Cara Masak Kuah Laksa Penang Yang Paling Ringkas Tapi Sedap Tak Perlu Bahan Banyak


Cara Masak Kuah Laksa Penang Yang Paling Ringkas Tapi  Sedap, Tak Perlu Bahan Banyak || Salam semua, Siapa hantu laksa penang, pakat mengaku semua :D. Laksa Penang salah satu menu kegemaran. Kalau nak kena pilih antara laksa Kelantan dan laksa Penang, kita akan pilih laksa Penang dulu. 

Sebut kuah laksa Penang ni, rasanya mesti kena ada masam masin kan, kiranya cukup segala rasa. Sejak main try and error masak kuah laksa Penang,Macam- macam resepi juga letak itu letak ini nak bagi kuah laksa paling sedap kan. 
Ada resepi letak buah nenas, ada letak daun pudina

Kalau setiap kali planning nak makan laksa Penang, buah nenas selalu lupa nak beli. Bukan setakat lupa, kadang- kadang tak ada

Dulu ingat tak ada nenas dalam kuah laksa Penang macam tak bangkit selera nak makan. Ya la dah kita biasa kan, asyik tak ingat nak beli. 
Lama- lama masak kuah laksa Penang tanpa letak buah nenas dalam kuah, macam sedap pulak. Jadi, kiranya kalau terlupa nak beli tak apa dah hii

Tapi terpulang lah kalau korang suka ada nenas dalam kuah tu boleh letak ya. 
Bagi diri sendiri dah cukup sedap yang penting cukup masam masin kuah tu, yang penting juga belacan kena letak, kalau tak letak rasa itu bukan panggi laksa Penang. 

Satu lagi, lada burung mesti kena add on sekali untuk blend. Sardin dalam tin pun tak guna, kalau versi malas sangat boleh lah nak guna sardin dalam tin hii.

Guna ikan segar lagi bagus. Sedap dah bahan pun tak ada pelik mana, tak perlu bahan banyak. Jom lah  cuba buat kuah laksa Penang yang paling mudah.

Bahan-bahan Untuk Rebus Ikan

10 ekor ikan kembung ( lagi banyak isi ikan lagi sedap )

5 keping asam keping.

Garam secukupnya.

Air secukupnya untuk merebus ikan.

Cara - cara 
1. Ikan dimasukkan ke dalam periuk.Tambahkan air secukupnya untuk merebus ikan.Masukkan  juga asam keping dan juga garam.

2. Kemudian rebus ikan hingga masak. Bila dah masak tunggu air rebusan sejuk, barulah keluarkan ikan dari periuk. Keluarkan juga asam keping.

3. Asam keping dalam rebusan ikan ni dah tak guna lagi. Asingkan isi ikan dari tulang dan kepala.Isi ikan pula kita bahagi 2.

4. 1 bahagian kita ramas-ramas kasar dan satu bahagian lagi kita kisar bersama air rebusan ikan.
Tulang pula kita masukkan dalam pengisar, masukkan juga air rebusan ikan dan kisar halus.
Boleh ulang kisar 2 kali untuk mendapatkan patinya.Lepas kisar, kita tapis.

Masukkan semula air rebusan ikan, air tulang ikan dan juga air isi ikan yang kita dah kisar ke dalam periuk.

Bahan untuk dikisar halus 

20 tangkai cili kering ~ jika tak suka pedas boleh kurangkan.
10 ulas bawang merah.
4 - 5 tangkai lada burung ( letak lada burung nak bagi pedas sikit ).

Semua bahan ini, di satukan di dalam pengisar dan kisar halus.

Bahan Untuk Kuah Laksa

Air rebusan ikan *
Air tulang ikan *
Air isi ikan *
Air secukupnya *
Air asam jawa 1 mangkuk ( kena banyak sikit buat air asam jawa nak bagi kuah laksa masam ) *
Isi ikan yang di ramas kasar *
Bahan yang telah dikisar halus *
3 batang serai ~ di titik
2 kuntum bunga kantan ~ di belah 2
4 keping asam keping
1 inci lengkuas diketuk
1 mangkuk daun kesum
1 keping belacan, sebesar 50 sen nak bakar terlebih dahulu boleh tak nak bakar pun tak apa, letak terus dalam periuk atau kalau nak tambah ikut rasa pun boleh

Cara - cara 
1. Dalam periuk, satukan ke semua bahan yang bertanda *.
2. Masukkan juga bahan lain serai, bunga kantan, asam keping, lengkuas, daun kesum dan juga belacan.
3. Laksa ni kena ada rasa masam, masin dan manis, jika kurang rasanya boleh lah tambah kan asam, garam atau gula mengikut selera masing-masing. Air boleh letak sehingga nak kepekatan yang diingini.
4. Kacau sampai kuah mendidih dan masak, sekiranya tak masin boleh tambah garam.
5. Siap untuk dihidangkan bersama bahan lain seperti telur, bawang besar dihiris, timun dan juga limau nipis untuk rasa yang lebih kick.

Jika menggunakan laksa beras kering, rendam laksa semalaman.

Kemudian di rebus hingga lembut, tambahkan sedikit garam semasa merebus laksa.

Bila dah lembut  angkat dan toskan, cuci atau bilas dengan air, kemudian toskan semula.

Kalau yang mana ada noxxa, rebus laksa sepantas 6 minit boleh baca klik link di bawah
Cara Rebus Laksa Noxxa 6 Minit

Baca juga  >>> Laksa Penang Noxxa Mudah Dan Sedap

NOTA : untuk rasa lebih pedas sikit dalam kuah, blend sekali cili api


Jemput tonton di my youtube channel dan jemput subscribe juga :) 



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.wanisukarno.com/2019/01/cara-masak-kuah-laksa-penang-yang-paling-ringkas-tapi-sedap-tak-perlu-bahan-banyak.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Dua Cara Masak Telur Puyuh Yang Simple Tapi Sedap

Dua Cara Masak Telur Puyuh Yang Simple Tapi Sedap

papar berkaitan - pada 31/1/2019 - jumlah : 559 hits
Telur puyuh ni saiznya kecil je Walaupun kecil tapi sedap sungguh rasanya Biasanya kita makan telur puyuh rebus je kan Apa kata kali ni kita ubah sikit Jom RASA berikan dua idea untuk korang masak dan nikmati telur puyuh Tak susah pun Senan...
Cara Mudah Masak Mi Goreng Basah Paling Sedap Memang Power Boleh Rosak Diet Tu

Cara Mudah Masak Mi Goreng Basah Paling Sedap Memang Power Boleh Rosak Diet Tu

papar berkaitan - pada 19/1/2019 - jumlah : 696 hits
Mi goreng antara menu kegemaran yang menjadi pilihan ketika bersarapan mahupun makan malam Nak nak lagi kalau cara gorengannya ala basah pasti menarik selera untuk menjamahnya Untuk ibu ibu yang nak dapatkan mi goreng basah yang cukup sedap...
Cara Paling Mudah Buat Putu Bambu Sedap Secara Homemade

Cara Paling Mudah Buat Putu Bambu Sedap Secara Homemade

papar berkaitan - pada 17/1/2019 - jumlah : 735 hits
Terasa nak makan Putu Bambu atau Putu Piring homemade tapi tak ada acuan Usah risau guna je acuan lompang yang ada di rumah Jadilah namanya Putu Lompang Ha Mudah je nak buat ni Empunya resipi Eiriya Azira hanya guna 3 bahan je dan sedikit u...
Cara Buat Kuih Koci Pulut Hitam Paling Mudah Rasa Sedap

Cara Buat Kuih Koci Pulut Hitam Paling Mudah Rasa Sedap

papar berkaitan - pada 19/1/2019 - jumlah : 1550 hits
Kuih Koci Pulut Hitam antara kuih melayu yang digemari ramai Kena yang sedap makan dua tiga biji pun tak cukup Bagi anda yang suka kuih ni dan nak belajar cara cara buatnya Jom lihat resipi perkongsian saudari Izza Howzin di bawah ini Nampa...
Cara Mudah Dan Cepat Nak Masak Sambal Sardin Guna Ikan Sardin Adabi Sedap Berbaloi

Cara Mudah Dan Cepat Nak Masak Sambal Sardin Guna Ikan Sardin Adabi Sedap Berbaloi

papar berkaitan - pada 22/1/2019 - jumlah : 516 hits
Cara Mudah Dan Cepat Nak Masak Sambal Sardin Guna Ikan Sardin Adabi Sedap Berbaloi Salam semua lama rasanya tak makan ikan sardin dalam tin sejak isu ada cacing dalam ikan sardin dalam tin agak lama juga berhenti makan Jenama ikan sardin da...
Kerap Tinggalkan Solat Tapi Ingin Berubah Ikuti Cara Qadha Solat Fardhu Yang Ditinggalkan

Kerap Tinggalkan Solat Tapi Ingin Berubah Ikuti Cara Qadha Solat Fardhu Yang Ditinggalkan

papar berkaitan - pada 22/1/2019 - jumlah : 1619 hits
Kerap Tinggalkan Solat Tapi Ingin Berubah Ikuti Cara Qadha Solat Fardhu Yang Ditinggalkan Solat merupakan ibadah yang penting dan wajib dilakukan di samping membentuk peribadi manusia kerana ianya mampu menghalang seorang Muslim daripada me...
Rumah Ada Banyak Tikus Jangan Bimbang Ikuti 3 Cara Ini Mesti Tikus Lari Punya

Rumah Ada Banyak Tikus Jangan Bimbang Ikuti 3 Cara Ini Mesti Tikus Lari Punya

papar berkaitan - pada 21/1/2019 - jumlah : 504 hits
Rumah Ada Banyak Tikus Kehadiran tikus di dalam rumah cukup merimaskan Biarpun berkali kali perangkap dipasang ataupun racun digunakan namun tikus tikus ini akan datang semula ke rumah Bukan barangan sahaja yang dirosakkannya tetapi bau air...
6 Bahan Alami Untuk Atasi Kulit Kepala Berbau Tak Sedap

6 Bahan Alami Untuk Atasi Kulit Kepala Berbau Tak Sedap

papar berkaitan - pada 30/1/2019 - jumlah : 273 hits
6 Bahan alami untuk atasi kulit kepala berbau tak sedap Beberapa di antaranya adalah sari tomat baking soda air jeruk nipis cuka apel dan minyak pohon teh atau tea tree oil
Doktor Kongsi Cara Jaga Gigi Anak Masa 10 Bulan Hanya Pakai Kain Lembap Tapi Kena Biasakan

Doktor Kongsi Cara Jaga Gigi Anak Masa 10 Bulan Hanya Pakai Kain Lembap Tapi Kena Biasakan

papar berkaitan - pada 15/1/2019 - jumlah : 624 hits
Penjagaan gigi anak sememangnya menjadi tanggungjawab ibu bapa Perkongsian doktor ini boleh dijadikan panduan Pegawai Pergigian di Pusat Sejahtera Universiti Sains Malaysia berkongsi tentang cara penjagaan gigi yang dilakukan kepada anaknya...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab

10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids

Fort Kemar Pusat Operasi Di Tengah Belantara

10 Laluan Penerbangan Antarabangsa Tersibuk Di Dunia Bagi Tahun 2024

Prosedur Pengesahan Lafaz Cerai

Duna Dara Asam Maram Chord