Tak Wajib Bagi Nafkah Dekat Orang Lain Selain Isteri Anak Kecuali Memenuhi 2 Syarat Ni


Khas untuk suami dan anak lelaki yang sudah berkahwin atau bakal berkahwin. Tanggungjawab awak sebagai pemberi nafkah untuk mereka memerlukan dan berada di bawah tanggungan awak.

Antara isteri, mak dan ayah – Nafkah mana yang patut didahulukan?
Dalam pemberian nafkah, seorang suami hendaklah mendahulukan isteri dan anak-anak dari orang lain (termasuk ibu-bapa).
Urutan nafkah adalah seperti berikut;
a) Diri sendiri
b) Isteri
c) Anak
d) Bapa
e) Ibu
f) Cucu
g) Datuk
h) Saudara
i) Ahli-ahli keluarga berikutnya.
Urutan ini adalah berdasarkan hadis Rasulullah s.a.w. yang menegaskan; “Mulailah dengan diri kamu, bersedekahlah kepada diri kamu. Jika ada lebihan, maka untuk isteri kamu. Jika ada lebihan, maka untuk ahli keluarga kamu. Jika ada lebihan lagi, maka untuk begini dan begini; yakni untuk orang di hadapan kamu, di kanan dan kiri kamu” (Riwayat Imam Muslim dan an-Nasai dari Jabir r.a.. al-Jami’ as-Saghier, hadis no. 46).
Berkata Imam an-Nawawi mengulas hadis ini; di antara kesimpulan dari hadis ini ialah; hendaklah pemberian nafkah dimulakan mengikut tertib yang tersebut (dalam hadis). (Syarah Soheh Muslim, juz 7, Kitab az-Zakah, bab al-Ibtida’ Fi an-Nafaqah Bin-Nafsi Tsumma Ahlihi Tsumma al-Qarabah).
Perlu disebut juga di sini bahawa nafkah untuk isteri wajib diberikan oleh suami sekalipun isteri kaya dan berada. Suami yang gagal memberi nafkah sewajarnya kepada isterinya -mengikut kemampuannya- ia dianggap berhutang dengan isterinya kecualilah jika isteri menggugurkan haknya dengan kerelaannya sendiri. Begitu juga, isteri boleh menuntut fasakh di atas kegagalan suaminya memberi nafkah.
Adapun nafkah kepada orang lain selain isteri, ia tidak wajib melainkan apabila memenuhi dua syarat;
a) Mereka adalah miskin, tidak memiliki harta dan tidak mempunyai sumber pendapatan. Jika mereka mempunyai harta atau memiliki sumber pendapatan sendiri, tidaklah wajib lagi ia menyara mereka. Namun digalakkan ia meneruskan pemberiannya kepada mereka untuk mengekal kasih sayang dan silaturrahim.
b) Ia mempunyai kemampuan untuk menanggung mereka; sama ada dengan hartanya atau dengan sumber pendapatannya. Kemampuan ini merangkumi kos saraan untuk diri sendiri dan isteri. Jika ada lebihan (setelah ditolak keperluan diri dan isteri), barulah ia wajib menyara ahli-ahli keluarga yang lain.
Merujuk kepada soalan di atas, tidak harus suami mengabaikan nafkah kepada isteri dan anak-anak dengan alasan ingin membantu ibu-bapa di kampung kerana menafkahi isteri dan anak-anak adalah wajib. Jika benar ibu-bapa memerlukan nafkah darinya, ia hendaklah menafkahi mereka tanpa mengabaikan isteri dan anak-anak. Itupun jika ia mampu menampung semua mereka. Jika tidak, hendaklah ia mendahulukan isteri dan anak-anak.
Wallahu a’lam.
Rujukan;
1. Syarah Soheh Muslim, Imam an-Nawawi.
USTAZ AHMAD ADNAN FADZIL.
Kredit: Wannoraini Abdul Latif
The post Tak Wajib Bagi Nafkah Dekat Orang Lain Selain Isteri & Anak, Kecuali Memenuhi 2 Syarat Ni appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/tak-wajib-bagi-nafkah-dekat-orang-lain-selain-isteri-anak-kecuali-memenuhi-2-syarat-ni/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Motosikal Nyaris Berlanggar Dua Lelaki Bergaduh Hingga Anak Isteri Jatuh Motor

Motosikal Nyaris Berlanggar Dua Lelaki Bergaduh Hingga Anak Isteri Jatuh Motor

papar berkaitan - pada 8/7/2020 - jumlah : 357 hits
Sikap kita di jalan raya menggambarkan peribadi sendiri Pelbagai perkara boleh berlaku bila semuanya berebut ingin cepat sampai ke destinasi Oleh itu kesabaran dan toleransi amat penting bila berhadapan dengan situasi tidak menyenangkan di ...
Loya Bau Busuk Si Suami Isteri Buat Kejutan Rupanya Hamil Anak Sulung

Loya Bau Busuk Si Suami Isteri Buat Kejutan Rupanya Hamil Anak Sulung

papar berkaitan - pada 7/7/2020 - jumlah : 466 hits
fb comments fb comments span fb comments span iframe style min width 100 important width 100 important Bermula dengan simptom yang dialami seperti alahan nbsp pada nbsp bau siapa sangka rupa rupanya wanita ini bakal menimang cahaya mata sul...
Suami Pergi Daftar Nama Anak Isteri Tempah Makanan Berpantang Online

Suami Pergi Daftar Nama Anak Isteri Tempah Makanan Berpantang Online

papar berkaitan - pada 9/7/2020 - jumlah : 543 hits
Hari ni first day wife berpantang kat rumah Tak ada orang lain yang jaga aku sendiri je yang urus buat sementara waktu Sebabnya confinement lady yang kitorang book hari tu belum datang Belum datang bukan bermaksud kena tipu ke apa tapi mema...
Selalu Belanja Tunaikan Apa Anak Isteri Minta Lagi Berkat Rezeki Suami

Selalu Belanja Tunaikan Apa Anak Isteri Minta Lagi Berkat Rezeki Suami

papar berkaitan - pada 10/7/2020 - jumlah : 477 hits
Rezeki yang kita dapat hari ini semuanya dari Allah Dia berhak mengambilnya bila bila masa Ingatlah sentiasa berusaha dan berdoa keberkatan itu lebih berpanjangan dan rezeki juga tak putus Allah juga dah janjikan jika kita sentiasa menyenan...
Dari Hidup Berdua Sampai Dapat Anak Suami Rajin Buat Kerja Rumah Isteri Makin Sayang

Dari Hidup Berdua Sampai Dapat Anak Suami Rajin Buat Kerja Rumah Isteri Makin Sayang

papar berkaitan - pada 11/7/2020 - jumlah : 488 hits
Tanyalah mana mana isteri perkataan pertama yang keluar dari mulut isteri bila ditanya apa yang diinginkan daripada seorang suami adalah memahami ringan tulang dan boleh membimbing Tiga ciri ini jika ada kira lengkap dan boleh mengembirakan...
Cukup 47 Hari Melawan Kanser Isteri Dijemput Ilahi Anak Bongsu Tak Sempat Rasa Kasih Ibu

Cukup 47 Hari Melawan Kanser Isteri Dijemput Ilahi Anak Bongsu Tak Sempat Rasa Kasih Ibu

papar berkaitan - pada 10/7/2020 - jumlah : 672 hits
Selepas berjuang 47 hari bertarung nyawa melawan penyakit kanser akhirnya Allah ambil arwah Noor Athirah Mohd Arif ibu kepada dua cahaya mata untuk berehat buat selama lamanya Kesakitan yang ditanggung oleh arwah Noor Athirah ini pernah dik...
Suami Pandai Jaga Hati Isteri Akan Kurang Merajuk Anak Pun Dapat Aura Positif

Suami Pandai Jaga Hati Isteri Akan Kurang Merajuk Anak Pun Dapat Aura Positif

papar berkaitan - pada 23/7/2020 - jumlah : 423 hits
Salah satu kunci kejayaan dalam psikologi keibubapaan adalah hubungan baik antara ibu dan ayah Ibu ayah berkomunikasi dengan baik antara sesama sendiri dapat memberi kesan baik Bukan sahaja pada psikologi ibu ayah tetapi juga anak anak Cont...
Patutlah Demam Anak Tak Kebah Rupanya Ada Petanda Ni Mak Ayah Wajib Periksa

Patutlah Demam Anak Tak Kebah Rupanya Ada Petanda Ni Mak Ayah Wajib Periksa

papar berkaitan - pada 6/7/2020 - jumlah : 425 hits
Selepas tiga hari demam anak kita biasanya akan diambil darahnya untuk mengetahui sebarang jangkitan kuman Itu pemeriksaan biasa yang kebiasaannya dijalankan oleh doktor yang merawat Pun begitu ada juga kes anak masih demam walaupun sudah d...
Anak Ada 4 Orang Semua Berjaya Kecuali Anak Ke 3 Selalu Ungkit Dia Sehingga Satu Hari

Anak Ada 4 Orang Semua Berjaya Kecuali Anak Ke 3 Selalu Ungkit Dia Sehingga Satu Hari

papar berkaitan - pada 6/7/2020 - jumlah : 295 hits
Ayah yang tua ada 4 orang anak semua berjaya kecuali yang no 3 Kerja kilang je Selalu ungkit dia kata buat malu keluarga Sehinggalah satu hari Pandangan terhadap dia terus berubah Ya Allah Anak Ada 4 Orang Semua Berjaya Kecuali Anak Ke 3 Se...
Pen Nsula House By Studio Fabricio Rodrigues A Serene Lakeside Sanctuary In Piracaia

Adventure Travel To The Amazon Forest A Journey Into The Heart Of Nature

Digital Double Meanings What Garden Gummies Say About Today S Social Media Culture

Monitor All Projects To Ensure Timely Completion Pm

Comic Art Festival Kuala Lumpur 9

Drama Dari Rahim Yang Sama

Api Dapur Bertukar Oren Jangan Panik Cuba Cara Ni Dulu

71 Peratus Rakyat Austria Sanggup Boikot Barangan As Tinjauan


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Kable Unifi Terputus

Sekuriti Berjaya Menggagalkan Cubaan Seludup Siswi Ke Asrama Lelaki Apabila Mengesyaki Ada Sesuatu Dalam Beg

Resort Ni Cantik Tepi Pantai Design Pun Estetik

Buat Program Infaq Bagi Bantuan Sana Sini Tapi Akaun Tiktok Boikotpakmat Dakwa Pak Mat Western Liat Bayar Gaji Staf

Kerajaan Perlu Ambil Tindakan Tegas Terhadap Tengku Maimun Nazri

Exploring The Underwater Caves Of The Yucat N Peninsula