskan pada suhu 150°C selama 10 minit.Biarkan biskut sejuk seketika dan sedia untuk dinikmati.2. BISKUT MAKMUR

BAHAN-BAHAN:
160gm mentega100gm minyak sapi1 biji telur80gm gula halus400gm tepung naik sendiri200gm gula ising | ditaburBAHAN INTI:
150gm kacang tanah | digoreng tanpa minyak & dikisar halus60gm gula halus30gm mentegaCARA MEMASAK:
Untuk inti, campurkan kacang tanah bersama mentega dan gula halus. Gaul rata dan ketepikan.Campur mentega bersama minyak sapi dan gaul hingga sebati.Masukkan telur, tepung dan gula halus. Uli adunan tersebut sehingga rata.Ambil satu sudu teh adunan dan masukkan inti. Bentukkan menjadi bentuk bujur dan susun di atas dulang pembakar.Bakar dalam ketuhar pada suhu 170°C selama 20 minit atau sehingga masak.Angkat biskut dan salutkan dengan gula ising secukupnya.3. BISKUT TELUR REBUS

BAHAN-BAHAN:
500gm mentega350gm gula halus250gm tepung gandum |diayak250gm tepung jagung | diayak125gm tepung kastad | diayak1 biji kuning telur1 sudu teh serbuk penaik1 sudu teh esen vanillaGula berwarna secukupnya | hiasanCARA MEMASAK:
Pukul mentega bersama gula ising sehingga sebati. Masukkan esen vanilla dan kuning telur yang telah dilecek. Pukul hingga rata.Masukkan kesemua tepung sedikit demi sedikit dan uli sehingga menjadi doh.Canai doh tadi dan terap menggunakan acuan yang digemari. Susun di dalam loyang yang telah disapu mentega.Sapukan telur di atas biskut dan susun hirisan badam dengan secukupnya.Masukkan ke dalam ketuhar dan bakar pada suhu 180°C selama 15-20 minit.Info Chef: Pastikan disapukan sedikit kuning telur di atas kuih sebelum dibakar.
4. ALMOND LONDON

BAHAN-BAHAN:
250gm mentega | dibiarkan pada suhu bilik450gm tepung gandum2 sudu teh emplex220gm gula ising2 biji kuning telur1 sudu teh esen vanilla150gm badam | dibakar seketika di dalam ketuharBAHAN SALUTAN:
450gm coklat masakan1/2 sudu makan lemak sayuran3 sudu makan badam cincang | dibakar seketikaCawan kertas secukupnyaCARA MEMASAK:
Ayak tepung gandum bersama emplex. Ketepikan seketika.Pukul mentega bersama gula ising sehingga sebati dan masukkan kuning telur bersama esen vanilla. Pukul lagi sehingga kembang.Masukkan tepung yang telah diayak tadi sedikit demi sedikit. Kacau sebati.Ambil sedikit doh dan salutkan nipis pada sebiji badam. Ulang langkah sehingga habis adunan.Panaskan ketuhar pada suhu 170°C dan bakar biskut selama 20-25 minit.Untuk menyalut, panaskan coklat menggunakan tenik double boiler. Kemudian masukkan lemak sayuran, Kacau hingga sebati.Ambil biskut yang telah disejukkan tadi dan celupkan ke dalam coklat masakan. Kemudian masukkan ke dalam cawan kertas.Sudukan sedikit coklat ke dalam cawan kertas tadi dan taburkan badam cincang dengan secukupnya. Biarkan coklat mengeras dan bolehlah dinikmati.Info Chef: Coklat hendaklah dipotong kecil sebelum dicairkan. Selain teknik double-boil, boleh juga dicairkan menggunakan ketuhar gelombang mikro.
5. TAT NANAS TERATAI

BAHAN-BAHAN:
120gm mentega120gm minyak sapi450gm tepung gandum1 biji telur gred BSedikit garamCARA MEMASAK:
Pecahkan telur ke dalam mangkuk adunan diikuti mentega dan minyak sapi. Gaul hingga sebati menggunakan pemukul tangan.Masukkan tepung sedikit demi sedikit dan gaul sehingga menjadi doh.Terapkan adunan dan bentukkan tat mengikut kesesuaian dan citarasa anda.Sudukan inti nanas ditengah-tengah biskut dengan secukupnya.Panaskan ketuhar pada suhu 170°C – 180°C dan bakar selama 20-25 minit atau sehingga masak.Info chef: Biskut ini amat mudah disediakan kerana tidak memerlukan bahan yang banyak. Lebih enak dimakan bersama jem nenas kerana ia memberikan rasa manis pada tat selain mempunyai tekstur yang rapuh apabila dikunyah.
6. BATANG BURUK

BAHAN-BAHAN:
300gm tepung gandum150gm tepung beras1/2 biji santan kelapa100gm tepung kacang hijau120gm gula ising2 biji telurMinyak untuk menggoreng secukupnyaCARA MEMASAK:
Panaskan santan sehingga mendidih. Tutup api dan sejukkan seketika.Campurkan tepung kacang hijau bersama gula ising. Ketepikan.Gaulkan tepung gandum dan tepung beras bersama santan yang telah dimasak. Masukkan telur dan uli hingga menjadi adunan yang sebati.Canai nipis adunan tadi dan potong mengikut saiz 2cm x 3cm. Gulung dan biarkan bahagian tengahnya berlubang.Potong kecil adunan yang digulung tadi dan goreng sehingga garing.Angkat dan toskan minyak. Isikan bahagian tengah tadi dengan campuan tepung kacang hijau dan gula ising. Ulang sehingga adunan habis.Sedia untuk dinikmati.7. BISKUT AISKRIM

BAHAN-BAHAN:
130gm mentega60gm gula ising160gm tepung gandum30gm tepung jagung20gm tepung ubi1/4 sudu teh serbuk penaik20gm serbuk badamSedikit esen vanilla1 biji kuning telur | untuk sapuanSedikit coklat masakan | dicairkanGula-gula manik | hiasanCARA MEMASAK:
Pukul mentega bersama gula hingga kembang.Kemudian campurkan kesemua tepung yang telah diayak bersama serbuk penaik dan juga serbuk badam. Gaul sehingga menjadi doh.Canai doh dan terap menggunakan acuan berbentuk aiskrim.Susun kepingan doh yang telah diterap tadi diatas loyang pembakar. Sapukan telur diatasnya dan bakar pada suhu 180°C selama 20 minit atau sehingga masak.Sejukkan biskut seketika dan kemudian celup hujung biskut ke dalam coklat yang telah dicairkan.Taburkan gula-gula manik berwarna dengan secukupnya. Sedia untuk dinikmati.8. MAMA CAREY

BAHAN-BAHAN:
250gm mentega125gm gula kastor2 biji kuning telur1 sudu teh esen vanilla330gm tepung gandum | diayak65gm tepung jagung | diayak65gm susu tepung | diayakBAHAN ISING:
1 biji putih telur1 sudu makan tepung jagung90gm gula isingCARA MEMASAK:
Pukul mentega dan gula hingga sebati.Masukkan kuning telur bersama esen vanilla. Pukul lagi sehingga kembang.Masukkan tepung yang telah diayak sedikit demi sedikit dan uli sehingga menjadi doh yang lembut dan tidak lekat di tangan.Masukkan doh ke dalam plastik kedap udara dan simpan di dalam peti sejuk selama 15 minit.Keluarkan doh dan canaikan. Teraop doh menggunakan acuan pilihan anda.Bakar di dalam ketuhar yang telah dipanaskan pada suhu 150°C selama 10 minit. Keluarkan dan biarkan sejuk,Untuk menghasilkan isingnya, pukul putih telur sehingga kembang.Kemudian masukkan gula ising dan tepung jagung. Pukul lagi menggunakan kelajuan maksimum sehingga adunan menjadi likat.Masukkan bancuhan ke dalam beg piping dan paipkan diatas biskut tadi. Hiaskan mengikut kreativiti anda.Masukkan kembali biskut ke dalam ketuhar dan bakar pada suhu 150°C selama 10 minit.9. BISKUT CORNFLAKES

BAHAN-BAHAN:
125gm mentega90gm gula kastor1 biji telur80gm kismis hitam125gm tepung naik sendiri | diayak375gm cornflakes | diramas kasarCARA MEMASAK:
Pukul mentega bersama gula hingga rata.Masukkan telur dan pukul lagi hingga kembang.Dalam bekas berlainan, campurkan tepung dan kismis. Kemudian masukkan ke dalam adunan dan gaul rata.Dengan menggunakan sudu the, ceduk adunan menjadi ketulan kecildan salutkan dengan cornflakes yang telah diramas kasar. Letakkan diatas dulang pembakar.Panaskan ketuhar pada suhu 180°C dan bakar biskut selama 12-15 minit atau sehingga biskut menjadi kuning keemasan.Biarkan sejuk seketika dan bolehlah disimpan di dalam bekas kedap udara.10. BISKUT MAZOLA

BAHAN-BAHAN:
185gm tepung gandum | diayak60gm tepung gandum | diayak140gm gula halus125gm kacang tumbuk1 sudu teh esen vanillaMinyak Mazola secukupnyaBAHAN HIASAN:
Kacang tumbuk kasar secukupnyaKuning telur untuk sapuanCARA MEMASAK:
Campurkan kesemua bahan kecuali minyak. Gaul sehingga sebati.Kemudian masukkan minyak Mazola sedikit demi sedikit sambil diuli sehingga menjadi dohyang boleh dikepal.Ambil doh yang siap diuli tadi dan bentukkan menjadi bentuk bulat.Letakkan doh diatas dulang pembakar dan sapukan kuning telur di bahagian atasnya. Taburkan juga kacang tumbuk dengan secukupnya.Bakar biskut tadi selama 20 minit pada suhu 180°C.Angkat dan sejukkan seketika sebelum disimpan di dalam bekas kedap udara.Info chef: Untuk menyediakan kacang tumbuk, kacang tanah hendaklah digoreng tanpa minyak, dibuang kulit dan ditumbuk sehingga halus.
11. BISKUT SARANG SEMUT

BAHAN-BAHAN:
1 cawan mentega1/2 cawan gula halus2 biji kuning telurSedikit esen vanilla1 sudu kecil pewarna kuning1 sudu besar susu tepung2 sudu besar tepung kastard1 cawan tepung jagung2 1/4 cawan tepung naik sendiri (@ tepung gandum + 1 sk baking powder diayak)CARA MEMASAK:
1. Pukul metega dan gula hingga kembang dan gula hancur.
2. Masukkan telur dan esen vanilla. Pukul sekejap kemudian matikan mixer.
3. Masukkan pewarna kuning, susu tepung dan tepung kastard. Kacau rata.
4. Masukkan tepung jagung dan tepung naik sendiri sedikit demi sedikit sambil uli hingga jadi doh yang cantik dan tidak melekat di tangan.
5.Doh boleh terus diparut atau balut dengan plastik dan simpan dalam peti ais selama 20 minit sebelum diparut.
6.Masukkan parutan doh tadi ke dalam cawan kertas dan hias dengan coklat urai berwarna.
7.Panaskan ketuhar dan bakar biskut selama 20 minit pada suhu 160C.
Kredit resipi & foto: Reen Khan Shariff
12. BISKUT NESTUM

BAHAN-BAHAN:
250gm mentega100gm gula halus @ kastor100gm tepung jagung1 biji kuning telur gred A1 sudu teh esen vanilla1/2 sudu teh air sejuk dlm peti aisTepung gandum cap ros secukupnya – bergantung pada kondisi doh80gm nestum1 biji telur ayam + sedikit pewarna kuning telur (untuk sapuan)Nestum untuk hiasanCARA MEMASAK:
1. Pukul mentega, gula & air sejuk hingga sebati kemudian masukkan kuning telur dan esen vanilla. Pukul lagi hingga sebati @ nampak warna kuning keputihan.
2. Masukkan tepung jagung, nestum yang dah diramas sikit dan tepung rose. Tepung rose dimasukkan sedikit demi sedikit hingga doh yang boleh diuli dan tidak melekat di tangan.
3. Terap doh guna acuan kesukaan, sapu telur diatasnya dan tabur nestum.
4. Bakar dalam ketuhar pada suhu 160C selama 20-25 minit atau bergantung pada oven masing-masing.
NOTA: Panaskan oven dulu degan suhu 170 selama 20 minit kemudian semasa membakar turunkan suhu pada 160C.
Kredit resipi & foto: Hizar Harmiza Hashim
13. TAT NANAS KEJU

BAHAN KULIT:
150gm mentega tanpa garam50gm marjerin50gm gula aising1/4 sudu teh garam2 biji kuning telur225gm tepung paling halus/superfine35gm tepung jagung25gm tepung susu50gm keju cheddar-diparut halusBAHAN UNTUK EGG WASH:(GAUL RATA)
2 biji kuning telur1 sudu teh susu cairBAHAN UNTUK TABUR:
50gm keju cheddar-disagatBAHAN INTI NENAS:
450gm nanas – parut125gm gula pasir1/8 sudu teh garam3 kuntum bunga cengkih3cm kulit kayu manis25gm keju cheddar-diparut1 sudu teh jus lemonCARA MEMASAK:
1. Inti: Masak nanas sampai air meresap. Masukkan gula pasir, garam, cengkih dan kayu manis.
Masak lagi sambil dikacau hingga kering.Tambahkan keju parut dan jus lemon.Gaul rata.
Dinginkan.Bentuk bulat-bulat kecil.
2. Kulit: Pukul mentega, marjerin, gula aising selama 30 saat. Masukkan kuning telur. Pukul rata.
3. Tambahkan tepung paling halus, tepung jagung dan tepung susu sambil digaul rata.Tambahkan keju parut.Gaul rata.
4. Ambil adunan kulit sebesar hujung ibu jari. Bulatkan, leperkan. Letak inti nanas.Bulatkan kembali.
5. Letakkan di atas loyang yang sudah digris dengan marjerin atau alas dengan baking
paper.
6. Bakar tat pada suhu 150’C guna api bawah selama 25 minit sampai setengah masak.
7. Keluarkan tat dari oven. Biarkan suam. Oles dengan kuning telur dan tabur keju parut.
8. Bakar kembali tat pada suhu 150’C selama 20 minit sampai masak.
Kredit resipi & foto: Noraziah Yazid Nor Cookies
14. CORNFLAKES MADU

BAHAN-BAHAN:
1 ketul buttercup1 cawan gula perang500gm cornflakes10 sudu makan maduCARA MEMASAK:
1. Cairkan buttercup dengan gula perang dalam kuali.Bila dah cair, tutup api.
2. Masukkan madu. Kacau hingga rata.
3. Masukkan cornflakes. Gaul hingga rata dan bersalut. Jika nak tambah buah-buahan kering atau hirisan badam pun boelh. Pastikan badam dibakar terlebih dahulu.
4. Sudukan campuran cornflakes tadi ke dalam cawan kertas.
5. Hias ikut kreativiti dan bakar dalam ketuhar pada suhu 150C selama 10 minit.
6. Sedia untuk dinikmati.
Kredit resipi & foto: Norasiah Samsudin
15. CORNFLAKES COKLAT

BAHAN-BAHAN:
200gm bijirin cornflakes150gm bubble rice1 bar coklat masakanCARA MEMASAK:
Sangai coco crunch dan ‘bubble rice’ secara berasingan. Biarkan seketika.Panaskan coklat masakan menggunakan kaedah ‘double boiler’.Masukkan semua bijiran di dalam coklat yang telah dicairkan dan gaulkan rata.Sudukan ke dalam cawan kertas dan biarkan sehingga sejuk.16. SEMPERIT SUSU

BAHAN-BAHAN:
250gm mentega1/2 cawan susu pekat manisPewarna kesukaan secukupnya2 sudu makan ( menggunung) tepung kastard4 1/4 cawan tepung jagungCARA MEMASAK:
1. Satukan semua bahan diatas dan kacau menggunakan senduk.
2. Kemudian masukkan tepung kastard. Kacau lagi hingga rata.
3. Seterusnya masukkan tepung jagung. Uli hingga sebati. Adunan mestilah agak lembut. Jika keras, tambah mentega secukupnya.
4. Terap adunan dan biarkan 20 minit sebelum dibakar pada suhu 180C selama 20-25 minit atau sehingga masak, Guna api atas dan bawah.
Kredit resipi & foto: Mariana Zainal
17. TAT NANAS GULUNG

BAHAN-BAHAN:
1 cawan mentega2 sudu makan minyak sapi30gm gula icing3 cawan tepung gandum – diayak. Jumlah boleh tambah kalau doh lembik2 sudu makan tepung kastard1/2 cawan tepung jagung1 sudu sudu makan tepung ubi kayu1 sudu teh essen vanila1 biji kuning telurPewarna kuning lemonHIASAN:
2 biji kuning telur1 sudu makan susu manisPewarna kuning lemonCARA MEMASAK:
1. Satukan mentega, gula aising, minyak sapi dan esen vanilla. Sebatikan.
2. Kemudian masukkan telur dan pewarna kuning. Kacau rata.
3. Masukkan tepung sedikit demi sedikit sambil diuli hingga menjadi doh.
4. Kemudian terap doh dengan acuan yang disukai. Biarkan doh selama 1 jam baru sapu kuning telur.
5. Bakar pada suhu 160-170C selama 20-25 minit. Masa mungkin berbeza bergantung pada ketuhar masing-masing.
Kredit resipi & foto: JJ Pau Mawar
18. BISKUT BADAM SALJI

BAHAN A:
250gm mentega150gm gula kastor1 sudu teh esen vanilla50gm sebuk badamBAHAN B:
350gm tepung red rose50gm tepung kastard50gm tepung susu40gm tepung jagungSedikit coklat masakan dan serbuk roti |untuk hiasanCARA MEMASAK:
Pukul kesemua bahan A hingga berkrim dan gebu.Masukkan bahan B dan kacau hingga menjadi doh.Kemudian canai dan bentukkan adunan menjadi bulat.Bakar pada suhu 150°c selama 30 minit.Sejukkan biskut dan celupkan ke dalam coklat masakan yang telah di cairkan.Akhir sekali, golekkan ke dalam serbuk roti dan biarkan sejuk.19. ALMOND ROCHER

BAHAN-BAHAN:
250gm coklat susu compound50gm pes kacang hazelBadam jejari secukupnya |dipanggangCARA MEMASAK:
Cairkan coklat dengan menggunakan kaedah double boiler.Masukkan badam yang telah dipanggang ke dalam coklat masakan. Kacau sebati.Sudukan ke dalam kertas cawan dan biarkan sejuk.Info Chef: Pastikan hirisan badam dipanggang terlebih dahulu hingga masak dan rangup kemudian barulah di tuangkan ke dalam coklat masakan.
20. BISKUT CHOC CHIPS CORNFLAKES

BAHAN A:
200gm mentega50gm shortening80gm gula aisingSecubit garam
(Pukul semua bahan 2-3 minit)BAHAN B:
175gm tepung naik sendiri150gm tepung gandum1/2 sudu teh baking soda1/2 sudu teh serbuk koko(Satukan semua bahan B)
BAHAN C:
50gm cornflakes ( ramas kasar)50gm almond nibs ( goreng tanpa minyak sekejap..pastu biarkan sejuk)80gm coklat chipsCARA MEMASAK:
Masukkan bahan B ke dalam bahan A yang telah dipukul tadi.Gaul rata guna senduk.Masukkan semua bahan C.Gaul rata. (adunan memang lembik).Dengan menggunakan sudu plastik, sudukan adunan sebesar duit syiling 20sen ke dalam tray.Hias dengan coklat chip dan almond flakes (badam hiris).Bakar selama 20-25minit (hingga masak) pada suhu 180C menggunakan api atas dan bawah.Kredit resipi & foto: Mariana Zainal
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://rasanakmasak.blogspot.com/2021/04/20-resipi-biskut-raya-popular-yang.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Resipi Biskut Honey Nestum Almond Cookies Crunch Sedap Mudah

Resipi Biskut Honey Nestum Almond Cookies Crunch Sedap Mudah

papar berkaitan - pada 13/4/2021 - jumlah : 411 hits
Bila masuk bulan ramadan pasti ramai yang mula membuat biskut raya Biskut Honey Nestum Almond Cookies Crunch ni memang sedap dan rangup Menerusi perkongsian saudari Hazlita Ishak resipi ni memang sangat senang Jadi bolehlah cuba buat sempen...
20 Resipi Masak Lemak Cili Padi Mudah Dan Sedap

20 Resipi Masak Lemak Cili Padi Mudah Dan Sedap

papar berkaitan - pada 27/3/2021 - jumlah : 515 hits
20 Resipi Masak Lemak Cili Padi Mudah Dan Sedap Antara masakan yang menjadi favorite CH adalah masak lemak cili padi Tak kisah lah masak lemak apa pun memang sedap di tekak dan kena dengan selera CH Lagi satu nak masak masak lemak cili padi...
10 Resepi Biskut Raya Popular 2021

10 Resepi Biskut Raya Popular 2021

papar berkaitan - pada 14/4/2021 - jumlah : 1121 hits
10 Resepi Biskut Raya Popular 2021 Biskut raya untuk tahun ini kita pakat beli je sebab tak ada mood nak buat sendiri Raya tahun ini pun agak hambar kerana salah seorang ahli keluarga tiada bersama untuk menyambutnya Namun kami mendoakan da...
Resipi Bakso Sedap Macam Di Kedai

Resipi Bakso Sedap Macam Di Kedai

papar berkaitan - pada 1/4/2021 - jumlah : 302 hits
Malam ini teringin nak buat bakso Harapnya rasa sedap macam di kedai Hidangan ini enak dihidangkan untuk berbuka puasa nanti Kesedapan bakso terletak pada kuahnya Kalau sedap pasti puas makan BAKSOBahan bahan kuah bakso 10 biji bawang merah...
Resepi Jem Nanas Buatan Sendiri Mudah Sedap

Resepi Jem Nanas Buatan Sendiri Mudah Sedap

papar berkaitan - pada 8/4/2021 - jumlah : 295 hits
Siapa suka makan roti dengan jem Lebih spesifik Jem Nanas Jem Nanas yang bagus mampu bertahan lama tanpa pengawet dan sebenarnya Jem Nanas tak susah untuk dibuat Boleh sahaja buat sendiri di rumah Anak saya Zikri pun boleh buat Jem Nanas se...
6 Menu Sahur Ini Sangat Mudah Dimasak Jimat Masa Dan Sedap Tak Terkata

6 Menu Sahur Ini Sangat Mudah Dimasak Jimat Masa Dan Sedap Tak Terkata

papar berkaitan - pada 4/4/2021 - jumlah : 432 hits
Bulan Ramadan penuh keberkatan kian menjelang Bila tiba saat ini para ibu tentunya antara yang paling sibuk menyediakan sajian sahur buat keluarga tercinta Bangun awal untuk memasak sahur menjadi satu cabaran terutamanya bagi ibu ibu yang b...
Cara Buat Kerabu Maggi Thai Sedap Paling Mudah

Cara Buat Kerabu Maggi Thai Sedap Paling Mudah

papar berkaitan - pada 2/4/2021 - jumlah : 738 hits
Cara Buat Kerabu Maggi Thai Sedap Paling Mudah Kerabu maggi pernah viral suatu masa dan selalu ada di pesta makanan Thai Memang sedap untuk mereka yang suka rasa masam manis pedas Di Kelantan menu kerabu maggi dengan mudah boleh dapat di ke...
Share 14k Dalam Masa Sehari Resipi Sardin Roll Ni Memang Sedap Kulit Nipis Rangup

Share 14k Dalam Masa Sehari Resipi Sardin Roll Ni Memang Sedap Kulit Nipis Rangup

papar berkaitan - pada 31/3/2021 - jumlah : 409 hits
Kesedapan sardin roll sememangnya tidak dapat disangkal lagi Sekali letak sardin roll yang dihasilkan sendiri ini pasti habis licin Resipi perkongsian ini memang terbaik Tidak hairanlah mendapat perkongsian sehingga 14 ribu dalam masa satu ...
Koleksi 15 Resepi Nasi Goreng Sedap Dan Mudah Untuk Sahur

Koleksi 15 Resepi Nasi Goreng Sedap Dan Mudah Untuk Sahur

papar berkaitan - pada 3/4/2021 - jumlah : 599 hits
Koleksi 15 Resepi Nasi Goreng Sedap Dan Mudah Untuk Sahur Salam semua nasi goreng menu yang kebanyakan menjadi pilihan untuk waktu sahur dalam bulan puasa nanti Menu yang boleh dikatakan cepat dimasak sebab semua lauk dah disatukan sekali d...
Standby Guys Pengurangan Subsidi Petrol Bakal Bermula

Ultimate Guide To Ghibli Park

Anak Batuk Lama Sangat Jangan Biarkan Kesan Pada Anak Ni Mak Ayah Kena Tahu

Reforms Not A Panacea For Weak Ringgit Says Economist

Will The Middle East Conflict Derail Our Economy

Pengasas Pbrs Joseph Kurup Meninggal Dunia

Gugurnya Dosa Waktu Solat

Islamic Studies Expert The Act Of Likening Humans To Dogs For Patronising Mcd S Is Sinful



Info Sinopsis Kutipan Sheriff Narko Integriti Filem Malaysia 2024

Info Dan Sinopsis Dough Doh Filem Malaysia 2023 Lakonan Syafiq Kyle Kini Di Netflix

Info Dan Sinopsis The Djinn s Curse Khong Khaek Filem Seram Thailand 2023 Kini Di Netflix Malaysia

10 Filem Seram Thailand Berhantu Terbaru Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Drama Thailand Thai Drama Terbaru Best Juga Tersedia Online


Finding Your Inner Peace Buddha Statues And The Path To Mindfulness

Bayi Meninggal Dunia Selepas Diberi Makan Cahaya Matahari

Banjir Besar 5 Negara Ragut Ratusan Nyawa

Transformation From The Top Down Hajiji S Exemplary Leadership In Sabah

Penyokong Pn Jangan Bongkak Dan Takabbur

Top Commentators March 2024 Tahniah Blogger Na