Resipi Nasi Minyak Hujan Panas Sedap Bersama Acar Nenas Khemok Daging


Biasanya kita akan jumpa menu nasi minyak hujan panas ni pada majlis kenduri saja. Ditambah pula dengan lauk ayam goreng, khemok daging dan acar nenas, memang padu.
Menerusi perkongsian resipi daripada Muliadi Ramli ini, memang senang cara membuatnya.
 
NASI MINYAK HUJAN PANAS

BAHAN NASI:
Beras Basmathi Jasmin Parboil 6 pot (1.2 kg ++, direndam 40 minit dan kemudian ditoskan air)
TONTON Macaron Teh Tarik | Dapur Rasa Live
TONTON Buttermilk Spaghetti & Mac and Cheese | Dapur Rasa Live
UNTUK TUMISAN:
Rempah 4 sekawan
1 biji bawang besar | dimayang – beli online di sini
2 ulas bawang putih | dimayang – beli online di sini
4 helai daun pandan | disimpul
Minyak masak – beli online di sini
Minyak sapi
1 batang serai (optional)
2 kotak kismis hitam
½ tin susu cair – beli online di sini
4 sudu besar sos tomato del monte
Garam
1 sudu besar pewarna kuning telur
1 sudu besar pewarna merah
2 inci halia | dihiris nipis/diketuk
1 kiub pati ayam
Daun ketumbar (saya tak letak sebab kehabisan stok)

CARA MASAK:
1. Panaskan periuk elektrik. Masuk minyak masak dan minyak sapi. Tumis sampai naik baunya. Masukkan semua bahan tumis sampai wangi.
2. Masukkan dulu separuh je air dari sukatan beras. Bila air dah mendidih, masukkan beras yang ditoskan. Gaul rata.
[Jangan Terlepas Resipi Menarik Di Channel Rasa]
3. Masukkan air. Kalau beras jasmin parboil ni yang telah direndam, sukatan air dengan beras, air paras-paras beras sahaj (ukuran air dengan beras dalam periuk)
4. Masuk halia, susu cair, sos tomato dan kiub ayam, kacau rata. Bila dah masak nasi tu, masukkan biji kismis.
5. Bila nasi dah kering, buat lubang kat nasi tu. Masukkan pewarna, biarkan lagi 20 minit. Balik-balikkan nasi tadi. Tunggu 15 minit lagi untuk nasi masak dan kering sepenuhnya. Siap.
BAHAN KHEMOK DAGING
1kg daging
1kg daging tulang
BAHAN PERAPAN DAGING:
2 biji bawang besar
8 biji bawang merah
2 inci halia
2 inci lengkuas
2 cawan bawang goreng
*kisar halus semua bahan perapan daging
5 sudu besar rempah khemok (beli yang timbang)
1 sudu besar rempah masak cap bunga ros
1 sudu besar rempah gulai
4 sudu besar sos tomato del monte
½ tin susu cair
4 biji badam | disangai & ditumbuk halus, masuk dalam perapan daging tujuan bagi rasa lemak pada kuah
*semua bahan di atas disatukan dan diperap dengan daging dalam 30 minit.
½ tin susu susu cair
Gula melaka
Garam secukup rasa
[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]

BAHAN TUMISAN:
1 biji bawang besar | dimayang
2 helai daun pandan | disimpul
Rempah 4 sekawan
4 sudu besar cili boh
2 batang serai | diketuk (optional, kalau tak suka tak perlu letak)
Minyak masak
2 biji kentang | dipotong
CARA MASAK:
1. Tumiskan bahan tumisan hingga wangi dan sampai pecah minyak. Masukkan daging yang diperap tadi. Tutup periuk. Biar keluar semua air daging dan rempah sebati.
2. Masukkan 3 cawan air. Renehkan daging dengan api sederhana. Masukkan gula melaka, garam secukup rasa.
3. Masak sampai daging empuk. Jika daging belum empuk, tambah air dan susu cair. Masak sampai kuahnya jadi pekat (boleh tambah air jika terlalu pekat). Siap untuk dihidangkan.

 
BAHAN ACAR NENAS:
1 biji nenas | dikupas kulit & dipotong nipis
½ keping gula melaka
4 sudu besar cuka makan
1 cawan air
3 sudu besar cili boh
Garam secukup rasa

CARA-CARA:
1. Masukkan cili boh kacau dengan api perlahan. Masukkan air sampai mendidih.
2. Masukkan gula melaka. Bila pekat sikit, masukkan cuka dan garam. Tutup api. Bila dah sejuk masukkan nenas. Siap.
BAHAN SAMBAL BELACAN
*4 biji cili besar merah
*20 biji cili padi
*Belacan sebesar ibu jari (dibakar biar wangi)
*1 biji limau kasturi (dibuang biji)
*Garam
*Gula
*½ sudu pes asam jawa
1 biji limau nipis
CARA-CARA:
Bahan bertanda * dikisar. Air sedang-sedang saja. Jangan terlalu sedikit atau banyak dan jangan kisar terlalu halus. Keluarkan dan perah limau nipis. Rasa secukup rasa. Siap.

Kredit resipi: Muliadi Ramli
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap dan cepat dimasak di laman web Rasa: 
Resipi Mudah & Cara Yang Betul Buat Muffin Coklat Gebu

Buat Sendiri Pes Tomyam, Senang Buat Stok Masak Di Rumah 

Lebih Jimat Buat Sendiri Rojak Ayam Terengganu, Memang Sedap 

Tonton lebih banyak video masakan mudah dan sedap di YouTube @Majalah Rasa Official: 



The post Resipi Nasi Minyak Hujan Panas Sedap, Bersama Acar Nenas & Khemok Daging  appeared first on RASA.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://rasanakmasak.blogspot.com/2022/02/resipi-nasi-minyak-hujan-panas-sedap.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
8 Resipi Sup Sedap Mudah Dimasak Lebih Sihat Bebas Minyak

8 Resipi Sup Sedap Mudah Dimasak Lebih Sihat Bebas Minyak

papar berkaitan - pada 16/2/2022 - jumlah : 316 hits
Kata orang masakan reneh guna air atau senang cakap sup atau rebus ni masakan malas tapi kalau kena pada cara memasak yang rebus dan reneh ini lagi sedap dan gerenti lebih sihat kerana bebas minyak Ada pelbagai jenis masakan yang mengguna c...
Resipi Orang Lama Yang Sedap Gulai Daging Tulang Nangka Muda

Resipi Orang Lama Yang Sedap Gulai Daging Tulang Nangka Muda

papar berkaitan - pada 17/2/2022 - jumlah : 188 hits
Siapa peminat menu gulai mesti suka dengan resipi gulai daging tulang dengan nangka muda ni Gulai orang lama lama Makan pula dengan ikan kering dan sambal belacan nenas memang sedap tak terkata Jom kita cuba resipi daripada Muliadi Ramli in...
Resepi Nasi Minyak Zaitun Bahan Simple Tapi Rasa Bukan Main Sedap

Resepi Nasi Minyak Zaitun Bahan Simple Tapi Rasa Bukan Main Sedap

papar berkaitan - pada 12/2/2022 - jumlah : 316 hits
Nasi beriani nasi minyak dan nasi hujan panas mungkin sudah terbiasa bagi kita Apa kata kali ini kita cuba hidangan nasi istimewa Nasi Minyak Zaitun pula di hujung minggu Paling utama kerana bahannya cukup ringkas dan sedap Jom cuba resipi ...
Resipi Sambal Lonte Jawa Padu Sungguh Tak Cukup Nasi Sepinggan

Resipi Sambal Lonte Jawa Padu Sungguh Tak Cukup Nasi Sepinggan

papar berkaitan - pada 1/2/2022 - jumlah : 290 hits
Nasi dengan kuah dan lauk panas tak cukup lengkap tanpa sambal pedas menyengat Apa kata kali ini cuba Sambal Lonte Jawa yang pastinya tak cukup nasi sepinggan Memang padu Jom cuba resipi Sambal Lonte ini perkongsian Memang sedap Kecur air l...
Campur Keledek Rahsia Resipi Tepung Gomak Pandan Ni Jadi Lebih Sedap

Campur Keledek Rahsia Resipi Tepung Gomak Pandan Ni Jadi Lebih Sedap

papar berkaitan - pada 31/1/2022 - jumlah : 198 hits
Sedapnya Kuih Tepung Gomak Pandan ni lebih lebih lagi kalau makan di waktu petang Lembut sedikit kenyal dan manis inti kelapanya buat rasa tidak jemu menikmati kuih tradisional ni Makan sekeping pun rasa tak puas Berbeza dari resipi yang la...
Resipi Ayam Madu Yang Super Sedap Tapi Mudah Je Nak Buat

Resipi Ayam Madu Yang Super Sedap Tapi Mudah Je Nak Buat

papar berkaitan - pada 3/2/2022 - jumlah : 223 hits
Bila sebut pasal menu lauk ni kadang kadang mak mak pun buntu nak buat lauk apa kan Apa kata buat menu ayam masak madu yang super sedap tapi mudah je nak buat Resipi daripada Rina AliNa ini tak ambil masa yang lama pun untuk memasaknya AYAM...
Resipi Kuih Koci Pulut Hitam Sedap Tak Kukus Sukat Guna Cawan

Resipi Kuih Koci Pulut Hitam Sedap Tak Kukus Sukat Guna Cawan

papar berkaitan - pada 3/2/2022 - jumlah : 242 hits
Kuih Koci Pulut Hitam merupakan antara Melayu yang digemari ramai Kena yang sedap makan dua tiga biji pun tak cukup Bagi anda yang suka makan kuih ni dan nak belajar cara cara buatnya Tak sukar pun lebih lebih lagi kalau dapat resipi mudah ...
Masak Sendiri Fish Chips Lengkap Dengan Resipi Sos Tartar Sedap

Masak Sendiri Fish Chips Lengkap Dengan Resipi Sos Tartar Sedap

papar berkaitan - pada 7/2/2022 - jumlah : 272 hits
Wow Fish Chips perkongsian saudara Wan LuQman ni nampak sedap dan menyelerakan Jangan takt ahu semua ini dimasak from scratch termasuklah ubi kenatng Semuanya dihasilkan secara homemade menggunakan bahan bahan yang mudah untuk kita beli Hid...
Resipi Bubur Nasi Bersantan Lagi Tinggi Khasiat Untuk Anak

Resipi Bubur Nasi Bersantan Lagi Tinggi Khasiat Untuk Anak

papar berkaitan - pada 5/2/2022 - jumlah : 200 hits
Bubur kosong mungkin sudah biasa atau ditambah dengan ayam dan ikan Apa kata kali ini mama tambahkan sedikit khasiat santan ke dalam bubur anak Sedap berlemak Anak lagi suka Resipi paling simple ini bukan hanya tinggi khasiat malah menarikn...
Siti Kasim Pas Loyalists Are Fools If They Fall For The Jihad Fundraising Drive To Save Siti Mastura S Skin

Ditch The Cubicle Your Home Office Guide

Kemalangan Di Lebuh Raya Utara Selatan Enam Mangsa Maut

Scammer Di Facebook

Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Major Projects Will Make Sarawak An Asian Economic Force Says Premier

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Derma Jihad Untuk Siti Mastura Cubaan Normalisasi Fitnah Pas Patut Ajar Ahli Parti Dan Pimpinan Pas Jaga Bab Fitnah Ini


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Raih Gigi Putih Alami Dengan 7 Bahan Sederhana Ini

5 Rahasia Mata Sehat Yang Direkomendasikan Pakar Mata

7 Tanda Kerusakan Otak Yang Kerap Dianggap Remeh

Kawal Alergik Bila Alahan

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Indah Delvia Tacilak Di Nan Rami Chord