16 Resepi Air Minuman Berbuka Puasa Nama Nama Air Balang Sedap


16 RESEPI AIR MINUMAN BERBUKA PUASA, NAMA-NAMA AIR BALANG SEDAP | Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua~! Okayy sebelum lihat 16 resepi air minuman berbuka puasa di bawah ini.. tarik nafas duluuu. Hembus. Tarikkk, hembus. Lagi-lagi yang tengah dahaga tu, bawa bersabar banyak banyak dengan 'killer' visual aneka air yang sedap dan menyegarkan di bawah ini haha. Haa sesiapa yang nak jimat duit tak nak beli di gerai (yela sekarang ni 1 bungkus air dah mencecah RM8/ RM10) ataupun nak berniaga jual air balang di bazar Ramadhan time puasa ni.. boleh follow aneka resepi mudah dan sedap air minuman ini. Ada nama nama air yang baru first time saya dengar dan jumpa tau. Sangat unik dan kreatif cara membuatnya! Dan ada juga nama air yang familiar dan ada yang saya suka!

Korang kalau nak try, ajak saya sekali! Hahaha. Oh, kalau nak buat untuk open house raya nanti pun boleh. Hidang kat tetamu yang datang beraya fuh mesti mereciks!



16 RESEPI AIR MINUMAN BERBUKA PUASA, NAMA-NAMA AIR BALANG SEDAP
1. RESEPI AIR KATIRA (resepi dari penjual di bazar ramadhan)
RESEPI AIR KATIRABahan-bahan:
1 tin susu cair1 tin susu pekat1 penutup botol esen pisang (ikut ukuran penutup botol esen)Pewarna hijauGula secukup manisCincauBiji selasih (rendam bagi kembang dulu)
Cara-cara:Masukkan susu cair, susu pekat, esen pisang, pewarna, air, ais dan gula. Kacau dan masukkan cincau dan selasih. Siap!
Kredit to: Az za
2. Resepi Air Asam Limau

RESEPI AIR ASAM LIMAUBahan:- 5 ke 6 biji asam masin merah- 3 biji limau nipis- air suam secukupnya- gula secukupnya- ais
Cara:- rendam asam masin merah dengan air suam sampai air jadi sejuk.- bancuh air gula. Tambah air asam masin tadi dan perah jus limau. Kacau sebati.- Tambah ais. Done!

#dapurfaafeefoo
3. Resepi Air Teh Tarik Madu Ais

resepi air teh tarik madu aisBahan:- 10 ke 12 uncang teh wangi (kalau guna serbuk dalam 4 ke 5 sudu membukit)- 1 tin susu manis- 200gm madu (dalam 3/4 cawan)- 3/4 tin susu cair- air secukupnya (dalam 3 gelas besar.. dalam 1 liter)- secubit garam
Cara:- masukkan air dan teh dalam periuk. Biar sampai mendidih.- masukkan susu manis, susu cair, garam & madu. Kacau sampai mendidih.- masa panas-panas tarik sampai berparti buih-buih.- bila dah puas tarik, tuang dalam gelas isi ais. Nak minum suam pun boleh.
#dapurfaafeefoo
4. Resepi Cendol Homemade (10-15 orang makan)

resepi air cendol homemadeBahan:- 1 cawan tepung jagung- 3/4 cawan tepung beras- 1/4 cawan tepung ubi- 1 sk (sudu kecil) garam- 6 cawan air daun pandan (blend air dengan 10 ke 15 helai daun pandan)
- pewarna hijau dan perisa pandan- 1 sk air kapur
Cara:- masukkan semua bahan dalam kuali/periuk. Kacau guna whisk sampai semua sebati.- buka api sederhana kacau selalu sampai mendidih dan pekat berkilat. Tutup api.- sediakan air + ais atau air sejuk dalam bekas/periuk besar. Letak adunan dalam senduk besar berlubang dan tenyeh sampai habis.- sejukkan cendol dengan airnya sekali.- bila nak minum, cedok cendol saja tanpa airnya, minum dengan air gula melaka dan susu cair/santan. Tambah ais. Perghh!
#dapurfaafeefoo
5. Resepi Air Bandung Float

resepi air bandung floatBahan:- 1 liter air masak- 1 tin susu manis- 1 tin ais krim soda- 4 sudu sirap- ais krim vanilla- ais secukupnya
Cara:- bancuh air dengan susu sampai sebati. Tuang aiskrim soda slow-slow sambil kacau laju-laju sampai tak berbutir.- letak ais dalam gelas berisi ais. Tuang susu tadi sampai penuh. Letak 1 sudu sirap di atas susu dan kacau sikit je.- letak 1 scoop ais krim. Hidang kat orang biar nganga sikit. orang tengok "berianya ko punya bandung...". Heheh.
#dapurfaafeefoo
6. Resepi Simple Air Laicikang (homemade)

resepi air laicikangBahan:- 2 liter air- 1/2 paket gula batu- 5 helai daun pandan- 1 keping gula melaka- 1 paket halwa kundur- 2 tin laici- sepeket kecil biji selasih (rendam dengan air suam)- 6 ke 7 biji kembang semangkuk (basuh & rendam dengan air suam sampai kembang)- kismis secukupnya**Boleh tambah kacang goreng, biji sagu besar, nata de coco, cincau, etc.
Cara:- masak air, gula batu, daun pandan, gula melaka & halwa kundur sampai semua gula melarut. Tutup api.- campur semua bahan. Kacau rata. Nak minum suam boleh, buh ais pun sedap. Done.
#dapurfaafeefoo
7. RESEPI AIR SIRAP KELAPA MUDA

resepi air sirap kelapa mudabahan-bahan:

- air kelapa + isi kelapa muda- 2 sudu gula (ikut suka nak manis ke tak) + 1/2 cawan air suam - bancuh hingga gula larut- beberapa titik sirap ros- 1/2 cawan ais krim soda- ais kiub
Cara membuatnya:

- masukkan sirap dan air gula. kacau sebati. masukkan ais krim soda.- masukkan air kelapa dan isinya serta ais kiub. kacau sebati. hidangkan!
#dapurfaafeefoo
8. Resepi Air Mango Shake/ Mempelam Susu

resepi air mango shakeBahan:- 2 biji mangga/mempelam manis (simpan sikit isi dadu untuk topping)- 1 cawan air masak- 4 sudu susu manis- 1/2 cawan susu cair- 1 cawan ais ketul
Cara:
Blend semua bahan kat atas sampai betul-betul halus. Tuang dalam gelas. isi ais, taknak isi ais pon takpe. Pastu letak susu buih (isi 1/4 cawan susu cair + beberapa ketul ais dalam botol, goncang smpai berbuih) then letak isi mangga dadu.

Done!
-- kalau anda seorang pemakan makanan berkhasiat, ganti laa susu manis dan susu cair dengan madu + susu segar. Tade hal.

#dapurfaafeefoo
9. Resepi Air Kurma Milkshake

resepi air kurma milkshakeBahan:- 7 biji kurma (buang biji. Rendam dengan 1 gelas air suam 2-3 jam atau semalaman)- 2 gelas susu- madu/ susu manis secukupnya- ais
Cara:- blend semua bahan sampai sebati. Tuang dalam gelas. isi ais. Boleh carik carik isi kurma dan tabur kat atas.
#dapurfaafeefoo
10. Resepi Air Longan
resepi air longanBahan:- 100 gm longan kering (beli kat kedai ubat cina, cuci bersih)- 2 liter air- 2 daun pandan (cuci dan koyak)- gula melaka- gula batu- gula pasir
Cara:-rebus longan dengan air dan daun pandan sampai mendidih. Kecilkan api. Masukkan semua jenis gula (kuantiti ikut citarasa) dan biar reneh sampai longan betul-betul kembang. Sedap minum panas atau sejuk.
#dapurfaafeefoo
11. Resepi Air Lime Mint

resepi air lime mintBahan:- 2 biji limau nipis (ambil jus)- 3/4 jug air- gula secukup rasa- segenggam daun pudina (cincang kasar)- ais secukupnya
Cara:- bancuh air dan gula hingga larut. Masukkan jus limau (lime) dan daun pudina (mint). Kacau rata. Tambah ais. Done!
#dapurfaafeefoo
12. Resepi Air Teh Beng Cincau

resepi air teh beng cincauBahan:- 2 liter air- 15 uncang teh / 2 seduk besar serbuk teh- susu manis secukupnya- 1/2 tin susu cair- secubit garam- ais- cincau secukupnya
Cara:- masukkan air, teh ke dalam periuk. Buka api sederhana biar sampai mendidih. Masukkan susu manis & susu cair dan kacau selalu sampai mendidih. Tutup api dan masukkan garam. Kacau lagi. Tapis dan sejukkan.- Letak ais dalam gelas, tuang teh dan letak cincau. Done!
#dapurfaafeefoo

13. Resepi Blue Butterfly Drink

blue butterfly drink recipeBahan:- segenggam bunga telang- 2 cawan air suam- 3 cawan air sejuk- gula batu secukupnya- 1 daun pandan- 2 biji limau nipis (ambil jus sahaja)- ais (optional)

Cara:- basuh bersih bunga. Rendam dalam air suam 30 minit- masukkan ke dalam periuk. Tambah 3 cawan air. Masukkan gula batu & daun pandan. Biar mendidih sampai air tinggal lebih kurang 3 cawan.- tutup api dan tutup periuk. Biar sejuk.- letak air bunga telang dalam gelas berisi ais, tuang jus limau. This is when the magic happen!

#dapurfaafeefoo

14. Resepi Air Soya Pandan Jelly

resepi air soya pandan jellyBahan soya:- 200gm kacang soya (rendam semalaman)- 2 liter air- 1 cawan gula- 3-4 helai daun pandan (simpul)- 1/2 sk (sudu kecil) garam
Cara:- Basuh dan toskan kacang soya yang direndam. Blend secawan kacang soya + 3 cawan air sampai halus. Tapis guna penapis kain (yang mamak tapis teh) or kalau takde, guna kain bersih untuk perah. Buat sampai habis. Tapis lagi sekali ke dalam periuk.- Masukkan daun pandan dan garam. kacau air soya dengan api slow sampai mendiddih. Bubuh gula dan kacau sampai gula larut. Tutup api dan sejukkan.
Bahan pandan jelly:- 3 helai daun pandan besar (basuh n potong kecik)- 1/2 cawan air- 1/2 sk perasa pandan- sedikit pewarna hijau- 2 sudu gula- 1 sudu gelatine halal
Cara:- blend daun pandan n air smpai halus. Tapis ke dalam periuk.- tabur gelatine dan bukak api perlahan. Kacau sampai gelatine larut. Masukkan perasa pandan, gula dan pewarna hijau. Kacau sampai mendidih. Tuang dalam loyang dan sejukkan dalam peti ais.- bila dah keras, lorek-lorek pandan jelly dengan garfu dan letak dalam air soya ais. Syiokkkkk woo!

#soyahomemade #pandanjelly #DapurFaaFeeFoo

15. Resepi Air Ice Crushed Honey Lemon with Blackpearl

Resepi air ice crushed honey lemon with black pearlBahan homemade black pearl:

- 1 cawan tepung ubi- 1/2 cawan air (untuk uli doh. tak guna habis)- pewarna hitam (guna pewarna biru + merah + hijau sampai dapat colour hitam. Tapi tak hitam laa.. blue black pearl. Hehe)- secubit garam halus- 10 cawan air- 1 cawan gula- 3 helai daun pandan dikoyak
Cara:

- masukkan 10 cawan air + gula dan daun pandan dalam periuk. Biar mendidih api sederhana.

- gaul tepung ubi ngan garam sampai rata. Masukkan air sikit demi sikit sambil diuli. Uli sampai tak melekat kat tangan. Masukkan pewarna dan uli lagi.

- bila air dah mendidih gentel doh tadi bulat-bulat kecik(pastikan muat straw besar) n terus msukkan dalam air mendidih tadi.

- buat sampai habis doh. bila dah habis, kecikkan api, masak dalam 30-40 minit sampai pearl betul betul masak dan air kering. (Nak tahu dah masak, kita gigit takde rasa tepung kat tengah)

- tapis dan basuh bawah air paip lalu. Letak dalam balang dan letak air gula (air yang dimasak dengan sedikit gula). Letak dalam peti. Bila nak, just cedok. Simple kan? Jom cuba.
Ice crushed honey lemon with #homemadeblackpearl:
Blend jus lemon (dari sebiji lemon) + 1/2 cawan air + madu dan gula secukup rasa + 2 gelas ice ketul kecik. Blend sampai halus. Letak #homemadeblackpearl dalam gelas dan tuang ice crushed honey lemon. Sedut.

#dapurfaafeefoo #icecrushedhoneylemon
16. Resepi Air Pandan Herbs Cooler

resepi air pandan herbs coolerBahan:- 10 helai daun pandan- 5 batang serai (bahagian yang putih dan ketuk)- 3 inch halia (kupas kulit dan ketuk)- 2 liter air- 100gm gula batu (ikut tahap kemanisan anda nak. Nak tambah gula biasa pun boleh, madu pun boleh)- beberapa helai daun pudina *optional. Kita ada tanam sebab tu isi. Lagi kick!- 2 ke 3 biji limau nipis- 1/2 cawan selasih (direndam)
Cara:- basuh dan koyak-koyak @ simpul kan daun pandan. Masukkan dalam periuk berisi air. Masuk jugak serai dan halia.- buka api kuat. Biar mendidih bahan-bahan tadi. Masukkan gula batu. Kecilkan api, tutup periuk dan biar mereneh 15 minit.- tutup api. Biar 30 minit.- tapiskan dan letak dalam botol berisi selasih. Perahkan limau nipis diatas penapis tadi. Letak daun pudina dan kacau. Sedap diminum suam atau sejukkan dalam peti ais.- boleh juga dijadikan detox. Selamat mencuba!
#dapurfaafeefoo #pandancooler #pandanherbscooler

Amacam?

Tergoda tak? Hahaha.

Ujian betul saya edit entri ni time tengah puasa ni hahaha. Okayy. till next time, daa~ wassalam! :)





Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.sayidahnapisah.com/2019/05/16-resepi-air-minuman-berbuka-puasa-nama-nama-air-balang.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Resepi Berbuka Puasa Udang Mentega Berkrim Creamy Buttered Prawn

Resepi Berbuka Puasa Udang Mentega Berkrim Creamy Buttered Prawn

papar berkaitan - pada 11/5/2019 - jumlah : 641 hits
Bulan puasa ni kita share resepi jugalah ya Pos awal pagi senang nak cari barang untuk dimasak petang nanti Suka udang tak Ai tak berapa suka malah sebelum kahwin dulu memang tak makan sebab tak sukakan baunya tapi ada anak anak yang suka p...
Air Viral Longan Laici Lemon Soda Minuman Pilihan Buka Puasa

Air Viral Longan Laici Lemon Soda Minuman Pilihan Buka Puasa

papar berkaitan - pada 8/5/2019 - jumlah : 1095 hits
AIR VIRAL LONGAN LAICI LEMON SODA MINUMAN PILIHAN BUKA PUASA Assalamualaikum dan salam sejahtera semua Selamat berpuasa bagi yang sedang berpuasa Alhamdulillah dah hari ke 3 kita menunaikan ibadah puasa Ramadan di tahun 2019 Memacam pulak t...
Resepi Roti Sardin Roll Untuk Berbuka Puasa

Resepi Roti Sardin Roll Untuk Berbuka Puasa

papar berkaitan - pada 9/5/2019 - jumlah : 1041 hits
Assalamualaikum Selamat Berpuasa Seri Wangi nak ucapkan kepada semua umat Islam selamat berpuasa di bulan Ramadhan dah masuk hari ke 3 kita berpuasa dan jangan lupa bersembahyang Tarawih Sejak Seri Wangi dah jadi suri rumah tangga sepenuh m...
Idea Minuman Berbuka Puasa Segar Berkhasiat

Idea Minuman Berbuka Puasa Segar Berkhasiat

papar berkaitan - pada 12/5/2019 - jumlah : 479 hits
Idea Minuman Berbuka Puasa Segar Berkhasiat Assalammualaikum semua Wah dah lama tidak menulis tentang resepi tips idea dan personal macam ni Okay Ruby nak kongsikan resepi Resepi minuma aje yang
Resepi Ayam Ungkep Sempena Bulan Puasa Ni Cari Cari Idea Nak Masak Apa Untuk Berbuka

Resepi Ayam Ungkep Sempena Bulan Puasa Ni Cari Cari Idea Nak Masak Apa Untuk Berbuka

papar berkaitan - pada 7/5/2019 - jumlah : 1084 hits
Resepi Ayam Ungkep Bahan Resepi Ayam Ungkep Jawa 1 ekor ayam 1 batang serai diketuk 1 keping asam keeping 3 helai daun limau purut Sedikit air 2 senduk minyak masak Garam dan gula secukup rasa 1 sudu makan jintan putih ditumbuk 1 sudu makan...
Cerita Peniaga Bazar Ramadan Jual Air Sold Out Guna Resepi Air Balang Paling Hot

Cerita Peniaga Bazar Ramadan Jual Air Sold Out Guna Resepi Air Balang Paling Hot

papar berkaitan - pada 16/5/2019 - jumlah : 1054 hits
Lokasi Bazar Ramadan Kinrara 2019 Sudah masuk minggu ke 2 puasa Bagi yang berniaga kena kuat semangat Jangan cepat mengalah
Resipi Sambal Hitam Tomato Sedap Untuk Berbuka Puasa

Resipi Sambal Hitam Tomato Sedap Untuk Berbuka Puasa

papar berkaitan - pada 24/5/2019 - jumlah : 961 hits
Sedapnya Sambal Hitam Tomato ni BAgi anda yang suka menu ni tapi susah nak jumpa belimbing buluh boleh cuba resipi ni Boleh gantikan dengan tomato Olahan yang menjadikan hidangan sambal lebih sedap dan kreatif Bijak mengolah masakan untuk m...
10 Air Minuman Paling Sedap Di Dunia Malaysia Pun Tersenarai Dalam List

10 Air Minuman Paling Sedap Di Dunia Malaysia Pun Tersenarai Dalam List

papar berkaitan - pada 18/5/2019 - jumlah : 2057 hits
Menurut terdapat 50 minuman yang tersenarai antara minuman paling sedap di dunia dan salah satu daripadanya ialah minuman daripada Malaysia Jadi jom kita selongkar senarai minuman paling sedap di dunia
Tertib Membaca Doa Berbuka Puasa

Tertib Membaca Doa Berbuka Puasa

papar berkaitan - pada 24/5/2019 - jumlah : 275 hits
Soalan Boleh jelaskan kaifiat tertib membaca doa sewaktu berbuka yang betul Jawapan Kelebihan Doa Orang BerpuasaDoa orang yang berpuasa merupakan antara doa yang sangat mustajab Sabda Baginda Nabi s a w Ada tiga golongan yang doa mereka tid...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Hazama Hattan Black Hitam Manis Chord

Top Stock Traders In The World And Key Lessons From Their Success

Resipi Kuetiau Basah Seafood Yang Sedap Untuk Sarapan Atau Makan Malam

Tips Rumah Kekal Wangi

Senarai Kursus Tvet Institusi Tvet Di Malaysia

Pizza Parang Melaka Makanan Viral Yang Wajib Anda Cuba