8 Idea Resipi Sihat Sedap Bagi Yang Berdiet Tapi Nak Makan Sedap


Siapa kata kalau sebut DIET kita harus berlapar atau makan makanan yang tidak menyelerakan. Sebenarnya kita masih boleh menikmati makanan yang penuh berkhasiat dan sedap. Paling penting sebenarnya kena rajin mencuba resipi baru bersesuaian dengan selera kita sendiri.

1. SANDWIC SALMON
BAHAN-BAHAN:
2 keping ikan salmon1 batang roti baguette500gm salad campur1 biji cili benggala merah-bakar, buang kulit, hiris nipis½ sudu teh serbuk lada sulahSedikit MayonesSedikit minyak zaitunSedikit mentegaGaram secukup rasa 
CARA MEMASAK:
Sapukan serbuk lada sulah dan garam sehingga rata pada kepingan salmon.Goreng ikan salmon menggunakan minyak zaitun dan sedikit mentega sehingga masak. Apabila masak, potong isi ikan salmon kecil-kecil. Ketepikan.Baguatte dipotong 5cm panjang dan dibelah dua. Sapukan mayones sehingga rata pada kepingan roti. Letakkan isi ikan salmon, daun salad, cili benggala dan akhir sekali tutup dengan sekeping lagi roti untuk dijadikan sandwic.Siap untuk dihidangkan.Info Chef: Ikan boleh digoreng dengan sedikit minyak sayuran yang dicampurkan mentega untuk menggantikan minyak zaitun. Boleh juga diletakkan kepingan keju cheddar.


2. AYAM PANGGANG ROSEMARY BERMADU DAN KENTANG MENTEGA
BAHAN-BAHAN:
1 ekor ayam3 sudu makan madu1 sudu teh rempah Rosemary kering1 tangkai parsli segar -cincang halus4 sudu makan mentega-suhu bilik1 labu bawang besar-belah dua1 labu bawang putih-tumbukSerbuk lada hitam secukup rasaGaram secukup rasa 
BAHAN-BAHAN UNTUK KENTANG MENTEGA:
300gm kentang kecil1 sudu makan mentega1 cawan susu segarSedikit daun parsliSedikit serbuk lada hitamSedikit GaramAir untuk merebus kentang secukupnyaCARA MEMASAK:
Ayam dibasuh bersih dan dilap kering menggunakan tuala/tisu dapur. Lumurkan tiga sudu makan madu pada keseluruhan ayam luar dan dalam. Ketepikan.Bancuh mentega bersama Rosemary, parsli, lada hitam, garam dan bawang putih. Sumbatkan bancuhan tadi di bawah kulit ayam, di dalam badan ayam serta di dalam badan ayam.Akhir sekali sumbat bawang besar ke dalam perut ayam. Ikat kaki ayam tadi menggunakan tali guni.Bakar di dalam oven selam 45 minit dengan suhu 180 selcius atau sehingga masak.Angkat dan sedia dinikmati.Untuk menu sampingan kentang; kentang direbus bersama air, susu segar, sedikit lada hitam, sedikit garam dan satu sudu makan mentega hingga empuk.Apabila masak, taburkan cincangan daun parsli, gaul sebati.Sedia untuk dihidangkan bersama ayam panggang Rosemary.Info chef: Apabila membakar jus ayam tersebut akan keluar, jangan dibuang, jus tersebut boleh dijadikan sos untuk ayam. Kisar bawang yang telah disumbat ke dalam ayam hingga hancur. Masak kembali bawang tersebut bersama jus ayam tadi. Tambahkan garam, stok ayam, lada hitam dan tepung gandum bagi memekatkan kuah.

3. UDANG PANGGANG SALAD
 BAHAN-BAHAN:
300gm udang1 sudu makan madu1 sudu teh ‘mix spice’Serbuk lada sulah secukup rasaGaram secukup rasaSedikit daun salad-dicarik-carik1 labu bawang besar-hiris bulat nipis-nipisLidi sate untuk mencucuk udangMinyak zaitun untuk memanggangCARA MEMASAK: 
Perap udang bersama madu, mix spice, lada hitam dan garam selama 1 jam. Ketepikan.Panaskan minyak zaitun di dalam kuali pemanggang dan panggang udang tersebut sehingga masak.Angkat dan biarkan sebentar kemudian cucuklah udang tersebut dengan lidi sate untuk mendapat hasil yang menarik.Alaskan daun salad di dalam pinggan dan hirisan bawang besar. Letak udang di atasnya.Sedia dinikmati.Info chef: Boleh panggang udang lebih lama untuk dapatkan kesan hitam ‘terbakar’.

4. SALAD AYAM AVOKADO
BAHAN-BAHAN:
1 keping dada ayam1 biji avokado-hiris nipis2 sudu makan madu2 sudu makan minyak zaitun500gm salad campuran5 biji tomato ceri-belah dua atau empat1 labu bawang besar-hiris nipis2 ulas bawang putih-cincang halus1 sudu teh rempah BBQ1 sudu makan cuka epal/makanSerbuk lada hitam secukup rasaGaram secukup rasaMentega untuk memanggang secukupnyaBAHAN SOS SALAD:
2 sudu makan minyak zaitun2 biji bawang putih-racik halus1 sudu makan cuka epalSerbuk lada hitam secukupnyaGaram secukupnyaCARA MEMASAK:
Dada ayam diperap dengan dua sudu makan madu, rempah BBQ, lada hitam dan garam. Perap selama satu jam. Ketepikan.Panaskan mentega dengan sedikit minyak zaitun di dalam kuali pemanggang kemudian pangganglah dada ayam tersebut hingga masak. Biarlah ia sejuk sebentar kemudian dihiris kecil-kecil. Ketepikan.Untuk membuat sos salad, bancuh dua sudu makan minyak zaitun, cuka epal/masakan, bawang putih, lada hitam dan garam secukup rasa.  Kacau menggunakan pemukul telur hingga sebati.Di dalam mangkuk salad, gaul sebati daun salad yang telah dicarik kecil-kecil bersama hirisan avokado, ceri tomato dan bawang besar bersama sos salad tersebut. Taburkan isi ayam di atasnya.Sedia untuk dihidangkan.Info chef: Jika tiada cuka epal, boleh guna cuka masakan.
  
5. MINI PAI AYAM BERSAMA BAYAM DAN CENDAWAN
BAHAN- BAHAN UNTUK DOH PAI :
200gm tepung100gm mentega sejuk2 sudu makan air sejukBAHAN-BAHAN UNTUK INTI PAI:
500gm isi ayam dada-dadu kecil500 gram sayur bayam-ambil daun sahaja10 biji cendawan butang-hiris nipis1 biji bawang Holland-dadu kecil4 ulas bawang putih-cincang halus1 cawan susu segar4 biji telur1 sudu teh minyak ZaitunGaram secukup rasaBAHAN SAPUAN:
1 biji telur dipukulCARA MEMASAK:
Untuk menyediakan doh:
Ayakkan tepung dan potong dadu mentega.Gaulkan tepung dan mentega didadu dengan cara meramas adunan.Masukkan air dan uli sehingga adunan bersatu dan tidak berderai.Bungkus adunan dalam plastik dan rehatkan adunan dalam peti ais selama 30 minit. Ketepikan.Untuk menyediakan inti pai: Panaskan satu sudu teh minyak Zaitun dalam kuali, masukkan bawang Holland dan masak sehingga bawang menjadi lembut. Masukkan isi ayam dan kacau seketika sehingga isi ayam masak.Masukkan bawang putih dan cendawan, dan kacau sehingga sedikit garing dan asingkan.Kemudian masukkan sayur bayam dan masak sehingga layu.Di dalam mangkuk berasingan, pecahkan 4 biji telur, masukkan susu dan kacau sehingga adunan sebati.Tambahkan sayur yang telah dimasak tadi ke dalam campuran telur dan susu. Ketepikan.Untuk menyediakan pai:
Keluarkan doh pai yang direhatkan tadi.Panaskan ketuhar pada suhu 180 darjah celcius.Tabur tepung di atas alas menggelek dan gelekkan adunan sehingga menjadi setebal  ½ cm.Potong adunan bulat dan lebihkan sebanyak 2cm dari acuan pai berukuran 5cm.Sapu acuan dengan mentega dan letakkan adunan di atas acuan dan bentukkan adunan mengikut acuan.Potong lebihan adunan dengan belakang pisau yang tumpul.Potong kertas pembakar bentuk bulat, lapikkan di atas adunan dan masukkan beras di atasnya.Bakar adunan pai di dalam ketuhar selama 15 minit.Keluarkan adunan pai dari ketuhar dan sapukan dengan telur dipukul dan isikan inti pai.Bakar semula selama 15 minit.Sejukkan selama 10 minit sebelum dihidangkan.Hidangkan bersama salad.INFO CHEF:
Adunan pai boleh juga diadun menggunakan food processor.Pemberat untuk membakar pai boleh ditukar dengan kacang hijau atau kekacang lain.
6. DADA AYAM DAN SAYUR PANGGANG BERSAMA ROTI PITA
BAHAN-BAHAN:
1kg isi ayam dada1 sudu teh minyak zaitun1 sudu teh Italian spices1 sudu teh serbuk cili1 sudu teh serbuk lada hitam3 ulas bawang putih-ketuk1 biji lada benggala kuning-hiris panjang1 biji lada benggala kuning-hiris panjang1 biji bawang Holland-hiris bulatGaram secukup rasa4 keping roti pita mil penuhCARA MEMASAK:
Basuh isi ayam, buang kulit dan lemak.Perap isi ayam dengan “italian Spices”, serbuk cili, serbuk lada hitam dan garam di dalam satu bekas. Rehatkan perapan minimum 1 jam untuk rasa yang sebati.Ketepikan.Di dalam bekas berasingan, perap lada-lada benggala dan bawang Holland dengan serbuk lada hitam dan garam. Rehatkan seketika. Ketepikan.Panggang roti pita dan ketepikan.Tuang sedikit minyak Zaitun dan letakkan perapan ayam dan sayur di atas pemanggang.Masak ayam selama lima minit setiap bahagian.Panggang lada-lada  bengala sehingga terhasil kesan panggang. Angkat dan biarkan ayam seketika sebelum menghiris untuk memerangkap jus.Sedia dhidang bersama roti pita.INFO CHEF: Untuk lebih mudah makan, sumbat ayam dan bahan lain ke dalam roti pita.

7. FALAFEL BERSAMA SOS YOGURT
BAHAN-BAHAN:
BAHAN SOS :
150 ml yogurt asli1/2 biji tomato-dadu kecil1 sudu teh daun parsli-hiris nipis1 sudu teh daun ketumbar2 sudu besar perahan lemonBAHAN-BAHAN FALAFEL:
300gm kacang kuda di dalam tin1 sudu makan tepung gandum2 sudu makan daun parsli1 sudu makan serbuk cili1 sudu teh jintan putih2 sudu teh garamCARA MEMASAK:
Untuk membuat sos, satukan kesemua bahan di dalam mangkuk. Gaul sekata dan ketepikan.Untuk membuat falafel; Toskan kacang kuda dan masukkan ke dalam bekas.Tuangkan semua bahan ke dalam bekas itu, gaul rata dan lenyek kasar.Bentukkan adunan menjadi bulat-bulat dan leperkan.Rehatkan di dalam peti ais selama 10 minit.Kemudian, panaskan minyak ke dalam kuali dan goreng falafel sehingga berwarna coklat gelap.Angkat, tos dan sedia dihidangkan bersama sos masam dan salad jika suka.INFO CHEF: Proses membuat adunan juga boleh menggunakan food  processor.

8. SALAD AYAM ALA MEDITERRANEAN
BAHAN-BAHAN PERAPAN AYAM:
750gm isi ayam dada3 Ulas bawang putih-dadu kecil1 sudu teh Italian spices1 sudu teh serbuk lada hitamGaram secukup rasaBAHAN- BAHAN SALAD :
5 sudu besar yogurt aslihelai daun salad-hiris kasar5 sudu besar buah delima2 biji buah oren-ambil isi sahaja1 biji bawang Holland-hiris panjang½ biji lada benggala hijau½ biji lada benggala kuning½ biji tomato-potong dadu3 sudu makan air perahan lemonCARA MEMASAK:
Untuk menyediakan ayam; Basuh ayam dan tos sehingga kering. Ketepikan.Di dalam bekas plastik tahan haba, masukkan ayam, bawang putih, Italian spices, serbuk lada hitam dan sedikit garam, kemudian gaul rata.Perapkan ayam selama 20 minit di dalam peti ais.Selepas 20 minit keluarkan perapan daripada peti.Masukkan air di dalam periuk dan kemudian masukkan plastik tahan haba berisi perapan ayam ke dalam periuk. Rebus sehingga ayam masak dan ketepikan.Untuk menyediakan salad: Di dalam bekas salad, carik kasar ayam rebus tadi sehingga habis. Masukkan daun salad, bawang, tomato, lada-lada benggala, air perahan lemon dan 5 sudu besar yogurt dan kemudian gaul rata. Taburkan buah delima dan hirisan oren.Sedia dihidang.INFO CHEF: Perapan ayam akan lebih sedap jika dibiarkan semalaman.
ANDA MUNGKIN MENYUKAI RESIPI INI:
Sila Klik On Diet Menu Express Rolled Oats Kismis Sihat
Beef & Tuna Sandwich, 2 Resipi Untuk Sarapan Pagi Yang Penuh Tenaga
Lapar Tapi Nak Cepat, Kebab Ayam Ringkas Pilihan Terbaik
Jimat, Murah & Pantas Telur Hancur Pedas Power Memikat
Anak-Anak Pasti Sukakan Mi Kicap Sayur Ala Cina Simple & Delicious.
Spaghetti Olio Seafood Extra Pedas Ikut Tekak Asia


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://rasanakmasak.blogspot.com/2019/11/8-idea-resipi-sihat-sedap-bagi-yang.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kalau Nak Gigi Anak Cantik Bukan Hanya Jaga Makan Tapi Jaga Juga Waktu Tidurnya

Kalau Nak Gigi Anak Cantik Bukan Hanya Jaga Makan Tapi Jaga Juga Waktu Tidurnya

papar berkaitan - pada 6/11/2019 - jumlah : 392 hits
Ramai ibu bapa yang inginkan gigi anak mereka cantik sihat dan bersih Namun tak ramai yang mementingkan pemakanan yang betul cara penjagaan yang sebenar dan juga kualiti tidur yang baik buat anak mereka Tidak ada cara yang singkat untuk mem...
Bukan Nugget Tapi Jejari Keledek Buat Anak Senang Nak Makan Guna 2 Bahan Saja

Bukan Nugget Tapi Jejari Keledek Buat Anak Senang Nak Makan Guna 2 Bahan Saja

papar berkaitan - pada 2/11/2019 - jumlah : 557 hits
Bosan dengan resipi finger food yang selalu dicuba pada anak apa kata kali ini mama cuba pula resipi yang seakan nugget ayam ini pada anak kecil kita Bukan nugget ayam tetapi Jejari Keledek yang dihasilkan mengikut bentuk jari dan comel Ben...
Resipi Mee Kolok Yang Sedap Tapi Banyak Cikadak

Resipi Mee Kolok Yang Sedap Tapi Banyak Cikadak

papar berkaitan - pada 12/11/2019 - jumlah : 937 hits
Assalamualaikum MEE Kolok adalah antara masakan mee kegemaran Pak Inche Apa yang Sk perasan selain Mee Kolok Pak Inche memang penggemar masakan berasaskan mee seperti Mee Goreng Mamak Bihun Goreng Bihun Sup Mee Bandung Mee Rebus termasuklah...
Amalkan Formula 30 60 5 5 Gaji Cuma Rm2500 Tapi Boleh Simpan Rm750 Sebulan Ini Rahsianya Yang Ramai Mesti Nak Cuba

Amalkan Formula 30 60 5 5 Gaji Cuma Rm2500 Tapi Boleh Simpan Rm750 Sebulan Ini Rahsianya Yang Ramai Mesti Nak Cuba

papar berkaitan - pada 1/11/2019 - jumlah : 573 hits
Ramai mengeluh gaji sering takcukup Orang yang bergaji Rm2k 5k cakap tak cukup Gaji 10k pun cakap tak cukup Apa lagi yang gaji lagi rendah dari tu Tapi sebenarnya semua ini ada jalan penyelesaian dan kena guna formula yang betul Paling best...
Nak Kudapan Sihat Makanlah Kekacang Ketahui Khasiat 8 Jenis Kacang Ini

Nak Kudapan Sihat Makanlah Kekacang Ketahui Khasiat 8 Jenis Kacang Ini

papar berkaitan - pada 9/11/2019 - jumlah : 1572 hits
Siapa yang tak suka makan kacang badam gajus pistachio pecan walnut waima kacang tanah pun ada manfaatnya kepada tubuh anda Kudapan yang kaya dengan lemak tak tepu atau lemak sihat ini juga adalah sumber serat dan protein yang baik Tapi ing...
Masuk Rumah Bukannya Nak Peluk Isteri Anak Tapi Hadap Phone Sampai Tertidur Inilah Silap Ketua Keluarga

Masuk Rumah Bukannya Nak Peluk Isteri Anak Tapi Hadap Phone Sampai Tertidur Inilah Silap Ketua Keluarga

papar berkaitan - pada 1/11/2019 - jumlah : 530 hits
Kelemahan kaum suami hari ini masuk rumah tak peluk isteri dan anak tapi tengok phone dulu Tak tahu mana yang silap baru kahwin terus ada masalah rumah tangga Bila pasangan nak betulkan keadaan masing masing mula tinggi suara Akhirnya anak ...
Singapura Nak Air Murah Tapi Tak Mahu Bantu Malaysia Buat Jambatan Baharu Tun Mahathir

Singapura Nak Air Murah Tapi Tak Mahu Bantu Malaysia Buat Jambatan Baharu Tun Mahathir

papar berkaitan - pada 1/11/2019 - jumlah : 409 hits
JOHOR BAHRU Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menegaskan walaupun Malaysia bersetuju meneruskan Projek Rapid Transit System Link ia tidak akan mampu menyelesaikan masalah kesesakan di Tambak Johor Beliau berkata Malaysia melihat penye...
4 Hidangan Berasaskan Kismis Sedap Dan Lebih Sihat

4 Hidangan Berasaskan Kismis Sedap Dan Lebih Sihat

papar berkaitan - pada 16/11/2019 - jumlah : 335 hits
Dengan sifatnya yang kaya dengan serat kismis amat bagus untuk diamalkan pengambilannya setiap hari Kismis sebenarnya adalah anggur yang dikeringkan Selain serat kismis turut ada vitamin mineral dan manfaat antioksidan Walau telah dikeringk...
Buasir Otak Tv Nak Makan Kat Mana

Buasir Otak Tv Nak Makan Kat Mana

papar berkaitan - pada 5/11/2019 - jumlah : 719 hits
Soalan nak makan kat mana nak makan apa ni soalan SPM pun kalah tahap kesukarannya Jom tonton video animasi ini
Wordplay And Slang For Brand Name

Kl Chinatown Festival 2024

Cultural Reasons Make Malaysians Target For Human Trafficking Says Firm

Cops Probing Into Foreigner S Death In Custody At Klia

Makan Steamboat Dapat Henna Free

15 Kafe Di Johor Bahru Instagrammble Muslim Friendly

15 Cozy Christmas Wreath Designs For A Warm Welcome

Is Tiong China S Tourism Minister Or Malaysia S Asks Wan Fayhsal


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3


Resipi Sambal Goreng Jawa Paling Sedap Cara Masak Pun Mudah Je

Pertandingan Akhir Memasak Kisahkariku Berakhir Meriah Kari Ketam Jadi Pilihan Juri

10 Cuka Epal Terbaik Untuk Kesihatan Kecantikkan Anda

Orang Bunian Mystiska V Senden I Den Malaysianska Urskogen

Usd Cad Ulasan Dan Analisis

Dakwaan Projek Rumah Pahang Gagal Dan Terbengkalai Fitnah Kdmi Buat Laporan Polis Terhadap Adun Kuala Sentul