Resipi Kuih Semperit Red Velvet Viral 19k Shares Di Fb
Dah buat kuih raya ke tu? Ramai yang dah mula buat kuih raya. Gambar kuih raya dan resipi pun meriah lalu lalang dekat wall sosial media. Tinggal rajin tak rajin je nak membuatnnya. Tapi kan, tertarik sungguh lah dengan resipi kuih semperit red velvet yang viral tahun lepas, 19k shares di fb.
Betul betul viral tu. Macam biasa, saya ketinggalan setahun baru nak tahu.
Sebagai penggemar apa jenis juga kuih dan kek red velvet, haruslah saya rasa berminat dengan resipi semperit red velvet viral ni. Tengok resipi semperit velvet mudah je nampaknya. Kena cuba dulu baru tahu mudah ke tidak. Masalahnya, bilalah akan tiba mood rajin tu ek?
By the way, resipi semperit red velvet tanpa cheese ye. Sedia maklum, kalau buat kuih/biskut semperit ni tak banyak bahan.
baca juga : resipi semperit susu Anzalna
resipi semperit perisa tembikai susu dan resipi semperit unicorn 3 bahan
resipi semperit kastard
Resipi Kuih/Biskut Semperit Red Velvet ViralBahan-bahan
250g butter/ marjerin
4 cawan tepung jagung
2sudu besar tepung kastard
2sudu teh pewarna merah
1sudu teh cuka makan
1sudu besar serbuk koko
1cwn susu pekat
Cara buat semperit red velvet1. Whisk butter/ marjerin kacau sebati bersama susu, pewarna merah dan cuka makan.
2. Kemudian masukkan tepung jagung, tepung kastard dan serbuk koko. Gunakan senduk atau hujung jari semasa membuat adunan.
3. Apabila adunan sebati, bolehla mulakan menekan doh ke dalam acuan sehingga habis
4. Bakar pada suhu 160°C selama 20minit.(Ikut oven masing-masing)
Nota : Sukatan cawan mungkin tak sama. Jadi, jika adunan lembut sangat, tambahkan tepung jagung sedikit sehingga tak melekat di tangan. Agak-agak sesuai tekan di acuan.
Cantik hasil kejadian kuih/biskut semperit yang dikongsikan oleh Lailatul Hafizi ni. Warna merah makngah tu super menyerlah. Datang beraya rumah orang, dari jauh dah nampak dan tertarik dengan warnanya tu. Datang je mood rajin nanti, nak cuba jugak membuatnya. Harap menjadi lah
kredit resipi & gambar : Lailatul Hafizi page Resipi Dapur Bidadari #RDB
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.azhafizah.com/2021/04/resipi-kuih-semperit-red-velvet-viral.html