Resepi Lauk Untuk Orang Berpantang



Seri Wangi tau bukannya semua orang tahu makanan untuk orang dalam pantang. Lebih-lebih lagi untuk orang muda yangh baru pertama kali dapat anak sulung ataupun baru nak belajar berdirikari  semasa dalam pantang. Kadangkala Seri Wangi faham bukannya semua orang bernasib baik emak kita dapat menjaga kita semasa dalam pantang, begitu juga emak mertua, mau tak mau kenalah jaga sendiri. Hah....masa inilah para-para suami kena tunjuk kasih sayang dia kat isterinya untuk menjaga mereka dalam pantang. Seri Wangi sendiri pun dijaga oleh suami dari lahir anak kedua hingga anak keenam sebab tinggal jauh dari keluarga di perantauan.

Sebenarnya bukanlah susah sangat nak masak lauk orang dalam pantang ni, lauk untuk orang pantanglah yang paling senang dimasak cuma itulah menu hari-hari yang kita masak untuk mereka selama 44 hari. Sedap tak sedap kenalah makan, itu semua untuk kebaikan mereka juga. Jamu semestinya kena makan untuk kesihatan dalaman dan dengar nasihat emak/emak mertua pantang larang orang lepas pantang. Jangan pula semua benda makanan hendak disapu, makan ikut selera, nanti bila bentan siapa juga yang susah? Kita dan keluarga kita juga yang susah...lebih-lebih lagi suami yang jaga kita, nanti kelam kabut dibuatnya nak cari mak bidan. Semua benda-benda makanan sejuk tak boleh dimakan, ais lagilah tak boleh, pulut, cili api,buah-buah sejuk buah tempatan tak boleh, kalau nak makan buah orange, apple, anggur bolehlah dan elakkan makan pisang, tembikai, dan buah mangga.



 Sayur bayam, kangkung dan sayur yang sejuk elakkan. Seri Wangi suka cara orang Cina berpantang mereka tidak minum air mati, takut kena angin, mereka cuma minum air kurma merah, makan sup ayam hitam yang direbus dgn herba dan mereka banyak makan halia tua import dari Taiwan. selama berjam lama-lamanya. Mereka tidak bolih mandi selama sebulan/dua bulan cuma mandi dgn air rebusan herba. Sayur makan juga tapi dimasak dgn minyak bijan kerana minyak bijan bagus untuk badan tapi bubuh sikit je nanti kalau banyak sakit tekak kerana minyak bijan panas.

kredit to nuhababy.com
Alright...Seri Wangi bagi tahu resepi untuk orang pantang....senang je....para suami pun boleh buat sendiri untuk isteri key...!Oh ya jika bayi korang kena kuning, dinasihatkan menu-menu untuk masakan pantang elakkan letak halia, kunyit hidup, lada hitam sebab panas takut menambahkan lagi kuning baby serta elakkan makan jamu, bila baby dah ok barulah boleh masak gunakan bahan-bahan tersebut,
RESEPI 1

SINGGANG IKAN  


Bahan


2/3 keping ikan tenggiri (blh makan ikan selar, ikan parang, ikan merah asalkan tidak gatal)
halia muda 1 ketul (dimayang halus)
kunyit muda 2 ketul (dimayang halus)
2 sudu lada hitam
1 keping asam keping
Air secukupunya
garam secukupnya

Caranya


1.    Masukkan kesemua bahan ke dalam periuk dan masukkan air secukupnya. Rebus hingga masak. Bila sudah masak bolihlah makan panas-panas. Senang bukan?



RESEPI 2

SAYUR CAMPUR
Bahan
100 gram kobis (dipotong halus)100 gram bunga bakoli (potong halus)1 batang karot (dipotong nipis)2 batang sawi (dipotong kecil-kecil)2 biji bawang putih (ditumbuk)1 sudu lada hitam (dtumbuk halus)garam secukupnyaair secukupnya2 sudu minyak bijan utk menumis
Caranya
1.     Panaskan minyak bijan dalam periuk, bila panas tumis bawang putih, lada hitam dan kacau kemudian masukkan air dan garam secukupnya.
2.     Masukkan kesemua sayur-sayuran tadi dan tutup periuk biar semua bahan tadi empuk tapi jangan dimasak terlalu lama.
3.     Bolihlah dihidang dan makan.




RESEPI 3

IKAN BAKAR
Bahan2 ekor ikan selar  (dibersihkan)4 sudu lada hitam (diblend ataupun  ditumbuk halus)daun pisang secukupnya utk membalut ikangaram secukupnyaserbuk kunyit secukupnya
Caranya
1.      Bersihkan ikan yg hendak dibakar. Campurkan kesemua bahan hingga sebati kemudiandibalut setiap ekor ikan itu dgn daun pisang.
2.      Bakarlah ikan tersebut hingga masak.
 PAKEJ BERPANTANG DAN BERSALIN
FACEBOOK PAGE: PAKEJ URUT BERSALIN

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.keunggulanwanita.com/2010/09/resepi-lauk-untuk-orang-berpantang.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Sukatan Dan Resepi Bihun Goreng Untuk Kenduri

Sukatan Dan Resepi Bihun Goreng Untuk Kenduri

papar berkaitan - pada 24/7/2019 - jumlah : 1787 hits
SUKATAN DAN RESEPI BIHUN GORENG UNTUK KENDURIbila nak buat kenduri pening nak agak buh banyak mana
Resepi Kuah Kacang Yang Terbaik Untuk Sate Pasti Anda Menjilat Jari

Resepi Kuah Kacang Yang Terbaik Untuk Sate Pasti Anda Menjilat Jari

papar berkaitan - pada 24/7/2019 - jumlah : 332 hits
Memang kuah kacang ni kalau takde dia nak makan nasi impit ke sate ke gado gado ke memang tak sah kalau takde Tapi sesedap mana pun sate gado gado kalau kena elok dengan kuah kacang pekat baru terangkat habis Nak cicah cucur udang dengan ku...
14 Resepi Masakan Tanpa Minyak

14 Resepi Masakan Tanpa Minyak

papar berkaitan - pada 24/7/2019 - jumlah : 3311 hits
IKAN KEMBUNG REBUS AIR ASAM BELACANBahan bahan ikan kembung yg telah dibersihkanair garam perasa1 2 biji bawang besar potong dadu1 biji tomato potong dadu1 biji lada besar hiris halusCili api hiris halus ikut nak pedas mana1 2 cawan asam ja...
Resepi Bubur Labu Bersama Bebola Pulut

Resepi Bubur Labu Bersama Bebola Pulut

papar berkaitan - pada 24/7/2019 - jumlah : 991 hits
hi there ada kerajinan hari ni buat bubur labu bersama bebola pulut setiap kali buat setiap kali usaha untuk improvise rasa bubur adeh sebab I is tak pandai bab2 masak2 so mmg put some effort jugalah untuk masak2 ni nak bagi suami and anak2...
Senarai Tempat Minum Boba Tea Beserta Harga Dengan Bonus Resepi

Senarai Tempat Minum Boba Tea Beserta Harga Dengan Bonus Resepi

papar berkaitan - pada 23/7/2019 - jumlah : 508 hits
Ada yang panggil boba ada yang panggil bubble milk tea tapi admin panggil je black pearl Mana manalah sebab sekarang ni kan tengah trending Orang dok sibuk post pasal minuman ni di media sosial ada pula yang sanggup beratur panjang sebab na...
Resepi Cucur Jawa Sukatan Cawan Yang Simple Dari Ietams

Resepi Cucur Jawa Sukatan Cawan Yang Simple Dari Ietams

papar berkaitan - pada 23/7/2019 - jumlah : 1153 hits
Haritu ingat kan dah boleh ada aura rajin nak update blog secara hari hari rupa rupanya hilang juga sekejap aura rajin tu Tetiba datang semula aura rajin update blog Nak cerita tak tahu nak mula dari mana so hari ni saya tak de nak cerita a...
Sedap Lembut Gebu Resepi Apam Ros Jadi Pilihan

Sedap Lembut Gebu Resepi Apam Ros Jadi Pilihan

papar berkaitan - pada 24/7/2019 - jumlah : 735 hits
Sedap lembut gebu Resepi Apam Ros Jadi Pilihansedap lembut gebu tengok tu x nyempat2 nak lompat keluar acuan
Resepi Biskut Mix Fruit Biskut Ice Box

Resepi Biskut Mix Fruit Biskut Ice Box

papar berkaitan - pada 25/7/2019 - jumlah : 645 hits
1 CUP BUTTER1 CUP GULA PERANG1 BIJI TELUR 1 CUP KISMIS COKLAT CHIP 1 1 2 CUP TEPUNG GANDUM1 TSP BAKING POWDER 1 2 TSP EMPLEX1 TSP ESEN VANILA1 Pukul butter dan gula 2 Masukkan telur dan esen vanila mix setakat sebati3 Masukkan bahan bahan k...
Makan Steamboat Dapat Henna Free

15 Kafe Di Johor Bahru Instagrammble Muslim Friendly

Sarawak And Malaysia Can T Afford Escalating O G Disputes

Antara Projek Pungguk Rindu Bulan Tilapia M Sia Pro Hamas

Isu Calon Perdana Menteri Kembali Menjadi Tegang Di Kalangan Pemimpin Pn

Isu Papan Tanda Aneh Dan Pelik Menteri Wilayah Masih Diam

Worldcoin Dan Ai

Coffee Is For Closers The Motivational Phrase From Quot Glengarry Glen Ross


echo '';
Memahami Fasa Renjatan Elektrik Yang Selamat dan Berbahaya Untuk Manusia

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


E Book Pertama Saya

Resipi Ayam Gepuk

Orbit Labels The Parent S Choice For Safe And Sanitary Feeding

Samun Barang Kemas Dianggar Seberat 4 1 Kilogram Bernilai Rm1 54 Juta Sekumpulan Penjenayah Diburu

Kes Bunuh Pelajar Vokasional Warden Temui Mangsa Tak Sedarkan Diri

Elak Kenyataan Merugikan Kerajaan Perpaduan Pemuda Umno Wp