Resepi Kuah Kacang Pekat Sangat Simple Nak Sediakan
Kuah kacang antara menu wajib yang perlu ada pada hari raya dan biasanya dihidang bersama nasi impit serta satay.

Cara penyediaanya mudah tetapi semasa menumis pastikan api dalam keadaan sederhana agar bahan tumis tidak terlalu masak atau hangit. Jom ikuti resepi kuah kacang yang simple ini.
RESEPI KUAH KACANG🥣
Pekat-pekat makan dengan nasi impit macam gini👍🏻👍🏻

Bahan-bahan:
500gram kacang tanah (disangai atas api)
1 senduk minyak masak
1 liter air putih
3 sudu air asam jawa
250 gram gula putih
100gram gula merah/melaka
1 sk garam
1½ senduk cili kisar
2 batang serai
3-5 biji bawang merah 3-5 biji(sebesar syiling 50 Sen)
3 ulas bawang putih
2cm Lengkuas
1½ sudu besar udang kering

Cara memasak:
1) Kacang tanah digoreng dengan sedikit minyak(mengunakan API Yang perlahan)goreng kacang sehingga masak dan kisar kasar.

2. KISAR/BLENDER bawang merah,bawang putih,lengkuas,udang kering dan bawang putih sehingga halus)

3. Panaskan minyak masak,tumis bahan yang dikisar tadi…masak sehingga pecah minyak(mengunakan API yang sederhana)

4. Masukkan air asam jawa, dan masak seketika.
5. Masukkan gula melaka/gula merah, gaul sebati.
6. Masukkan kacang,air putih,gula,Dan garam…Gaul sebati

7. Masak mengunakan API yang sederhana, dan masak sehingga kuahnya pekat…dan rasa secukup rasa yang dimahukan..😊😊

Kredit: Nurul Ateekah
Ramadan kali ini lebih istimewa bersama Pa&Ma Superb Huffaz. Nantikan bacaan doa dan surah pilihan dari anak-anak Genius Aulad bermula 3 April ini! Saksikan setiap hari jam 7.00 malam di Facebook Majalah Pa&Ma.
Jangan ketinggalan okay! Teruskan menyokong kami di @majalahpama #majalahpama #pamasuperbhuffaz
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
The post Resepi Kuah Kacang Pekat, Sangat Simple Nak Sediakan appeared first on Pa&Ma.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.majalahpama.my/resepi-kuah-kacang-pekat-sangat-simple-nak-sediakan/