Resepi Lengkap Nasi Ayam Istimewa Kesukaan Anak Anak


Resepi Lengkap Nasi Ayam Istimewa Kesukaan Anak-Anak. Ayam dan anak-anak memang tak dapat dipisahkan. Kesukaan. Kalau boleh hari-hari nak makan ayam. Tambah-tambah lagi nasi ayam istimewa yang di masak dengan penuh kasih sayang. 
Nasi ayam ini istimewa sebab CH guna beras basmathi dan peha ayam saja. Makan banyak pun takpa sebab nasi dari beras basmathi tidak berkanji. Diet pun terjaga. Paha ayam tu sebab anak-anak suka makan. So, CH selalu beli paha ayam yang di jual di kedai dan CH tahu peha ayam tersebut di ambil dari Peladang. Kurang sikit allergik kepada abang Ammar. 
Lagi satu, nasi ayam ini istimewa kerana ia berbau wangi aroma serai, pandan, kulit kayu manis dan bunga lawang yang bersatu. Ditambah pula dengan ayam yang lembut, sup, sos dan kicap yang sedap. Gabungan rasa ini memang sangat sesuai. Sedap sangat. Sambil taip entry ni pun dah terbayang kesedapan nasi ayam ini. 
Nak tambah best, hidangkan bersama salad, timun dan tomato sebagai ulam-ulaman. Wallah!Confirm anak-anak request setiap minggu. 
Nasi Ayam Istimewa Kesukaan Anak-Anak

Resepi Lengkap Nasi Ayam Istimewa Kesukaan Anak-Anak

Bahan-bahan ( 6 orang )
Untuk rebus
1 ekor ayam dipotong ikut suka besarnya. CH guna 12 ketul bahagian paha upin ipin
2 ulas bawang putih
2 cm halia yg diketuk


*** bawang putih dan halia ni CH tumbuk halus sebab anak-anak ni pantang tergigit bawang atau halia terus hilang selera nak makan. Ngada betui. Hahaha






Untuk perap
1 sudu besar kicap pekat
1 sudu besar sos tiram
1 cm halia
2 ulas bawang putih
2 sb air gula melaka/ gula perang/ madu
Sedikit minyak bijan


Cara cara:
Ayam dipotong ikut suka besarnya, bersihkan dan di lumur dengan 2 ulas bawang putih  dan halia yang ditumbuk halus. Rebus sehingga empuk.





Toskan ayam dan perap dengan bahan-bahan perap dan tabur sedikit gula dan garam. Simpan dalam peti ais selama 15 - 20 minit. Lumurkan sedikit gula melaka/ gula perang/ madu. Goreng hingga keperangan. Angkat ayam dan diketuk sedikit sebelum dihidangkan.





Tips: ayam digoreng sekejap sahaja iaitu secara "Touch N Go", barulah ayam lembut.  


Untuk nasi
3 cawan beras. CH guna beras basmathi. 
3 sudu besar butter
1 cm halia - ditumbuk
4 ulas bawang putih – ditumbuk
2sb stok ayam Maggi
air rebusan ayam secukupnya
Sedikit garam
1 bunga lawang
2 buah pelaga
1 kayu manis
1 batang serai – ketuk
2 helai daun pandan
Pewarna kuning


Caranya:
Basuh beras dan toskan. Panaskan butter, tumis bahan penumis, daun pandan, serai, halia serta bawang putih hingga garing. 

Masukkan beras dan goreng sekejap sehingga terbit bau. 

Masukkan air rebusan ayam secukupnya, stok ayam dan garam. Masukkan sedikit pewarna atau kunyit. 


Masak seperti biasa. Sekiranya guna beras basmathi, lebihkan sedikit air. 1 cawan beras = 1.5 cawan air. 


Untuk sos
5 biji cili merah
3 biji cili padi
5 ulas bawang putih
2 cm halia
2 sudu besar orange sunquick
1 sudu teh garam 
1 sudu teh gula
1/2 cawan air rebusan ayam


Caranya:
Blendkan semua bahan di atas. Boleh ditambah tomato sos/sos cili jika suka. Boleh juga dimasak sebentar (jika suka). CH masak sebentar sehingga mendidih dan sedikit pekat. 


Untuk sup
Air rebusan ayam
1 biji bawang besar kisar
Rempah sup
Garam
Daun sup yg dihiris.


Caranya: 
Air rebusan ayam didihkan bersama bawang besar, rempah sup, garam dan daun sup tadi. Tabur bawang goreng sebelum dihidangkan.


Untuk kicap 
Kicap manis cap kipas udang
sos tiram
Air rebusan ayam
1sb tepung jagung. 


Caranya: 
Masukkan kicap manis, sos tiram, air rebusan ayam ke dalam kuali. Panaskan sehingga mendidih. Masukkan tepung jagung yang dibancuh dengan air. kacau rata sehingga mendidih dan kicap menjadi sedikit pekat.  



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.yatizul.com/2021/06/resepi-lengkap-nasi-ayam-istimewa.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Resepi Nasi Jagung Istimewa Lockdown

Resepi Nasi Jagung Istimewa Lockdown

papar berkaitan - pada 3/6/2021 - jumlah : 415 hits
Gambar HiasanNasi Jagung Istimewa Lockdown Untuk membuat Nasi Jagung Istimewa Lockdown bahan bahan berikut diperlukan Mesti anak anak seronok dapat merasai kelainan rasa nasi Bahan bahan Beras Basmathi Jagung sejuk beku lebih sedap jika ada...
Sergio Aguero Dedah Diet Nasi Lauk Ayam Rahsia Jadi Penyerang Berbisa Premier League

Sergio Aguero Dedah Diet Nasi Lauk Ayam Rahsia Jadi Penyerang Berbisa Premier League

papar berkaitan - pada 28/5/2021 - jumlah : 179 hits
Penyerang Manchester City Sergio Aguero dianggap sebagai salah seorang penyerang paling tajam dalam sejarah pertandingan Liga Perdana Inggeris Aguero telah mengukuhkan namanya sebagai penyerang elit di Premier League sejak 10 tahun yang lal...
Berbuka Nasi Ayam Kfc Ayam 2 Ketul

Berbuka Nasi Ayam Kfc Ayam 2 Ketul

papar berkaitan - pada 28/5/2021 - jumlah : 451 hits
Bila husband dah kata nak beli makanan untuk berbuka saya ON je Kami decide beli Chicken meals KFC je Kononnya tinggal masak nasi je Tapi bila membelek harga snack plate dengan 2 pc rice combo tak jadi nak masak nasi Beli je pakej combo aya...
Resepi Ayam Masak Serai Mudah Dan Sedap

Resepi Ayam Masak Serai Mudah Dan Sedap

papar berkaitan - pada 9/6/2021 - jumlah : 913 hits
Resepi Ayam Masak Serai Mudah Dan Sedap Assalamualaikum hi korang Korang dah cuba makan ayam masak serai Kalau belum cubalah sebab ayam masak serai ni sedap sangat dan berbau wangi serai Rasa serai yang menyerap ke dalam ayam menjadikan ras...
Resepi Rendang Ayam Mudah Dan Sedap Dimakan Bersama Pulut Kuning

Resepi Rendang Ayam Mudah Dan Sedap Dimakan Bersama Pulut Kuning

papar berkaitan - pada 6/6/2021 - jumlah : 1067 hits
As Salam Resepi Rendang Ayam Mudah Dan Sedap Dimakan Bersama Pulut Kuning Alhamdullillah Masak rendang ayam dan pulut kuning di rumah saya bukanlah suatu yang biasa atau rutin Rendang ayam dan juga pulut bukanlah favourite anak anak saya wa...
Cara Masak Nasi Ayam Guna Beras Basmatahi Sedap Berbaloi Sangat Cuba

Cara Masak Nasi Ayam Guna Beras Basmatahi Sedap Berbaloi Sangat Cuba

papar berkaitan - pada 26/5/2021 - jumlah : 363 hits
Macam macam jenis atau versi nasi ayam ada yang ayam goreng kukus dan ada juga yang dibakar Semuanya sesuai dengan selera masing masing Kalau anda dan keluarga pengemar nasi rasanya resipi Nasi Ayam Beras Masmathi yang dikongsikan oleh Mari...
Resepi Ayam Madu Spicy

Resepi Ayam Madu Spicy

papar berkaitan - pada 7/6/2021 - jumlah : 244 hits
Hai assalamualaikum Anda semua dah masak lauk untuk makan tengah hari ini Kalau belum cuba lah masak resepi yang nak kami kongsikan ini Nak makan dengan nasi atau nak ratah begitu saja pun boleh
Resepi Ayam Goreng Berempah Simple Banyak Serdak Dan Rangup Untuk 1 Ekor Ayam

Resepi Ayam Goreng Berempah Simple Banyak Serdak Dan Rangup Untuk 1 Ekor Ayam

papar berkaitan - pada 8/6/2021 - jumlah : 1091 hits
Resepi Ayam Goreng Berempah Simple Banyak Serdak Dan Rangup Untuk 1 Ekor Ayam Salam semua resepi ayam goreng berempah ni kalau ikutkan ada la beberapa kali buat tapi rasanya serdak tak banyak Sis memang suka ayam goreng berempah ni cuma nak...
Mengapa Sholat Sebaiknya Dilakukan Di Awal Waktu

Siti Mastura Pays Rm830k Pending Appeal In Dap Leaders Defamation Case

All The Android Updates Coming To The Samsung Galaxy S25 Series And More

Ringgit Strengthens After Bnm Maintains Opr At 3

Nasi Kandar Kayu Di Kl Sentral Kuala Lumpur

Wordless Wodnesday Nasi Daun Jeruk By Sheila Rusly

Siti Kasim Enraged At Money Play To Lure Conversion Forced Islamisation In Malaysia

Laku Keras Rumah Teres Setingkat Mampu Milik Di Bandar Ainsdale Rm400k Sekelip Mata Habis Dijual


echo '';
4 Tanda Ketagihan Yang Jelas Pada Wajah Seorang Penagih Syabu Ice

Biodata Putra Abdullah Atlet Muay Thai Boxing Malaysia Seangkatan Johan Ghazali Jojo Team Jordan Boy

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Akad Yang Terlindung Slot Samarinda TV3


Pengalaman Buat Scaling Gigi Di Klinik Pergigian Kerajaan Seksyen 7 Shah Alam

Dividen Asb 2024 Kadar Bonus Dan Cara Pengiraan

Kami Brunch Di Kolumpo Kopitiam

Cara Merancang Jadual Aktiviti Harian Yang Berkesan

Boy Cipta Kejutan Sambar Emas Di Acara Keirin

Resipi Mudah Dan Sedap Masak Pucuk Paku Lemak Tempoyak Dengan Udang