Resepi Kek Sarang Semut Mudah Tanpa Perap Sukatan Cawan


Resepi Kek Sarang Semut Mudah Tanpa Perap Sukatan Cawan | Salam semua, Kek sarang semut ataupun nama lain kek sarang lebah tapi biasanya ramai yang panggil kek sarang semut. Suatu ketika dulu, tekak sis tak berapa nak boleh telan kek ini. Bila lama - lama boleh telan pulak. Sis pun banyak dah bereksperimen kek sarang semut ni. Yang resepi tanpa perap jugak jadi pilihan. Lama rasanya tak buat kek orang lama minat.


Oven pun lama sangat rasa tak panaskan mood tak berapa dah nak baking kek ni. Sebab buat kek pun tak ada orang nak makan sangat, Lagipun kurang- kurang dah sikit nak makan manis - manis. Kalau buat sebiji kek pun, bukan senang nak habiskan.

Kek sarang semut ada versi kukus juga, tapi yang sis buat versi bakar. Tak pernah nak eksperimen versi kukus. Ramai yang nak cuba resepi kek sarang semut tanpa perap. Bagi sis nak perap bagai ambil masa yang lama, jadinya kerja menunggu pulak kan. Sis pun tak suka juga bab perap - perap.

Hari Jumaat lepas, ada open house kat rumah emak saudara, jadi terfikir nak bawa kek sarang semut sebab kek ini memang masuk la dengan tekak orang lama- lama. Siap orang lama - lama panggil. Biasalah kek evergreen dan laku keras. Resepi kek sarang semut dah banyak kali sis postkan kat sini. Bila dah terjumpa resepi yang tak payah perap, lagi senang kerja. Kek pun bersarang elok. Tak percaya tengoklah gambar tu ya. Siap potong dah masuk dalam bekas.


Resepi dah memang kena simpan, tak nak cari lain dah. cuma sebab dah banyak kali buat nak ikut kesesuaian manis di tekak orang tua ni takut termanis, dari 2 cawan gula pasir nak buat gula hangus, Sis dah kurangkan dalam 1 1/2 cawan. Dan untuk susu pekat manis pun kurangkan juga dalam 1/2 cawan.

Dah siap bakar, potong dan cuba makan, memang sedang elok dah manisnya, bonda pun cuba rasa sedang elok dah, sebab sebelum ini dia komen kek manis sangat. Syukur rasanya, sebab perasan memang manis sangat guna 2 cawan gula tu. Sesiapa nak kurangkan gula boleh ikut cara macam ni ya.

Nak tonton bagi nampak jelas, kalian boleh tonton video di bawah ya. Jemput subscribe channel sis ya. Dah siap bagi tips apa yang perlu diikut. Harap video ini dapat membantu bagi sesiapa selalu gagal lagi buat kek sarang semut. Cuma dalam video, sis buat separuh adunan



Resepi kat bawah resepi asal, cuma kalau korang nak kurang manis kurangkan jadikan

1 1/2 cawan gula pasir untuk buat gula hangus
1/2 cawan susu pekat manis

Resepi Kek Sarang Semut Bakar Tanpa Perap Sukatan Cawan 

Bahan Karamel

2 cawan gula pasir (nak cepat, guna gula halus)

3 sudu besar mentega

2 cawan air panas


Bahan Ayak

2 cawan tepung gandum

2 sudu kecil soda bikarbonat

1 sudu kecil baking powder


Bahan Blend

7 biji telur gred A ( 6 biji telur gred A )

2 sudu kecil esen vanila

1 cawan susu pekat ( 3/4 cawan )


Cara Menyediakan Gula Hangus

1. Masak gula atas api perlahan sehingga jadi karamel dan semua gula larut.

2. Masukkan mentega. Kacau rata.

3. Masukkan air panas sedikit demi sedikit. Masuk sikit, kacau. Masuk sikit, kacau. Buat begitu sehingga habis. Tak ada terpercik sangat. Ketepikan dulu.

Cara Menyediakan Adunan Untuk Kek Sarang Semut 

1. Ayak tepung gandum, soda bikarbonat dan baking powder dalam bekas besar.

2. Satukan telur, esen vanila dan susu pekat dan kacau hingga sebati. Nak blend pun boleh.

3. Tuang adunan ke dalam bekas tepung tadi. Kacau rata. Tak ada pantang. Kacau sahaja hingga semua sebati.

7. Angkat periuk yang ada gula hangus tadi, tuang ke dalam adunan tepung. Panas-panas pun boleh. Hati-hati, ya. Kacau rata.

8. Sediakan loyang bulat 9 inci. Lapik dengan kertas baking. Letak penapis di atas loyang. Tuang dan tapis adunan tadi. Nak elakkan ada ketulan.

9. Panaskan dahulu oven dengan suhu 150 'C api atas dan bawah. Selepas 10 minit, masukkan loyang adunan. Tukar api bawah sahaja. Bakar dengan sekitar 45 hingga 50 minit. (suhu oven dan masa membakar bergantung pada oven masing-masing, ya.

10. Apabila cukup masa dan kek sudah masak, bolehlah keluarkan. Jika belum masak selepas 50 minit (atas masih lembik), tukar kepada api atas, dan bakar lagi sekitar 5 minit atau hingga kek masak.

11. Nak tengok lubang - lubang cantik. Potong kek melintang urat.

Sumber : Noy Yullan

Tips Untuk Kek Sarang Semut Bersarang Cantik 

1. Kek sarang semut bagi sis, lagi gelap warna lagi cantik. Jadi, kena hanguskan gula lagi lama sikit sebelum masukkan air panas.
2. Wajib tapiskan adunan masuk ke dalam loyang ya. Jangan tak tapis, nanti ada ketulan - ketulan semasa kita kacau tepung yang tak semuanya sebati.
3. Ada orang sapu mentega di dasar loyang, ada juga yang letak baking paper. Kalau sapu mentega, lepas bakar ia jadi melekat sikit. Nak cuci macam leceh sikit. Kalau letak baking paper, dasar loyang tak melekat, boleh pindah terus letak atas pinggan.
4. Ini yang penting sekali, mesti bakar dengan api bawah sahaja.

Baca Sini : Tutorial Bergambar Kek Sarang Semut Mudah Sukatan Cawan Tanpa Perap
Baca Sini : Tutorial Bergambar Kek Kukus Karamel Nestum Mudah Dan Moist

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.wanisukarno.com/2018/07/kek-sarang-semut-mudah-tanpa-perap.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Resepi Kek Coklat Kismis Moist Bakar Sedap

Resepi Kek Coklat Kismis Moist Bakar Sedap

papar berkaitan - pada 12/2/2020 - jumlah : 989 hits
Kek Coklat Kismis Moist SedapKek coklat kismis moist bakar topping Cadbury fuhhh memang sedap Sesekali makan sedap begini apa salahnya kan Buat ubat rasa sikit je Betul ke sikit je makannya heheheBaru baru ini tekak teringin sangat nak maka...
Resepi Rendang Ayam Kelantan Yang Mudah Tanpa Tumis

Resepi Rendang Ayam Kelantan Yang Mudah Tanpa Tumis

papar berkaitan - pada 7/2/2020 - jumlah : 524 hits
Resepi Rendang Ayam Kelantan Yang Mudah Tanpa Tumis Salam semua nak buat rendang ayam adakah nak nanti Hari Raya Jawapannya tak ke ada yang setuju eh Tak musim raya pun buat juga dah teringin sangat kan Lagipun rendang ayam mudah sahaja pen...
Resepi Kek Belacan Sarawak Versi Kukus

Resepi Kek Belacan Sarawak Versi Kukus

papar berkaitan - pada 14/2/2020 - jumlah : 1310 hits
KEK BELACAN SARAWAK Bahan bahannya 10 biji telur2 buku buttercup 1 gelas gula1 tin kecil susu manis1 tin kecil kaya100gm serbuk koko1 paket kecil horlick1 paket kecil milo2 gelas tepung gandum1 botol kecil browning sugar1 papan coklat masak...
Resepi Sambal Tempe Goreng Mudah Bersama Ikan Bilis Rangup Jawa Style

Resepi Sambal Tempe Goreng Mudah Bersama Ikan Bilis Rangup Jawa Style

papar berkaitan - pada 15/2/2020 - jumlah : 597 hits
Resepi Sambal Tempe Goreng Mudah Bersama Ikan Bilis Rangup Jawa Style Assalamualaikum semua Kali ini saya nak kongsikan satu resepi mudah dan enak iaitu sambal tempe goreng Kali ini saya campurkan dengan bilis Baru la terasa kerangupan bili...
Resepi Ayam Perap Bbq

Resepi Ayam Perap Bbq

papar berkaitan - pada 18/2/2020 - jumlah : 546 hits
Ayam Perap BBQBahan Bahan 1 labu bawang besar10 ulas bawang merah5 ulas bawang putih1 inci halia inci lengkuas2 batang serai1 botol sos BBQ3 sudu besar madu1 sudu besar serbuk cili3 sudu besar mentega margerin or minyak1 2 cawan kicap pekat...
Resepi Nasi Lemak Simple Sedap Yang Mudah Dan Cepat Dimasak Waktu Pagi

Resepi Nasi Lemak Simple Sedap Yang Mudah Dan Cepat Dimasak Waktu Pagi

papar berkaitan - pada 5/2/2020 - jumlah : 656 hits
Resepi Nasi Lemak Simple Sedap Yang Mudah Dan Cepat Dimasak Waktu Pagi Nasi lemak adalah makanan kegemaran rakyat Malaysia Signature dish gitu Semua suka makan termasuklah my famili Pernah tiba tiba suami request nak makan nasi lemak Haa su...
Resepi Kek Lapis Kain Pelikat Atok

Resepi Kek Lapis Kain Pelikat Atok

papar berkaitan - pada 23/2/2020 - jumlah : 1667 hits
Kek Lapis Kain Pelikat Atok 500gm butter10 biji telur1 sb ovelte1 sb esen vanila1 tin besar susu pekat1 tin tinggi sri kaya200gm horlick1 pack serbuk santan300gm tepung hongkong1 sb paste pandan3 sb browing sugar kek ini sy memang tak letak...
Resipi Kek Pisang Emas Mudah Cepat Dan Sedap

Resipi Kek Pisang Emas Mudah Cepat Dan Sedap

papar berkaitan - pada 6/2/2020 - jumlah : 766 hits
Resipi Kek Pisang Emas l Assalamualaikum Last month masa scroll IG Ana ternampak ada satu retis ni dok review kek pisang yang tengah femes sekarang ni Dari cara dia makan nampak sedap Katanya kalau sedap dia akan kata sedap So dia kata kek ...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Cinta Bukan Milik Kita Slot Samarinda TV3


Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa