Resepi Gulai Daging Ubi Badak Berempah Menu Unik Kelantan


Resepi Gulai Daging Ubi Badak Berempah, Menu Unik Kelantan | Setiap kali musim tengkujuh seperti biasa di pantai timur memang akan keluar bermacam - macam jenis ubi. 
Dah musim hujan kan, kalau tak gali nanti buruk. Dekat pasar pagi memang berlambak peniaga jual ubi badak. 
Di antara ubi yang popular pada musim tengkujuh ini adalah ubi badak Kelantan, tak tahu korang kenal ke tidak pokok ubi badak, pernah dengar tak. 
Sebab ada orang ini kali pertama dengar ubi badak. Kot korang panggil lain kan.  
Ubi badak ni tak pasti kalau nak buat jenis kuih, kuih apa, tapi biasanya sejak kecil tengok mak sis masak gulai daging dengan ubi badak. Ada juga rebus ubi badak saja untuk dimakan. 
Cara Rebus Ubi Badak Cara rebus ubi badak kalau nak makan macam tu, kena didihkan air terlebih dahulu. Sementara tunggu air mendidih, buang kulit ubi badak. 
Kemudian basuh ubi badak buang kotoran, nampak air mendidih, terus potong sederhana besar dan masukkan ke dalam periuk mendidih. 
Rebus sampai ubi empuk. Jangan sesekali potong, kalau air tak mendidih lagi dalam periuk. Kalau potong terus dan biarkan di luar, ia akan keluar lendir. 
Masakan Unik Kelantan Apabila tiba musim ubi badak, mulalah rindu nak makan, Lama dah tak buat. 
Seperti biasalah bab masakan dulu - dulu ni kena memang menuntut ilmu lah dengan mak sis, paling tidak kita belajar, begitulah. 
Tak adalah kita terkial - kial rindu nak makan tapi tak pandai masak. Betul tak. 
Mak sis banyak belajar dari arwah ibu mertua gulai daging ubi badak berempah

Kalau nak sedap lagi, arwah nenek ada masukkan kelapa bakar yang dari tempurung tu bakar sampai hangus wangi dan kemudian ditumbuk halus, masukkan ke dalam gulai lagi sedap. 
Kemain susah nak bagi sedap ke orang makan. Hargailah masakan warisan turun - temurun kan

Gulai ubi badak ni, elok guna daging yang bahagian urat baru sedap. 
Orang dulu - dulu tak mampu nak beli daging, jadi guna lah daging bahagian urat, tapi kan memang daging bahagian urat yang sedap.

Ubi badak memang sifatnya berlendir, tengah potong kiub pun berasa kat tangan berlendir, jadi ada petua juga ya semasa nak masukkan ubi badak ke dalam gulai. Nanti baca kat bawah ya.

Jemput tonton video di my you tube channel untuk resepi gulai ubi badak. Jemput subscribe juga. Terima kasih


Resepi Gulai Daging Ubi Badak Berempah
Bahan - Bahan

2 labu bawang merah besar atau 7 ulas bawang merah kecik *

1 inci kunyit *

1 inci lengkuas *

5 tangkai lada kering *

1 sudu teh ketumbar disangai dan ditumbuk halus

300 gm daging yang telah diperap dengan garam

5 cawan santan

Ubi badak 642 gm di potong dadu * baca tips di bawah

2 sudu besar kerisik ditumbuk halus

Gula melaka 1/2 keret

2 keping asam gelugur

Bahan yang bertanda * diblend halus

Cara - Cara

1. Pertama sekali daging dihiris sederhana nipis dan diperap dengan garam

2. Biarkan sekejap kat luar sebelum simpan dalam peti bawah, kiranya untuk langkah ini daging macam dijeruk sekejap, biar garam masuk dalam isi daging

3.ubi badak dibuang kulit dan dibersihkan terlebih dahulu, jangan potong awal lagi ubi dalam potongan dadu takut keluar lendir

4. Sediakan periuk, masukkan bahan yang diblend halus,santan,asam keping dan daging  yang telah diperap

5. Letak atas dapur, kacau selalu sampai mendidih lama sikit agak - agak daging nak hampir lembut, masukkan gula melaka dan ketumbar yang telah ditumbuk. Kacau rata dan kecilkan api

6. Kemudian, boleh potong dadu ubi badak dan masukkan terus ke dalam gulai

7. Didihkan sekejap nanti nak dekat ubi empuk boleh masukkan kerisik.  Nak masukkan garam hati - hati ya daging dah masin

8. Kacau sampai kuah nampak pekat boleh tutup api

Petua Untuk Elakkan Ubi Badak Berlendir
Ada 2 cara yang korang boleh buat untuk elakkan ubi badak berlendir. 
Cara Pertama  1. Ubi badak dibuang kulit dan dibasuh bersih.

2. Semasa potong ubi badak dah rasa berlendir sikit. Ubi badak dipotong dadu semasa nak masukkan ubi badak dalam gulai setelah daging empuk

Jangan potong awal,  nanti takut ubi lagi banyak keluar lendir. 
Cara Kedua  1. Ubi badak dibuang kulit dan dibasuh bersih. 
2. Sementara itu, rebus air dalam periuk hingga mendidih. 
3. Ubi badak dipotong dadu sederhana dan dicelurkan sekejap untuk elakkan berlendir. 
4. Jangan rebus sampai masak, nak celurkan saja. Kemudian angkat dan toskan sekejap. 
5. Bila daging dah empuk semua bahan lain dan dimasukkan, boleh masukkan ubi badak celur tadi

6. Masak gulai daging hingga ubi badak empuk sepenuhnya. 
Baca Juga :

1. Resepi Daging Masak Merah Ala Thai
2. Resepi Ala Daging Bakar Harimau Menangis
3. Resepi Singgang Daging Kelate, Senang Dan Sedap

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.wanisukarno.com/2019/01/resepi-gulai-daging-dengan-ubi-badak-dan--juga-tips-untuk-elakkan-ubi-badak-berlendir.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Resepi Rendang Daging

Resepi Rendang Daging

papar berkaitan - pada 30/11/2021 - jumlah : 398 hits
Resepi Rendang Daging Salam hormat tinggal beberapa hari lagi kita nak meraikan 1 Syawal Menjelang hari raya Aidilfitri ni menu utama rendang menjadi satu kemestian kan tak kiralah samada Rendang Daging mahupun Rendang Ayam Kali ni saya nak...
Resepi Daging Masak Kicap Abah Abah Sedap Menyengat Tak Cukup Nasi Sepinggan

Resepi Daging Masak Kicap Abah Abah Sedap Menyengat Tak Cukup Nasi Sepinggan

papar berkaitan - pada 29/11/2021 - jumlah : 216 hits
Resipi daging masak kicap antara yang menjadi kesukaan kita anak beranak Bukan sahaja ringkas bahannya bahkan rasanya pun sedap Nak cuba resipi daging masak kicap yang sedap air tangan bapa ini anda harus cuba Resipi dan bahannya yang ringk...
Rangup Di Luar Empuk Berlemak Ubi Rebus Goreng Berempah

Rangup Di Luar Empuk Berlemak Ubi Rebus Goreng Berempah

papar berkaitan - pada 9/12/2021 - jumlah : 210 hits
Pernah cuba ubi rebus yang diperap rempah dan kemudiannya digoreng Rasa sangat sedap tau Sambil santai santai di laman rumah sambil minum kopi atau teh panas memang sedap makan ubi rebus goreng berempah ini Jom kita cuba resipi oleh Kamarul...
Pengat Ubi Kelantan

Pengat Ubi Kelantan

papar berkaitan - pada 28/11/2021 - jumlah : 498 hits
Pengat ubi sememangnya popular di negeri pantai Timur seperti Kelantan dan Terengganu terutamanya di musim tengkujuh Ubi menjadi menu utama sajian pembuka selera time ni selain dari putu halba ubi kayu ubi badak dan sebagainya menjadi menu ...
Resepi Kuih Badak Berendam Paling Sedap Mudah

Resepi Kuih Badak Berendam Paling Sedap Mudah

papar berkaitan - pada 2/12/2021 - jumlah : 268 hits
Bagi yang suka makan aneka Kuih Badak Berendam ni pasti antara yang jadi kegemaran Lemak lemak manis Memang sedap Bagi yang belum pernah rasa resipi perkongsian saudari Zura Zul ni antara yang boleh dicuba CARA BUAT KUIH BADAK BERENDAM PALI...
Resepi Maggi Celup Kelantan Paling Mudah Simple Sedap

Resepi Maggi Celup Kelantan Paling Mudah Simple Sedap

papar berkaitan - pada 24/11/2021 - jumlah : 254 hits
Maggi Celup sememangnya sinonim dengan rakyat Kelantan Andai ke restoran makanan Kelantan atau Thailand pasti akan jumpa menu ini Selain dinikmati bersama mee segera anda juga boleh menggunakan mee bihun atau kuetiau Sedap Kuah sup yang pan...
Pantai Pantai Yang Cantik Lagi Menarik Di Kelantan

Pantai Pantai Yang Cantik Lagi Menarik Di Kelantan

papar berkaitan - pada 10/12/2021 - jumlah : 330 hits
Tak payah gi overseas lahhh JIMAT DUIT Di Kelate pun macam kat Europe dah ni Nak macam di Koreaa ada Nak macam kat Maldives ada Nak macam gurun pdg pasir pun ada Macam Klong hae Hatyai pun ada lahhPilih Pilih Nak g mana 1 Kemayang Lagoon Ba...
Foto Busana Perkahwinan Uqasha Senrose Kamal Adli Angkat Tema Legendary Queen Dari Kelantan

Foto Busana Perkahwinan Uqasha Senrose Kamal Adli Angkat Tema Legendary Queen Dari Kelantan

papar berkaitan - pada 10/12/2021 - jumlah : 839 hits
Pelakon Kamal Adli dan Uqasha Senrose mengejutkan peminat apabila mengumumkan mereka telah selamat bergelar suami isteri pada 5 November lalu Berikutan daripada pengumuman tersebut rata rata netizen meluahkan rasa tidak sabar untuk melihat ...
Mo Hair Sut Unik Dibuat Menggunakan Misai Lelaki

Mo Hair Sut Unik Dibuat Menggunakan Misai Lelaki

papar berkaitan - pada 22/11/2021 - jumlah : 282 hits
Jenama pakaian lelaki Australia Politix bekerjasama dengan artis visual Pamela Kleeman Passi untuk menghasilkan sut unik menggunakan misai lelaki Oddity Central melaporkan inisiatif itu bersempena dengan kempen Movember Ia acara kesedaran t...
Rajab Keutamaan Amalan Tanggal Berapa 2025

Masya Allah Ribuan Tentera As Masuk Islam Ini Kunci Hamas

Addressing Flaws In Mrt3 S Strategy

Lirik Lagu Rasa Lia Aziz Ft Treehill

Yoursay Will Anything Come Out Of Ayer Keroh Accident Probe

Makan Tengah Hari Di Jeti Nelayan Kesang

Comment On Nasihat Untuk Mereka Yang Ingin Berkunjung Ke Sungai Kedondong Batang Kali Selangor By Zul

Merry Christmas And Happy New Year


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Wanita Milik Kaiden Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Bagaimana Menggunakan Diary Planner Untuk Menjadi Lebih Produktif Di 2025

10 Menu Sarapan Ringkas Yang Disukai Anak Anak

Jangan Zalimi Haiwan Ihsanlah Terhadap Binatang

Drama Seribu Tahun

Repvblik Suara Hati Chord

Harga Tiket Zoo Taiping Night Safari Waktu Operasi Dan Fasiliti