Resepi Laksa Mudah Untuk Berniaga Laksa


Mesti penggemar laksa suka kan sebab dalam banyak banyak laksa, laksa utara paling ramai yang suka. Rasa kuah laksa pekat dan masam  dengan lemak ikan kembung dan ulam ulam sayur yang segar dan rangup. Kombinasi dia memang boom dalam mulut. Laksa utara ni tak susah nak buatnya dan tak perlu tumis apa apa. Hanya perlu satukan bahan bahan kisar dalam periuk dan didihkan. Jom Kekny share resepi laksa utara yang sedap dan mudah, dan sesuai bagi yang nak berniaga laksa.

Yang Kekny share ni bukanlah resepi asli laksa utara atau Laksa Kedah. Yang Kekny share ni ialah laksa hari hari yang kami orang Kedah dok buat dan makan, dan kalau yang berniaga pula laksa jenis ni lah. Tapi kalau hangpa nak resepi laksa asli negeri Kedah, hangpa boleh rujuk kat entry ini ya LAKSA KEDAH ASLI 

Daun kesum, orang Kedah panggil daun cendehom wajib ada selain bunga kantan. Kami letak banyak daun ni dalam kuah laksa. Lepas tu rebus sampai kuah tu naik mendidih dan lama lama sampai hilang buih buih dekat kuah barulah tutup api. Nak sedap lagi, kuah tu sediakan sehari sebelum. Esoknya asam keping dalam kuah tu dah kembang, isi ikan pun kembang, dia jadi lagi pekat lagi sedap!

Tips Kuah Laksa SedapIkan mestilah segar. Sebaiknya guna ikan yang banyak isi tebal seperti ikan selayang atau sardin yang saiz sederhana besar. Isi ikan tebal dan besar ni akan bagi kuah laksa ada serat serat besar yang memekatkan kuah dan jadikan kuah lebih sedap.

Jangan guna bawang putih dan jangan tumis. Kuah laksa yang seda hanya direbus tanpa minyak dan tak menggunakan bawang putih didalamnya

Masak awal kah laksa seeloknya malam sebelum supaya bahan dalam kuah lebih mesra dan sebati.

Isi kena asingkan dari tulang, dan kita kisar hanya tulang ikan untuk ditapis. Fungsi tulan ikan ni sebab manis dia ada di tulang ikan ni.





Resepi Dan Cara Masak Kuah Laksa Utara 
Penyediaan Ikan Rebus2 kg ikan selayang / kembung / sardine direbus bersama asam keping dan garam. ambil isi ikan dan asingkan tulang. Isi ikan ditumbuk halus guna lesung. Kalau tak mahu tumbuk boleh kisar sekejap sahaja bagi sedikit hancur. Jangan lama sebab kita tak mahu kuah dia terlalu halus,Tulang pula dikisar dengan air rebusan ikan tadi, dan guna penapis jarang tapis sambil bilas penapis dengan air hingga habis isinya turun bawah. Sampai tulang ikan tu nampak putih dan bersih,Masukkan isi ikan yang dikisar (tak perlu tapis sebab ni isi sahaja), air kisaran tulang ikan yang ditapis kedalam periuk.

Bahan kisar bawang dan cili 
1 cawan cili kering dipotong dan dibuang biji, rebus sampai lembut dan toaskan.2 biji bawang besar dibelahKisar cili dan bawang hingga halus. Masukkan dalam periuk berisi kisaran ikan tadi.

Buka api dan didihkan kuah. Sambil tu boleh masukkan bahan berikutAir belacan - belacan dalam 1 sudu besar dilarutkan dengan sedikit airDaun kesomBunga Kantan dibelah duaSerbuk perasa jika sukaasam keping dalam 3 ke 4 keping ikut nak masam macam mana1 sudu kecil gulagaram secukup rasa

Bila dah masukkan semua bahan diatas dalam periuk, didihkan dengan api perlahan sampai mendidih, Jangan sampai meruap ya sebab kalau meruap cairlah kuah kita sebab bahan pekat semua keluar

Biar mendidih lama sehingga buih buih hilang dari kuah. Rasakan garam dan asam jika perlu tambah. Seeloknya guna garam kasar baru sedap

Siap kuah kita. Boleh hidangkan dengan mee laksa bersama bahan-bahan ulam

Penyediaan Mee Laksa Laksa kena rendam sekuranya semalaman barulah direbus. Ini untuk mengelakkan laksa putus dan hancur. Laksa kaan lebih kenyal dan sedap jika direndam. Kami di Kedah guna 2 jenis laksa iaitu laksa besar kasar dan laksa halus. Kalau laksa halus memadai cuma rendam sekejap sahaja

Ok resepi dan video paling mudah hangpa check kat You Tube video dibawah ya. Senang hangpa tengok saja tak payah nak baca hahahahah



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.enyabdullah.com/2020/01/resepi-laksa-mudah-untuk-berniaga-laksa.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Cara Penyediaan Laksa Johor Sedap Dan Mudah Sesuai Untuk Berniaga

Cara Penyediaan Laksa Johor Sedap Dan Mudah Sesuai Untuk Berniaga

papar berkaitan - pada 10/8/2020 - jumlah : 457 hits
Cara Penyediaan Laksa Johor Sedap Dan Mudah Sesuai Untuk Berniaga Sementara hujung minggu ni tak tahu nak masak apa Cikza pasti ramai yang masih tercari cari menu yang sesuai untuk dijamu bersama keluarga Tapi Menu yang Cikza nak kongsikan ...
Resepi Pizza Mudah Nak Buat Bakar Guna Kuali Je Tak Cukup Satu Kalau Anak Anak Makan Memang Sedap

Resepi Pizza Mudah Nak Buat Bakar Guna Kuali Je Tak Cukup Satu Kalau Anak Anak Makan Memang Sedap

papar berkaitan - pada 15/8/2020 - jumlah : 297 hits
Makanan seperti Pizza memang menjadi kegemaran anak anak di rumah Tapi kalau nak beli boleh tahan juga harganya Tambah pula kalau ada ahli keluarga yang ramai Lebih baik buat sendiri kat rumah gunakan bahan bahan yang mudah Kalau mama nak b...
Cara Mudah Cepat Menikmati Laksa Ikan Seekor Yang Padu

Cara Mudah Cepat Menikmati Laksa Ikan Seekor Yang Padu

papar berkaitan - pada 14/8/2020 - jumlah : 377 hits
Laksa Hmmm sedapnya Laksa yang sedap bergantung kepada kuahnya yang pekat cukup rasa ikannya masamnya dan pedasnya Saya fikir para peminat laksa pasti setuju dengan pendapat saya ini Dalam banyak pengalaman makan laksa di luar saya takkan l...
Nasi Tak Habis Jangan Buang Boleh Buat 6 Resepi Mudah Kreatif Kudapan Anak Mama Baru Tak Membazir

Nasi Tak Habis Jangan Buang Boleh Buat 6 Resepi Mudah Kreatif Kudapan Anak Mama Baru Tak Membazir

papar berkaitan - pada 15/8/2020 - jumlah : 461 hits
Nasi sebagai sajian ruji boleh dipelbagaikan resepinya Menggunakan bahan bahan yang berbeza dan cara masak yang berlainan melahirkan rasa dan bentuk hidangan yang berlainan Si kecil tidak bosan dan tentunya suka Ibu ini berkongsi tentang sa...
Resepi Pancake Potato Mudah Dan Sedap

Resepi Pancake Potato Mudah Dan Sedap

papar berkaitan - pada 16/8/2020 - jumlah : 470 hits
Salam sayang Sudah lama eda nak kongsikan dengan korang resepi pancake potato mudah dan sedap untuk disediakan Sekarang baru free
Resepi Mudah Kuah Dan Sos Steamboat Yang Sedap

Resepi Mudah Kuah Dan Sos Steamboat Yang Sedap

papar berkaitan - pada 19/8/2020 - jumlah : 479 hits
Mesti ramai yang suka makan steamboat kan Selain mudah disediakan hidangan steamboat ni selalu dijadikan juadah untuk dimakan ramai ramai Jadi bila ada buat family gathering selain BBQ steamboat ni ialah hidangan yang popular akan disediaka...
Resepi Topping Coklat Yang Sedap Dan Mudah Disediakan Untuk Kek

Resepi Topping Coklat Yang Sedap Dan Mudah Disediakan Untuk Kek

papar berkaitan - pada 17/8/2020 - jumlah : 460 hits
Resepi Topping Coklat Yang Sedap Dan Mudah Disediakan Untuk Kek Dah lama nak share beberapa resepi topping coklat yang mudah disediakan dan menjadikan kek lebih sedap Bukan sahaja boleh untuk kek tetapi boleh juga dipadankan dengan donut at...
Resepi Donut Kegemaran Anak Anak Sedap Mudah Nak Buat Guna Sukatan Cawan Je Rasa Memang Awesome

Resepi Donut Kegemaran Anak Anak Sedap Mudah Nak Buat Guna Sukatan Cawan Je Rasa Memang Awesome

papar berkaitan - pada 17/8/2020 - jumlah : 476 hits
Salah satu makanan kegemaran anak anak adalah donut Tambah pula kalau dapat makan yang lembut dan sedap rasanya Pendek kata tak cukup satu kalau anak makan Perkongsian resepi donut daripada Puan Asma Mohamed senang je mama nak buat untuk an...
11 Koleksi Resepi Nasi Goreng Sedap Mudah Dan Sesuai Untuk Yang Bujang Bujang Nak Cuba

11 Koleksi Resepi Nasi Goreng Sedap Mudah Dan Sesuai Untuk Yang Bujang Bujang Nak Cuba

papar berkaitan - pada 6/8/2020 - jumlah : 872 hits
Assalamualaikum semua Nasi goreng adalah menu yang paling ringkas dan mudah hendak membuatnya Sebenarnya resepi nasi goreng ini tidak lah ada sukatan yang tertentu Nasi goreng ini anda boleh buat dengan hanya mencampak campakkan bahan lebih...
Backstabbing Drama In The Opposition Pas Sabotaging Bersatu By Attacking Chinese Vernacular Schools

Pas Anggap Terlalu Awal Bincang Pertukaran Mb Perlis

Calon Bersatu Prk Kkb Tidak Dapat Sokongan Parti Pas

Opening Young People S Eyes To Workers Rights

Bila Duit Nak Masuk

Dumbing Down Our Education System Via Politicians And Theocrats

Penyokong Diseru Jalankan Tanggungjawab Sebagai Pemilik Sabah Fc

Sayur Kucai Dan Taugeh Untuk Makan Tengah Hari



Biodata Dan Latar Belakang Adam Shamil Personaliti TikTok Terkenal

5 Negara Yang Memilih Untuk Tidak Menggunakan Matawang Sendiri

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Aku Bukan Ustazah Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Bercakap Dengan Jun Slot DramaVaganza Astro Ria

5 Amalan Muslim Yang Sering Dijadikan Bahan Lawak di Malaysia


Rahsia Katil Homestay Bonda Banda Hilir Melaka

Kembali Menulis

Lagu Popular Thailand Tahun 2024

Starting Somewhere

Ktm Kenalkan 4 Model Motosikal Duke Sempena Ulangtahun Ke 30

Sambutan Ulang Tahun Ke 30 Dan Pelancaran 4 Model Motosikal Ktm Duke