Lagu Popular Thailand Tahun 2024


GALAKSI VIRAL - Pernah dengar lagu Thailand ? Jika nak tahu, di Asia Tenggara hanya dua negara sahaja yang mempunyai Carta Billboard  Hot 100 Songs iaitu Thailand & Vietnam. Manakala negara Asia Tenggara yang lain seperti Malaysia, Singapura, Indonesia & Filipina hanya mempunyai Carta Billboard Hot 25 Songs sahaja buat masa ini. Ini adalah kerana industri muzik Thailand & Vietnam sangat aktif, mempunyai daya saing tinggi, muzik  berkualiti dan pasaran muzik yang sangat kukuh sehingga ia mampu mengeluarkan beratus-ratus lagu sepanjang tahun untuk peminat muzik tempatan. Oleh yang demikian, mari kita lihat lagu manakah yang paling popular di Thailand ketika ini.




LAGU THAILAND POPULAR TAHUN 2024


01.I LIKE YOU/BACK TIME
Artis : PtrpStudio @ Phattharaphon Sueabunmi
Genre : Thai Pop
Tahun Terbitan : 2022
Catatan :
Lagu ini sangat popular bukan sahaja di Thailand, malah di seluruh negara Asia Tenggara termasuk di Malaysia. Kalau selalu tengok sosial media terutamanya Tik Tok pasti sangat familiar dengan lagu ini. Lagu sempoi tapi comel ini juga menunjukkan lagu Thailand sangat mementingkan identiti muzik mereka  yang tersendiri walau semoden mana pun lagu mereka. Sebab itu kita mudah kenal lagu Thai apabila kita mendengarnya.
Video Muzik I Like You/Back Time


02. CHARM
Artis : LYKN @ Lycan feat Joong & Pond
Genre : Dance/Hip Hop
Tahun Terbitan : 2024
Catatan :
Lagu ini tengah meletop di Thailand kerana ia menampilkan kolaborasi hebat daripada kumpulan BTS versi Thailand bersama dua aktor Thai muda yang semakin meningkat naik ketika ini. Kumpulan LYKN ini juga kerap trending di sosial media Asia Tenggara kerana lagu, bakat, rupa dan nilai komersial yang dimiliki mereka cukup diminati ramai. Video muzik lagu ini juga pastinya akan mengingatkan kita kepada video muzik Dolla Damelo kerana terdapat adegan menari di padang pasir dan  kawasan berair. Koreografi tarian mereka di dalam video muzik Charm ini juga sangat menarik. 
Video Muzik Charm



03. GHOSTArtis : Jeff Satur
Genre : Modern Ballad
Tahun Terbitan : 2024
Catatan :
Jeff Satur boleh dikatakan antara Putera Pop Thai yang sangat popular ketika ini. Lagu Ghost ini pernah menjadi juara Carta Billboard Hot 100 Thailand pada tahun 2024 dan juga sangat popular ketika ini. Beliau mempunyai kualiti vokal yang sangat bagus dan produk muzik yang dihasilkannya juga sentiasa berkualiti tinggi. Jika anda ingin sesuatu yang berbeza daripada muzik Thai yang tipikal, mungkin lagu Ghost boleh menjadi kegemaran anda. 
Video Muzik Ghost



04. HEY HEYArtis : Milli feat Hi Apaporn
Genre : Thai Hip Hop/Thai Folk
Tahun Terbitan : 2024
Catatan :
Intro lagu ini sudah cukup mengambarkan betapa uniknya lagu Hip Hop Thailand ini. Milli yang juga dikenali sebagai Nicki Minaj Thailand sememangnya cukup hebat dalam mengeluarkan produk lagu Hip Hop yang berbeza dan unik. Jika anda pernah baca berita hiburan Thailand sebelum ini, Milli pernah membawa pulut mangga atas pentas ketika persembahan di Amerika Syarikat sehingga trending di seluruh dunia. Lagu Hey Hey ini menampilkan penghibur legenda Thailand Hi Apaporn dan ia cukup menambahkan lagi keistimewaan dan keunikan lagu ini lagi. Video muzik lagu ini juga penuh adegan komedi dan kelakar. 
Video Muzik Hey Hey



05. CHEERSArtis : Bear Knuckles
Genre : Thai Hip Hop/Thai Folk

Tahun Terbitan : 2023
Catatan :
Kumpulan vokal Bear Knuckles adalah antara kumpulan yang cukup popular ketika ini. Di Thailand ada satu trend di mana lazimnya kumpulan vokal di Thailand mesti ada sekurang-kurangnya seorang penyanyi/rapper lelaki dan dua wanita atau sebaliknya di dalam kumpulan itu. Majoriti kumpulan ini membawakan muzik lagu Dance Music/House Music/EDM/Rap/Hip Hop. Namun trend itu mula beransur kurang apabila muncul kumpulan vokal Thailand yang kesemua ahlinya adalah lelaki seperti kumpulan LYKN dan ahli wanita 4EVE. Apa yang menarik mengenai lagu ini ialah lagu ini sangat energetik, fun dan intro lagu ini pastinya akan mengingatkan kita kepada lagu drama komedi Singapura Phua Chu Kang. Pasti anda akan turut ikut menyanyi dan menari bila dengar lagu ini nanti.
Video Muzik Cheers



06. NONG Artis : Three Man Down feat URBOYTJ
Genre : Modern Rock/Rap.Hip Hop

Tahun Terbitan : 2022
Catatan :
Kumpulan Modern Rock Thailand, Three Man Down antara kumpulan muzik Thai yang konsisten menghasilkan lagu super hits era ini. Lagu Nong ini sangat menarik kerana mengingatkan kepada konsep muzik Linkin Park awal era 2000 an dahulu. Jika anda tidak pernah dengar lagu Modern Rock Thailand, jadi anda bolehlah cuba mendengar lagu ini. 

Video Muzik Nong


GALAKSIVIRALArkib Hiburan Malaysiahttps://galaksiviral.blogspot.com/

Sumber Rujukan :

Google Image, You Tube



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://galaksiviral.blogspot.com/2024/05/lagu-popular-thailand-tahun-2024.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pemenang Bintang Paling Popular Tahun 2024

Pemenang Bintang Paling Popular Tahun 2024

papar berkaitan - pada 12/5/2024 - jumlah : 95 hits
GALAKSI VIRAL Ingin tahu siapakah pemenang Bintang Paling Popular di Malaysia tahun 2024 Anda mungkin terkejut atau sebalikmya dengan senarai pemenang Bintang Paling Popular 2024 Jom kita lihat siapakah mereka yang begitu popular tahun 2024...
Libas Korsel Tim Uber Indonesia Kembali Lolos Ke Final Uber Cup 2024 Usai Penantian 16 Tahun

Libas Korsel Tim Uber Indonesia Kembali Lolos Ke Final Uber Cup 2024 Usai Penantian 16 Tahun

papar berkaitan - pada 5/5/2024 - jumlah : 70 hits
Begitu pula dengan prestasi Tim Thomas Indonesia yang melaju ke final setelah membungkam Taiwan dengan skor 3 0
Bi Rate Naik Bri Optimis Penyaluran Kredit Tumbuh Double Digit Di Tahun 2024

Bi Rate Naik Bri Optimis Penyaluran Kredit Tumbuh Double Digit Di Tahun 2024

papar berkaitan - pada 29/4/2024 - jumlah : 64 hits
Dirut BRI menilai kenaikan BI Rate dinilai tidak akan berdampak signifikan terhadap likuiditas BRI secara umum
Raya 2024 Meriah Raya Tahun Ni

Raya 2024 Meriah Raya Tahun Ni

papar berkaitan - pada 30/4/2024 - jumlah : 106 hits
Raya 2024 Meriah Raya Tahun Ni Dah masuk raya ke 20 baru sempat nak update story pasal raya dalam blog ni Setiap tahun mesti nak cerita sebagai kenangan hehehe Alhamdulillah dipanjangkan usia untuk sambut Syawal tahun ni setelah penat berpu...
Peluang Bisnis Digital Apa Yang Bagus Tahun 2024

Peluang Bisnis Digital Apa Yang Bagus Tahun 2024

papar berkaitan - pada 2/5/2024 - jumlah : 99 hits
Era digital bisnis yang berkembang pun digital Lalu bisnis digital apa yang bagus tahun 2024 Pada tahun 2024 ada beberapa bisnis digital yang terus berkembang dan menjanjikan tergantung pada tren pasar dan kebutuhan konsumen Berikut beberap...
Kelantan Thailand Haramkan Nikah Bawah 17 Tahun Selepas Lelaki Malaysia Kahwini Kanak Kanak 11 Tahun

Kelantan Thailand Haramkan Nikah Bawah 17 Tahun Selepas Lelaki Malaysia Kahwini Kanak Kanak 11 Tahun

papar berkaitan - pada 6/5/2024 - jumlah : 71 hits
Sharifah Mahsinah Syed Abdullahbhnews bh com my nbsp KOTA BHARU Thailand menguatkuasakan undang undang mengharamkan perkahwinan bawah 17 tahun selepas lelaki Malaysia melangsungkan pernikahan dengan kanak kanak perempuan berusia 11 tahun da...
Diterajui Pelakon Popular Drama Scarlet Heart Bakal Diadaptasi Di Thailand

Diterajui Pelakon Popular Drama Scarlet Heart Bakal Diadaptasi Di Thailand

papar berkaitan - pada 24/4/2024 - jumlah : 84 hits
Popular seluruh dunia drama Scarlet Heart nampaknya akan diadaptasi di Thailand Artikel Berkaitan Terbaru GMMTV telah melancarkan teaser untuk versi Thailand drama Scarlet Heart yang akan dibintangi oleh ramai pelakon popular seperti Win Me...
Foto Potret Kondisi Krl Jabodetabek Di Tengah Rencana Kenaikan Tarif Di Tahun 2024

Foto Potret Kondisi Krl Jabodetabek Di Tengah Rencana Kenaikan Tarif Di Tahun 2024

papar berkaitan - pada 6/5/2024 - jumlah : 21 hits
Pemerintah berencana akan menaikan tarif kereta Commuteline Jabodetabek pada tahun ini
Hiburan Gagal Bayar Tunggakan Rm4 96 Juta Untuk Pesanan Pelitup Muka Jovian Apparel Disaman Pembekal

T18c24 Bayi Aina Muntah Susu Beku Macam Keju

Gulai Udang Nenas

Road And Track A Lithe Bmw R80 Restomod By 46works

Govt To Continue Using E Jamin Bail System

Harris Alif Dari Idola Kecil Ke Selebriti Serba Boleh

Kerajaan Pahang Sumbang Rm8 000 Kepada Keluarga Allahyarham Konstabel Muhamad Syafiq

Article 153 Of The Federal Constitution Does Not Bar Opening Uitm To Non Bumiputera



Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Anggun Mikayla Viu Malaysia

Keputusan Markah Mingguan Senarai Lagu Tugasan The Hardest Singing Show Astro Malaysia

Biodata Syad Mutalib Pelakon Drama Berepisod Aku Bukan Ustazah TV3 Bunga Salju Astro Ria

Info Dan Sinopsis Filem Vina Sebelum 7 Hari 2024 Adaptasi Kisah Benar Kini Di Pawagam Malaysia

Biodata Founder Leeyanarahman Nur Liyana Abdul Rahman Yaana Yana Lee Usahawan Tudung Yang Terkenal Bersama Suaminya


Diet Suku Suku Separuh Jom Amalkan

Majlis Perkahwinan Anak Saudara

From Smoke To Pet Dander Bnx Filter Traps Microscopic Airborne Contaminants

Pas Dikecam Balun Polis Bukan Fahaman Ekstremis

Kelahi Selepas Kemalangan Lelaki Bawa Kereta Lawan Arus

Lirik Luqman Faiz Bahagiamu Tujuanku