Resepi Roti Jala Juadah Berbuka Puasa
Resepi Roti Jala, Juadah Berbuka Puasa | Assalamualaikum. Aku tengah rajin berkongsi resepi makanan di blog memandangkan kita sedang berpuasa. Baru-baru ni aku teringin nak makan roti jala dan kebetulan salah satu menu berbuka pada hari tu ialah kari ayam. Dah alang-alang, terus la google resepi roti jala. Ini cubaan pertama aku buat roti jala. Tak sangka mudah je nak buat.
Resepi Roti Jala
Resepi Roti Jala
Acuan roti jala ni dah lama aku beli. Memang stand by dekat rumah untuk situasi yang macam ni la. tiba-tiba teringin. Aku tidak mengandung ya. Hahahaha. Apa yang aku belajar buat roti jala ni hanya perlukan kesabaran. Sebab dia buat satu demi satu. Lepas tu cara ko bentuk kan corak jala tu dan cara melipat juga penting. Salah arah maka jadi lah roti jala terburai. Alah tapi tak susah lah. Confirm korang boleh buat jugak.
Jom tengok bahan-bahan yang diperlukan untuk buat Roti Jala:
3 cawan tepung gandum3 cawan air½ cawan minyak1 biji telurSedikit garamSedikit pewarna kuning - aku buat versi pink pastel
Cara membuat:
Masukan kesemua bahan di atas ke dalam blender dan kacau dengan sudu. Kemudian blend sehingga semuanya sebati.
Tapis bancuhan dengan penapis. Masukkan ke dalam botol acuan.
Goreng tanpa minyak di atas non-stick pan. Buat la bentuk jala secara garis empat segi (sila google) atau bulat-bulat macam aku buat.
Siap.
Ada corak jala kira lulus la
Makan dengan Kari Ayam..sedapKalau buat roti jala sebagai menu berbuka elak masak di saat akhir sebab kalau makan roti jala sekali makan atleast 3 keping. Boleh berebut tarik rambut kalau tak cukup. Pepandai la korang timing masa. Aku cakap sebab hari tu aku buat 30 minit sebelum berbuka dan memang habis sekelip mata. Tak pepasal berbuka dekat dapur sambil buat roti jala.
Selamat mencuba.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.rodiahamir.com/2019/05/resepi-roti-jala-juadah-berbuka-puasa.html