Resipi Kari Kambing Original Inilah Paling Dinanti Masa Hari Raya Nanti
Raya tahun ini cipta kelainan sedikit, orang lain sibuk buat rendang berjam lamanya diatas kuali, #juliamasak seperiuk besar gulai kambing utara atau orang KL sebut kari kambing.
Dua hari sebelum raya julia masak dah lauk diatas. Senang, cuma panaskan je, tak kalut pagi raya nak masak nasi kambing nanti.
Pes nasi kambing julia akan guna sedikit dari masakan diatas tau utk masak nasi kambing selepas solat subuh di pagi raya. Jimat.
Ke semua bahan diatas adalah segar dari ladang ya. Tak pakai cap dalam tin langsung, alah yang sedang viral sana sini tu la.
Saje cek dalam online sold out memanjang, jadi seminggu sebelum raya suami dah borong daging kambing segar kat pasar borong.
Suami pun turun padang pagi tadi tolong julia kupas bawang dan potong bahan asas diatas masukkan dalam blender blend. Anak julia si Abg Qi tengah baca Al-Quran masa ni, syahdu je rasa.
Ada pressure cooker?
Waktu macam inilah sangat diperlukan untuk empuk segala bahan dan cepatkan masakan.
Nampak button Beef/Mutton?
Tekan je, masukkan daging kambing, letak suku je air jangan banyak. Nanti empuk cepat je dalam 30 min. Air dalam pressure cooker tu boleh tos dan buang ya. Jangan pakai sebab minyak lemak kambing tu keluar perghhh!!! Kolestrol weh...
Okey, dah empuk elok je. Just nice. Jom masak. Julia kongsikan resipi ini ikhlas ya, 100% dari julia sendiri.
Tak tiru mana-mana buku resipi hatta online sekalipun. Tak pakai sebarang santan ataupun susu cair ya. Ini teknik buat awal dan tahan lama. Sudah tentu rasanya sedap!!! Selamat mencuba.
Kari Kambing /Gulai Kambing Original
Bahannya:
1 kg kambing beserta tulang di potong kiub
5 biji bawang rose kecil (blend)
4 biji bawang putih (blend)
5 sudu besar rempah daging (tak kisah ikut citarasa brand apa pun)
1 kulit kayu manis
3 biji bunga lawang
1 sudu besar butter
1 senduk minyak masak
5 biji kentang (belah 4)
2 biji tomato (belah 4)
2 biji bawang besar (belah 4)
1 sudu besar garam bukit
1 sudu besar gula nise
Cara memasak:
1. Masukkan butter dan minyak, biar betul panas.
2. Terus letak bawang putih, kacau sehingga kekuningan bersama kulit kayu manis & bunga lawang.
3. Masukkan bawang rose blend. Kacau sehingga masak.
4. Masukkan rempah daging yang di gaul dengan air panas. Kacau sehingga pecah minyak dgn api kecil.
5. Masukkan separuh air masak dalam periuk, letak terus ubi kentang, bwg besar & tomato yg telah dibelah 4.
6. Kacau sehingga mendidih.
7. Masukkan daging kambing yang telah di pressure cooker terlebih dahulu. Toskan air, jgn masukkan air daging kambing dari pressure cooker ya, ia sangat berminyak tak baik utk kesihatan.
8. Gaul dalam 5 min. Tutup api.
Siap untuk disimpan biasa suhu bilik. Cuma rajin panaskan esok pagi & malam. Kalau kuah tu nampak pekat sangat, tambah sedikit air panas sehingga nampak cair sikit.
Pagi raya boleh makan bersama ketupat pulut, ketupat nasi, nasi kambing atau pulut kuning. Resipi diatas memang tahan lama. Tak perlu di bekukan.
Selamat hari raya aidilfitri, maaf zahir & batin.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.juliajohari.com/2021/05/resipi-kari-kambing-original-inilah.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed:+WithJulia+(With+Julia...)