Resepi Kek Milo Viral
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera | Kami begitu teruja untuk mengongsikan resepi kek milo yang hangat diperkatakan di media sosial beberapa minggu lepas kerana resepi ini menepati kriteria resepi pilihan kami .
Pada mulanya kami seakan tidak mempercayai tentang resepi ini kerana bahan - bahannya tidak memerlukan campuran gandum dan hanya menggunakan tiga bahan sahaja iaitu milo ,susu pekat dan telur
Meskipun resepi ini menggunakan tiga bahan sahaja tetapi ianya agak mahal sedikit kerana menggunakan milo sebagai bahan utama ,almaklumlah MILO mahal harganya tetapi berbaloi akan keenakan dan kesedapan kek ini .
Untuk mengetahui dan juga merasai akan keenakan kek ini kami mengambil keputusan untuk mencuba sendiri .Setelah kami mencuba sendiri ternyata apa yang diwar - warkan oleh orang ramai di dalam media sosial mahupun rakan sekerja adalah benar bukan omongan kosong .
Kami pasti serta yakin kek ini menjadi kesukaan anak - anak apatah lagi orang dewasa pasti menyukai kerana bahan utama resepi ini adalah milo ,lagi banyak milo lagi sedap .Berikut kami kongsikan resepi kek milo viral sepertimana yang tertera di bawah berserta dengan gambar yang ianya mengikut apa yang kami sediakan
Bahan - bahan milo ,telor ,susu pekat dan esen vanila.
Satukan ke semua bahan ke dalam bekas.
Pukul/mixer sehingga sebati selama 15 minit .
Tuang adunan ke dalam loyang yang telah dialas dengan kertas minyak
Adunan sedia untuk dikukus atau dibakar.
Kek milo viral yang telah masak.
Bahan - bahan seperti berikut .
1 - 2 cawan milo .
2 - 4 biji telur .
3 - 2 sudu besar susu pekat .
4 - 1 sudu kecil esen vanila .
Cara - cara penyediaan seperti yang tertera di bawah .
1 - Satukan kesemua bahan ke dalam bekas ,kemudian pukul hingga sebati selama 15 - 20 minit .
2 - Jika tiada mixer bolehlah di blender sehingga sebati .
3 - Ambil loyang kemudian sapu dengan marjerin dan alas dengan kertas minyak .
4 - Kemudian tuang adunan milo tadi ke dalam loyang .
5 - Sediakan pengukus atau juga boleh di bakar .
6 - Jika dibakar gunakan suhu 180'C selama 45 minit .Kurangkan suhu jika oven jenis yang panas .
7 - Jika dikukus ,hendaklah di kukus selama 40 - 60 minit
8 - Setelah 45 minit atau masak ,sejukkan dan sedia untuk dihidangkan .
Selesailah sudah resepi kek milo ( viral ) mengikut cara - cara kami buat tontonan semua ,bagi kami lebih menyukai kek milo viral yang dikukus berbanding kek milo viral yang dibakar kerana kek milo viral yang dikukus lebih lembut ,lembab serta texture lembut .Selamat mencuba
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://surinakitchen.blogspot.com/2017/08/resepi-kek-milo-viral.html