Resepi Rendang Ayam Kelantan Yang Mudah Tanpa Tumis


Resepi Rendang Ayam Kelantan Yang Mudah Tanpa Tumis | Salam semua, nak buat rendang ayam adakah nak nanti Hari Raya ? Jawapannya tak, ke ada yang setuju eh. Tak musim raya pun buat juga dah teringin sangat kan. Lagipun rendang ayam mudah sahaja penyediaannya. Sebab itu sekali harung naik atas dapur. Rendang ayam sinonim dengan Hari Raya mesti sebab penyediaannya yang mudah dan tak renyah sangat. Lagipun juadah di hari raya sebenarnya semua menu simple kan.


Rendang ayam ni sis pasti ke semua negeri ada style masing - masing. Sis pun bukan cuba banyak resepi rendang ayam ni. Asyik melekat dengan rendang ayam Kelantan. Macam - macam resepi rendang ayam. Ada yang tumis ada yang tak. Samaada tumis atau tak tu, terpulang atas selera masing - masing kan. Kalau bagi sis, belajar masak rendang dengan bonda la, siapa lagi kan. Kalau tanya bonda, daripada siapa dia belajar masak rendang ayam. Dia cakap dengan kawan.

Tapi sebelum itu, pelbagai jenis rendang ayam ni kan. Kalau sis larat sis nak cuba semua. Rendang bukan sahaja terhad untuk ayam sahaja malah ada yang menggunakan daging dan juga makanan laut seperti udang dan kerang.

Untuk resepi rendang ayam cara bonda sis buat ni, mungkin ada berbeza sikit lah. Kita tengok mak kita masak macam tu, macam tu lah kita ikut. Buat sesiapa nak ikut resepi rendang ayam cara macam ni boleh cuba ya.

Untuk video di bawah ini, sis guna periuk tekanan. Kalau kalian nak guna periuk biasa pun boleh. Resepi rendang ayam Kelantan mudah sahaja sebab masak sekali harung. Cuma bonda sis ada tips tak nak bagi ayam ni hancur. Masak atas dapur lama. Kalau mendidih lama lagi hancur ayam.

Kami kalau masak rendang ayam cara kami memang ada kuah, sebab tak suka kering, memang kami satu family nak kuah nak makan dengan nasi impit. Kalau kering, kuah nak makan dengan nasi apa. Tapi itu lah ikut style masing - masing ya. Boleh jer kalau kalian nak keringkan.

Rendang ayam simple sebab tak payah tumis. Ada yang tumis juga kan. Tapi yang versi ini tak tumis ya. 


Resepi Rendang Ayam Kelantan Yang Mudah 

Bahan - Bahan 

Ayam dalam berat 1.5 kg
5 labu bawang merah besar*
2 inci lengkuas dihiris*
20 tangkai lada kering ( campur yang kerinting dan jenis lada kering yang besar jadi tak adalah pedas sangat )*
5 batang serai dihiris*
4 keping asam keping
1 keping gula melaka
6 sudu besar kerisik
2 helai daun kunyit dihiris ambil daunnya saja
Garam secukupnya  ( dah siap masak boleh suai rasa )
3 cawan santan ( atau kalau nak santan lebih boleh tambah )

Bahan yang bertanda * dikisar halus

Cara - Cara 
1. Ayam dibersihkan dan dipotong sederhana besar.
2. Untuk bahan kisar kena bahagi 2. Sediakan bekas besar dan masukkan separuh pertama bahan kisar serta masukkan garam. Kacau rata.
3. Masukkan ayam dan gaul rata. Perap sekejap.
4. Sediakan periuk, masukkan santan, separuh lagi bahan kisar dan asam keping.
5. Kacau dan tunggu santan mendidih sekejap, baru masukkan ayam yang telah diperap dengan bahan kisar tadi.
6. Kacau sekali sekala sehingga mendidih dan ayam pun dah mula kecut.
7. Masukkan gula melaka dan juga garam secukup rasa. Sebab garam bahan perapan dah letak.
8. Disebabkan rendang ayam ini nak berkuah, jadi tak keringkan sangat.
9. Masukkan kerisik dan juga daun kunyit.
10. Biarkan mereneh sehingga ke semua kuah mesra dan nampak pekat. Ayam pun dah masak.
11. Dah masak boleh suai rasa mak tambah garam dan gula melaka pun boleh lagi sebab masih panas.

Nota 
1. Kalau suka berkuah jangan keringkan sangat
2. Untuk santan kalau guna pati santan, tambah air sikit.

Tips Rendang Ayam Tak Hancur 

Mesti kalian tertanya, kenapa ayam kena perap sekejap kan. Ikut petua bonda, ada sebab kenapa buat macam tu. Biasa, rendang ayam yang sis buat, buat malam nak makan esok pagi. Jadinya, dalam tengah hari dah siap perap ayam dengan bahan yang telah dikisar bersama dengan garam. Kiranya, garam dah sebati dalam ayam. Simpan dalam peti sekejap ayam yang dah diperap dalam peti sebelum nak masak malam tu.

Sis pun tak tahu, mungkin ada orang suka makan ayam  yang sedikit hancur kan. Disebabkan mendidih lama atas dapur nak elak ayam hancur tu lah, bonda sis selalu buat macam ni. Pagi esok, panaskan lagi bila nak hidang.

Jadi, kalau kalian tak nak ayam hancur, buat lah macam tips yang sis bagi ni ya. Boleh baca kat resepi di atas.

Baca sini : 15 Koleksi Resepi Pilihan Menu Ayam Yang Ringkas Dan Mudah
Baca sini : 5 Resepi Menu Kerabu Kelantan Yang Sedap

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.wanisukarno.com/2020/02/resepi-rendang-ayam-kelantan-yang-mudah.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Resepi Ayam Phat Phet

Resepi Ayam Phat Phet

papar berkaitan - pada 14/2/2020 - jumlah : 251 hits
CARA MASAK AYAM PHAT PHETBahan A 5 biji cili padi2 hiris haliakunyit hidup1 atau 2 batang serai5 ulas bawang putih1 biji bawang besarBahan B 3 keping ayam mentah dipotong dadu1 batang serai1 asam keping4 helai daun limau purutSedikit Garam ...
Resepi Nasi Ayam Simple

Resepi Nasi Ayam Simple

papar berkaitan - pada 30/1/2020 - jumlah : 533 hits
Resepi Nasi Ayam Simple Rasanya dah lama sangat nieyl tak buat entry masakan rindu pula tapi biasalah kalau buat entry masakan ni makan masa sikit nak siapkan satu makanan tu yela mana nak amek vidoe mana nak snap gambar mana nak masak hehe...
Resepi Ayam Goreng Pedas Ala Mcd 3x Spicy

Resepi Ayam Goreng Pedas Ala Mcd 3x Spicy

papar berkaitan - pada 8/2/2020 - jumlah : 1164 hits
Ini semua gara gara minggu lepas pergi McD nk order ayam goreng spicy yang 3x pedas tu Rupanya ayam goreng pedas ni dah tak jual lagi Terlepas nak merasa sebab dulu pernah order dan makan rasa tak pedas sangat pun rupanya cashier tu salah d...
Resepi Ikan Tiga Rasa Mudah

Resepi Ikan Tiga Rasa Mudah

papar berkaitan - pada 26/1/2020 - jumlah : 309 hits
Original Content Untuk artikel kali ini saya akan menunjukkan resepi ikan tiga rasa mudah Ia sangat sesuai disediakan untuk wanita yang bekerjaya dan mereka yang tidak punya banyak masa untuk menyediakan masakan yang remeh namun tetap sedap...
Ayam Masak Kicap Mudah Dan Sedap

Ayam Masak Kicap Mudah Dan Sedap

papar berkaitan - pada 12/2/2020 - jumlah : 526 hits
Sememangnya perancangan Allah lah yang Maha Hebat Allah menguji dalam satu perkara dan dalam yang lain Allah memberi ganjaran lebih baik yang tidak disangka sangka Itu yang saya alami saat ini Hanya kita manusia yang tidak tahu bersabar Sed...
Resepi Nasi Lemak Simple Sedap Yang Mudah Dan Cepat Dimasak Waktu Pagi

Resepi Nasi Lemak Simple Sedap Yang Mudah Dan Cepat Dimasak Waktu Pagi

papar berkaitan - pada 5/2/2020 - jumlah : 656 hits
Resepi Nasi Lemak Simple Sedap Yang Mudah Dan Cepat Dimasak Waktu Pagi Nasi lemak adalah makanan kegemaran rakyat Malaysia Signature dish gitu Semua suka makan termasuklah my famili Pernah tiba tiba suami request nak makan nasi lemak Haa su...
Resepi Puding Karamel Mudah Tanpa Susu Cair Yang Sedap

Resepi Puding Karamel Mudah Tanpa Susu Cair Yang Sedap

papar berkaitan - pada 2/2/2020 - jumlah : 852 hits
Resepi Puding Karamel Mudah Tanpa Susu Cair Yang Sedap Baru baru ni tetiba je terasa nak makan puding karamel yang lemak manis Memang dah lama pun sebenarnya tak buat resepi puding karamel ni Kalau emak kat kampung dia tak panggil sebagai p...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Cinta Bukan Milik Kita Slot Samarinda TV3

6 Tapak Buangan Produk Manusia Yang Bersaiz Gergasi


10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Razer Umum Koleksi Squid Game