Resepi Tomyam Campur Sedap Dan Senang


 
Baru-baru ini saya ada terima dm di Instagram untuk buat review tentang suatu produk makanan. Macam biasa, makanan dan saya berpisah tiada (sebab tu perut makin ke depan), jadi saya terima job tersebut. Tapi jenama produk itu agak asing dan tak pernah saya cuba sebelum ini.


Suatu hari saya berbual dengan mak dan terkeluarlah cerita pasal jenama produk itu. Terkejutlah saya pula bila mana mak tau tentang produk tersebut dan katanya dah lama ada kat kedai. Haha..nampak nau saya baru belajar masuk dapur. Jadi since saya dah dapat produk dan belum pernah cuba rasa lagi, saya mulakan dengan memasak tomyam menggunakan pes daripada Mak Nyonya (ini jenama tu okeh).


Kali pertama buat tomyam guna pes Mak Nyonya, laku macam goreng pisang panas. Rupa-rupanya anak-anak suka tomyam daripada pes Mak Nyonya ni. Esoknya masa tengah memasak, kakak masuk ke dapur sambil tanya 'umi tengah masak tomyam ke'? La..hari-hari nak makan tomyam ke? Sebelum ni umi masak tomyam, dia layan tak layan je. Sekarang, sampai ke kuah pun dihirupnya, adik pun join menghirup sama. Maknanya umi masak tak sedaplah sebelum ni? >_<
Sebenarnya saya terima dua bungkus pes tomyam untuk review dan beberapa bungkus pes yang lain. Plastik pertama saya masak adalah untuk cuba rasa, jadi plastik kedua disimpan untuk review. Tapi tak sempat buat review, dah terus masuk ke perut juga untuk plastik kedua. Akhirnya saya beli online 5 bungkus terus untuk buat stok di rumah. Ha..nampak tak penangan pes tomyam Mak Nyonya ni?


Sebenarnya saya cuma nak bagitau ada pes tomyam sedap yang awak boleh cuba (kalau belum pernah cuba) iaitu pes jenama Mak Nyonya. Untuk pes lain daripada Mak Nyonya, saya belum sempat cuba lagi. Jadi saya kongsi resepi tomyam campur guna cara yang mak saya ajar masa muda-muda dulu tapi kali ini saya gunakan pes tomyam Mak  Nyonya, bukan lagi pes lama yang saya pernah guna dulu.


Macam biasa, resepi easy peasy sebab saya pun masih belajar memasak. Yang penting resepinya senang dan sedap! Yang tu paling penting kan. Jadi jomlah tengok resepinya. Eh, btw kalau awak malas nak baca, versi video pun ada tau. Klik video kat bawah untuk tengok, alang-alang nak subscribe sekali pun boleh, didahului dengan ucapan terima kasih lah :)


Resepi Tomyam Campur Sedap dan Senang

Bahan-bahannya
Pes Tomyam Mak Nyonya - 1 plastik (100g)
Ayam - semangkuk
 Udang - semangkuk
Sotong - semangkuk
Bunga kobis - sedikit
Lobak - sedikit
Cendawan - sedikit
Bawang putih - sebiji
Bawang merah - sebiji
Tomato - setengah biji
Cili api - 3 biji
Daun serai - sebatang
Asam keping - sekeping
Limau kasturi - sebiji
Daun limau purut
Garam


Cara Penyediaan
1. Panaskan sedikit minyak dalam periuk dan masukkan bawang
putih yang telah ditumbuk. Kacau hingga warna kekuningan.
2. Masukkan Pes Tomyam Mak Nyonya dan sedikit air. 
Kemudian masukkan serai, tomato dan cili api. 
3. Setelah mendidih, masukkan ayam dan tutup periuk. 
Sesekali buka penutup dan kacau untuk elakkan hangit.
4. Setelah agak ayam dah masak, masukkan udang, sotong dan lobak.
Tambah air mengikut citarasa sendiri.
5. Setelah mendidih, masukkan cendawan, bunga kobis, bawang merah dan asam keping.
6. Kacau seketika dan tutup api setelah mendidih.
7. Perasakan dengan garam. Akhir sekali perah limau dan masukkan daun limau purut.


Siap! Walaupun nampak macam banyak sangat bahan diperlukan tapi sebenarnya nak buat tomyam ini senang saja. Campak-campak dan kacau. Waktu penyediaannya pun tak lama, cuma ambil masa sikit untuk tunggu ayam masak. Yang lain tak boleh masak lama, contoh macam cendawan dan bunga kobis, nanti terlalu lembik tak sedap pula. Begitu juga sotong dan udang, terlalu lama memasak jadi liat pula. Tambah jimat masa bila guna pula Pes Tomyam Mak Nyonya, senang!


Jadi yang belum pernah cuba pes Mak Nyonya, bolehlah beli di pasaraya. Beli online pun boleh, kan dunia di hujung jari katanya. Btw Mak Nyonya tengah buat contest sekarang, jom main game dan berpeluang menang wang bernilai RM5000 di >> https://game.maknyonya.com/. 


Dah tau ke nak masak apa untuk juadah berbuka puasa nanti? Masak tomyam campur je la, senang dan sedap gitu..


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.nurzariniismail.com/2021/04/resepi-tomyam-campur-sedap-senang-mak-nyonya.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Resepi Choco Ball Milo Nestum Tanpa Bakar Kuih Raya Paling Senang Sedap

Resepi Choco Ball Milo Nestum Tanpa Bakar Kuih Raya Paling Senang Sedap

papar berkaitan - pada 19/4/2021 - jumlah : 649 hits
Resepi Choco Ball Kadang kadang tekak ni teringin nak makan manis juga kan Lagi lagi bila tengok macam macam iklan bulan puasa ni Pernah tak makan choco ball Sebenarnya simple sangat nak buat Kalau buat sendiri kita pun boleh adjust sendiri...
Resepi Sup Sayur Di Gandingkan Bersama Reja Ayam Dan Fish Cake Sedap

Resepi Sup Sayur Di Gandingkan Bersama Reja Ayam Dan Fish Cake Sedap

papar berkaitan - pada 17/4/2021 - jumlah : 603 hits
Salah Satu lauk yang aku suka masak dan makan adalah sup sayur dan di campur dengan sedikit reja ayam dan fish cake aka tepung isi ikan Kami satu keluarga amat menyukai sup sayur sebegini Sedap berkhasiat dan menyihatkan Sangat sesuai untuk...
Resepi Ikan Talapia Bakar Simple Sedap

Resepi Ikan Talapia Bakar Simple Sedap

papar berkaitan - pada 13/4/2021 - jumlah : 490 hits
Resepi ikan tilapia talapia bakar sambalBahan bahan7 tangkai cili kering 3 biji bawang merah kecil2 ulas bawang putihSetengah sudu teh belacan2 batang serai1 sudu teh kicap manis Blend kesemua bahan bahan di atasCara masak Sambal Ikan Talap...
Senang Buat Dessert Sedap Cantik Ni

Senang Buat Dessert Sedap Cantik Ni

papar berkaitan - pada 12/4/2021 - jumlah : 205 hits
Terdapat pelbagai jenis dessert yang boleh anda semua cuba terkini dessert yang disediakan dan bekas atau gelas kecil menjadi tarikkan kerana ia lebih mudah dihias dan kelihatan cqntik bila dihidangan di atas meja Rasa macam tak sabar nak j...
30 Himpunan Resepi Masakan Ayam Sedap Dan Mudah

30 Himpunan Resepi Masakan Ayam Sedap Dan Mudah

papar berkaitan - pada 22/4/2021 - jumlah : 728 hits
30 Himpunan Resepi Masakan Ayam Sedap Dan Mudah Ayam memang menjadi favorite anak anak dan kalau boleh setiap hari diaorang nak lauk berasakan ayam contohnya ayam goreng kunyit ayam bakar rendang ayam tomyam ayam ayam sambal ayam halia dan ...
Resipi Ayam Goreng Tomyam Pedas Menu Ringkas Tapi Sedap Rasa Pun Padu

Resipi Ayam Goreng Tomyam Pedas Menu Ringkas Tapi Sedap Rasa Pun Padu

papar berkaitan - pada 22/4/2021 - jumlah : 398 hits
Pening memikirkan resipi dan hidangan untuk berbuka dipetang hari Apa kata kita cuba resipi perkongsian ini pula Resipi Ayam Goreng Tomyam Pedas yang ditumis dan dimasak kering kering ini memang sedap rasanya Unik dan berbeza Wajib cuba RES...
Resepi Gulai Kari Ikan Tongkol Mudah Dan Sedap

Resepi Gulai Kari Ikan Tongkol Mudah Dan Sedap

papar berkaitan - pada 13/4/2021 - jumlah : 414 hits
Resepi Gulai Kari Ikan Tongkol Mudah dan SedapBahan bahanIkan tongkol sederhana besar sekor2 sudu rempah kari ikan tambah air sikit buat pes1 sudu besar cili kering kisar4 ulas bawang merah kecil 3 ulas bawang putih Sedikit halia 1 sudu bes...
Resepi Trifle Cocktail Mudah Tapi Sedap

Resepi Trifle Cocktail Mudah Tapi Sedap

papar berkaitan - pada 22/4/2021 - jumlah : 414 hits
Resepi Trifle Cocktail Mudah Tapi Sedap Hujung minggu bila masuk ke dapur meriah dapur tambah kalau laki bini pula yang sama sama kaki masak kan Ini projek laki bini semalam Belek belek dalam almari dapur ada pula agar agar sekali suami sur...
Resepi Jem Nanas Buatan Sendiri Mudah Sedap

Resepi Jem Nanas Buatan Sendiri Mudah Sedap

papar berkaitan - pada 8/4/2021 - jumlah : 352 hits
Siapa suka makan roti dengan jem Lebih spesifik Jem Nanas Jem Nanas yang bagus mampu bertahan lama tanpa pengawet dan sebenarnya Jem Nanas tak susah untuk dibuat Boleh sahaja buat sendiri di rumah Anak saya Zikri pun boleh buat Jem Nanas se...
Laku Keras Rumah Teres Setingkat Mampu Milik Di Bandar Ainsdale Rm400k Sekelip Mata Habis Dijual

Rm42 Billion Fdi Up In Smoke Malaysia S Solar Industry Hit As Chinese Companies Shut Down Due To U S Tariffs

Selangor Govt Offers Alternatives To Cattle Farmers Facing Eviction

Anwar Beri Impak Besar Pada Forum Wef

Ini Amaran Tegas Kkm Dedah Produk Makanan Beracun

Pekerja Pelanggan Bergaduh Lempar Burger Aiskrim

Trends In The Domain Industry

15 Months Jail For Korean Man Over Fake Currencies


echo '';
4 Tanda Ketagihan Yang Jelas Pada Wajah Seorang Penagih Syabu Ice

Biodata Putra Abdullah Atlet Muay Thai Boxing Malaysia Seangkatan Johan Ghazali Jojo Team Jordan Boy

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Akad Yang Terlindung Slot Samarinda TV3


Bufet Ramadan 2025 Di Le Meridien Petaling Jaya

Tarikh Pembayaran Emolumen Bulanan Bagi Tahun 2025

Surat Al Isra Ayat 1 Arti Dan Tafsir Ayat Isra Mi Raj

Sabah Cops Man Beating Employee In Viral Video Was In 2019

Put Aside Egos And Resolve Rice Crisis Mat Sabu Syed Hussin Told

How A Parent S Affection Shapes A Child S Happiness For Life