Resipi Siakap Kengsom Thai Power Kuah Lagi Pekat Tambah Menas Simple Tapi Menyengat


Ramadan ke 10 hari ini pastinya kita masih tercari-cari menu simple tapi padu untuk sekeluarga. Apa kata kali ini kita cuba resipi Siakap Kengsom Thai pula untuk anak-anak. Simple tapi menyengat!
Resipi perkongsian Dr Kamarul Ariffin Nor Sadan ini rugi anda tak cuba. Sedap sungguh!

Dah lama tak masak! Hari kerja separuh hari, jadi giliran saya untuk jaga anak, sambil masak lauk berbuka puasa.
Kita masak lauk yang pakej lengkap dengan sayur sekali! Senang, sekali jalan.
Siakap Kengsom by Kamarul Ariffin Nor Sadan

Bahan-bahan:
1 ekor siakap
½ biji nanas
6 biji bawang merah ros
3 ulas bawang putih
2 tangkai cili merah
2 inci kunyit
1 inci belacan
2 inci lengkuas
1 batang serai
3 tangkai cili api/padi
1 biji limau nipis.
½ cekak kangkung
3 sudu sos ikan

Kisar bawang merah, bawang putih, kunyit, cili belacan dan ¼ nanas dengan 2 cawan air. Saya kisar nanas sekali supaya kuahnya lebih pekat. Jika suka kuah yang cair, tak perlu kisar nanas.

Masukkan dalam periuk, reneh sehingga bahan-bahan masak terutamanya cili. Kalau kering sangat, tambah air dan sambung reneh. Biasanya saya reneh 10 minit. Masukkan serai dan lengkuas. Tambah 2 cawan air.

Masukkan nenas yang dah dihiris setebal 1 inci. Masakan ni sedap guna nanas yang masam sikit, jangan yang terlalu ranum dan manis. Biasanya, masakan berasaskan ikan, serasi rasa masam.

Masukkan ikan siakap yang dibelah 3 bahagian. Kengsom ni memang aslinya guna ikan siakap, tapi kalau nak cuba ikan lain, maka silakan. 

Perasakan dengan sos ikan. Jangan banyak sangat, tadi kita dah letak belacan, takut termasin. Jika tak ada sos ikan, ganti sahaja dengan garam.

Akhir sekali, perah limau nipis. Ada juga orang letak asam keping. Saya lebih suka guna limau nipis sebab ada rasa sitrus yang buat hidang ni rasa lebih segar (fresh). Siap!

Masukkan kangkung! Masukkan sekarang!

Tutup dan matikan api. Biar kangkung layu.
Siap! Rasa dia masam, masin, manis dan pedas.
Menarik: Cair Hati Dah Pandai Sebut Mommy, Comel Sebut Penuh, Fazura Teruja Anak Dah Pandai Sebut Mommy

Nak beri didikan agama pada anak-anak biarlah sejak mereka kecil. Ajarkan anak solat dengan cara simple dan anak mudah ‘tangkap’, baru dia teruja. Ketahui macam mana nak latih anak solat secara fun, jom daftar ke Kem Solat Anak: Mudah, Seronok & Berkesan sekarang! Klik https://toko.ideaktiv.com/product/kem-solat-anak/

Ramadan kali ini lebih istimewa bersama Pa&Ma Superb Huffaz. Nantikan bacaan doa dan surah pilihan dari anak-anak Genius Aulad bermula 3 April ini! Saksikan setiap hari jam 7.00 malam di Facebook Majalah Pa&Ma.

Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
The post Resipi Siakap Kengsom Thai Power, Kuah Lagi Pekat Tambah Menas, Simple Tapi Menyengat! appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/resipi-siakap-kengsom-thai-power-kuah-lagi-pekat-tambah-menas-simple-tapi-menyengat/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Masak Mi Kari Power Kuah Pekat Paling Simple Tak Sampai Sejam Dah Siap

Masak Mi Kari Power Kuah Pekat Paling Simple Tak Sampai Sejam Dah Siap

papar berkaitan - pada 18/4/2022 - jumlah : 175 hits
Di saat Ramadan yang kini masih berbaki 14 hari lagi ada diantara kita yang sudah jemu menjamah nasi Sudahnya aneka mi menjadi pilihan anak anak Apa kata kita hidangkan mi kari kuah pekat pula untuk anak anak Nak buat paling simple Jom cuba...
Terung Bakar Masak Lemak Putih Resipi Kuah Yang Paling Simple Tapi Mantap

Terung Bakar Masak Lemak Putih Resipi Kuah Yang Paling Simple Tapi Mantap

papar berkaitan - pada 8/4/2022 - jumlah : 194 hits
Terung Bakar Masak Lemak Putih ni sangatlah sedap jika dimakan bersama nasi panas Digandingkan pula dengan ikan goreng dan sambal belacan maka bertambah tambahlah nasi di dalam pinggan Kalau biasanya kita selalu masak terung berlada kali in...
Resipi Puding Pandan Thai Rasa Lemak Manis Kuah Santan Simple Sangat

Resipi Puding Pandan Thai Rasa Lemak Manis Kuah Santan Simple Sangat

papar berkaitan - pada 11/4/2022 - jumlah : 195 hits
Tak sah jika berbuka tanpa menikmati sepotong kuih manis sebagai pembuka selera Nak cara kelainan berbuka petang ini apa kata anda cuba Puding Pandai Thai pula Memang lembut sedap dan berlemak Nak buat macam mana Memang mudah sangat hanya g...
Laksa Thai Kuah Pekat Sedap Dihirup Sampai Licin

Laksa Thai Kuah Pekat Sedap Dihirup Sampai Licin

papar berkaitan - pada 5/4/2022 - jumlah : 152 hits
Pening dah fikir nak masak menu istimewa apa untuk berbuka nasib baik jumpa resipi Laksa Thai kuah pekat ni Memang terus nak cuba buat Terima kasihlah dekat Shahmila Radha sebab kongsi resipi ni di Facebook Settle dah satu menu untuk berbuk...
Cara Masak Ayam Masak Merah Ala Kenduri Kuah Pekat Tapi Tak Guna Sos Sedap Sungguh

Cara Masak Ayam Masak Merah Ala Kenduri Kuah Pekat Tapi Tak Guna Sos Sedap Sungguh

papar berkaitan - pada 30/3/2022 - jumlah : 287 hits
Bukan sahaja kenduri menjelang Ramadan dan Hari Raya resipi Ayam Masak Merah antara menu pembangkit selera yang wajib ada Lari dari kebiasaan kali ini apa kata anda cuba masak Ayam Masak Merah tanpa sos cili pula Tanpa sos cili pun kuah jad...
Ayam Masa Thai Terlajak Sedap Resipi Simple Rasanya Macam Kat Kedai

Ayam Masa Thai Terlajak Sedap Resipi Simple Rasanya Macam Kat Kedai

papar berkaitan - pada 12/4/2022 - jumlah : 244 hits
Menu ayam antara yang menjadi kegemaran anak anak Kadang dah buntu nak masak apa lagi kan Bagi mama yang tiada idea boleh cuba buat resipi Ayam Masak Thai Bahan yang digunakan pun ringkas dan cara buat pun mudah Perkongsian resipi dari Puan...
Sedapnya Resipi Siakap Kengsom Cukup Rasa Masam Masin Manis Pedas

Sedapnya Resipi Siakap Kengsom Cukup Rasa Masam Masin Manis Pedas

papar berkaitan - pada 12/4/2022 - jumlah : 183 hits
Hari nak masak apa Jika teringin nak makan hidangan lauk yang ada rasa masam masin manis dan pedas bolehlah cuba masak Siakap Kengsom Menu ini siap ada ikan sayur dan buah Lengkap Bau limau dan nanas itu buat kecur air liur Kalau makan deng...
Pecal Lele Lemak Daun Cekur Kuah Pekat Dan Padu Memang Tangkap Leleh

Pecal Lele Lemak Daun Cekur Kuah Pekat Dan Padu Memang Tangkap Leleh

papar berkaitan - pada 19/4/2022 - jumlah : 258 hits
Resipi Pecal Lele Lemak Daun Cekur antara menu kuah yang cukup membuka selera Tak perlu banyak lauk pun sudah berselera makan Nak lagi sedap boleh pasangkan dengan sambal belacan Bagi mereka yang teringin hendak mencuba memasak sendiri Peca...
Resipi Ayam Tiram Thai Cara Khairul Aming Untuk Menu Berbuka Puasa

Resipi Ayam Tiram Thai Cara Khairul Aming Untuk Menu Berbuka Puasa

papar berkaitan - pada 3/4/2022 - jumlah : 306 hits
Resipi Ayam Thai Tiram cara Instafamous resipi terkenal Khairul Aming pernah viral pada Ramadan tahun lalu Tentu ramai masih ingat gara gara Khairul Aming kongsi resipi tersebut di laman instagramnya habis stok kicap manis pedas di kebanyak...
Term Limit Culture Emerging With Veteran Dap Trio S Exit Says Analyst

Who Else Nazri Backs Anwar For Second Term As Pm

Sprm Reman 4 Pegawai Ismail Sabri Kes Keluarga Malaysia

Punca Nahas Maut Isteri Tentera Menurut Polis

Macc Arrests Ismail Sabri S Officers

Sambut Raya Dengan Gaya Di Melawati Mall

Siti Kasim Schools Living Under Coconut Shell Muslim Preachers I Owe It To Kafir Britain For Who I M Today

25 Orang Penting Yang Wajib Diketahui


echo '';
Senarai Keputusan Pemenang Calon Top 5 Kategori Persembahan Penyampai Trofi Undian Tarikh Tiket Gempak Most Wanted Awards 2024 2025 Live Di Astro Ria Sooka

10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria


Gula Punca Kulit Cepat Tua Betul Ke

Pea Puffer Fish Facts Carinotetraodon Travancoricus Az Animals

It S My Life I M Taking It Back

Advertise Up To 200 Million Emails

Burung Jatuhkan Tangan Manusia Di Halaman Sekolah

Pergi Luar Negara Isytihar Berbilion Balik Tarik Subsidi