Resepi Kek Pisang Sukatan Cawan Yang Mudah Dan Moist Hanya Guna Blender


Resepi Kek Pisang Sukatan Cawan Yang Mudah Dan Moist Hanya Guna Blender || Salam semua, rasa macam lama tak berkongsi resepi kek, dulu - dulu rajin sangat nak buat kek, sekarang kurang nak makan kek, tapi kalau kempunan sangat memang merajinkan diri la jugak.






Siapa suka kek pisang ni ada peminat tak ? hii. Sebenarnya bukan peminat buah pisang, tapi kalau jadikan kek , jemput pisang ke baru boleh telan masuk tekak, kalau tengok banana macam tu tak boleh makan :D.

Pisang ni bila dah tak habis nak makan, memang dalam peti beku jawabnya nak simpan, nanti bila tekak teringin nak makan jemput pisang, boleh lah buat. Bila dah lama - lama asyik jemput pisang dah jadi puas nak makan.

Tertengok dalam peti beku ada sebekas pisang yang di frozen, fikir - fikir nak buat apa eh, nak habiskan terus tak nak simpan dah. Dah jadi harta karun simpan berbulan dah. Makanya terhasil lah kek pisang yang mudah.


Mudah sangat sebab guna blender jerr, malas nak keluarkan mixer. Lagi satu resepi guna sukatan cawan. Tahu ramai yang malas timbang - timbang kan. Lama tak bakar kek dalam oven, kek nampak macam merekah, tapi tak apa esok tu dah kecut dan tekstur kek lagi moist.

Biasalah kek hari pertama tu macam kering tapi bila esoknya lagi moist kek.

Resepi ni ambil dekat sirap limau dot com, hasil perkongsian dari Puan Hasyyati tapi beliau buat versi kukus. Terima kasih di atas perkongsian. Rasanya kita ada tambah sebiji telur lagi. So, guna 2 biji telur. Selesai sudah, sakit mata tengok pisang lama - lama dalam peti :D.

Sesiapa yang rajin boleh nak kukus. Ini sebab malas nak keluarkan kukusan, kita bakorr jerr dalam oven yang dah lama tersadai :D. Berhabuk oven ku.

Ok lah yang mana ada pisang lebih tu, jemput lah buat Resepi ada di bawah. Selamat mencuba ! :)

Jemput tonton dan jemput subscribe :)
Resepi Kek Pisang Sukatan Cawan Yang Mudah Dan Moist Hanya Guna Blender 

BAHAN-BAHAN

2 biji telur gred B
3/4 cawan gula pasir
1 1/2 cawan tepung gandum
1 cawan minyak masak
1 cawan pisang lenyek
1 sudu soda bikarbonat
1 sudu baking powder

CARA-CARA

1. Mula-mula, masukkan telur dan gula ke dalam ‘blender’. Kalau nak kurang manis, boleh kurangkan sedikit gula. Kisarkan selama lebih kurang 5 minit atau sehingga nampak sebati.

2.Ayakkan tepung gandum, soda bikarbonat dan baking powder. Kemudian, ketepikan dahulu.

3. Apabila telur dan gula dah betul-betul sebati di dalam ‘blender’, masukkan pula minyak, pisang lenyek. ‘Blend’ lagi dalam 3 minit.

Warnanya keperangan sedikit, mungkin juga bergantung kepada jenis pisang.

4. Seterusnya, masukkan adunan tadi dalam tepung.Kaup-kaup saja dengan senduk hingga sebati.
Hasilnya, adunan tak pekat, tak cair. Sedang-sedang saja ya.

5. Kukus atau bakar

Sekarang, bolehlah kita mula masukkan adunan tadi ke dalam acuan. Letakkan minyak sedikit dan isi penuh-penuh kalau suka tengok ia mengembang.

Panaskan ‘steamer’ atau pengukus terlebih dahulu sebelum meletak acuan. Gunakan api besar dan kukus selama lebih kurang 20 minit.

Sekiranya nak bakar, bakar pada suhu 150 C dalam masa 45 minit atau sehingga masak. Pastikan oven dipanaskan terlebih dahulu.

Untuk bakar dalam oven, guna loyang bulat 8".



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.wanisukarno.com/2019/03/resepi-kek-pisang-sukatan-cawan-yang-mudah-dan-moist-hanya-guna-blender.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Resepi Kek Oren Lembap Kukus Atau Bakar Dengan Sukatan Cawan

Resepi Kek Oren Lembap Kukus Atau Bakar Dengan Sukatan Cawan

papar berkaitan - pada 16/3/2019 - jumlah : 1385 hits
Resepi Kek Oren Lembap Dengan Sukatan Cawan Nak guna car kukus atau bakar pun boleh Guna bahan bahan resepi yang sama Kek oren ni makan tak jemu Kat tempat saya kalau order nak makan untuk sekeluarga kena tengok pada saiz Walau bahan agak m...
Cara Mudah Nak Cerahkan Kulit Kecilkan Pori Hanya Guna Masker Campuran 2 Bahan Ni

Cara Mudah Nak Cerahkan Kulit Kecilkan Pori Hanya Guna Masker Campuran 2 Bahan Ni

papar berkaitan - pada 20/3/2019 - jumlah : 742 hits
Selain penjagaan mencuci wajah dengan tiga langkah pemakaian masker juga penting untuk membuat rawatan kecantikan sendiri di rumah Tidak payah mengeluarkan belanja besar untuk membeli masker kerana anda boleh lakukannya sendiri di rumah Per...
Stress Betul Tengok Perut Gendut Lepas Bersalin Hanya Guna Bahan Mudah Ini Boleh Kempiskan Perut Anda

Stress Betul Tengok Perut Gendut Lepas Bersalin Hanya Guna Bahan Mudah Ini Boleh Kempiskan Perut Anda

papar berkaitan - pada 26/3/2019 - jumlah : 307 hits
Air rebusan daun pandan boleh kempiskan perut yang gendut lepas bersalin Resipi mudah ini dikongsikan oleh pengguna facebook Puan Banyak lagi khasiat lain yang boleh didapati dalam air ini Assalamualaikum Cuma nak kongsi je Petua ni terbaca...
Hanya Kerana Pisang Seorang Maut Dan Seorang Lagi Berdepan Hukuman Mati

Hanya Kerana Pisang Seorang Maut Dan Seorang Lagi Berdepan Hukuman Mati

papar berkaitan - pada 15/3/2019 - jumlah : 539 hits
HANYA kerana pisang seorang lelaki berumur 25 tahun dilanggar dalam kejadian yang berpunca daripada insiden kecurian di sebuah kebun pisang Kejadian dilaporkan berlaku di Kampung Paya Lang Mengkuang Bera hari ini Ketua Jabatan Siasatan Jena...
Ini Cara Paling Ringkas Untuk Masak Kek Batik Mudah Dan Sedap Wajib Cuba Terliurnya Tengok Coklat Ganache

Ini Cara Paling Ringkas Untuk Masak Kek Batik Mudah Dan Sedap Wajib Cuba Terliurnya Tengok Coklat Ganache

papar berkaitan - pada 20/3/2019 - jumlah : 737 hits
Kek batik coklat antara menu yang sering menjadi pilihan orang ramai ketika jamuan Cara yang ringkas dan mudah menarik minat orang ramai untuk mencuba resepi ini Menerusi Masak Apa Hari Ni seorang wanita berkongsi resepi kek batik yang muda...
Resipi Kek Oren Lembap Sedap Dikukus Mahupun Dibakar Mudah Mesti Cuba Buat

Resipi Kek Oren Lembap Sedap Dikukus Mahupun Dibakar Mudah Mesti Cuba Buat

papar berkaitan - pada 18/3/2019 - jumlah : 615 hits
Teringin nak baking kek Paling mudah min kongsikan resipi kek oren oleh Kuqhen ringkas penyediaannya hanya menggunakan periuk nasi Resipi kek oren lembap ini boleh dimasak dengan dua cara sama ada kukus ataupun boleh juga dibakar Enak dimak...
Rupanya Mudah Nak Buat Donut Kampung Lembut Tanpa Guna Telur Tanpa Uli

Rupanya Mudah Nak Buat Donut Kampung Lembut Tanpa Guna Telur Tanpa Uli

papar berkaitan - pada 20/3/2019 - jumlah : 1012 hits
Sedapnya donut kampung Donut versi basic dan disalut gula Tapi teksturnya lembut dan gebu Sekali makan memang rasa tak puas Bagi puan puan yang rasa nak makan donut macam yang biasa nikmati masa zaman kecil dulu resipi yang dikongsi oleh sa...
Mudahnya Tips Dan Langkah Untuk Menabung Hanya Guna Maybank2u

Mudahnya Tips Dan Langkah Untuk Menabung Hanya Guna Maybank2u

papar berkaitan - pada 31/3/2019 - jumlah : 341 hits
Menabung merupakan amalan yang amat disarankan untuk kebaikan masa hadapan Tetapi apa yang menjadi masalah adalah habit untuk menabung atau membuat simpanan wang adalah amat sukar sekali untuk dilakukan Maklumlah apabila terlampau banyak sa...
Plan Your Travels Dpm Says After Govt Ends Toll Free Rides During Festivities

Revision Of Mahb Takeover Terms Sets Unhealthy Precedent Says Wan Fayhsal

Richtech Digital Berhad Lancar Prospektus Ipo Pasaran Ace

Life S A Gift Pass It On Why You Should Donate Blood

Kenapa Mp Mp Umno Membisu Takut Kepada Dap

Wef2025 Misi Anwar Julang Asean Dan Malaysia Di Pentas Global

Anwar I Went Through Hell In Prison But Won T Treat Najib That Way

The Agc S Deafening Silence May Affect Malaysia S Reputation


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Akad Yang Terlindung Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 8 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11


Beli Emas Harga Kilang Dengan Orodesign

Technology For Startup Growth

Husna Mira Tinggalkan Geng Makan

Kerepek Pisang Tanduk Kegemaranku

Masjid Seksyen 7 Shah Alam

Muslimah Physiotherapy Puchong