Penyokong Diseru Jalankan Tanggungjawab Sebagai Pemilik Sabah Fc


PENYOKONG Sabah beratur untuk membeli tiket perlawanan di Stadium Likas. ( 📸 ©adehhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh) klik 👉 Follow Telegram Obsesbola untuk berita bolasepak terkini (large-bt) Tiket palsu dikesan di Likas KOTA KINABALU, 4 Mei (Bernama) -- Sabah FC menyeru penyokongnya agar menjalankan tanggungjawab sebagai ‘pemilik’ dengan memastikan pasukan itu dapat menjana pendapatan dengan baik dan tidak melakukan perkara yang memberi kesan negatif kepada pasukan.

Pengarah Sabah FC Mohd Joh Wid berkata seruan itu dibuat kerana pengurusan masih berdepan masalah melibatkan penyokong yang memberikan kesan negatif kepada skuad Sang Badak itu seperti tiket palsu, masuk stadium tanpa tiket dan membeli barangan tiruan yang menjejaskan pendapatan pasukan dengan ketara.

Beliau berkata pengurusan melihat penyokong Sabah sebagai ‘pemilik’ yang mempunyai pegangan ekuiti sosial kepada pasukan itu, justeru mereka diseru berkerjasama dengan pihak pengurusan dalam usaha menghapuskan masalah yang dihadapi itu.

“Bukan semua, ada penyokong setia beli tiket asli bagi perlawanan di tempat sendiri dan di tempat lawan selain beli barangan yang asli. Ini satu contoh yang wajar diikuti kerana penyokong mempunyai ekuiti sosial dalam Sabah FC, ada pegangan saham untuk pasukan kita ini.

“Pendapatan inilah yang kita gunakan untuk menjana kelab, tetapi ada lagi yang jual barang tiruan di luar stadium ketika perlawanan, penyokong tidak bolehlah beli. Bila kita sayang pasukan inilah masa kita buktikan, sokong sepenuh hati pasukan kita ini,” katanya kepada Bernama.

Mohd Joh berkata pihak pengurusan pada masa ini juga sedang berusaha mendekatkan Sabah FC dengan penyokong antaranya dengan membawa pasukan itu mengadakan sesi jelajah bertemu peminat di luar Kota Kinabalu seperti ke Keningau pada 23 April lepas.

“Akan datang pada sesi rehat liga kita akan pergi ke Sandakan dan Tawau pula,” katanya yang menganjurkan pelbagai aktiviti untuk penyokong serta perlawanan persahabatan dengan pasukan tempatan antaranya Keningau FA yang berkesudahan Sabah FC menang 10-2.

Beliau berkata sememangnya Sabah berdepan situasi kewangan terhad dalam mengharungi saingan Liga Malaysia 2024/2025 yang akan bermula dengan perlawanan menentang Penang FC pada 12 Mei ini, namun situasi itu tidak menjejaskan persediaan pasukan.

Menurut Mohd Joh pihak pengurusan juga sedang mencari penaja dan mempunyai beberapa pihak yang tampil untuk membantu pasukan itu dan berharap lebih ramai pihak terutamanya badan korporat tampil menjadi rakan kongsi mahupun penaja pasukan itu.

“Kita juga telah letakkan ESG iaitu alam sekitar, sosial dan tadbir urus sebagai polisi kita dalam mentadbir pasukan ini. Kita dekatkan diri dengan penyokong selain aktiviti alam sekitar, sosial dan tatakelola serta tataurus kelab yang baik,” katanya.

Sementara itu, Ketua Jurulatih Sabah Datuk Ong Kim Swee percaya pihak pengurusan akan berusaha dengan cara yang efektif bagi mengatasi masalah serta memastikan kelancaran pasukan terutama kewangan dan berharap penyokong memberikan sokongan kepada usaha tersebut.

“Pendapat saya sudah tentu saya mahukan ramai pemain berkualiti tinggi tetapi kita kena faham pihak pengurusan letak syarat dan perbelanjaan bagi memastikan perjalanan pasukan lancar, jadi sebagai jurulatih kita kena menghormatinya.

“Pada masa ini kita tidak lagi mengambil mana-mana pemain kecuali ada perubahan atau arahan daripada pihak pengurusan,” katanya yang juga mahu memberikan peluang kepada pemain muda Sabah menyertai pasukan tetapi ia bergantung kepada potensi dan usaha ditunjukkan mereka.

Beliau berkata pada masa ini Sabah FC tidak meletakkan sebarang sasaran untuk dicapai dalam Liga Super, namun percaya pasukan itu mampu memberikan saingan dengan pasukan lain yang berbelanja besar dalam liga.

Liga Super musim lalu menyaksikan Sabah berjaya menduduki tangga ketiga di belakang Selangor FC di tempat kedua dan Johor Darul Ta’zim yang menjuarai liga itu untuk 10 musim berturut-turut.

-- BERNAMA

SOURCE: BERNAMA

Kongsikan artikel ini:

Ikuti kami di Facebook, Twitter, dan Telegram untuk berita bolasepak terkini setiap hari.
klik 👉 https://t.me/Obsesbola




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://obsesbola.blogspot.com/2024/05/penyokong-diseru-jalankan-tanggungjawab.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Gadis Kelahiran Sabah Pilihan Bruno Suzuki Sebagai Peneman Hidup

Gadis Kelahiran Sabah Pilihan Bruno Suzuki Sebagai Peneman Hidup

papar berkaitan - pada 8/5/2024 - jumlah : 196 hits
Gadis kelahiran Sabah pilihan Bruno Suzuki sebagai peneman hidup Isteri menjadi tulang belakang utama dalam mengecapi impian Bruno Suzuki Penyerang import PDRM Bruno Suzuki memilih wanita tempatan kelahiran Sabah sebagai pasangan hidup deng...
Pemilik R R Didenda Rm30 000 Jual Petrol Bersubsidi Kepada Rakyat Thailand

Pemilik R R Didenda Rm30 000 Jual Petrol Bersubsidi Kepada Rakyat Thailand

papar berkaitan - pada 26/4/2024 - jumlah : 294 hits
SELAYANG Seorang pemilik sebuah stesen minyak di Hentian Rehat dan Rawat didenda RM30 000 oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini kerana menjual petrol RON95 bersubsidi kepada warga asing dari Thailand yang tular di media sosial awal Januari ...
Video Kejutan Tetangga Suasana Saat Polisi Bunuh Diri Sosok Pemilik Rumah Mewah

Video Kejutan Tetangga Suasana Saat Polisi Bunuh Diri Sosok Pemilik Rumah Mewah

papar berkaitan - pada 29/4/2024 - jumlah : 143 hits
Dokter gigi bernama Iman Samsudin ini mengaku sosok pemilik rumah ialah orang baik dan berjiwa sosial
Pemilik Kereta Tertekan Hon Kerana Panik Polis

Pemilik Kereta Tertekan Hon Kerana Panik Polis

papar berkaitan - pada 26/4/2024 - jumlah : 300 hits
GEORGE TOWN Polis mengesahkan menerima laporan daripada seorang pemandu kereta susulan kekecohan ketika upacara pengebumian Allahyarham Komander Muhammad Firdaus Ramli di Masjid Jamek Sungai Nibong malam tadi seperti yang tular di media sos...
Bengkel Terbakar Dan Meledak Di Luwu Utara Sulsel Pemilik Tewas

Bengkel Terbakar Dan Meledak Di Luwu Utara Sulsel Pemilik Tewas

papar berkaitan - pada 22/4/2024 - jumlah : 106 hits
Bengkel mobil di Jalan Trans Sulawesi Poros Luwu Utara Palopo Kecamatan Masamba Luwu Utara meledak Minggu malam Satu orang tewas dalam peristiwa ini
It Is Not If Sabah And Sarawak Will Exit Malaysia It Is When And How

It Is Not If Sabah And Sarawak Will Exit Malaysia It Is When And How

papar berkaitan - pada 11/5/2024 - jumlah : 251 hits
If anyone in a relationship finds themselves perpetually giving more than they get the relationship will inevitably end Nehru Sathiamoorthy Let s not ask ourselves as to whether Sabah and Sarawak want to secede from Malaysia The answer is o...
Pemilik Kk Mart Isteri Bakal Kemuka Representasi

Pemilik Kk Mart Isteri Bakal Kemuka Representasi

papar berkaitan - pada 30/4/2024 - jumlah : 134 hits
PENGASAS dan Pengerusi Eksekutif KK Supermart amp Superstore Sdn Bhd Chai Kee Kan dan isterinya Loh Siew Mui akan mengemukakan representasi kepada Jabatan Peguam Negara berhubung pertuduhan sengaja melukakan perasaan orang Islam Peguam Rajp...
Michelle Yeoh Berhijab Tercantik Di Funeral Negara Pak Lah Untuk Memberi Hormat Terakhir

Johan Pakai T Shirt Topi Di Istiadat Pengebumian Allahyarham Pak Lah Ditegur Netizen Macam Tak Tahu Hormat Majlis

Understand Your Target Audience

Tema Hijau Menjadi Pilihan

Inilah Cerita Bagaimana Pak Lah Bantu Selamatkan Nyawa Anwar

3 Lagu Untuk Ana

Lirik Lagu Anugerah Hati Suki Low Ft Alun Tradisi Ft Yam Tunku Zain

Radiant Concord Wins Court Nod To Sue Dbkl Over Shady Malay Reserve Land Deal


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


4 Aktiviti Menarik Di Sepilok Sandakan Kalau Singgah Di Sandakan Jangan Lupa

Benarkah Ada Deep State Dalam Kalangan Pegawai Agensi Agama

Maruah Negara Diperleceh Isu Bendera Malaysia Maszlee Gesa Tindakan Tegas

Saya Akan Sentiasa Berterima Kasih Kj Sekeluarga Tersentuh Hati Atas Kemuliaan Pmx Terhadap Pak Lah

Throwback Menu Berbuka Puasa Sepanjang Ramadan 2025

Aprilian Feat Puspa Indah Cinta Tak Terbagi Chord