Resipi Mee Kolok Yang Sedap Tapi Banyak Cikadak
Assalamualaikum..
MEE Kolok adalah antara masakan mee kegemaran Pak Inche
Apa yang Sk perasan, selain Mee Kolok, Pak Inche memang penggemar masakan berasaskan mee seperti Mee Goreng Mamak, Bihun Goreng, Bihun Sup, Mee Bandung, Mee Rebus termasuklah Char Kuey Teow. Biasanya masakan mee akan jadi pilihan Pak Inche untuk makan malam sekiranya telah makan nasi pada waktu siang.
Biasanya, kalau nak makan Mee Kolok, kami akan makan di kedai jer sama ada di Hutan Bandar atau di Kebun Teh. Yang terkini, kami sering makan di Kampung Melayu iaitu cawangan Mee Kolok Kebun Teh. Walaupun begitu, selalu jugaklah Pak Inche berzikir minta Sk masakkan mee kolok untuk dia, hurmmm.. Sk bukan apa, setakat nak makan semangkuk, tak payahlah susahkan bini, hahahahahaha.. Penat ui nak sediakan bahan-bahan, kemudian nak kena cuci pinggan mangkuk dan periuk belanga lagi. Walaupun tak susah tapi renyah juga sebenarnya sebab ada beberapa condiments (tak tahu melayu nak sebut apa) yang perlu disediakan berasingan seperti sambal cili dan minyak bawang putih. Itu belum lagi termasuk bahan tabur dan hiasan
Banyak cikadak woooo…
Resipi Mee Kolok
Bahan A (Mee)Mee kolok kering atau mee wantan, dicelur lembut(boleh juga nak guna sebarang mee segera)
Bahan B (Sup)300 gm daging lembu4 - 5 cawan air 2" halia1 sup bunjut3 pokok daun bawang2 kiub pati lembu
Cara-cara:1. Rebus daging bersama halia, kemudian keluarkan daging.2. Masukkan sup bunjut, kiub pati lembu dan bahagian bawah pokok daun bawang, renehkan.
Bahan C (Minyak Bawang Putih)5 - 6 ulas bawang putih cincang 1/4 cawan minyak masak (Goreng bawang putih hingga garing, asingkan bawang putih dan minyaknya)
Bahan D (Daging)Daging yang telah direbus, hiris nipis dan perapkan dengan :1/2 tbs kicap pekat1 tbs kicap manis1 tbs sos tiram2 tbs minyak bawang putihbeberapa titis minyak bijan
Bahan E (Sayuran)Sayur sawi, bersihkan, potong kecil dan celur dalam air panas mendidih
Bahan F (Sambal Mee Kolok)15 tangkai cili padi Thai, belah dan buang bijinyaJus dari 2 biji limau nipis1- 2 tbs cuka masak1- 2 tbs gula atau secukupnya garam secukupnya(Kisar sehingga halus, ketepikan)
Cara Hidangkan Mee Kolok
1. Panaskan kuali non-stick, masukkan sedikit minyak bawang putih dan goreng sekejap daging yang telah diperap.2. Ambil mee kolok yang telah dicelur untuk satu potion, sudukan secukupnya bahan perapan daging tadi dan gaulkan rata pada mee, letak dalam mangkuk.3. Letakkan sayur dan daging.4. Taburkan daun bawang dihiris dan bawang putih goreng.5. Makan bersama sup dan sambal cili.
Selamat Menyepahkan Dapur!
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://sariyusa.blogspot.com/2019/11/resipi-mee-kolok-yang-sedap-tapi-banyak.html