Resipi Pisang Lemak Manis Goreng Sedap Untuk Minum Petang


Sedapnya kalau dapat makan pisang goreng yang keraknya rangup. Kena pula dengan pisang yang sedang elok masaknya, lagi hebat rasanya. Menurut Cikgu Afy Al Habibi, untuk mendapatkan pisang goreng yang sedap, ada beberapa tip yang harus diikuti. Antaranya ialah, adunan tepung haruslah dibancuh sendiri dan tidak menggunakan tepung segera.
Malah pisangnya juga kena pilih yang sederhana masak, lembut dan manis rasanya. Warnanya? Pilih yang kuning keemasan. Barulah hasil pisang goreng tu nampak lagi menyelerakan. Sebaiknya guna pisang lemak manis.

Cikgu Afy berkongsi resipi bancuhan tepung pisang goreng yang boleh anda semua cuba. Istimewanya, beliau tak letak pun kapur. Hasilnya tetap rangup tau. Jom cuba! Bolehlah masak untuk minum petang nanti.
 
RESIPI PISANG LEMAK MANIS GORENG 

BAHAN-BAHAN:
1 sikat Pisang Lemak Manis7 sudu makan tepung beras (beli online DISINI)1/3 sudu teh garam (beli online DISINI)1/3 sudu teh serbuk kunyit (beli online DISINI)
2 sudu makan telur – sebaiknya guna telur putih sahaja lebih baik
1/2 cawan kecil air sejuk
CARA MEMASAK:
1. Satukan tepung beras, garam, serbuk kunyit, telur dan air ke dalam bekas. Kacau rata semua bahan tadi. Tekstur adunan tepung haruslah tidak terlalu pekat dan perlu sedikit cair.


2. Buang kulit pisang lemak manis satu persatu. Masukkan ke dalam adunan. Tidak perlu belah kerana saiz pisangnya kecil.

3. Gunakan pengepit. Masukkan satu persatu pisang ke dalam minyak gorengan sambil merenjis adunan tepung yang melekat di pengepit. (renjisan tepung untuk menghasilkan serdak rangup)
4. Pisahkan terus pisang yang melekat antara satu sama lain dalam kuali. Balik-balikkan supaya pisang masak sempurna.

5. Bila serdak tepung gorengan sudah kekuningan, angkat dan toskan minyaknya terlebih dulu. Jangan biar sampai hangit. Biasanya serdak akan lebih cepat garing berbanding pisang.

6. Bila pisang goreng sudah kelihatan sebegini, bolehlah angkat dan toskan.

7. Sedia untuk dinikmati.

8. Bancuhan tepung tadi juga boleh digunakan untuk menggoreng ikan, sotong atau udang. Sedap!

 
TIP UNTUK MENGHASILKAN PISANG GORENG YANG CANTIK
1. Guna minyak yang banyak semasa menggoreng.
2. Pastikan minyak betul-betul panas (berdesir semasa pisang dimasukkan).
3. Api awalnya perlu kuat dan biar sederhana sehingga pisang masak.
 
Kredit resipi & foto: Afy Al Habibi
 
Tengah cari KUALI GORENG baru? Dapatkan secara online DISINI.
 
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Popia Bergedil Cicah Sambal Kicap Berapi. Menu Minum Petang Paling Padu

Goreng Nipis-Nipis Baru Sedap. Ini Petua Buat Bakwan Rangup Untuk Minum Petang

Karipap Sardin Tak Perlu Kelim Tepi. Ni Resipi Mudah Untuk Orang Baru Belajar

Muffin Banana Coklat Chip Gebu & Lembut. Mudah DiBuat.

Masak Gulai Ayam Ikut Resipi Ini Tak Pernah Mengecewakan

 
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official




The post Resipi Pisang Lemak Manis Goreng Sedap Untuk Minum Petang appeared first on RASA.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://rasanakmasak.blogspot.com/2021/10/resipi-pisang-lemak-manis-goreng-sedap.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Resipi Kuih Cara Manis Tembikai Inti Manis Sedap Lembut Kreatif Sungguh

Resipi Kuih Cara Manis Tembikai Inti Manis Sedap Lembut Kreatif Sungguh

papar berkaitan - pada 2/11/2021 - jumlah : 243 hits
Kuih cara biasa pun sudah menjadi kegilaan inikan pula kuih cara cantik dan kreatif yang dikongsikan oleh ini Kreatif Resipi mudah dan ringkas tapi ada teknik yang tersendiri hendak membuatnya Jom cuba Kuih cara kena sumpah jadi tembikai Se...
Rahsia Nasi Lemak Sedap Tahan Lama Wanita Ini Kongsi Resipi Arwah Mak

Rahsia Nasi Lemak Sedap Tahan Lama Wanita Ini Kongsi Resipi Arwah Mak

papar berkaitan - pada 30/10/2021 - jumlah : 417 hits
Nasi lemak antara menu yang sudah menjadi kegemaran semua orang untuk sarapan atau juga makan malam Namun tak semua pandai memasak nasi lemak yang sedap dan tahan lama Rupanya ada cara tertentu dalam membuat nasi lemak yang sedap dan tahan ...
Resipi Omapodi Snek Homemade Sedap Boleh Buat Sempena Deepavali

Resipi Omapodi Snek Homemade Sedap Boleh Buat Sempena Deepavali

papar berkaitan - pada 25/10/2021 - jumlah : 379 hits
Jom buat snek Omapodi sempena sambutan Deepavali Tentunya perayaan lebih meriah dengan adanya pelbagai sajian enak yang menjadi tradisi turun temurun Walaupun tidak dapat disambut secara besar besaran seperti sebelumnya disebabkan pandemik ...
Mak Mak Nak Diet Resipi Overnight Oat Simple Tapi Padu Ni Memang Sedap

Mak Mak Nak Diet Resipi Overnight Oat Simple Tapi Padu Ni Memang Sedap

papar berkaitan - pada 22/10/2021 - jumlah : 254 hits
Berdiet tanpa nasi tak kan pernah gagal jika kena caranya Dengan menggantikan oat antaranya perut jadi lebih kenyang dan rasa selesa nak berdiet Mak mak bolehlah cuba cara dan idea ini Menu simple dengan Overnight Oat Jom cuba Suami kata pe...
Hanya Guna 4 Bahan Resipi Sekaya Telur Ni Memang Mudah Sedap

Hanya Guna 4 Bahan Resipi Sekaya Telur Ni Memang Mudah Sedap

papar berkaitan - pada 22/10/2021 - jumlah : 512 hits
Sekaya Telur atau Seri Kaya Telur antara kuih tradisi kegemaran orang orang Pantai Timur terutamanya di negeri Kelantan dan Terengganu Rasanya yang lembut lemak dan manis memamng sedap dan biasanya menjadi buruan ramai terutramanya bila tib...
Resipi Mudah Serawa Pisang Versi Bayi Hanya Guna 4 Bahan Sahaja

Resipi Mudah Serawa Pisang Versi Bayi Hanya Guna 4 Bahan Sahaja

papar berkaitan - pada 23/10/2021 - jumlah : 270 hits
Pisang mempunyai kandungan mineral dan karbohidrat yang mudah dicerna menjadikannya sumber tenaga yang sangat baik untuk terutamanya sebagai snek bagi kanak kanak yang aktif dan cergas Jom sediakan serawa pisang resipi mudah untuk si manja ...
Resipi Mudah Cottage Pie Yang Sedap Ikut Selera Melayu

Resipi Mudah Cottage Pie Yang Sedap Ikut Selera Melayu

papar berkaitan - pada 26/10/2021 - jumlah : 567 hits
Cottage Pie menu klasik British yang memang sangat sedap menggunakan dua bahan utama iaitu daging dan kentang Namun bahan daging boleh digantikan dengan isi ayam Menerusi perkongsian resipi daripada Umi Watie ini cara pembuatannya sangat se...
Senangnya Nak Buat Bebola Ayam Homemade Ni Resipi Ringkas Campak Campak Tapi Sedap

Senangnya Nak Buat Bebola Ayam Homemade Ni Resipi Ringkas Campak Campak Tapi Sedap

papar berkaitan - pada 26/10/2021 - jumlah : 276 hits
Makanan ringkas seperti bebola dan sosej selalu jadi kesukaan anak anak kita Pun begitu kandungan garam dan gula yang tinggi ditambah dengan pemprosesan bahan yang meragukan membuatkan kita berfikir fikir untuk membelinya Apa kata kita buat...
Sedap Mudah Puan Selvi Kongsi Resipi Muruku Istimewa Sempena Deepavali

Sedap Mudah Puan Selvi Kongsi Resipi Muruku Istimewa Sempena Deepavali

papar berkaitan - pada 27/10/2021 - jumlah : 415 hits
Bila tibanya perayaan seperti Deepavali pasti ramai yang tercari cari resipi muruku yang sedap Maklumlah ia merupakan antara kudapan ringan yang dicari ramai di musim perayaan Rasanya yang rangup pedas dan berempah memang menepati citarasa ...
Sah Kes Najib Razak Cacat

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Redha Di Dalam Rumah Tangga

Ioi City Mall Gears Up For A Meletop 2025 With A Star Studded New Year S Eve Celebration

Farhan Mustapha Mutiara Hati Chord

The West Isn T Dying But It S Working On It

Malaysian Muslims Baffled How Having A Pic With Christmas Tree Santa Claus Can Shake Their Faith

Have A Relaxing Day With Friends Over Lunch Or Dinner