Buat Sendiri Tungku Guna Bahan Di Dapur Sesuai Untuk Bayi Ibu Bersalin


Anak kecil dan bayi (terutamanya) memang tak dapat dipisahkan dengan penggunaan tungku/tuam. Bayi baru lahir perlu ditungku untuk hangatkan badan bayi selepas mandi, kurangkan kembung perut atau angin dalam badan dan juga elakkan angin pasang (bagi anak lelaki).
Berdasarkan perkongsian Puan Yatie Eimra dia ada berkongsikan cara untuk membuat tungku ekspres dengan bahan yang ada di rumah sahaja dan berkesan untuk merawat kembung perut bayi dan juga ibu dalam pantang.
Ikuti perkongsiannya:
Anak saya ada masalah sawan nangis akibat terlalu kerap kembung perut sejak dari lahir. Bekalan minyak telon dan tungku bayi memang wajib ada. Masuk 7 bulan baru kurang sakit perutnya. Selama tu jugaklah tungku bayi tak tinggal..
Baru-baru ni masa anak kena cirit birit akibat tonsillitis (hampir 2 minggu), saya buatkan tungku bayi ekspres ni untuk kurangkan kembung perut dan hangatkan badan anak. Almaklum lah, cirit birit ni kalau badan sejuk, lagi menjadi-jadi sakit perutnya. Tungku ni mudah disediakan dan time-time terdesak, memang guna tungku ni je.
Macam-macam bahan orang buat tungku bayi ni. Tapi yang selalu saya buat 2 je bahan utama. Herba-herba lain boleh digunakan sebagai tambahan supaya tungku lebih efektif.
2 Bahan Utama:
Bahan pemanas (pasir pantai/debu tanah/garam/beras) Semua bahan-bahan yang dinyatakan kat atas ni boleh serap dam simpan haba apabila dipanaskan. Bahan-bahan ni berfungsi kekalkan suhu panas tungku bayi agar tahan lebih lama. Jadi memudahkan kerja ib-ibu dan tak perlu kerap sangat panaskan balik tungku.
2 bahan utama – garam & lada hitam Boleh gunakan pasir pantai, debu tanah (tanah ditapis dengan penapis besi untuk buang batu dan bendasing dan dapatkan debu-debu yang halus je), garam ataupun beras. Gunakanlah bahan yang ibu-ibu mudah dapat ye. Masa berpantang dulu saya tinggal dirumah mak, jadi debu tanah (tanah yang halus) memang mudah dapat. Tapi sekarang saya gunakan garam je.
Bahan untuk singkirkan angin  Yang ni memang paling banyak variasi. Ada yang gunakan lada hitam, habatussauda, halba, biji sawi, jintan, biji ketumbar dan macam-macam lagi. Selalunya saya hanya gunakan lada hitam sebab tu je bahan yang sentiasa ada kat dapur. Tapi kali ni saya tambahkan rempah campur (untuk masak kari tu) sebab dah ada campuran halba, biji sawi dan jintan dalam tu.
Optional.. Saya gunakan je rempah campur sebab dah ada biji sawi, halba, jintan. Semua bahan ni boleh kurangkan angin dalam badan. Ni Cara Saya Buat Tungku Bayi Ekspres
1/2 cawan garam (lebihkan pun boleh)
2 sudu makan lada hitam
1 sudu makan rempah campur (optional)
Campur semua bahan. Panaskan selama 5-7 minit diatas dapur hingga panas dannaik baunya. Boleh gunakan kain perca atau baju lama anak (lengan panjang) untuk ikat bunjut tungku ni. Boleh juga lapiskan kain dengan daun sirih/daun mengkudu jika ada. Curah campuran garam yang telah dipanaskan di bahagian tengah baju. Tinggikan bahagian bawah/kaki baju Pegang bahagian leher baju seperti gambar di atas (pastikan kedudukan bahagian bawah baju tadi lebih tinggi dari bahagian leher). Ikat kedua² lengan baju ke belakang. Ikat dengan kemas supaya garam tak terkeluar. Tarik bahagian lengan baju ke depan & ikat sekali lagi untuk kemasan. *Boleh juga lapiskan kain dengan daun sirih atau daun mengkudu sebelum curahkan campuran yang dihangatkan tadi.
*Boleh juga panaskan bunjut tungku dengan seterika jika suka, tapi suhunya tak betul-betul sekata dan panasnya juga tak tahan lama.
*Untuk garam dan beras, tak disarankan simpan dalam kain sebab garam dan beras ni serap kelembapan. Garam akan jadi lembap dan beras akan berkulat. Sebaik-baiknya campuran garam/beras disimpan dalam bekas bila tak digunakan dalam tempoh yang lama.
Sebaik-baiknya simpan dalam bekas jika gunakan garam sebab lama-kelamaan garam akan menjadi lembap & berketul. *Saya tak ikat mati sebab lebih suka buka dan panaskan balik campuran garam tadi dalam pan bila nak guna.
*Boleh tengok gambar cara saya ikat tungku bayi ni gunakan baju bayi terpakai.
Lain-lain tip:
*Sebelum tungku bayi/anak pastikan lapik dengan kain (atau alas dengan baju) supaya tak terlalu panas.
*Pastikan tungku dah suam (test pada bahagian atas tangan sendiri dahulu) sebelum tungku secara terus atas kulit anak.
*Untuk elakkan masalah angin pasang bagi bayi lelaki, setiap kali lepas mandi tuam bahagian alat kelamin anak untuk elakkan bahagian tersebut sejuk (pastikan tungku suam/berlapik kain). Dap atau tekap sekejap-kejap je tungku bayi di bahagian ari-ari dan sekitar kawasan alat kelamin (dari bahagian bawah kemaluan & tolak menghala ke atas dengan perlahan). Buat 2-3 minit. Kemudian tuamlah perut dan tapak kaki selama 3-5 minit.
Untuk bayi boleh lapik dengan kain sebelum tungku. Pastikan tungku telah suam sebelum tungku secara direct atas kulit. *Bagi masalah anak kecil yang cirit-birit tanpa henti, boleh juga tuam bahagian perut dan bahagian punggung untuk hangatkan badan anak. Diikuti kawasan peha dan tapak kaki.
*Saya dulu bersalin secara ceaser sebab fetal distress. Saya gunakan tungku yang sama (gandakan sukatannya) & tambahlah daun sirih/mengkudu jika ada untuk tungku bahagian perut (elakkan tungku kawasan luka ceaser). Tungku ni ringan dan sesuai digunakan untuk ibu-ibu yang bersalin secara ceaser untuk bantu cepatkan proses kecutkan rahim dan kurangkan angin dalam badan.
Sumber: Yatie Eimra

**Jangan lupa saksikan Pa&Ma Journey Bersama SchAwaLara, setiap Rabu jam 9 malam di Astro Ria saluran 104/124 dan ulangannya setiap Ahad jam 9.30 pagi.

 
 
The post Buat Sendiri Tungku Guna Bahan Di Dapur. Sesuai Untuk Bayi & Ibu Bersalin appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/buat-sendiri-tungku-guna-bahan-di-dapur-sesuai-untuk-bayi-ibu-bersalin/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Lepas Bersalin Terus Susukan Anak Susu Kolostrum Ibu Nampak Sedikit Tapi Cukup Buat Bayi Baru Lahir

Lepas Bersalin Terus Susukan Anak Susu Kolostrum Ibu Nampak Sedikit Tapi Cukup Buat Bayi Baru Lahir

papar berkaitan - pada 12/8/2020 - jumlah : 396 hits
Ibu ibu yang baru melahirkan memang digalakkan untuk membuat penyusuan eksklusif kepada bayi sekurang kurangnya selama 6 bulan pertama Jika boleh diteruskan sehingga usia anak anak 2 tahun itu merupakan satu bonus yang bukan sahaja baik unt...
Drama Seorang Ibu Bepura Pura Temukan Bayi Yang Ternyata Anaknya Sendiri

Drama Seorang Ibu Bepura Pura Temukan Bayi Yang Ternyata Anaknya Sendiri

papar berkaitan - pada 13/8/2020 - jumlah : 285 hits
Sebuah drama bak sinetron televisi terjadi di Kelurahan Jatipulo Palmerah Jakarta Barat pada hari Minggu Drama itu dirancang oleh seorang ibu muda berinisial D Ia berpura pura menemukan sesosok bayi yang ternyata anaknya sendiri Kejadian it...
Makeover Dapur Mainan Untuk Anak Hanya Guna Bahan Bajet Hasilnya Terbaik

Makeover Dapur Mainan Untuk Anak Hanya Guna Bahan Bajet Hasilnya Terbaik

papar berkaitan - pada 12/8/2020 - jumlah : 537 hits
Lihat anak gembira dah satu kepuasan buat ibu bapa Lagi lagi dapat merealisasikan impian anak untuk memiliki mainan idaman Mungkin bagi orang yang berkemampuan nak beli mainan mahal tiada masalah Tapi yang dari keluarga sederhana bajet itu ...
Redakan Panas Badan Bayi Dengan 2 Bahan Dapur Ini Sahaja

Redakan Panas Badan Bayi Dengan 2 Bahan Dapur Ini Sahaja

papar berkaitan - pada 9/8/2020 - jumlah : 259 hits
Kenapa tetiba boleh timbul tentang kunyit lak ni kredit google manfaat co id Kisahnya disebabkan my hero Irfan yang baru umur 8 bulan mengalami panas badan suhu sekitar 37 6 C di bahagian leher terlebih sedikit dari paras normal sedikit bat...
Yorkshire Puding Versi Bayi Mudah Je Nak Buat Hanya Guna 4 Bahan Garing Di Luar Lembut Kat Dalam Rasa Memang Superb

Yorkshire Puding Versi Bayi Mudah Je Nak Buat Hanya Guna 4 Bahan Garing Di Luar Lembut Kat Dalam Rasa Memang Superb

papar berkaitan - pada 6/8/2020 - jumlah : 433 hits
Bila anak dah boleh makan mama memang suka bereksperimen untuk tarik selera si kecil kadang bayi yang dah mula makan ni kalau tengok mama dan papa makan semua dia nak Untuk realisasikan apa yang diinginkan oleh si kecil yang tengah teruja n...
Ibu Muda Di Bali Lahirkan Bayi Di Atas Mobil Patroli Polisi Tanpa Bantuan Medis

Ibu Muda Di Bali Lahirkan Bayi Di Atas Mobil Patroli Polisi Tanpa Bantuan Medis

papar berkaitan - pada 4/8/2020 - jumlah : 258 hits
Sebuah peristiwa unik terjadi di Gianyar Bali di mana seorang ibu hamil lahirkan bayi di atas mobil patroli Polisi Peristiwa itu terjadi saat wanita bernama Sri Wenti Misa itu tengah diantar mobil patroli ke Rumah Sakit Sanjiwani Gianyar Me...
Orangtua Biadab Bayi Sendiri Dibuang Ke Jalan Raya Truk Tronton Langsung Melindas Hancur Tak Bersisa

Orangtua Biadab Bayi Sendiri Dibuang Ke Jalan Raya Truk Tronton Langsung Melindas Hancur Tak Bersisa

papar berkaitan - pada 7/8/2020 - jumlah : 321 hits
Warga digegerkan dengan temuan bayi yang tewas terlindas mobil truk di Jalan Raya Kecamatan Mantup Lamongan Senin kemarin Diduga bayi malang yang dibuang orang tuanya di pinggir jalan setelah dilahirkan Seperti dikutip Kabarmakkah com dari ...
Bila Bayi Asyik Meragam Tak Mahu Tidur Ibu Jadi Risau Cuba Buat Kaedah Urutan Ni 5 Minit Je Pasti Nyenyak

Bila Bayi Asyik Meragam Tak Mahu Tidur Ibu Jadi Risau Cuba Buat Kaedah Urutan Ni 5 Minit Je Pasti Nyenyak

papar berkaitan - pada 5/8/2020 - jumlah : 428 hits
Urutan boleh buat bayi kurang meragam dan tidur lena Mama dan papa kena rajin urut Hanya lima minit diperlukan Ikuti langkah langkah ini Dengan hanya beberapa minit sentuhan dan belaian ibu boleh menjadi perangsang kepada perkembangan psiko...
Baru Bersalin Anak Kena Jaundis Susu Ibulah Penawar Terbaik Ini Cara Mama Nak Tahu Bayi Kena Jaundis Atau Tidak

Baru Bersalin Anak Kena Jaundis Susu Ibulah Penawar Terbaik Ini Cara Mama Nak Tahu Bayi Kena Jaundis Atau Tidak

papar berkaitan - pada 7/8/2020 - jumlah : 395 hits
Pada masa kini memang semakin ramai bayi dijangkiti jaundis atau demam kuning sebaik sahaja dilahirkan Keadaan ini berpunca daripada peningkatan bilirubin dalam darah dan keadaan organ hati yang belum matang Disebabkan itu Pertubuhan Kesiha...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


The Benefits Of A Learning Management System For Every Organization

W69 Slot

Hazama Hattan Black Hitam Manis Chord

Top Stock Traders In The World And Key Lessons From Their Success

Resipi Kuetiau Basah Seafood Yang Sedap Untuk Sarapan Atau Makan Malam

Tips Rumah Kekal Wangi