Resepi Biskut Nestum Rangup Mudah Dan Sedap Tak Payah Terap


Resepi Biskut Nestum Rangup, Mudah Dan Sedap Tak Payah Terap || Salam semua, sebulan berpuasa, lepas tu sebulan Syawal beraya sampai sekarang masih lagi terasa kemeriahan raya, ya lah kan ini bulan 7 lagi bulan depan nak masuk raya haji dah. Sekejap sungguh masa kan.


Dah ramai dengar berita yang nak pergi haji tahun ni, jiran kita pun nak pergi mengerjakan haji dalam minggu depan tak silap. Semoga dipermudahkan urusan para jemaah haji untuk mengerjakan haji tahun ini, Kita pun tak tahu lagi, pergi daftar, pegawai sana bagi surat dalam jangka tahun 2080. Allah, tak tahu lah tu itu jangkaan sahaja.

Baru - baru ini, kita ada masuk contest untuk S&P santan dan dapatlah cipta resepi biskut raya yang menggunakan serbuk krim kelapa. Memang tak sangka betul, sangat sedap rupanya. Saja - saja masuk contest, kot ada rezeki kan. Dalam biskut ni ada letak nestum tapi bila ada sekali dengan serbuk krim kelapa, memang bau dan rasa tu lagi sedap.

Ala - ala macam biskut kelapa tapi ada nestum boleh bayangkan tak. Nasib baik nak mencuba sebab ada serbuk krim kelapa ni la. Memudahkan pulak dan boleh cipta resepi atas kreativiti masing - masing.

Biskut ni sebenarnya tak payah terap, siapa - siapa yang malas nak main terap boleh ikut resepi ini. Kita sendiri pun kalau masuk bab nak buat biskut malas sangat nak terap, bercinta sungguh kan hii.

Dalam blog ni pun dah banyak kali buat biskut yang tak payah terap ni, tapi kalau tengok ke bentuk biskut tu macam main terap kan. Sebenarnya tak pun. Ada rahsia tu nak dapatkan potongan macam tu.

Suka buat macam ni, bila dah tengok yang program tv baking yang mat saleh punya buat biskut doh disejukkan dulu. Kalau di sana mereka dah panggil biskut "icebox". Kita kadang- kadang buat biskut ikut mood juga, tak nak main terap ke apa ke, memang terus simpan doh dalam peti hii.

Jom kita tengok resepi ya, tak susah sangat pun, tapi banyak jenis tepung guna. Biskut nestum ni rangup ya. Biskut tak nanti raya jer boleh makan, bukan musim raya pun boleh. :). Tapi untuk resepi ini, pastikan ada serbuk krim kelapa tu ya. Produk S&P tu ada jerr kat pasaran, rasanya tak nampak serbuk krim kelapa jenama lain ada yang ini jerr.

Jemput tonton video ya kalau nak tengok cara potongan tu, takut tak reti hii. Jemput subscribe juga, :)


Resepi Biskut Nestum Rangup, Mudah Dan Sedap Tak Payah Terap 

Bahan - bahan
2 cawan tepung gandum
1 sudu teh baking powder
1/2 sudu teh baking soda
1 sudu besar tepung beras
1 sudu besar tepung jagung
1 cawan gula halus
1 sudu teh esen vanila
1 biji kuning telur
1/2 cawan nestum
2 sudu besar susu tepung
250 gm butter
1 paket serbuk krim kelapa santan s&p

Cara - cara
1. Kacau rata butter dan gula halis sehingga sebati.
2. Masukkan 1 sudu teh esen vanila dan juga kuning telur.
3. Kacau rata dan masukkan susu tepung.
4. Masukkan tepung gandum secara berselang seli sambil gaul rata.
5. Kemudian masukkan 1 paket serbuk krim kelapa s&p santan dan kacau rata hingga adunan sebati.
6. Masukkan nestum dan gaul sampai jadi doh.
7. Sediakan cling wrap dan ambil separuh doh letak atas cling wrap.
8. Bentukkan dalam kedaan memanjang dan balutkan doh dengan cling wrap ( boleh rujuk video ).
9. Kemaskan kedua - dua bahagian hujung.
 10. Doh perlu disejukkan semalaman.
11. Keluarkan doh dari peti dan potong terus dengan pisau yang tajam dalam ketebalan yang sederhana. Buang setiap cling wrap yang ada bagi setiap potongan.
12. Susun atas loyang yang telah dialas jarakkan sikit dan bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 150°C dalam masa 17 minit atau sehingga keperangan.
13. Keluarkan bila dah suam sikit boleh sejukkan atas redai.
14. Simpan dalam bekas kedap udara.

Nota : mesti ramai tertanya - tanya kenapa potong tak buang dulu cling wrap ? Ada sebabnya

1. Ikut pengalaman saya, Kalau buang dulu cling wrap doh tu jadi tak stabil lagipun kalau main sentuh doh dengan tangan masa nak potong tangan kita panas sentuh doh yang sejuk nanti lama - lama jadi melekat di tangan. Potong terus dengan pisau sekali dengan cling wrap lagi selamat.
2. Faktor cuaca yang panas juga.
3. Tips kat sini potong dengan pisau mesti tajam.

Satu lagi selepas susun dalam loyang, biarkan pada suhu bilik  sepenuhnya sebelum dibakar untuk mengelakkan suhu terkejut antara sejuk dan panas nanti masak tak sekata.

Baca sini >>> Resepi Biskut Dahlia Yang Rangup Dan Cair Di Mulut
Baca sini >>> Resepi Biskut Cornflakes Yang Mudah Dan Rangup
Baca sini >>> Resepi Biskut Tart Nenas Gulung Yang Paling Gebu Dan Sedap

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.wanisukarno.com/2019/07/resepi-biskut-nestum-rangup-mudah-dan-sedap-tak-oayah-terap.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
10 Resepi Kek Yang Sedap Dan Mudah Menjadi Pilihan Pembaca Di Blog Wani Sukarno

10 Resepi Kek Yang Sedap Dan Mudah Menjadi Pilihan Pembaca Di Blog Wani Sukarno

papar berkaitan - pada 14/7/2019 - jumlah : 1124 hits
10 Resepi Kek Yang Sedap Dan Mudah Menjadi Pilihan Pembaca Di Blog Wani Sukarno Salam semua kali ini terasa nak share 10 resepi kek yang telah menjadi pilihan pembaca di Blog Wani Sukarno Macam terasa ala chef la kita ni chef amatur jerr hi...
Resepi Sambal Tumis Telur Puyuh Yang Mudah Dan Sedap

Resepi Sambal Tumis Telur Puyuh Yang Mudah Dan Sedap

papar berkaitan - pada 7/7/2019 - jumlah : 935 hits
Resepi Sambal Tumis Telur Puyuh Yang Mudah Dan Sedap Sambal Tumis Telur Burung Puyuh telah menjadi salah satu menu favourite untuk daku dan suami sejak dulu Dan cara nak masak sambal tumis ni tak susah sebenarnya cuma tak dinafikan daku mas...
Langkah Demi Langkah Buat Kulit Pie Tee Rangup Dan Inti Sedap Mudah

Langkah Demi Langkah Buat Kulit Pie Tee Rangup Dan Inti Sedap Mudah

papar berkaitan - pada 5/7/2019 - jumlah : 642 hits
Dapat makan Pie Tee tengahari atau petang ni perggh memang sedap Kudapan dari masakan Baba dan Nyonya ni memang cukup terkenal Makan satu tak cukup ni Selain inti ayam dan sayuran korang boleh ganti dengan udang pun sedap juga Ni langkah la...
Resepi Popia Carbonara Cheese Sedap

Resepi Popia Carbonara Cheese Sedap

papar berkaitan - pada 16/7/2019 - jumlah : 669 hits
Asslamualaikum Hai Resepi Popia Carbonara Cheese Planning asal sebenarnya nak buat popia nestum dari dulu lagi So bahan bahan nak buat popia nestum pun memang dah ada specifically kulit popia tu Tapi asyik tertangguh sampai lama lama dah ta...
Resepi Ayam Sambal Yang Sedap Dan Lembut Sesuai Makan Dengan Nasi Ayam

Resepi Ayam Sambal Yang Sedap Dan Lembut Sesuai Makan Dengan Nasi Ayam

papar berkaitan - pada 13/7/2019 - jumlah : 780 hits
Resepi Ayam Sambal Yang Sedap Dan Lembut Sesuai Makan Dengan Nasi Ayam Haii kita buat ayam sambal jom hari ni sambal ayam yang lembut sedap manis pedas dan berlemak rasanya amboi bukan main masuk bakul angkat sendiri kan Siapa lah yang nak ...
Gulai Ayam Utara Mudah Dan Sedap Sangat

Gulai Ayam Utara Mudah Dan Sedap Sangat

papar berkaitan - pada 17/7/2019 - jumlah : 1830 hits
Assalamualaikum wbt Hai korang Semalam teringin nak makan nasi dengan gulai ayam Gulai yer bukan kari So mommy cubalah buat macam resepi arwah mak Nasib baik menjadi Hikhiks Kalau korang nak tahu kari lebih berempah dan rasa agak pedas tapi...
Resipi Kek Keju Durian Guna Blender Mudah Sangat Sedap

Resipi Kek Keju Durian Guna Blender Mudah Sangat Sedap

papar berkaitan - pada 6/7/2019 - jumlah : 620 hits
Musim durian tengah banyak ni bolehlah pakat hasilkan aneka makanan berasaskan raja buah ni Salah satu yang boleh anda cuba ialah Kek Keju Durian ni Tengok pada resipi perkongsian saudari Norhidayu Abdul Majid ni nampak mudah Jom cuba KEK K...
Koleksi Aneka Resipi Apam Kukus Yang Sedap Mudah Buat

Koleksi Aneka Resipi Apam Kukus Yang Sedap Mudah Buat

papar berkaitan - pada 4/7/2019 - jumlah : 1759 hits
Kuih Apam kukus adalah antara kuih tradisional yang menjadi kegemaran ramai tak kira usia Walaupun dikategorikan sebagai kuih orang dulu dulu keenakan serta keunikan rasanya membuatkan ia kekal popular hingga kini Nak buat pun mudah Jom cub...
Resepi Waffle Rangup Gebu Macam Dekat Kedai

Resepi Waffle Rangup Gebu Macam Dekat Kedai

papar berkaitan - pada 29/6/2019 - jumlah : 1083 hits
Resepi Waffle Rangup Gebu Macam Dekat Kedai Rutin waktu bekerja dulu setiap kali turun dari LRT mesti kena lalu depan kedai jual Waffle Setiap kali lalu mesti tergoda dengan bau Waffle yang macam memanggil manggil suruh beli Harum semerbak ...
Beli Rumah Lebih Jimat Dengan Kempen Hartanah Bumiputera Matrix

Tattoos Raised And Itchy

Bersatu Man Demands Dnb Exit Strategy For U Mobile

Khutbah Jumat Jumadil Awal Tangis Ibnu Rawahah Jelang Perang Mu Tah

Tattoos Portland Maine

Bertolak Ansurlah

Kisah Adv 160 Pengajaran Dari Bateri Lemah

Haram Guna Dan Jual Vape Dewan Pemuda Pas Pahang Zahir Sokongan Penuh Terhadap Titah Sultan


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3

Biodata Terkini Reshmonu Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Hey Waley

Gegar Vaganza 2024 GV 11 Hadiah Tiket Peserta Juri Format Pemarkahan Dan Segala Info Tonton Live Di Astro Ria Dan Sooka

6 Janji Donald Trump Kalau Dia Naik Jadi Presiden Semula


Mixology Vape S Commitment To Quality Crafting The Best Vape Flavours Nz

Pensyarah Didakwa Hina Nabi Jawi Turut Buka Siasatan

Murid Buktikan Pada Guru Lembu Makan Martabak

The Difference In The Concept Of Illicit Relationship Between Muslims And Non Muslims

Tiada Masalah Pas Ketuai Pn Tapi Bincang Dulu Kata Pemimpin Bersatu

Cek Pertama Dari Google Adsense