Popia Sayur a-la Vietnam
Gout ialah keadaan yang menyebabkan radang pada sendi. Orang yang mengalami gout mengalami serangan sakit, bengkak dan keradangan di sendi mereka secara tiba-tiba. Nasib baik, gout dapat dikawal dengan ubat-ubatan, diet dan perubahan gaya hidup.
a) Sos Cicahan Kacang
Dalam kuali, panaskan minyak dan masukkan bawang yang dihiris kasar. Goreng hingga bawang menjadi lembut dan sedikit keperangan.Masukkan air, kicap cair dan mentega kacang. Kacau rata.Biar sos mereneh dan memekat sebelum anda padamkan api.
b) Popia
Letakkan 1 helai daun kobis di tengah-tengah kulit popia, diikuti sedikit suun, 3 hirisan timun, 3 hirisan lobak merah, campuran hirisan lada benggala, sedikit daun ketumbar dan sedikit daun selasih.
Letakkan telur yang dihiris nipis dan tabur sedikit biji bijan.
Lipat kulit popia hingga cukup-cukup menutupi segala isi popia tadi.
Libat di kedua-dua sisi kulit popia dan gulung ke hadapan.
Ulang langkah 1-3 hingga semua bahan habis digunakan.
Penawar di dalam Rumah!
Sekiranya anda mencari ramuan mudah, anda tidak perlu mencari lebih jauh daripada beberapa bahan yang anda boleh dapati di dapur anda sendiri. Berikut adalah beberapa rawatan di rumah untuk meredakan simptom-simptom gout. Sebagai langkah berjaga-jaga, tanya doktor anda dulu sebelum mencuba rawatan berikut sekiranya anda mempunyai keadaan lain seperti tekanan darah tinggi.
Cuka epal bukan saja boleh meredakan simptom-simptom awal gout malah bilah menghilangkan sakit kepala dan sakit kerana artritis. Anda hanya perlu mencampurkan satu sudu teh cuka epal bersama sedikit madu dalam segelas air. Petua ini dapat membantu melegakan kesakitan akut. Fungsi cuka epal ini adalah meneutralkan asid urik dalam badan.
Jus timun mempunyai kelebihan untuk mengurangkan asid urik dalam badan. Terdapat kajian yang telah membuktikan bahawa timun dapat meredakan suhu badan yang panas dan mampu meredakan kesakitan pada sendi-sendi akibat serangan gout. Untuk jadikan timun sebagai bahan pelega gout, hiris timun nipis-nipis dan lekapkan pada kawasan yang terkena gout. Biarkan selama 15 minit sebelum membilas kawasan tersebut dengan air suam.
Tahukah anda, sifat anti-radang halia mampu melegakan kesakitan dan keradangan yang berlaku di badan anda. Sama ada menjadikan halia sebagai bahan masakan atau ramuan ubat sapuan, kepanasan halia dapat membantu melegaka kesakitan yang dihadapi akibat serangan gout. Satu petua yang anda boleh pratikkan adalah dengan mencampurkan halia bersama serbuk halba dan kunyit dengan air suam. Amalkan minuman ini dua kali sehari secara konsisten untuk mendapatkan kesan yang positif dan baik.
Jus lemon berupaya meneutralkan asid urik yang tidak diperlukan dalam badan. Anda hanya perlu mencampurkan jus daripada 1 biji lemon bersama setengah sudu teh serbuk penaik. Tunggu selama beberapa saat hingga bunyi berdesis hilang sebelum tuang sedikit air. Kacau dan minum.
Serbuk penaik dikatakan sebagai bahan paling berkesan untuk menghilangkan tanda-tanda awal gout. Anda hanya perlu mencampurkan satu sengah sudu teh serbuk penaik dengan segelas air. Amalkan petua ini empat kali hari selama 2 minggu secara konsisten setelah anda menyedari bahawa anda mengalami tanda-tanda awal gout. Jika anda berusia 60 tahun dan ke atas, anda disarankan untuk mengamalkan petua ini hanya sebanyak 2 kali sehari. Penghidap darah tinggi tidak disarankan untuk mengamalkan petua ini.
Jika anda penggemar buah pisang, anda boleh berasa gembira dan lega kerana pisang merupakan antaran buah-buahan terbaik untuk melegakan gout. Kandungan kalsium pisang yang tinggi mampu menukarkan kristal asid ke bentuk cecair yang boleh keluar dari badan melalui sistem perkumuhan. Kandungan vitamin C dalam pisang dapat mengurangkan kesan bengkak dan kesakitan di kawasan yang terjejas. Makan 1 biji pisang bersama sedikit yogurt untuk melancarkan proses rembesan asid dalam badan.
Untuk melegakan sakit gout, amalkan jus daun saderi dalam diet anda. Saderi diperkaya dengan anti-oksida dan polisakarida tinggi yang mampu meredakan kesakitan dan keradangan akibat gout. |
Kempen Promosi dan Iklan Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua. Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini |