Sedap Mudah Lebih Sihat Aneka Resepi Masakan Tak Guna Minyak


Tercari-cari resepi masakan lauk pauk yang boleh masak tanpa minyak? Maklumlah sekarang ramai yang peka terhadap kesihatan. Jika anda bercadang nak kawal jumlah penggunaan minyak masak dalam masakan harian anda, koleksi resipi yang RASA kongsikan ini pasti boleh membantu anda memilih lauk pauk yang boleh dihidangkan buat keluarga. Bebas minyak dan tentunya lebih sihat.
 
KOLEKSI RESEPI MASAKAN TANPA MINYAK
1. IKAN KEMBUNG REBUS AIR ASAM

BAHAN-BAHAN:
3 ekor ikan kembung – bersihkanAir secukupnyaBAHAN UNTUK AIR ASAM:
30gm cili padi10gm cili besar merah20gm perahan limau kasturi100ml air asam jawa1 biji buah tomato – potong dadu1 biji bawang besar – potong dadu5gm garam5gm serbuk perasa (pilihan)CARA MEMASAK:
Terlebih dahulu, kukus ikan kembung lebih kurang 10 minit. Ketepikan.Untuk membuat kuah air asam; Kisar cili bersama air asam jawa. Masukkan pula perahan air limau kasturi, garam dan bahan perasa secukupnya.Tuang ke dalam mangkuk dan masukkan pula hirisan bawang besar dan tomato.Letak ikan yang siap dikukus di dalam pinggan dan tuang kuah air asam di atasnya ketika menghidang.Boleh hias dengan hirisan limau kasturi jika mahu. 
2. SOTONG BAKAR DENGAN SOS THAI

BAHAN-BAHAN:
1 ekor sotong besar – dibasuh dan dikelarI inci kunyit hidup3 ulas bawang putih1 batang serai – dimayang halusGaram secukup rasaCARA MEMASAK:
Tumbuk halus kunit, bawang putih dan serai.Gaulkan dengan sotong, masukkan juga sedikit garam.Biarkan dalam 5 atau 10 minit.Panaskan kuali pemanggang. Sapu sedikit mentega dan letakkan sotong. Bakar hingga sotong menjadi lembut.Gunakan api yang besar untuk membakar sotong.Hidangkan dengan sos cili thai. 
3. KETAM KUKUS

BAHAN-BAHAN:
5 ekor ketam – bersihkan500gm isi ayam2 biji telur2 ulas bawang putih2 ulas bawang merah1 sudu sos tomato1 biji cili bengala merah1 biji cili benggala hijauDaun sup dan daun bawang secukupnyaLada sulah secukupnyaGaram dan bahan perasa secukupnyaAir secukupnyaCARA MEMASAK:
Ketam direbus bersama air dan sedikit garam selama 10 minit. Kemudian, dipisahkan isi dan kulit cengkerang dicuci bersih. Ketepikan.Bawang merah, bawang putih, daun sup, daun bawang, cili bengala merah dan hijau dicincang halus.Seterusnya, semua bahan yang dicincang halus digaul bersama isi ketam dan ayam. Kemudian ditambah dengan telur dan digaul kesemuanya sebati.Letak bahan yang telah digaul ke dalam kulit cengkerang kemudian dikukus selama 10 – 15 minit.Angkat dan sedia dihidang. 
4. ASAM REBUS IKAN KEMBUNG

BAHAN-BAHAN:
6 ekor ikan kembung | dipotong dua3 biji cili merah | dikisar15 biji cili padi | dikisar6 biji bawang merah | dikisar5 cm kunyit | dikisar3 helai daun kunyit | disiat4 keping asam gelugur3 batang serai | diketuk6 cawan airGaram secukup rasaCARA MEMASAK:
Masukkan bahan kisar dan air ke dalam periuk. Kacau sebati dan biarkan sedikit mendidih.Kemudian masukkan ikan, asam gelugur dan daun kunyit. Biarkan sehingga ikan masak.Perasakan dengan garam dengan secukup rasa.Angkat dan hidangkan. 
5. DAGING BAKAR CICAH AIR ASAM

BAHAN-BAHAN:
500gm daging | bersihkan dan tosBAHAN KISAR:
3 ulas bawang merah3 ulas bawang putih3cm kunyit hidup3 batang seraiGaram dan gula secukup rasaBAHAN AIR ASAM:
150gm asam jawa3cm belacan – bakarAir suam secukupnya1 biji bawang besar saiz sederhana – potong dadu15 biji cili padi – dihiris halus1 biji tomato – potong daduGaram, gula dan perasa secukupnyaCARA MEMASAK:
Gaulkan daging dengan bahan kisar sehingga sebati dan perapkan 2-3 jam.Panaskan ketuhar atau kuali pemanggang. Kemudian panggang hingga garing menggunakan api kecil.Setelah cukup masak, angkat dan sejukkan.Setelah sejuk, hiris daging nipis-nipis. Ketepikan.Sementara itu siapkan air asam.Bancuh asam jawa dengan air suam. Kemudian buang biji.Tapiskan dalam mangkuk yang berisi belacan.Hancurkan belacan kemudian masukkan hirisan bawang dan tomato.Seterusnya perasakan dengan gula dan serbuk perasa. Garam jika perlu.Setelah secukup rasa, hidangkan bersama daging bakar. 
6. BAWAL EMAS KUKUS KURMA

BAHAN-BAHAN:
1 ekor ikan bawal emas – dipotong dua1 cm halia | dihiris3 ulas bawang putih – dihiris2 ulas bawang merah – dihiris1 biji tomato – dipotong bajiSedikit lobak merah – dihiris3 biji buah kurma – dibuang biji dan dihirisAir secukupnyaGaram secukup rasaCARA MEMASAK:
Masukkan air, halia, bawang merah, bawang putih dan kurma. Didihkan.Masukkan ikan dan lobak merah. Tutup periuk seketika. Biar hingga ikan masak.Tambahkan tomato dan perasakan dengan garam dengan secukupnya. 
7. CUMI BAKAR

BAHAN-BAHAN:
500gm sotong – buang kepala dan kulit2 sudu makan kicap pekat manis1 sudu teh gula perang1 sudu teh perasa ayam1 helai daun salamGaram secukup rasa2cm lengkuas | ketukBAHAN KISAR:
5 ulas bawang merah2 ulas bawang putih5 tangkai cili merah2cm kunyit hidup3 biji buah keras1 sudu teh lada hitamCARA MEMASAK:
Lap sotong yang dibersihkan dengan tisu dapur supaya tidak berair.Panaskan sedikit minyak, tumis bahan kisar hinggaTambahkan sedikit air, kemudian masukkan lengkuas, daun salam, garam dan gula perang secukupnya.Tutup api dan tambahkan kicap , gaul rata.Gaulkan sotong dengan tumisan tadi hingga rata.Sediakan pemanggang dan panggang sotong lebih kurang lima minit.Angkat dan hidangkan panas-panas. 
8. SULUR KELADI MASAK ASAM REBUS TEMPOYAK

BAHAN-BAHAN:
1 ikat selur keladi bersama isi100 gm isi udang2 sudu makan tempoyak6 pucuk daun kesum1 keping asam gelugorGaram dan gula secukup rasaAir secukupnyaBAHAN KISAR:
10 biji cili padi3cm kunyit hidupCARA MEMASAK:
Potong sulur keladi lebih kurang 3 -4cm. Ketepikan.Isi keladi dibuang kulit dan potong dadu.Panaskan air, rebus isi keladi, apabila hampir empuk masukkan sulur keladi.Biarkan lebih kurang lima minit. Kemudian buang air dan lalukan di bawah air paip dan toskannya.Dalam periuk lain masukkan air secukupnya, masukkan bahan kisar bersama tempoyak. Kacau sekata.Letakkan atas dapur dengan api sederhana. Masukkan asam keping dan undang..Apabila kuah mereneh, masukkan daun kesum, sulur keladi dan isinya yang telah direbus tadi.Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.Selepas dua minit tutup api dan sedia dihidangkan. 
9. STEAM TOFU WITH BRAISED MUSHROOM AND BROCCOLI

BAHAN-BAHAN:
350gm tofu putih – kukus selama 20 minit50gm cendawan shitake kering – dibasuh dan rendam air semalaman50gm brokoli1/2 biji bawang besar – dihiris4 ulas bawang putih – dihiris4cm halia – dihiris500ml stok ayam – atau air rebusan ayam4 sudu makan sos tiramGaram secukup rasaGula secukup rasaSedikit tepung jagung yang dibancuh tepung jagung – jika mahu pekatCARA MEMASAK:
Pijarkan minyak dalam kuali.Tumiskan bawang putih, bawang besar dan halia.Masukkan stok ayam, sos tiram dan air rendaman cendawan.Masukkan cendawan shitake dan brokoli dan masak hingga lembut.Perisakan dengan sedikit garam dan gula secukup rasa.Pekatkan kuah dengan menggunakan air yang dibancuh tepung jagung (opsyen)Masukkan garam dan gula secukup rasa.Tuangkan di atas tofu yang telah dikukus terlebih dahulu. Siap untuk dihidangkan. 
10. SOTONG SUMBAT MASAM MANIS

BAHAN-BAHAN:
500gm sotong sederhana besar – bersihkan dan tos2 sudu makan sos cili Thai1 sudu makan sos cili1 sudu makan sos plum1/2 sudu makan minyak masak1 biji bawang besar – cincang2 ulas bawang putih – cincang2cm halia muda – hiris halus2 biji cili merah – cincang halusGaram secukup rasaBAHAN SUMBAT:
1 biji tauhu putih – kisar kasar1/2 cawan isi telah direbus – kisar kasar1 biji telurSedikit hirisan daun bawangSedikit hirisan daun ketumbar1 sudu teh garam1 sudu teh serbuk lada sulahCARA MEMASAK:
Campurkan semua bahan sumbat dalam mangkuk dan gaul rata.Panaskan pengukus.Sumbut sotong dengan bahan sumbat hingga paras 3/4 sotong .Kemudian masukkan kepala dan kemaskan dengan lidi.Susun dalam pinggan,kemudian kukus lebih kurang 10-12 minit.Sementara itu sediakan sos.Panaskan sedikit minyak, kemudian tumis bawang merah, putih, halia dan cili hingga wangi.Bahan semua bahan sos dan tambahkan sedikit air.Kacau rata dan perasakan dengan sedikit garam.Setelah siap, tuangkan sos dalam pinggan sotong yang telah dikukus tadi.Sotong sedia dihidangkan. 
11. SUP KELAPA DAGING BAKAR

BAHAN-BAHAN:
300gm daging batang pinang1 biji air kelapa1 kiub stok ayam100gm isi kelapa | dihiris nipis2 biji cili padi merah | dihiris nipisDaun bawang untuk hiasanGaram dan serbuk lada sulah secukup rasaCARA MEMASAK:
Lumurkan garam pada daging dan bakar pada suhu 150C selama satu jam. Setelah masak, rehatkan daging seketika dan barulah dihiris nipis. Ketepikan seketika.Masukkan air kelapa ke dalam periuk dan panaskan. Tambahkan stok ayam dan reneh sehingga sedikit mendidih.Seterusnya masukkan daging bakar dan perasakan dengan serbuk lada sulah dan garam dengan secukupnya.Setelah mendidih, padamkan api dan taburkan cili dan daun bawang sebelum dihidangkan.12. SUP UDANG DAN NANAS

BAHAN-BAHAN:
300gm udang sederhana besar1/2 biji nanas | dihiris1 biji cili merah2 biji cili padi3 ulas bawang putih | dihirisSedikit daun bawang | dihirisAir secukupnyaGaram secukup rasaCARA MEMASAK:
Didihkan air dan masukkan bawang putih dan nanas. Biar merenih seketika.Tambahkan cili merah dan cili padi.Apabila kuah mendidih, masukkan udang dan biarkan sehingga masak.Ubah suai rasa dengan menambah garam mengikut cita rasa anda.Sedia untuk dinikmati.Miliki AIR FRYER pada harga mampu milik. Dapatkan DISINI.
 
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Nak Buat Kuih Puteri Ayu Lembut & Gebu? Ini Caranya.

Resipi Sambal Ayam Cili Api Berasap Telinga Wehhh. Comfirm Berjurai Air Mata!

Rendang Ayam Mudah & Ringkas,Tak Pandai Masak Pun Gerenti Jadi.

Tambah Susu Tepung. Ini Rahsia Hasilkan Donat Pandan Yang Sedap & Gebu

 
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official




 
 
The post Sedap, Mudah & Lebih Sihat. Aneka Resepi Masakan Tak Guna Minyak appeared first on RASA.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://rasanakmasak.blogspot.com/2021/12/sedap-mudah-lebih-sihat-aneka-resepi.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
5 Resepi Roti Homemade Yang Mudah Dan Sedap

5 Resepi Roti Homemade Yang Mudah Dan Sedap

papar berkaitan - pada 4/12/2021 - jumlah : 316 hits
Kalau minum kopi roti memang padanan yang sedap tak terkata Biasanya kita beli roti di kedai runcit Tetapi lepas ni apa kata kita buat sendiri menggunakan beberapa resepi roti homemade ini Berikut merupakan koleksi resepi roti homemade yang...
Resepi Kuih Badak Berendam Paling Sedap Mudah

Resepi Kuih Badak Berendam Paling Sedap Mudah

papar berkaitan - pada 2/12/2021 - jumlah : 268 hits
Bagi yang suka makan aneka Kuih Badak Berendam ni pasti antara yang jadi kegemaran Lemak lemak manis Memang sedap Bagi yang belum pernah rasa resipi perkongsian saudari Zura Zul ni antara yang boleh dicuba CARA BUAT KUIH BADAK BERENDAM PALI...
Resepi Aiskrim Buah Sedap Sihat Hanya 3 Step Je Buatnya Anak Mesti Suka

Resepi Aiskrim Buah Sedap Sihat Hanya 3 Step Je Buatnya Anak Mesti Suka

papar berkaitan - pada 1/12/2021 - jumlah : 231 hits
Aiskrim dan anak memang tak boleh dipisahkan Dapat je aiskrim anak yang menangis pun boleh diam Bagaimanapun jika terlalu banyak makan aiskrim yang dijual dipasaran pun tak elok juga kerana kandungan gulanya tinggi Namun ada alternatif lain...
Resipi Roti John Guna Terung Lagi Sedap Sihat Nak Diet Pun Boleh

Resipi Roti John Guna Terung Lagi Sedap Sihat Nak Diet Pun Boleh

papar berkaitan - pada 24/11/2021 - jumlah : 283 hits
Jika ibu mahu berdiet tetapi masih mahu mengekalkan rasa sedap lauk pauk sama seperti yang dimakan bersama nasi Terung John ini boleh mama cuba Bukan roti john biasa tetapi roti digantikan dengan terung yang lebih berkhasiat dan sedap Nak b...
Resepi Maggi Celup Kelantan Paling Mudah Simple Sedap

Resepi Maggi Celup Kelantan Paling Mudah Simple Sedap

papar berkaitan - pada 24/11/2021 - jumlah : 253 hits
Maggi Celup sememangnya sinonim dengan rakyat Kelantan Andai ke restoran makanan Kelantan atau Thailand pasti akan jumpa menu ini Selain dinikmati bersama mee segera anda juga boleh menggunakan mee bihun atau kuetiau Sedap Kuah sup yang pan...
Resipi Kek Lobak Merah Edisi Mudah Guna Sukatan Cawan Je

Resipi Kek Lobak Merah Edisi Mudah Guna Sukatan Cawan Je

papar berkaitan - pada 3/12/2021 - jumlah : 191 hits
Siapa suka makan kek lobak merah Mudah sebenarnya nak buat kek lobak merah ni dengan hanya menggunakan sukatan cawan je Menerusi perkongsian daripada Kak Long Azzu Riana kek ini boleh dimasak dengan cara kukus Lagi sedap bila makan kek ini ...
Tambah 1 Bahan Ni Barulah Kuah Tomyam Jadi Lebih Sedap Kaw

Tambah 1 Bahan Ni Barulah Kuah Tomyam Jadi Lebih Sedap Kaw

papar berkaitan - pada 29/11/2021 - jumlah : 199 hits
Andai makan di restoran Thailand pasti terpikat dengan rasa kuah Tomyam yang pekat dan sedap Isian dalam masakannya ringkas sahaja seperti isi ayam aneka makanan laut dan sayur namun ramuan rencah kuahnya membuatkan rasa lebih enak Bagi and...
Resepi Ayam Masak Kicap Berkuah Letak Daun Kari Sedap Ke

Resepi Ayam Masak Kicap Berkuah Letak Daun Kari Sedap Ke

papar berkaitan - pada 28/11/2021 - jumlah : 288 hits
Assalamualaikum Selamat Petang Ayam masak kicap adalah merupakan salah satu menu kesukaan ramai terutamanya di kalangan kanak kanak Betul tak Anak anak Fiza pun memang suka makan berlaukan ayam masak kicap Lagi lagi yang berkuah bertambah t...
Resepi Kari Ayam Nyonya Sedap

Resepi Kari Ayam Nyonya Sedap

papar berkaitan - pada 27/11/2021 - jumlah : 207 hits
Resepi Kari Ayam Nyonya Sedap Terdapat banyak variasi resepi kari ayam Dari banyak banyak resepi tersebut kari ayam nyonya ialah antara yang ramai peminat Maka kali ini kami akan berkongsi resepi Kari Ayam Nyonya Siapa tahu ada yang teringi...
Ioi City Mall Gears Up For A Meletop 2025 With A Star Studded New Year S Eve Celebration

The West Isn T Dying But It S Working On It

Lepas Misi Selawat Ruhainies Sertai Majlis Agama Uai

Have A Relaxing Day With Friends Over Lunch Or Dinner

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities

Lirik Lagu Curang Abg Pau

Tanah Melayu Sg Baru Diambil W Azizah Jual B Putih

Skill Up Steam Curator


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Semak Bantuan Barang Dapur 2025

Suriname Negara Pelbagai Kaum

Wayang Isu Pembinaan Kb Sentral

Kesan Dunning Kruger Macam Pakar Tapi Sebenarnya Tak

Lirik Lagu Doremon Atmosfera

Harry Parintang Di Hatimu Ternyata Dia Chord