Resipi Potluck Ringkas Dan Disukai Ramai


Akhir tahun ini pastinya pelbagai jamuan diadakan. Jika tema potluck ditetapkan, kadangkala terasa buntu apa yang mahu dibawa sebagai hidangan. Menu berikut boleh bantu anda, selain ringkas namun menyelerakan.
BERGEDEL IKAN 
BAHAN-BAHAN:
500gm isi ikan tuna
4 biji kentang |rebus dan dilecek
1 biji lemon |ambil parutan kulitnya
1 biji telur |pukul sedikit
Sedikit daun ketumbar |hiris
1 tangkai daun bawang |hiris
1 sudu teh serbuk lada hitam
Sedikit serbuk roti
Garam secukup rasa
Minyak untuk menggoreng
CARA MEMASAK:
Gaulkan isi ikan bersama kentang, parutan kulit lemon, daun ketumbar, daun bawang, serbuk lada hitam dan garam secukup rasa.Bentukkan bulat dan dileperkan mengikut saiz yang diingini. Ulangi hingga selesai.Celup ke dalam telur dan kemudian gaulkan bersama serbuk roti dan digoreng dengan sedikit minyak sehingga warna perang keemasan.Siap untuk dihidang.Info Chef:- Isi ikan boleh digantikan dengan ikan yang lain seperti isi ikan merah, salmon dan lain-lain yang memberikan rasanya yang tersendiri.
Saiz hidangan: 5-6 orang
Waktu memasak : 1 jam 20 minit
Jenis Hidangan:  Lauk pauk
Keistimewaan: Hidang enak dan lebih sihat
Cara memasak: Rebus dan goreng
Anggaran kos : RM20.50

BEEF WELLINGTON  
BAHAN-BAHAN:
500gm daging |bahagian tulang belakang
2-3 helai daun kubis Cina |distim
2 ½ keping roti canai segera
300gm cendawan Portobello |kisar kering
1 biji telur |pukul
Sedikit English mustard
Sedikit serbuk lada hitam
Garam secukupnya
Minyak zaitun secukupnya
CARA MEMASAK:
Lumur daging bersama garam dan lada hitam. Ketepikan.Tuang sedikit minyak zaitun ke dalam kuali leper dan pastikan minyak betul-betul panas barulah digoreng sedikit daging tersebut. Tujuan adalah untuk memerangkap jus daging daripada keluar. Angkat dan ketepikan.Menggunakan kuali yang lain, goreng cendawan tanpa minyak sehingga air cendawan agak kering.Masukkan sedikit garam dan serbuk lada hitam secukup rasa. Angkat dan ketepikan.Setelah itu letakkan daun kubis cina di atas plastik pembungkus kemudian ratakan cendawan tadi di atas daun kubis cina tersebut.  Letakkan daging di tengah serta dibungkus kemas dan bekukan sebentar selama 30 minit.Setelah itu, keluarkan dan bungkus sekali lagi daging tadi bersama roti canai segera  untuk dijadikan kulit luar sehingga kemas dan disapukan sedikit telur di permukaan roti tersebut.Bakar di dalam oven dengan menggunakan api atas selama 30 minit sehingga kulit berwarna perang keemasan pada suhu 180C.Info Chef:- Boleh gunakan pastri sebagai kulit luar.
Saiz hidangan: 5-6 orang
Waktu memasak : 1 jam 30 minit
Jenis Hidangan:  Lauk pauk
Keistimewaan: Terasa tekstur daging ketika mengunyah
Cara memasak: Goreng dan bakar
Anggaran kos : RM50

BEEF MINCED ON LETTUCE CUP 
BAHAN-BAHAN:
500gm daging cincang
2.55cm halia
1 labu bawang besar
1 biji lemon diambil jus serta parutan kulit lemon
4 ulas bawang putih
2 tangkai daun bawang dihiris halus
2 tangkai cili merah
2-3 sudu teh sos ikan
2 sudu sos cili Thai
Daun salad secukupnya
Sedikit daun ketumbar
Minyak untuk menumis secukupnya
CARA MEMASAK:
Goreng daging kisar bersama sedikit minyak sehingga agak garing dan daging berwarna agak perang dan diangkat. Ketepikan.Kisar bawang besar, bawang putih, halia dan cili merah di dalam pengisar kering atau dihiris halus kesemua bahan tersebut.Panaskan minyak dan tumis kesemua bahan di dalam kuali yang sama yang menggoreng daging tadi. Apabila bahan tumis telah layu dan berbau wangi, masukkan kembali daging yang telah digoreng tadi.  Kemudian masukkan sos ikan, sos cili Thai cili, jus lemon, parutan kulit lemon, daun bawang dan daun ketumbar. Gaul sebati sehingga daging agak garing. Tutupkan api. Angkat.Untuk menghidang, letakkan daging di atas sehelai daun salad.Sedia dinikmati.Info chef: Boleh dihidangkan bersama sos cili Thai.
Saiz hidangan: 6-8 orang
Waktu memasak : 1 jam
Jenis Hidangan:  Lauk pauk
Keistimewaan: Hidang enak dan lebih sihat
Cara memasak: Goreng
Anggaran kos : RM20.50

EGG STUFFED 
BAHAN-BAHAN:
6 biji telur |rebus
3 helai daun bawang |hiris kecil
2 ulas bawang putih |cincang halus
2 sudu makan mayones
1 sudu teh Dijon mustard
2 sudu teh cuka epal
2 sudu teh ‘chilli flakes’
Garam secukup rasa
Sedikit hirisan daun parsli
CARA MEMASAK:
Telur rebus dikupas dan dibelah dua. Keluarkan bahagian kuning telur dan masukkan di dalam satu mangkuk berasingan. Ketepikan telur putih.Di dalam mangkuk, lecek kuning telur hingga hancur. Kemudian masukkan mayones, Dijon mustard, cuka epal, ‘chilli flakes’, bawang putih dan garam secukup rasa. Gaulkan sebati.Kemudian masukkan ke dalam beg paip dan paipkan isi telur tadi ke dalam putih telur rebus sehingga penuh.Tabur sedikit hirisan daun parsli dan sedia untuk dihidang.Info Chef: Boleh gunakan cuka biasa menggantikan cuka epal.
Saiz hidangan: 3-4 orang
Waktu memasak : 40 minit
Jenis Hidangan:  Lauk pauk
Keistimewaan: Hidang enak dan lebih sihat
Cara memasak: Kukus dan tumis
Anggaran kos : RM20.00

AYAM LEMON 
BAHAN-BAHAN:
6 ketul paha ayam
2 biji lemon
3 sudu makan madu
2 sudu teh Rosemary kering
½ sudu teh serbuk lada hitam
2 ulas bawang putih |cincang halus/ditumbuk
3 sudu makan minyak zaitun
Garam secukup rasa
Sedikit mentega
CARA MEMASAK:
Paha ayam dibasuh bersih serta dikeringkan menggunakan tisu dapur. Ketepikan.Bancuh minyak zaitun  bersama madu, garam, serbuk lada hitam, bawang putih, Rosemary dan perahan lemon serta parutan kulit lemon dari sebiji lemon. Asingkan sedikit, anggaran satu sudu makan bancuhan tersebut untuk dibuat sapuan pada ayam.  Selebihnya diperapkan bersama ayam semalaman atau sekurang-kurangnya 2 jam.Masukkan ayam di dalam mangkuk kaserol yang telah diletakkan sedikit mentega cair.  Bakar pada suhu 150 celcius menggunakan api atas bawah dan pada setiap 15 minit sapu ayam bersama baki bancuhan minyak zaitun tadi dan terus membakar sehingga ayam berwarna keperangan dan masak sepenuhnya.Tempoh masak dianggarkan 30 minit atau bergantung pada oven masing-masing. Hiaslah dengan kepingan lemon dan siap untuk dihidang.Info Chef: Boleh guna mana-mana bahagian ayam.
Saiz hidangan: 3-4 orang
Waktu memasak : 3 jam
Jenis Hidangan:  Lauk pauk
Keistimewaan: Enak dan ada rasa masam
Cara memasak: Bakar
Anggaran kos : RM40.00

PASTA SPIRAL SALAD  
BAHAN-BAHAN:
500gm pasta spiral |rebus
1 keping dada ayam
300 kubis ungu |hiris halus
1 labu bawang besar |hiris halus
1 batang lobak merah |hiris ‘julian’
1 batang timun jepun yang |hiris nipis
1 biji cili Benggala merah
5 biji tomato ceri
3 sudu besar minyak zaitun
1 biji lemon
4 sudu makan madu
½ sudu teh rempah Oregano kering
Sedikit serbuk mix spice
Garam secukup rasa
Serbuk lada hitam secukup rasa
CARA MEMASAK:
Perap ayam bersama serbuk mix spice, dua sudu makan madu, garam dan serbuk lada hitam selama 1 jam. Kemudian  bakar menggunakan pan pemanggang. Sejukkan sebentar dan dihiris kecil-kecil. Ketepikan.Kulit cili Benggala hendaklah dibuang dengan membakarnya dengan menggunakan api dapur sehingga hangus. Setelah itu hendaklah direndam di dalam air sejuk dan dibasuh sehingga bersih. Biji cili hendaklah dibuang. Hiris agak nipis. Ketepikan.Untuk membuat dressingsalad; bancuh minyak zaitun, lebihan madu, rempah Oregano, jus lemon, parutan kulit limau dari sebiji lemon, garam dan serbuk lada hitam hingga sebati.Untuk menghidang, di dalam mangkuk salad campurkan pasta, isi ayam, kubis ungu yang telah dihiris kecil-kecil, lobak merah, timun, tomato ceri, cili Benggala, hirisan bawang, dan sos salad tadi. Gaul sebati.Siap untuk dihidangkan.Info Chef: Boleh tambah sayuran lain jika suka.
Saiz hidangan: 4-5 orang
Waktu memasak : 40 minit
Jenis Hidangan:  Pasta
Keistimewaan: Hidang enak dan sihat
Cara memasak: Bakar
Anggaran kos : RM40.00

BEBOLA DAGING DENGAN SOS TOMATO  
BAHAN-BAHAN:
500gm daging cincang
1 tin tomato puri
3 keping roti sandwic yang dihancurkan
3 biji tomato |potong dadu
4 biji bawang besar |potong dadu dan dibahagi dua
8 ulas bawang putih |cincang dan dibahagi dua
5 tangkai daun parsli |cincang halus dan dibahagikan dua
1 sudu teh serbuk paprika
2 sudu teh serbuk lada hitam
2 sudu teh gula
1 sudu teh serbuk pati ayam
1 biji telur dipukul sedikit
Garam secukup rasa
Sedikit serbuk roti
Sedikit air
Minyak  zaitun/sayuran untuk menggoreng
CARA-CARA MEMASAK:
1.Gaulkan separuh daripada bawang besar, bawang putih dan daun parsli bersama daging cincang, roti, serbuk paprika, lada hitam dan garam secukup rasa.
2.Bentukkan bulat, celup ke dalam telur dan gaul bersama serbuk roti.
3.Panaskan minyak di dalam kuali dan goreng sehingga agak garing baru dibalikkan daging tersebut. Angkat. Ketepikan.
4.Keluarkan minyak di dalam kuali tinggalkan sedikit untuk menumis.  Tumiskan lebihan bawang besar, bawang putih, parsli hingga wangi.
5.Kemudian masukkan buah tomato dan tomato puri, masak sebentar hingga pecah minyak. Masukkan garam, serbuk lada hitam, gula dan serbuk pati ayam serta sedikit air. Masaklah sehingga kuah agak pekat dan pecah minyak.
6.Untuk menghidang, curahkan sos tomato tadi di atas bebola daging tadi. Boleh cucukkan lidi untuk memudahkan dimakan dan kelihatan lebih menarik.
Info chef: boleh gunakan serbuk cili menggantikan serbuk paprika.
Saiz hidangan: 6-8 orang
Waktu memasak: 40 minit
Jenis hidangan : Barat
Keistimewaan : Rasa masam manis dan pedas sos
Jenis masakan : Lauk pauk
Cara memasak : Goreng
Anggaran kos: RM30.00

Resipi: Nur Adlina Badarudin, Putrajaya, Selangor
Komen anda

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://rasanakmasak.blogspot.com/2019/01/resipi-potluck-ringkas-dan-disukai-ramai.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Twitter Mula Memberikan Antaramuka Baharu Lebih Ringkas Pada Versi Pelayar Web

Twitter Mula Memberikan Antaramuka Baharu Lebih Ringkas Pada Versi Pelayar Web

papar berkaitan - pada 24/1/2019 - jumlah : 215 hits
Sedarkah anda Twitter telah beroperasi selama 12 tahun Sejak dilancarkan ia telah diberikan beberapa perubahan antaramuka bagi memudahkan proses pencarian berita dan melihat topik paling sohor kini Pengguna versi web mula menerima antaramuk...
Intermittent Fasting If Dan Menu Ringkas Yang Boleh Dicuba

Intermittent Fasting If Dan Menu Ringkas Yang Boleh Dicuba

papar berkaitan - pada 21/1/2019 - jumlah : 716 hits
Intermittent Fasting IF Dan Menu Ringkas Yang Boleh Disediakan Biasa IF diamalkan pada tempoh 16 8 iaitu 16 jam puasa dan 8 jam boleh makan Makan apa saja yang penting makanan seimbang lah namun dalam tempoh 16 jam puasa tu boleh minum air ...
Nota Ringkas Sejarah Bab 4 Kemunculan Tamadun Dan Kemunculannya Di Makkah Tingkatan 4

Nota Ringkas Sejarah Bab 4 Kemunculan Tamadun Dan Kemunculannya Di Makkah Tingkatan 4

papar berkaitan - pada 25/1/2019 - jumlah : 870 hits
Nota Ringkas Sejarah Bab 4 Kemunculan Tamadun dan Kemunculannya di Mekah Tingkatan 4 Antara subjek kegemaran masa sekolah menengah Sejarah dunia dan Malaysia yang bermakna untuk diamati dan dipelajari oleh kita semua Berikut dikongsikan Not...
Cara Masak Kuah Laksa Penang Yang Paling Ringkas Tapi Sedap Tak Perlu Bahan Banyak

Cara Masak Kuah Laksa Penang Yang Paling Ringkas Tapi Sedap Tak Perlu Bahan Banyak

papar berkaitan - pada 25/1/2019 - jumlah : 578 hits
Cara Masak Kuah Laksa Penang Yang Paling Ringkas Tapi Sedap Tak Perlu Bahan Banyak Salam semua Siapa hantu laksa penang pakat mengaku semua D Laksa Penang salah satu menu kegemaran Kalau nak kena pilih antara laksa Kelantan dan laksa Penang...
Biodata Ringkas Abby Abadi

Biodata Ringkas Abby Abadi

papar berkaitan - pada 27/1/2019 - jumlah : 461 hits
Biodata ringkas Abby AbadiPemilik nama sebenar Arbaiyah binti Abdul Manan atau Abby Abadi dilahirkan pada 1 Disember 1977 di Kuala Lumpur Beliau mula bergiat aktif dalam industri hiburan pada tahun 1995 Beliau adalah ahli kumpulan Elite yan...
Pengamatan Ringkas Pirake P 078 Cameron Highlands

Pengamatan Ringkas Pirake P 078 Cameron Highlands

papar berkaitan - pada 26/1/2019 - jumlah : 426 hits
ULASANSELEPAS penamaan calon Pirake P 078 Cameron Highlands dua kali saya turun ke kawasan pilihan raya itu Bukan sangat sebagai peninjau atau penganalisis tetapi lebih sebagai pemerhati sambil makan angin dan minum tea Cameron sahaja Pemer...
Resepi Ayam Masak Kukus Taucu Pedas Yang Ringkas Masakan Tradisi Orang Teochew

Resepi Ayam Masak Kukus Taucu Pedas Yang Ringkas Masakan Tradisi Orang Teochew

papar berkaitan - pada 19/1/2019 - jumlah : 535 hits
Resepi Ayam Masak Kukus Taucu Pedas Yang Ringkas Masakan Tradisi Orang Teochew Salam semua Sebenarnya sekali sekala menu ayam yang dikukus pun sedap juga Memang suka ayam yang dikukus lebih lagi kalau resepi itu dipelbagaikan Kalau macam di...
Asus Vivobook S330 Laptop 13 Inci Ringkas Powerful Dan Penuh Gaya

Asus Vivobook S330 Laptop 13 Inci Ringkas Powerful Dan Penuh Gaya

papar berkaitan - pada 17/1/2019 - jumlah : 278 hits
Akhir tahun 2018 lalu ASUS memperkenalkan VivoBook S430 yaitu sebuah laptop yang memiliki bodi yang sangat ramping dan ringan serta hadir dengan performa powerful untuk menunjang kegiatan sehari hari Laptop tersebut ditujukan untuk pengguna...
Metode Komunikasi Jokowi Dinilai Lebih Disukai Milenial

Metode Komunikasi Jokowi Dinilai Lebih Disukai Milenial

papar berkaitan - pada 28/1/2019 - jumlah : 206 hits
Menurutnya kesuksesan Jokowi merebut hati milenial karena sejak awal muncul di panggung politik nasional kerap menggunakan metode komunikasi yang disukai milenial
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Tanah Melayu Sg Baru Diambil W Azizah Jual B Putih

Watercolor Apartment For A Young Family With A Maine Coon

10 Myanmar Nationals Found In Car After Crash

Actress S Car Household Items To Be Auctioned Tomorrow To Pay Off Debt

Muslims May Wish Non Muslims On Religious Holidays Says Penang Mufti

The Benefits Of A Learning Management System For Every Organization