Resepi Rasam
Haipp lamanya aku nda share resepi masakan dekat blog ni and yes to be honest aku sudah lama nda memasak sejak masuk 2020 ni hahaha. And what's with this 2020 mannn..?? So many things happened beyond my expectation. Dengan Covid19 yang sekelip mata affected our financial dan ini sudah gelombang kedua, kes main naik dan terus naik huhu. Aku masak time raya itu hari first time mak aku tegur aku masak nda sedap hahaha biasa mak aku suka ja masakan aku dan tahun sebelum2 pun aku juga yang masak time raya cuma entah raya tahun ni aku sendiri akui masakan aku itu hari memang nda sedap lol macam kebanyakkannya yang jadi tahun ni hambar huhu , lepas tu tiba-tiba pula raya pertama tu banjir (FYI, kampung aku tahun ni ja nda terkira berapa kali sudah banjir). Tu belum lagi hal-hal lain yang Allah sahaja tahu betapa struggle nya kita melalui apa yang kita lalui. Some kind of tragic huh? Tell me about it 😌✌️
Apakah rasam? Rasam ialah sup herba dimana resepi asalnya adalah dari Selatan India. Sup yang rasanya pedas-masam-manis ini sangat bagus untuk kesihatan kerana ianya boleh membantu proses pengeluaran toksin melalui peluh dan mempercepatkan metabolism tubuh juga tinggi kandungan antioksidan untuk mengelak radikal bebas. Rasam juga bersifat anti inflamasi yang disebabkan oleh bakteria dimana ianya boleh membantu menyembuhkan luka di dalam badan kita.
Resepi ni dikongsikan oleh rakan sekerja aku dan sebenarnya ni kali pertama aku dengar dan rasa. Not bad, dia punya taste tu more to sour and spicy just like my taste. Oh.. maksud aku, aku suka makanan yang rasanya masam-masam pedas ni. Favorite
Bahan-bahan;Kayu manis*Bunga lawang*Bunga cengkih*Lada hitam*Halia*Jintan Manis*Jintan Putih*Bawang putih*LimauDaun ketumbarCili keringDaun kariRasam powder BabasSerbuk kunyitSerbuk ketumbarSerbuk CiliGaramAsam JawaTomatoBiji sawi
Cara-cara menyediakan rasam;Gaul air perahan asam jawa dan tomato bersama serbuk rasam, serbuk kunyit, serbuk cili, garam dan ketepikan.Kisar bahan-bahan bertanda *Panaskan minyak dan tumis biji sawi dan daun kariMasukan bahan yang telah dikisarkan dan kacau seketika sehingga garing / naik bau dan masukkan sedikit garam.Masukkan air campuran dan biar sehingga mendidih.Masukkan daun ketumbar dan siap!
Mudah dan ringkas sahaja resepinya. Sup rasam ni boleh juga di pelbagaikan dengan menambahkan sayur atau ayam dan ikan. Aku masak tu hari aku buat dua jenis rasam. Satu sup ringan macam resepi ni dan satu lagi aku letak ikan, sayur terung dan kacang bendi and yes both is tasty so give it a try okay
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://ramaramapendek.blogspot.com/2020/11/resepi-rasam.html