Rupanya Mudah Nak Buat Donut Kampung Lembut Tanpa Guna Telur Tanpa Uli
Sedapnya donut kampung. Donut versi basic dan disalut gula. Tapi teksturnya lembut dan gebu. Sekali makan, memang rasa tak puas. Bagi puan-puan yang rasa nak makan donut macam yang biasa nikmati masa zaman kecil dulu, resipi yang dikongsi oleh saudari Ina Bakeri ni antara yang terbaik boleh dicuba. Malah doh ni juga boleh digunakan untuk buat pau goreng atau pau Malaysia. Memang terbaik! Jom lihat bahan-bahan yang diperlukan.
CARA BUAT DONUT KAMPUNG LEMBUT, GEBU & TANPA TELUR
BAHAN A:
2 1/2 cawan air suam2 paket yis mauripan5 sudu makan gula5 sudu makan susu pekatBAHAN B:
1 kg tepung gandum ( Puan Ina guna tepung cap sauh)5 sudu makan marjerin (Puan Ina guna cap pelangi)4 sudu teh baking powder2 sudu teh garamCARA MEMASAK:
1. Campurkan bahan A dalam satu bekas. Kacau untuk sebatikan dan biar kembang seperti dalam gambar.
2. Sementara menunggu larutan yis kembang, satukan bahan-bahan B dan gaul sebati.
3. Masukkan larutan yis yang telah kembang tadi ke dalam tepung. Uli dalam 5-10 minit hingga kulit doh licin dan cantik. Tak nak uli pun tak mengapa. Tapi jika nak donut lebih gebu, ulilah sekejap. Tutup doh dan biarkan 30 minit.
4. Bila doh mengembang 2 kali ganda, tumbuk doh untuk keluarkan angin.
5. Tabur sedikit tepung pada bahagian atas dan bawah doh. Canai dan terap guna acuan donut. Jika tiada acuan dan nak cepat, boleh bulatkan guna tangan sahaja.
6. Bila dah siap, panaskan kuali dan goreng donut tadi dalam minyak yang banyak menggunakan api perlahan.
7. Jika buat donut untuk frozen, goreng sekejap sahaja untuk matikan yis. Bila kuih nampak sedikit kuning, angkat dan sejukkan atas dulang.
8. Donut siap untuk disejukbekukan. Pastikan betul-betul sejuk sebelum dimasukkan ke dalam plastik.
9. Beginilah rupa donut dari dalam. Ada rongga-rongga halus. Memang gebu. Selamat mencuba!
Kredit: Ina Bakeri
Free IPTV @5tr0kk +500 Channel
Tonton TV online secara percuma dari handfon atau android box anda!
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://ohsemput.blogspot.com/2019/03/rupanya-mudah-nak-buat-donut-kampung.html