Resepi Satay Ayam Dan Daging Beserta Kuah Kacang Yang Paling Sedap Resepi Satay Untuk Berniaga


Raya 2020 ni memang lain dari kebiasaan kita semua. Tak dapat berkunjung dan paling sedih tak dapat pulang ke kampung. Tapi kalau dah namanya hari raya perlulah kita sendiri menghidupkan suasana raya tu. Jadi bagi memeriahkan lagi Hari Raya Aidilfitri tahun ni saya dan suami bercadang nak bakar satay Ayam dan daging.

Buat satay pun cukup-cukup untuk kami 4 beranak. Sebenarnya bukan cukup-cukup dah ni.Tapi siap terlebih lagi. Maklum la..kitaorang ni makan sikit je. Bakinya simpan dalam peti sejuk dan panaskan dalam pan keesokan nya

Untuk 30 cucuk satay ayam saya gunakan 4 ketul ayam bahagian isi sahaja.Beli je la kat pasaraya tu senang.Dah siap2 dia asingkan bahagian dada. Harga pun murah je. Sebenarnya kalau buat sendiri satay ni memang jimat banyak.Cuma orang lebih suka beli sebab malas nak nyalakan api dan nak bakar




Untuk kuah kacang satay ni saya gunakan kacang yang memang dah siap kupas kulit. Balik rumah bakar je dalam oven. Bila dah perang2 sikit blend je kasi hancur. Kebetulan ada nasi impit yang dah saya rebus untuk makan dengan rendang so kita potong la sikit untuk lengkapkan pinggan satay kita. Yang mkan nasi impit ni cuma ibu depa je.. Hahhaha
Sebelum mulakan proses buat satay basuh dulu lidi dan rendam dalam air sekurang-kurangnya 2-3 jam. Ini supaya lidi satay tak mudah terbakar bila kita membakarnya nanti



Jom kita ke proses membuat satay dan kuah kacang yang sedap dan sangat sesuai untuk sesiapa yang nak berniaga satay. Modal kecik dan bahan-bahan nya juga mudah. Bahan-Bahan ni untuk 30-35 cucuk satay  ( 1/2 kilo daging)
Bahan-bahan Satay:
4 ketul ayam bahagian isinya sahaja atau1/2 kilo daging
1 sudu kecil jintan manis1 sudu kecil jintan putih1sudu kecil lada sulah1/2 sudu kecil biji Ketumbar1sudu kecil serbuk kunyit 1 inci kunyit hidup2 batang serai1inci lengkuas5 ulas bawang putih1 biji bawang besarhalia 1 inciGula merah 3 sudu besarGula pasir 2 sudu1 sudu kecil garam 
Cara-Caranya:
Potong daging dan ayam mengikut saiz yang sesuai.Jangan terlalu kecil dan jangan terlalu besar. Kalau terlalu kecil nanti satay akan mengecut bila di bakar.  Anggaran saiz 2cm x 2cm. Kemudian bersihkan ayam dan daging

Masuk kan semua bahan ke dalam pengisar kecuali ayam dan daging. 
Kisar bahan sampai hancur. lepas tu masuk kan bahan-bahan kisar ke dalam ayam atau daging yang dah di potong dan dibersihkan tadi




Perap selama 4-5 jam sebelum dibakar. Boleh simpan dalam peti sejuk. 
Selepas 4-5 jam diperap boleh la cucuk pada lidi. satu lidi dalam 4-5 ketul ayam @ daging sahaja. Boleh juga kalau nak cucuk ke lidi dulu kemudian perap. Ianya lebih cepat dan mudah untuk di bakar sebab ayam dah kejap pada lidi

Kalau nak bakar baru nak cucuk pada lidi agak  susah jugak sebab ayam masih lembut. terserah nak buat yang mana dulu ikut citarasa korang

Last sekali boleh la bakar satay tu. Jaga-jaga dengan api. Kita cuma nak bara nya saja. Bukan api. Kalau bakar guna api habis hangus la satay tapi isi dalam nya tak masak pulak





Sambil-sambil tukang bakar satay tengah kipas satay tu korang yang lain boleh tolong buat kuah satay atau kuah kacang. Cara membuat kuah kacang ni sangat senang cuma ambil masa sikit untuk memasak nya. Kalau masak banyak memang la lama

Tapi kalau masak untuk segenggam kacang tak la lama sangat pun. Cuma nak memasak kuah kacang ni kena gunakan api perlahan sebaik saja kacang dimasuk kan. Kalau tidak hangus la kacang korang. Kacang mesti lah betul-betul masak. Taut sakit perut pulak kalau termakan kacang mentah

Sebab tu bakar kacang dulu sebelum blend halus. Bakar kacang pastikan kacang betul2 masak. Jadi tak la kira risau sangat kuah kacang tu masak kejap atau lambat. Ok

Bahan-bahan untuk Kuah kacang atau Kuah Satay
1 cawan kacang tanah di bakar atau di sangai kemudian buang kulit dan kisar halus10- 15 tangkai cili kering 2 sudu besar gula merah1 sudu besar gula pasir1 batang serai1/2 inci halia1 biji bawang besar2 ulas bawang putih1 asam kepinggaram secukup rasa1 senduk kecil minyak untuk menumisair 1 cawan



Cara-Caranya
Kisar cili kering, bawang besar, bawang putih dan halia. 
Panaskan minyak dan tumis serai yang dah di ketuk
Masuk kan cili kering yang dah di kisar. Masuk kan garam,gula merah dan gula pasir.Kemudian masuk kan asam keping

Bila cili dah masak garing masuk kan air kemudian kacang tanah yang dah di kisar halus. 
Masak guna api perlahan sampai air kering dan kuah kacang naik minyak

Bila dah naik minyak maknanya kuah kacang dah masak. Boleh la hidang kan dan ambik gambar sebelum makan.. Hehehh



 Memang sedap satay ni dan puas hati la dapat makan banyak. Padahal nak buatnya senng je. Blend2 dan cocok2 je. Paling senang bila kita ada tukang bakar,Heheh

Malam tu kami siap bakar sosej juga sebab anak2 kata nak sosej jugak. Diaorang ni bukan tak makan satay. Tapi dah jadi kebiasaan bila buat aktiviti bakar-bakar je mesti nak ada sosej jugak

Tapi tak habis pun. Makan berdua je memang la tak habis. Kalau ada sepupu2 kat kampung tu memang licin le diaorang makan berebut ni. Tu yang diaorang suka. 
Tapi terlupa kot yang diaorang berdua je yang nak makan sosej tu. Kan tengah PKP ni.Hahha.. Sabar la anak-anak. Nanti dah habis PKP kalau boleh balik kampung kita buat lagi aktiviti bakar2 gini dengan sepupu2 diaorang nun

Kami ni kalau balik kampung memang aktiviti berBQ  ni memang aktiviti wajib. Tu yang anak-anak paling suka






Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.dianarashid.com/2020/05/resepi-satay-ayam-dan-daging-beserta.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Resepi Rendang Daging Paling Mudah Dan Sedap Yang Pasti Menjadi Untuk Beginner

Resepi Rendang Daging Paling Mudah Dan Sedap Yang Pasti Menjadi Untuk Beginner

papar berkaitan - pada 18/5/2020 - jumlah : 986 hits
As Salam Resepi Rendang Daging Mudah Yang Pasti Menjadi Untuk Beginner Yeahh Pastinya korang yang kalangan mak mak se malaya sekarang ni tengah sibuk mencari cari resepi rendang daging yang paling mudah menjadi dan pastinya sedap untuk hida...
12 Resepi Rendang Ayam Dan Daging Yang Sedap Bersama Cara Memasaknya

12 Resepi Rendang Ayam Dan Daging Yang Sedap Bersama Cara Memasaknya

papar berkaitan - pada 18/5/2020 - jumlah : 520 hits
12 Resepi Rendang Ayam Dan Daging Yang Sedap Bersama Cara Memasaknya Selalu kalau teringin mahu makan rendang mesti akan request pada emak kan Masakan emak memang antara yang tersedap Tapi bila dah kahwin dan duduk berjauhan ni kenalah cari...
Resepi Mudah Dan Sedap Buat Roti Jala Dengan Kari Ayam

Resepi Mudah Dan Sedap Buat Roti Jala Dengan Kari Ayam

papar berkaitan - pada 19/5/2020 - jumlah : 1340 hits
Resepi Mudah dan Sedap Buat Roti Jala Dengan Kari Ayam Assalamualaikum Bila sebut Roti Jala ramai penggemarnya Begitu juga dengan ahli keluarga Cik Rose Roti Jala adalah antara pilihan kegemaran ayah dan anak anak saudara Cik Rose Musim PKP...
Nasi Tomato Dan Ayam Masak Merah Orang Kahwin Paling Sedap Cepat Senang Ini Rahsianya

Nasi Tomato Dan Ayam Masak Merah Orang Kahwin Paling Sedap Cepat Senang Ini Rahsianya

papar berkaitan - pada 27/5/2020 - jumlah : 396 hits
Walaupun berkali mencuba ada waktunya kita masih tercari cari resipi nasi tomato dan ayam masak merah yang bukan hanya sedap bahkan cara membuatnya juga cukup mudah Resipi set Nasi Tomato dan Ayam Masak Merah yang dikongsikan oleh ini palin...
Resepi Daging Goreng Kunyit Yang Sedap

Resepi Daging Goreng Kunyit Yang Sedap

papar berkaitan - pada 28/5/2020 - jumlah : 588 hits
Sewaktu boring tak tau nak masak apa ketika dua tiga hari raya hari tu kami adik beradik ipar sepakat mengorbankan daging lembu yang banyak sebab beli konon nak makan setahun gamaknya maka terhasillah resepi yang bukan di warisi temurun tet...
Resepi Kuah Lodeh Mudah Dan Sedap

Resepi Kuah Lodeh Mudah Dan Sedap

papar berkaitan - pada 29/5/2020 - jumlah : 608 hits
Assalamualaikum wbt Resepi Kuah Lodeh Mudah Dan Sedap Hidangan Untuk Hari Raya Kuah lodeh adalah hidangan yang menjadi pilihan ketika tiba hari raya Mommy teringat dan masih mengimbau kenangan sewaktu berada di Penang dulu Pertama kali momm...
5 Resepi Kuah Lodeh Simple Sedap Untuk Raya

5 Resepi Kuah Lodeh Simple Sedap Untuk Raya

papar berkaitan - pada 23/5/2020 - jumlah : 357 hits
5 Resepi Kuah Lodeh Simple Sedap Untuk Raya Kuah lodeh dan lontong memang sangat sinonim dengan orang Johor Daku sendiri dah pernah makan beberapa di pagi raya disebabkan oleh salah seorang kakak iparku berasal dari Johor Bila balik ke kamp...
Resepi Daging Masak Hitam Berempah Yang Sangat Sedap Dan Juicy

Resepi Daging Masak Hitam Berempah Yang Sangat Sedap Dan Juicy

papar berkaitan - pada 4/6/2020 - jumlah : 853 hits
As salam Resepi Daging Masak Hitam Berempah Yang Sangat Sedap dan Juicy Yay akhirnya berjaya jugak saya masak Daging Masak Hitam Berempah ni Saya simpan resepi sejak dari awal puasa lagi Tapi asal nak masak daging anak anak lebih suka kalau...
Resepi Sup Dumpling Inti Ayam Mudah Simple Sedap

Resepi Sup Dumpling Inti Ayam Mudah Simple Sedap

papar berkaitan - pada 20/5/2020 - jumlah : 795 hits
Rasanya macam dah bertahun tak share resepi Kami bukan anak dara malas masa Cuma malas nak update kat blog je hehe Lepas masak tergesa gesa nak telan Hari lain sibuk kerja Lepas ni harap rajin rajin update blog Harini cik tie nak share cara...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Airport Berpenunggu

Panduan Lengkap Untuk Reka Bentuk Kotak Pembungkusan Makanan Yang Menarik

10 Tips Pilih Pam Tayar Kereta Tekanan Angin Tayar Kereta Yang Sesuai

Catatan Hari Terakhir Trip Ke Kuching

Resepi Udang Khamped Padu Mudah Sedap Dan Confirm Licin Pinggan

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities