Resipi Kek Coklat Mudah Aktiviti Hujung Minggu Dengan Anak Anak
assalamualaikum & salam sejahtera..
hari ni nak kongsi tentang aktiviti hujung minggu (2-3 minggu lepas) dgn kak Nurin dan Syuhada. kami buat kek coklat. sebenarnya, da lama diorang berzikir di telinga saya ni utk buat kek coklat. "hmmm bukan ibu tak nak buat, tapi bahan tak cukup anak-anak oii..."
maka, pergi shopping barang dapur, grab sebungkus serbuk koko. itu la yg terus menjadik buat kek coklat ni. resepi saya cilok aje dari YouTube Buat Orang Lapo. cari yang paling senang. bahan yang paling simple
hah gitewwww 😋
before borak lebih panjang, saya share kan resepinya ye. if nak videonya, search dalam YouTube Buat Orang Lapo resepi Kek Coklat Lembap Kukus (Sukatan Cawan). tu antara YouTube channel yg saya suka rujuk utk resepi
bahan-bahan :3/4 cawan gula3 biji telur1/2 sudu kecil garam1 sudu kecil soda bikarbonat1 sudu kecil esen vanilla1 cawan minyak1/2 cawan susu pekat manis1 1/4 cawan tepung gandum1 cawan serbuk koko1 cawan air panascara-cara :gula dan telur dipukul hingga kembang.masukkan garam, soda bikarbonat, esen vanilla, minyak dan susu pekat manis. pukul hingga adunan sebati.ayakkan tepung gandum dan serbuk koko. masukkan ke dalam adunan tadi dan kacau rata-rata.masukkan air panas dan kacau rata sekali lagi. bila adunan da cantik sebati, boleh dah bakar atau kukus.
😍 ginilah adunannya ye
masukkanlah dalam bekas yang bersesuaian
kukus - 40 minit
tapi saya bakar - suhu 170 selama 1 jam
ibu jadik mandor.tu la untungnya ada 2 anak dara. sorang tukang sukat. sorang tukang godak 😄. ibu bantu aje, ajar cara nak sukat guna cawan dan sudu penyukat. Ijat pun join sekali, tukang sibuk! dia nak juga pegang whisk tu, tidak dibenarkan. tak pepasal karang adunan turun ke lantai. jgn buat keje ibu lebih la, Ijat oii..
da siap dah kek coklat ni, anak-anak nak juga versi kek coklat yang ada topping coklat berkilat tu. aduhai. cooking coklat takde. tak kuasa la plak nak keluar membelinya. maka, saya pun modify la resepi topping dari kek milo yang lepas
topping coklat :masakkan semua bahan di bawah ni atas dapur hingga ia cantik berkilat
1/2 cawan serbuk koko1/2 cawan susu pekat manis1/2 cawan air panas2-3 sudu mentega
seboleh-boleh anak-anak nak tuang semua topping coklat
hampir nak melimpah dari pinggan
hmmmm tercungap-cungap masing-masing nak habiskan sepotong kek coklat. sedap. tak brape manis. but ia sgt berat! 😆 abis lari kalori diet ha ha ah ha..
[ SILA BACA JUGA : Resepi Mudah Kek Milo ]
makan sendiri-sendiri. so tak brape la nak kisah rupa parasnya tu. janji menjadik kek coklat. alhamdulillah... jgn la nak dibandingkan dgn kek dlm YouTube Buat Orang Lapo tu. dia tu dah memang-memang rajin masak 😆. cantik molek aje keknya. tak la senget mcm kek di atas tu ye ha ha ha ha..
...ok bye
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.adianiez.com/2020/12/resepi-kek-coklat-mudah-aktiviti-hujung-minggu.html