Resepi Kari Daging Sedap Melekat


Resepi Kari Daging Sedap  |  Masakan yang aku tak berapa mahir adalah kari.. Serius memang aku tak pandai nak masak kari yang menjadi dan sedap.. Dah banyak kali cuba dengan resepi-resepi yang aku cari di internet namun semuanya tak memberikan hasil yang aku inginkan.. Mungkin bagi korang yang mahir memasak untuk masak kari tu sesenang ABC.. Bagi aku tidak.. Ia merupakan satu masakan yang agak susah untuk dimasak.. Sungguhpun begitu, aku tetap berusaha untuk mahirkan diri untuk memasak kari sebabnya encik suami memang penggemar kari.. Hiks..


Resepi Kari DagingDua tiga hari lepas encik suami request kari tulang lembu.. Sebabnya tulang lembu ada lagi dalam freezer.. So, arini masaklah kari daging tambah tulang lembut itu.. Hehe.. Cam biasa kalau dah tulang lembu tu memang nak kena masak dalam tempoh yang agak lama untuk lembutkan daging-daging pada tulang tu.. Bukan lembutkan tulang ye.. Tulang tu memang tak kan lembut dahnye.. Haha!! Sebelum ni masak kari daging guna resepi dekat youtube tetapi kurang menjadi.. Untuk kali ni aku search resepi kari daging yang lain pulak..

Biasa kalau search resepi ni, aku tengok gambar jugak.. Kalau nampak gambar tu menyelerakan, baru aku try resepi tu.. Hehe.. Ada jugak yang guna gambar orang lain.. So, kena pandai la pilih resepi ye.. Setelah aku pilih-pilih resepi kat google dan aku decide untuk guna resepi kari daging sedap ni.. Nyum nyum.. Jom check resepi ni.. Disebabkan nak masak tulang, jadi starting kita guna pressure cooker untuk lembutkan tulang tersebut.. hiks.. Nak masak cam biasa pun boleh.. Aku jerk mengada nak gua pressure cooker sebab tak nak tunggu lelama sangat..


Resepi Kari Daging Sedap MelekatBahan-bahan

1/2 kg daging + tulang
1 biji bawang besar (potong dadu)
3-4 ulas bawang putih (dihiris)
2-3 ulas bawang merah (dihiris)
1 inci halis (dihiris)
1 sudu besar cili kisar (ikut kepedasan masing-masing)
1 peket rempah kari daging adabi
1 kotak santan adabi
1 sudu besar kerisik
2 keping asam gelugor / pes asam jawa
1 biji kentang (potong ikut selesa)
2 tangkai daun kari
Kayu manis, bunga lawang (2 kuntum) dan buah pelaga (3 biji)
Gula melaka
Garam

Cara Masak
Panaskan minyak dan masukkan kayu manis, bunga lawang dan buah pelaga bersama bawang besar, bawang putih, bawang merah, halia dan daun kari.. Tumis sehingga naik bau dan layu..Masukkan cili kisar.. Tumis sehingga pecah minyak..Masukkan serbuk kari.. Kacau seketika dan masukkan air.. Kacau sehingga rempah kari sebati dan masakMasukkan daging dan tulang.. Gaul sebati dengan rempah.. Biarkan seketika sehingga air daging kering dan pecah minyak..Masukkan santan dan air mengikut citarasa masing-masing.. Masak dengan api yang perlahan.. Tunggu sehingga daging dan tulang empuk dan masak.. Masukkan ubi kentang yang telah dipotongSetelah mendidih masukkan garam, gula melaka, asam jawa dan kerisik..Kacau rata dan masak seketika.. Sesuaikan rasa manis dan masin mengikut selera masing-masing.. Setelah masak, bolehlah dihidangkan..

Kalau korang rasa nak pekat melekat, korang masaklah kasi kering sikit.. Kalau suka makan kari cair sikit, boleh isi air banyak sikit.. Ikut selera masing-masing.. Bagi aku pulak, kalau makan dengan nasik lebih suka makan yang cair sikit.. Kalau pekat sangat nanti muak pulak.. Kalau kari pekat, syok makan dengan roti.. Perghh memang sedap!! Selera korang aku tak tahu la ye.. Itu selera aku.. Hehe..

Kari daging pekat
Yang ni aku dah ejas dah kasi cair sikit.. Baru syok makan dengan nasik.. So, aku dah jumpa resepi kari daging sedap yang menepati citarasa aku.. Oh ya, credit buat blog pokok2u sebab kongsikan resepi kari daging air tangan bonda yang memang sedap dan meletop ni.. Memang menjadik dan terangkat.. Hiks.. Yang mana kurang mahir masak kari macam aku ni, leh try resepi ni ye.. Serius sedap!! Selamat mencuba..

Cuba juga ini!
💫 Gulai kuning ikan kembong sedap
💫 Singgang pedas ikan kerisi versi terengganu
💫 Ikan talapia masak tiga rasa




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.leaazleeya.com/2019/08/resepi-kari-daging-sedap.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Resepi Sup Daging Paling Mudah Dan Sedap Guna Perencah Sup Siam

Resepi Sup Daging Paling Mudah Dan Sedap Guna Perencah Sup Siam

papar berkaitan - pada 4/9/2019 - jumlah : 951 hits
Resepi Supa Daging Paling Mudah Dan Sedap Guna Perencah Sup Siam Salam semua Nak share resepi paling senang sangat dah ikut jerr apa arahan yang dalam paket perencah tu D Lama rasanya tak beli apa apa jenis perencah segera macam ini Walaupu...
Resepi Mee Goreng Daging Simple Sedap Dan Mudah Di Masak

Resepi Mee Goreng Daging Simple Sedap Dan Mudah Di Masak

papar berkaitan - pada 26/8/2019 - jumlah : 440 hits
Sesekali bila malas nak masak lauk pauk dan nak berubah selera dari asyik makan nasi aje idea yang ada dalam kepala saya adalah mee goreng Hidangan yang cukup simple dan mudah nak di masak dan bila bila pun boleh dimakan tak The post appear...
Resepi Gulai Daging Dengan Petai Yang Special Dan Sedap

Resepi Gulai Daging Dengan Petai Yang Special Dan Sedap

papar berkaitan - pada 2/9/2019 - jumlah : 739 hits
Resepi Gulai Daging Dengan Petai Yang Special Dan Sedap Kari daging yang sedap memang semua orang suka daku pun sama Mana taknya kari daging ni adalah menu yang sangat famous dan digemari masyarakat kita Kari daging ini juga sangat sesuai u...
Resepi Nugget Ayam Tempura Homemade Paling Senang Dan Sedap

Resepi Nugget Ayam Tempura Homemade Paling Senang Dan Sedap

papar berkaitan - pada 29/8/2019 - jumlah : 1403 hits
Hi semua Mikhail demam pulak malam ni Apa pun tak nak makan pagi tadi sebelum pi sekolah makan roti pun tak habis Selalunya makan habis je Tak sangka pulak tu petanda dia nak demam Balik sekolah ayahnya kata macam nak demam je budak ni Teng...
Resepi Cekodok Cucur Durian Yang Lembut Mudah Dan Sedap

Resepi Cekodok Cucur Durian Yang Lembut Mudah Dan Sedap

papar berkaitan - pada 30/8/2019 - jumlah : 633 hits
Resepi Cekodok Cucur Durian Yang Lembut Mudah Dan Sedap Salam semua musim durian nak habis ke eh ke ada lagi atas pokok puas hati ke tu semua makan buah durian ya lah nak hujung hujung musim dah ni dalam beberapa hari nak masuk bulan Septem...
Resepi Brownies In Cup Sedap

Resepi Brownies In Cup Sedap

papar berkaitan - pada 30/8/2019 - jumlah : 484 hits
Resepi Brownies SedapSedapnya brownies Brownies menjadi salah satu kegemaran Mai sebab rasanya yang sedap Brownies pula ada pelbagai jenis dan resepi Resepinya tidaklah jauh beza pun dengan jenis yang lain Brownies in cup ini pada asalnya a...
Resepi Biskut Nestum Yang Sangat Rangup Dan Sedap Sukatan Cawan

Resepi Biskut Nestum Yang Sangat Rangup Dan Sedap Sukatan Cawan

papar berkaitan - pada 1/9/2019 - jumlah : 763 hits
Resepi Biskut Nestum Yang Sangat Rangup Dan Sedap Sukatan Cawan Biskut yang tak payah terap Salam semua sebulan berpuasa lepas tu sebulan Syawal beraya sampai sekarang masih lagi terasa kemeriahan raya ya lah kan ini bulan 7 lagi bulan depa...
Resepi Masak Lemak Cili Api Nenas Bersama Tulang Ikan Masin Sedap Weyh

Resepi Masak Lemak Cili Api Nenas Bersama Tulang Ikan Masin Sedap Weyh

papar berkaitan - pada 1/9/2019 - jumlah : 1188 hits
Dua hari lepas lauk masak lemak cili api nenas bersama tulang ikan masin inilah yang jadi hidangan keluarga aku Dah lebih ratusan mungkin dah ribuan kali aku masak lauk ni Kesedapanyan dah tentulah dari masam masam manis nenas di tambah kem...
Resepi Cendol Durian Simple Sedap

Resepi Cendol Durian Simple Sedap

papar berkaitan - pada 28/8/2019 - jumlah : 1369 hits
Asssalammualaikum guyss apa khabar sihat semua kepada pembaca blog akak minta maaf sangat sangat sebab dah lama akak tak update blog Korang taukan sekarang musim durian kalau lalu je atas jalan raya di bahu bahu jalan mesti korang Nampak ba...
Sah Kes Najib Razak Cacat

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Farhan Mustapha Mutiara Hati Chord

The West Isn T Dying But It S Working On It

Malaysian Muslims Baffled How Having A Pic With Christmas Tree Santa Claus Can Shake Their Faith

Have A Relaxing Day With Friends Over Lunch Or Dinner

Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab

10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids