Sambutan Ulang Tahun Ke 30 Dan Pelancaran 4 Model Motosikal Ktm Duke
Sambutan Ulang Tahun Ke-30 Dan Pelancaran 4 Model Motosikal KTM Duke | Assalamualaikum semua.. Siapa sini kaki rider dan peminat motosikal KTM Duke?? Ha, mesti korang akan tertawan dengan keluaran terbaru dari KTM. Alhamdulillah, Sis berpeluang untuk menghadiri ke majlis pelancaran motosikal KTM Duke. Bukan satu tapi empat model terbaru tau. Nak tahu lebih lanjut?? Boleh baca artikel ni sampai habis
Pada tanggal 4 Mei 2024 dan bertempat di Skypark RAC Subang menjadi saksi untuk sambutan ulang tahun KTM ke-30 yang merupakan pengilang motosikal serta aksesori dan komponen bertaraf dunia. Dalam majlis ni juga pihak KTM memperkenalkan generasi seterusnya bagi empat model motosikal Duke terbaru iaitu KTM 250, KTM 390, KTM 990 dan KTM 1390
Berikut adalah harga bagi keempat-empat model KTM Duke :
👉🏻 KTM 250 DUKE : BSP at RM22,500, its comes equipped with Quickshifter+ for an exhilarating ride
👉🏻 KTM 390 DUKE : Elevate your riding experience with the Corner Rocket, available at BSP RM35,800 (including Quickshifter+)
👉🏻 KTM 990 DUKE : For those seeking power and precision, the KTM 990 DUKE awaits you at BSP RM99,800
👉🏻 KTM 1390 SUPER DUKE R : The Beast can be yours for BSP RM151,300
Selain daripada empat model itu, terdapat satu lagi model yang bakal dilancarkan dalam masa terdekat iaitu KTM 790 Duke
Sempena ulang tahun ke-30, KTM dengan bangganya memperkenalkan slogan baru iaitu :
“No Bullshit which epitome the lifestyle of embracing challenges and pushing boundaries”.
Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, KTM 790 Duke mempunyai permintaan yang sangat tinggi di Asia sehingga KTM Duke telah memindahkan kilang pembuatan KTM 790 Duke ke China. Peningkatan permintaan terhadap model motosikal itu dipercayai kerana faktor harganya yang menarik
Generasi terbaru ini bakal ‘menjerit’ dan merentas jalan dengan megah beronakan metalik oren ED Elektronik iaitu warna yang dikhaskan secara eksklusif untuk perayaan ke-30 tahun Duke. Seperti mana-mana model Duke, julat berkuasa tinggi ini akan mengaum meredah jalan raya tanpa kompromi dan tiada tandingan dengan kelengkapan mesin prestasi tulen
Pengurus Pemasaran Strategi KTM Malaysia, Goi Seong Keng berkata, Duke sedia menerima pencabar untuk membuktikan penguasaan mereka membelah jalan raya dan merentas segala halangan. Semua rangkaian motosikal itu dilengkapi dengan ciri-ciri menarik seperti reka bentuk tajam dan bergaya di samping tahap keselamatan tinggi
Sebagaimana pengalaman penunggangan model KTM Duke yang sedia ada dalam pasaran, KTM Duke menjanjikan kepada pengemar motosikal berkuasa tinggi itu, KTM Duke terbaru ini menjaminkan kepuasan berganda kepada pemiliknya
“Sambutan ulang tahun ke-30 KTM Duke bukan sahaja untuk meraikan kejayaan syarikat tetapi kami mahu berkongsi pengalaman dan mencipta memori penunggangan KTM Duke yang sukar dilupakan. “Setiap keluaran motosikal KTM Duke, kami menggabungkan penampilan yang sedap mata memandang dengan reka bentuk tajam dan bergaya di samping tahap keselamatan tinggi serta tahap penunggangan berprestasi tinggi di jalan raya. “Kami sentiasa mengutamakan kepuasan penunggang. Mereka akan mendapat apa yang dijanjikan dan merasai pengalaman tegar bersama Duke,” ~ Goi Seong Keng, Pengurus Pemasaran Strategi KTM Malaysia ~
Beliau berkata, selama 30 tahun, idea utama di sebalik setiap model Duke ialah memberikan pengalaman baru dan berbeza kepada penunggang, seolah-olah mereka baru menunggang motosikal
“Setiap model ada ciri dan keistimewaan tersendiri. Inilah yang membuatkan Duke terus mendahului pesaingnya di pasaran. “Bagi menepati kehendak pasaran hari ini bersama keinginan Duke untuk sentiasa berada jauh di depan, syarikat sentiasa hadir dengan ilham baru yang lebih ‘garang’, berani dan matang,” .
Ha, Amacam?? Menawan tak model KTM Duke ni? Rangkaian penuh Duke termasuk KTM 200 Duke, KTM 250 Duke, KTM 390 Duke, KTM 790 Duke, KTM 890 Duke R, KTM 990 Duke, KTM 1290 Duke dan KTM 1390 Duke. Untuk model terbaru ni sis paling suka KTM 250 Duke. Korang pula suka yang mana?
Jika berminat boleh la berhubung dengan pengedar sah KTM berada di hampir seluruh Semenanjung Malaysia serta Sabah dan Sarawak. Sila layar https://www.ktmmalaysia.com/discover-our-dealers/ untuk lihat senarai pengedar sah KTM
Note : Setiap pengedar sah KTM telah menghadiri kursus khas oleh KTM dan memperoleh sijil antarabangsa (sijil keluaran KTM Austria). Jadi mereka mempunyai mekanik yang bertauliah dan professional
Tagline always No Bull Shit #KTMDUKEDAY #KTMMALAYSIA #NoBullShit #KTM
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.dikbee.com/2024/05/sambutan-ktm-30-motosikal-duke-.html