Resepi Cornflakes Salut Coklat Tabur Rainbow Ball Senang Sangat Membuatnya
Inilah dia biskut raya yang di sukai anak-anak iaitu conflakes salut coklat tabur rainbow ball. Senang sangat membuatnya. Boleh ajak anak-anak membantu mengisi cawan kertas kecil dengan conflakes salut coklat. Setelah itu tabur rainbow ball yang cantik. Resepi conflakes salut coklat tabur rainbow ball sangat\mudah dan rasanya pun rangup, sedap, krup krap mengunyahnya.
Resepi Cornflakes Salut Coklat Tabur Rainbow Ball Senang Sangat Membuatnya....
Bahagian yang agak renyah sedikit dalam membuat conflakes salut coklat tabur rainbow ball ini adalah untuk mencairkan coklat masakan. Tapi boleh di buat dengan mudah apabila menggunakan pengukus. Panaskan air dalam pengukus dan letakkan mangkuk berisi coklat di atasnya.
Apabila coklat nampak mencair terus mengacaunya dengan cepat. Lepas tu kena cepat-cepatlah masukkan conflakes dan kacau dengan pantas. Seterusnya untuk menyudukan conflakes yang telah di salut coklat dengan cepat ke dalam cawan kertas sebelum coklat masakan kembali mengeras.
Itulah perlunya membuat bersama-sama dengan anak-anak. Selain itu anak-anak dapat membuat sesuatu yang menyeronokkan mereka. Tentu mereka suka sebab selepas itu dapat makan biskut conflakes salut coklat tabur rainbow ball yang sedap kegemaran mereka.
Selepas masukkan conflakes salut coklat dalam cawan kertas kecil, di tabur pula dengan rainbow ball yang berwarna-warni. Bahagian ini yang anak-anak kecil paling suka. lepas tu dah siap, Terus masuk dalam balang dan di tutup rapat agar tidak masuk angin dan lemau. Barulah rangup krup krap apabila menjamahnya. Jom kita semak resepi muda sangat ini....!
Resepi Cornflakes Salut Coklat Tabur Rainbow Ball Senang Sangat Membuatnya.... Bahan-bahan resepi conflakes salut coklat tabur rainbow ball: 1 kotak cornflakes2 keping coklat masakanRainbow ball secukupnyaJuga mangkuk kertas kecul secukupnya
Cara-cara membuat conflakes salut coklat tabur rainbow ball: Mula-mula cairkan coklat dengan kaedah double boil. lebih selamat dan mudah menggunakan pengukus. Hanya perlu letakkan mangkuk berisi coklat masakan ke atas periuk kukus yang sedang mendidih.
Selepas cuma kacau sehingga cuklat mencair. Masukkan cornflakes dan kacau dengan cepat dan sekata. Pastikan semua cornflakes di saluti coklat. Seeloknya kalau tiada yang membantu di buat sedikit demi sedikit agar memudahkan cara.
Setelah itu sudukan cornflakes salut coklat ke dalam cawan kertas kecil. Seterusnya taburi rainbow ball yang berwarna-warni ke atas conflakes salut coklat di dalam cawan kertas itu. Buat sehingga habis cornflakes. Jangan lupa simpan dalam bekas kedap udara agar tidak lemau.
Resepi cornflakes salut coklat tabur rainbow ball ni hanya anggaran sahaja. Nak buat banyak, gandakanlah bahan-bahanya. Rupanya yang cantik dan rasanya yang rangup dan sedap pasti mengundang kesukaan anak-anak. Jom, cubalah buat!
Nak dapatkan resepi biskut raya di blog ini lagi, klik SINI
p/s: Sekejap saja boleh siap seadunan conflakes salut coklat tabur rainbow ball ini. Tak perlu membakar dalam oven...!
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.huhahuhajerr.com/2021/04/resepi-cornflakes-salut-coklat-tabur%20rainbow-ball-senang-sangat-membuatnya.html