Resepi Daging Masak Hitam Berempah Yang Sangat Sedap Dan Juicy
As salam,Resepi Daging Masak Hitam Berempah Yang Sangat Sedap dan Juicy -Yay! akhirnya berjaya jugak saya masak Daging Masak Hitam Berempah ni.Saya simpan resepi sejak dari awal puasa lagi.Tapi asal nak masak daging, anak-anak lebih suka kalau saya masak ungkep ( sejenis masakan jawa), rendang atau kari.Tapi kali ini, saya masak juga sebab saya dah perap siap-siap daging.Untuk anak-anak saya masakkan lauk lain.haha.Macam-macam cerita pulak eh.Padahal nak masak daging masak hitam je punn
Daging Masak Hitam berempah ini sangat sedap sebab kita perap dulu daging dengan rempah tertentu, kemudian barulah kita masak.Aromanya dan rasanya berganda sedap bila makan dengan nasi putih panas.pheww:)
But, bagi saya resepi yang saya ikuti ini memang antara resepi yang saya cari-cari selama ini.Mungkin korang pun ada keeper recipe yang korang gunakan time masak daging kan.Saya pula, agak cerewet bila nak Masak daging Hitam ni sebab tak mahu rasanya lebih kurang macam kita masak kicap atau blackpepper.Ha gitu ceritanya
Daging Masak Hitam Berempah ni pastinya turut menjadi kesukaan Encik Suami sebab dia juga yang cadangkan saya masak dengan menu ini :)
Time ni kuah daging sudah memekat dan nampak juicy betul dagingnya.Bawang holland pula saya masukkan last supaya dapat ratah bawang rangup-rangup sekali dengan cili padi
Resepi Daging Masak Hitam Berempah Yang Sangat SedapSumber resepi : FBOlahan resepi : Cik MataharikuBahan-bahan perap500-600 gram Daging batang pinang 1 inci halia4 ulas bawang putih1 sudu teh jintan manis1 sudu teh jintan putih1 sudu makan ketumbar ( kisar semua bahan diatas)Kicap lemak manis Jalen secukupnya
BahanTumisDua biji bawang holland saiz sederhanaSatu batang serai di ketuk3 geng sekawan ( bunga lawang, kayu manis, buah pelaga )Kicap lemak manis Jalen ( sukatan agak-agak sahaja)Sos Tiram (agak-agak sahaja )Dua sudu makan cili kering blend10 tangkai cili padi ( untuk hiasan ) kalau suka pedas
Semoga dapat mengundang selera korang kalau takde idea nak masak apa hari ni.hehehe.Masakan yang sangat simple dengan resepi yang ohsem.Memang recomended.Cubalah buat ya:)
Cara Menyediakan Daging Masak Hitam Berempah Yang SedapPerap daging dengan bahan-bahan perapan.Nak perap berapa lama, ikut korang.Kalau nak lagi berasa rempahnya, siap perap daging sebelah malam, esok pagi atau tengahari dah boleh masak.Panaskan minyak.Masukkan sebiji bawang yang dihiris, bunga lawang, kayu manis dan buah pelaga serta serai.Biarkan sehingga naik bau, masukkan cili kering blend dan kacau sebati.Masukkan pula daging yang sudah diperap.Masukkan kicap dan sos tiram secukupnya.Jangan terlebih kicap sebab kita dah perap dengan kicap.Karang terlebih masin pulak.Perasakan dengan gula dan serbuk perasa-saya tak letak garam sebab dah letak kicap dan sos tiram.Masukkan satu cawan air untuk lembutkan daging.Biarkan sehingga mendidih dan pekat kuahnya.Jika daging masih belum empuk, tambah air sedikit demi sedikit.Pastikan kuali ditutup supaya wap air dapat bantu daging empuk lebih cepat.Sekiranya daging sudah benar-benar empuk, masukkan lagi sebiji bawang hollang yang dipotong sederhana tebal dan juga cili padi untuk lebih kepedasan.Angkat dari kuali dan sedia untuk dihidagkan dengan nasi putih panas dan telur dadar.
Selamat mencuba semua :)
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://cikmatahariku.blogspot.com/2020/06/resepi-daging-masak-hitam-berempah-yang.html