Resepi Kuih Badak Berendam Paling Sedap Mudah
Bagi yang suka makan aneka kuih muih tradisional, Kuih Badak Berendam ni pasti antara yang jadi kegemaran. Lemak-lemak manis. Memang sedap! Bagi yang belum pernah rasa, resipi perkongsian saudari Zura Zul ni antara yang boleh dicuba.
CARA BUAT KUIH BADAK BERENDAM PALING SEDAP UNTUK MINUM PETANG
BAHAN DOH:
3 cawan tepung pulut – beli online disini
2 sudu makan tepung gandum – beli online disini
2 cawan air jus pandan (air + 4-5 helai daun pandan. Kisar & tapis)
Sedikit pewarna hijau – jika suka – beli online disini
CARA MEMASAK:
1. Tuang air jus pandan sikit-sikit ke dalam bekas berisi campuran tepung. Gaul sebati dan uli hingga jadi doh.
2. Bulatkan doh (ikut nak besar mana) kesemuanya. Kemudian leperkan doh.
3. Isi inti kelapa atau apa sahaja inti kegemaran. Bulatkan semula.
4. Didihkan air dan rebus doh macam membuat kuih Onde-Onde @ Buah Melaka. Bila doh sudah terapung, angkat dan jirus sekejap bawah air paip. Toskan airnya.
5. Tuang dadih dalam bekas yang sesuai. Masukkan doh yang direbus tadi dan Kuih Badak Berendam sedia untuk dihidang.
BAHAN INTI KELAPA:
1 biji kelapa parut putih
1/2 cawan gula merah – beli online disini
1 ketul gula melaka – beli online disini
1 1/2 cawan air
1-2 ulas durian (buang biji) – jika ada
3 helai daun pandan
Secubit garam
1 sudu makan tepung gandum – beli online disini
CARA MEMASAK:
1. Masak gula merah, gula melaka dan air hingga larut. Tapiskan.
2. Kemudian masak air gula tadi bersama kelapa parut putih. isi durian, sedikit garam dan daun pandan. Gaul sekata.
3. Bila inti agak nak kering, masukkan tepung gandum. Gaul sebati dan angkat. Sejukkan sebelum dibalut bersama doh.
BAHAN DADIH:
5 cawan santan sederhana pekat
8 sudu makan tepung beras – beli online disini
8 sudu tepung gandum – beli online disini
2 helai daun pandan – simpul
Sedikit gula
Sedikit garam
CARA MEMASAK:
1. Sebatikan bahan-bahan diatas (boleh guna blender).
2. Kemudian masak guna api perlahan hingga naik wap.
3. Dadih ni kena rasa masin sedikit. Semasa masak, ia harus sentiasa dikacau agar adunan dadih tidak berketul.
4. Kacau sampai sedikit likat. Boleh ikut kelikatan yang disukai namun jangan sampai pekat.
Kredit resipi & foto: Zura Zul
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Ini Cara Masak 4 Hidangan Nasi Lengkap Tanpa Perlu Lauk
Sangat Sedap! Resipi Ayam Goreng Berempah Garing Tak Guna Jintan
Resipi Ikan Bawal Stim Chinese Style Sedap Ya Amat
Resipi Puding Agar-Agar Karamel Tanpa Telur & Tak Perlu Kukus
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official
The post Resepi Kuih Badak Berendam Paling Sedap & Mudah appeared first on RASA.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://rasanakmasak.blogspot.com/2021/12/resepi-kuih-badak-berendam-paling-sedap.html