Resipi Ayam Bakar Simple Confirm Sedap
Resipi Ayam Bakar Simple Confirm Sedap. Happy weekend all. Hujung minggu semestinya waktu yang dinanti. Waktu untuk tenangkan minda, relaxing, spend time dengan family and having me time. Selalu hujung minggu mesti akan masak lebih special dari hari biasa. Sebab semua ahli keluarga cuti, ada di rumah, ada masa untuk makan bersama. Kalau weekdays, semua keluar kerja awal pagi malam baru nampak muka masing-masing. Okay, special resipi today ialah Ayam Bakar
Memandangkan nak ambik mood relaxing sebab dah berapa minggu PKP, WFH terperap dalam rumah, Shad and family decide untuk pergi picnic di dusun buah-buahan, dekat dengan rumah. So resipi ayam bakar ni memang resepi mudah dan simple, bahan perap guna yang ada di dapur sahaja. Jom kita start
Resipi Ayam Bakar Simple Confirm SedapAyam 1 ekor – dipotong dan dibersihkan
Bahan Kisar4 ulas Bawang Merah5 ulas Bawang Putih2 inci Halia3 batang Serai5 tangkai Cili Kering – direbus dan dibuang biji
Bahan Perasa1 1/2 sudu kecil garam3 sudu besar gula1 1/2 sudu kecil serbuk kunyit
Cara Penyediaan1. Bersihkan ayam dan potong beberapa bahagian
2. Kisar hingga halus bahan kisar (bawang merah, bawang putih, cili kering, halia, serai)
3. Gaul ayam dengan bahan kisar dan bahan perasa4. Perap ayam selama 1-2 jam5. Boleh mula membakar
Okay dah siap ayam bakarnya. Sorry, terhangus sikit. Haha. Korang nanti kalau bakar, jangan sampai hangus cenggini ya. Rupa tak penting, yang penting rasanya memang sedap, isi ayam pun juicy, kena dengan selera Shad. Rasanya tak pedas sangat, ada manis-manis sikit, ada bau serai plus halia sikit-sikit
Bila pergi picnic ni, part yang mencabar tu, part nak tunggu membakar lah. Bakar cara tradisional ni, pakai kayu api semua tu memang makan masa sikit, tapi kesedapan makanan tu, memang win lah kan. Berbaloi gitu. Huhu. Nak bagi isi ayam masak juicy, tak kering sangat, masa balik-balikkan semanggang, bolehlah titiskan dengan ramuan bahan perapan ayam balance tadi.
Apa-apa pun, sambil bakar sambil relaxing makan buah-buahan, tengah musim buah-buahan kan sekarang ni, layan view dusun buah-buahan. Enjoy the weekend gaiys. Selamat mencuba resipi ayam bakar simple confirm sedap ni ya. InsyaAllah menjadi
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.byshadhira.com/2021/07/resipi-ayam-bakar-simple-confirm-sedap.html