Renew Pasport Malaysia Secara Online


Renew pasport secara online lebih mudah menerusi perkhidmatan MyOnline Passport yang ditawarkan oleh Jabatan Imigresen Malaysia. Sebagai warganegara Malaysia, anda boleh perbaharui pasport secara dalam talian melalui portal rasmi di pautan; https://imigresen-online.imi.gov.my/eservices/myPasport
Proses ini bukan sahaja menjimatkan masa, malah memudahkan rakyat Malaysia yang sibuk bekerja atau tinggal jauh daripada pejabat imigresen.
Nak tahu caranya? Jom baca perkongsian di bawah.
BACA JUGA: Buat Passport Malaysia – Senarai Dokumen Diperlukan
Pengenalan Pasport Malaysia Pasport Malaysia adalah suatu Dokumen Perjalanan yang sah yang dikeluarkan kepada warganegara Malaysia bagi maksud perjalanan keluar negara.
Ia boleh dimohon di mana-mana Pejabat Imigresen di Malaysia dan di Pejabat Perwakilan Malaysia luar negara. Tempoh sah laku Passport adalah LIMA(5) tahun daripada tarikh dikeluarkan.
Pasport Malaysia Fungsi Utama Pasport Malaysia
Bukti pengenalan diri dan warganegara Malaysia di luar negara. Diperlukan untuk urusan imigresen semasa keluar/masuk sempadan antarabangsa. Mengandungi maklumat peribadi, gambar pemegang dan cip mikropemproses (e-pasport). Kelayakan Memohon
Warganegara Malaysia yang mempunyai dokumen pengenalan diri sah (MyKad/MyKid). Pemohon bawah 18 tahun perlu hadir bersama ibu/bapa atau penjaga sah. Permohonan boleh dilakukan di Pejabat Imigresen seluruh Malaysia dan juga di Pejabat Perwakilan Malaysia di luar negara. Jenis & Kategori
Dewasa (18 tahun ke atas) Kanak-kanak (bawah 18 tahun) Warga emas (60 tahun ke atas, kadar bayaran rendah) Pemohon OKU dan pelajar (bayaran khas atau percuma dengan dokumen sokongan). Tempoh Sah Laku & Bayaran
Tempoh sah laku: 5 tahun. Yuran: RM200 (dewasa), RM100 (kanak-kanak bawah 12, warga emas 60 ke atas, pelajar, OKU percuma dengan dokumen sokongan). Pasport Malaysia berfungsi sebagai kunci utama kelancaran perjalanan antarabangsa, pengiktirafan rasmi sebagai rakyat Malaysia dan bukti kepada keselamatan serta hak pemiliknya di luar negara.
Kini, dengan perkembangan teknologi, proses renew passport menjadi lebih cepat dan mudah kerana rakyat Malaysia boleh melakukannya secara dalam talian melalui sistem MyOnline Pasport.
Renew Pasport Malaysia di MyOnline Passport Bila Perlu Renew Pasport Malaysia? Pasport Malaysia perlu diperbaharui sekurang-kurangnya 6 bulan sebelum tempoh sah laku tamat. Ini kerana kebanyakan negara mensyaratkan dokumen perjalanan yang masih sah laku selama 6 bulan sekurang-kurangnya semasa masuk mereka.
Maklumat Penting Bila Perlu Renew Pasport Malaysia
Tempoh sah laku pasport Malaysia kini adalah 5 tahun dari tarikh dikeluarkan. Kerajaan masih lagi dalam persiapan untuk mengeluarkan pasport dengan tempoh sah laku 10 tahun sebagai pilihan di masa akan datang. Pemegang pasport disarankan supaya memohon pembaharuan apabila tempoh sah laku tinggal kurang dari 6 bulan bagi memastikan tiada masalah semasa perjalanan antarabangsa. Sekiranya pasport hilang atau rosak, permohonan gantian perlu segera dibuat walaupun tempoh sah laku belum tamat. Pembaharuan Pasport Malaysia Antarabangsa Apa Itu MyOnline Passport? MyONLINE PASSPORT  adalah satu kaedah sebagai kemudahan kepada warganegara Malaysia membuat permohonan PEMBAHARUAN Pasport Malaysia Antarabangsa secara dalam talian.
Bayaran hendaklah dilakukan secara dalam talian menggunakan Kad Debit / Kad Kredit / Perbankan Internet (FPX).
Ingat ye, MyOnline Passport ni untuk pembaharuan atau renew pasport. Bukan untuk buat passport baru. Pemohon yang pasportnya hilang atau rosak juga tidak dibenarkan membuat permohonan secara atas talian.
MyOnline Pasport BACA JUGA: Semakan CCRIS Online – Bank Negara Malaysia (BNM)
Cara Renew Pasport Malaysia Online Bagi memudahkan rakyat Malaysia, Jabatan Imigresen telah menyediakan perkhidmatan MyOnline Passport yang membolehkan urusan pembaharuan pasport dibuat secara dalam talian.
Berikut ialah langkah-langkah mudah untuk renew pasport Malaysia secara online:
LANGKAH 1: Semak Tarikh Luput Pasport Pastikan pasport anda masih sah untuk sekurang-kurangnya enam bulan sebelum tarikh perjalanan anda. 
Jika tidak, anda perlu memperbaharuinya secepat mungkin untuk mengelakkan sebarang masalah semasa perjalanan.
LANGKAH 2: Layari Portal MyOnline Passport Untuk memulakan proses pembaharuan pasport secara dalam talian, layari portal MyOnline Passport: https://imigresen-online.imi.gov.my/eservices/myPasport
Setelah membaca semua maklumat yang dinyatakan dengan teliti, klik SETUJU untuk proses seterusnya.
MyOnline Passport LANGKAH 3: Lengkapkan Borang Permohonan Online Isikan semua maklumat peribadi dan butiran pasport dengan tepat. Kemudian, klik CARIAN.
NOTA: Pastikan anda pilih pejabat pungutan yang berdekatan untuk mengambil pasport yang telah diperbaharui nanti.
MyOnline Pasport LANGKAH 4: Baca Peringatan Sila pastikan:
Pasport semasa berada dalam simpanan, dalam keadaan baik dan tidak rosak (berconteng, tidak terkena air, tidak koyak, tidak terbakar). Semua maklumat yang dimasukkan adalah betul dan tepat. Gambar yang dimuat naik adalah wajah terkini (gambar yang diambil dalam masa 1 bulan) Permohonan yang tidak mengikut syarat yang ditetapkan akan DITANGGUH atau DITOLAK.
Setelah baca dengan teliti, klik SETUJU.
MyOnline Passport Peringatan mengenai spesifikasi gambar yang dibenarkan dan tidak dibenarkan juga akan dipaparkan, sila rujuk dengan teliti dan kemudian klik, SETUJU.
Gambar dibenarkan untuk renew pasport
Gambar yang tidak dibenarkan untuk renew pasport
Spesifikasi gambar passport
Spesifikasi gambar pasport
Spesifikasi gambar pasport LANGKAH 5: Muat Naik Foto Pasport Ikut Piawai Gambar mesti berlatar putih, baju gelap, wajah jelas, dan tiada bayang-bayang. Gambar perlu digital serta diambil di studio profesional.
Tanda / di kotak pada pernyataan:
SAYA MENGAKU GAMBAR YANG DIMUAT NAIK ADALAH GAMBAR SAYA*  SAYA MENGAKU BAHAWA NAMA INI ADALAH SAMA DENGAN NAMA PADA KAD PENGENALAN*  dan juga, Persetujuan Perakuan. Seterusnya klik, TERUSKAN PADA BAYARAN.
LANGKAH 6: Buat Bayaran Permohonan Bayaran menggunakan kad debit/kredit (RM200 untuk 13-59 tahun, RM100 untuk warga emas 60+, OKU percuma dengan dokumen sokongan).
NOTA: Pemohon yang mempunyai masalah cap jari boleh meneruskan bayaran dan hadir terus ke pejabat pemungut yang dipilih bagi pengambilan cap jari.
LANGKAH 7: Ambil Passport Baru Hadir sendiri di pejabat Imigresen dengan MyKad, passport lama, dan resit pembayaran pada waktu yang ditetapkan oleh sistem.
Selesai!
Video Panduan Renew Pasport Online Untuk panduan lebih terperinci, anda boleh rujuk video cara-cara renew pasport online melalui MyOnline Passport di bawah:
NOTA: Pemohon perlu hadir sendiri untuk mengambil pasport dengan mengemukakan kad pengenalan, pasport sedia ada dan resit bayaran. Tiada wakil dibenarkan.
Anda juga boleh muat turun PDF di bawah sebagai rujukan:
PanduanMyOnlinePassportMUAT TURUN Tempoh Masa Kutipan Passport Setelah selesai membuat pembayaran, anda boleh membuat semakan di portal MyIMMS eServices untuk mengetahui sama ada passport baru anda sudah siap untuk dikutip.
Tarikh dan masa pengambilan passport akan ditentukan oleh sistem berdasarkan hari dan masa permohonan dibuat.
Permohonan yang dibuat sebelum jam 3 petang hari bekerja akan diserahkan pada hari yang sama dan permohonan selepas jam 3 petang akan diserahkan pada   jam 10 pagi hari bekerja berikutnya.
Bagi pemohon di bawah umur 18 tahun perlu membawa sijil kelahiran dan penjaga yang sah yang telah memberi kebenaran perlu hadir bersama.
Sila rujuk waktu urus niaga Pejabat Pengeluar Pasport Malaysia di bawah (Oktober 2025):
Pejabat Pasport Negeri & Cawangan
I) Semua negeri & cawangan utama biasanya beroperasi seperti berikut:
Hari bekerja (Isnin-Jumaat): 7.30 pagi hingga 5.30 petang (waktu rehat semasa solat Jumaat 12.15 tengahari – 2.45 petang) Sabtu: 8.00 pagi hingga 1.00 petang Ahad: Tutup. II) Untuk negeri Perlis, Pahang, Terengganu & Kedah, waktu operasi pejabat mungkin berbeza sedikit bergantung cawangan khusus tetapi umumnya dalam waktu pejabat standard 8.00 pagi hingga 5.00 petang, dengan sesetengah pejabat tutup pada Sabtu.
Pejabat UTC (Urban Transformation Centre)
I) Semua negeri UTC beroperasi:
Hari bekerja (Isnin-Khamis): 1.00 petang – 10.00 malam (dengan waktu rehat 7.00 – 8.00 malam) Jumaat: 2.45 petang – 10.00 malam (dengan waktu rehat 7.00 – 8.00 malam) Sabtu & Ahad: 8.00 pagi – 5.00 petang Sesetengah UTC buka penuh setiap hari dari 8.00 pagi hingga 5.00 petang, termasuk hujung minggu terutama di Perlis, Pahang, Terengganu & Kedah. II) UTC negeri Perlis, Pahang, Terengganu & Kedah dibuka setiap hari (termasuk hujung minggu) dari 8.00 pagi hingga 5.00 petang tanpa waktu malam.
Nota tambahan:
Waktu operasi pejabat imigresen termasuk pejabat pasport boleh berubah semasa cuti umum dan musim cuti sekolah. UTC menyediakan operasi waktu malam dan hujung minggu sebagai kemudahan khusus bagi warga kerja yang tidak dapat berurusan waktu pejabat biasa. Spesifikasi Gambar untuk Buat Pasport Latar belakang foto MESTI berwarna putih tanpa bayang. Latar belakang menggunakan warna lain tidak akan diterima. Pakaian berwarna gelap serta menutupi bahu dan dada Bagi perempuan yang memakai tudung kepala atau hijab mesti memakai tudung/hijab yang berwarna gelap dan tidak boleh menutup muka. Gambar yang dimuatnaik mestilah dalam bentuk softcopy yang diambil oleh kedai gambar profesional. Gambar polaroid tidak dibenarkan. Permohonan yang tidak menepati spesifikasi tidak akan diproses terlebih dahulu dan akan menyebabkan kelewatan semasa pengambilan/serahan passport. Spesifikasi Gambar untuk Buat Pasport (DIBENARKAN) Spesifikasi Gambar untuk Buat Pasport (TIDAK DIBENARKAN)
Spesifikasi Gambar untuk Buat Pasport Spesifikasi Gambar untuk Buat Pasport Spesifikasi Gambar untuk Buat Pasport Terma & Syarat Renew Pasport Online Pemohon mesti berumur 13 tahun keatas yang telah dikeluarkan dengan e-pasport (pasport bercip). Pemohon perlu mengisi maklumat yang benar dan tepat di dalam ruangan yang disediakan dalam sistem. Jika terdapat maklumat/akuan palsu, permohonan akan ditolak dan boleh dikenakan tindakan undang-undang di bawah Seksyen 12(1)(c) Akta Pasport 1966 (Akta 150). Bagi pemohon di bawah umur 18 tahun: Hanya penjaga yang sah yang telah memberi kebenaran semasa permohonan yang terdahulu dibenarkan membuat permohonan secara dalam talian. Penjaga yang sah perlu hadir di pejabat imigresen semasa pengambilan pasport tersebut. Jika penjaga tidak hadir bersama, pasport tersebut tidak akan diserahkan. Pemohon mesti memuatnaik gambar/foto bersaiz pasport yang terbaharu. Bayaran boleh dibuat menggunakan kad kredit/debit terus (FPX).  Kadar bayaran adalah seperti beriku  Permohonan Biasa 13 – 59 tahun : RM 200  Warga Emas (60 tahun keatas) : RM100 Pemohon perlu hadir sendiri untuk mengambil pasport dengan mengemukakan kad pengenalan, pasport sedia ada dan resit bayaran. Tiada wakil dibenarkan. Kegagalan mengemukakan dokumen atau hadir akan menyebabkan pasport tidak akan diserah. Pasport pembaharuan di dalam keadaan biasa sahaja Buku Pasport mestilah di dalam keadaan baik (tidak rosak ,berconteng, terkena air). Seseorang warganegara yang berada secara tidak sah mengikut undang-undang di luar negara adalah tidak layak untuk menggunakan kemudahan permohonan pasport dalam talian (MyOnline).  Keperluan Tambahan:
Sekiranya pemohon atau penjaga tidak hadir semasa kutipan pasport, pasport tersebut tidak akan diserahkan. Bagi pemohon di bawah umur 18 tahun perlu membawa sijil kelahiran dan penjaga yang sah yang telah memberi kebenaran perlu hadir bersama. Maklumat Lanjut & Pertanyaan Untuk sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut, sila layari portal rasmi Jabatan Imigresen Malaysia.
Untuk semakan dan pertanyaan status permohonan, klik: Pertanyaan Status Permohonan – Inquiry of the application status Untuk semakan status bayaran, klik: Pertanyaan Status Bayaran MyOnline Pasport – Inquiry of the MyOnline Pasport Payment Status. Untuk muat naik semula gambar, klik: Muat Naik Semula Gambar – Photo Re-upload Untuk muat naik semula dokumen sokongan, klik: Muat Naik Semula Dokumen Sokongan – Support Documents Re-upload FAQ: https://www.imi.gov.my/index.php/faq_bkpjim/bahagian-keselamatan-pasport/
Soalan Lazim Renew Pasport Online Apakah itu MyOnline Passport? MyOnline Passport adalah sistem permohonan pembaharuan pasport Malaysia secara dalam talian yang dibangunkan oleh Jabatan Imigresen Malaysia.
Siapa yang layak menggunakan MyOnline Passport? Pemohon berumur 13 tahun ke atas yang ingin memperbaharui pasport sedia ada dan memenuhi syarat tertentu, termasuk tidak hilang atau rosak dan memiliki dokumen lengkap.
Bagaimana cara membuat permohonan renew passport online? Lawati portal rasmi MyOnline Passport, lengkapkan borang, muat naik gambar, pilih pejabat koleksi, dan buat pembayaran secara online.
Apa dokumen yang diperlukan untuk renew passport? Foto bersaiz pasport berlatarkan putih, MyKad, pasport lama, dan dokumen sokongan jika perlu. Muat naik gambar dalam spesifikasi yang ditetapkan semasa permohonan.
Berapa kos pembaharuan pasport? RM200 untuk umur 13-59 tahun dan RM100 untuk warga emas 60 tahun ke atas. Bayaran perlu dibuat secara kad debit/kredit sahaja kerana pembayaran tunai tidak diterima.
Berapa lama masa yang diambil untuk renew pasport? Biasanya dalam masa satu hari bekerja, pasport akan siap dan boleh diambil di pejabat tertentu yang dipilih semasa permohonan.
Bolehkah saya hadir secara walk-in untuk renew pasport? Ya, tetapi lebih mudah dan pantas jika melalui permohonan dalam talian, kecuali jika perlu hadir bersemuka kerana syarat tertentu.
Apa yang perlu dibuat selepas permohonan selesai? Pemohon perlu hadir sendiri di pejabat imigresen semasa pengambilan pasport dan bawa MyKad, pasport lama, resit pembayaran, dan dokumen sokongan jika ada.
Bagaimana jika saya tidak menerima pasport selepas tempoh tertentu? Semak status di portal rasmi atau hubungi pejabat imigresen terdekat untuk maklumat lanjut dan tindakan Selanjutnya.
Adakah terdapat pengecualian tertentu renew passport online? Ya, pemohon bawah umur, warga emas, dan individu tertentu mungkin perlu hadir secara bersemuka, selain permohonan secara online. Pastikan syarat dan status permohonan diikuti dengan baik.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://ecentral.my/renew-passport/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=renew-passport

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Top Reasons Online Casino Malaysia Has Become A Preferred Choice For Gamblers

Top Reasons Online Casino Malaysia Has Become A Preferred Choice For Gamblers

papar berkaitan - pada 29/9/2025 - jumlah : 793 hits
The gaming culture in Malaysia has undergone an enormous change over the past decade The advent of casinos online in Malaysia has changed the way players enjoy entertainment They are no longer restricted by geography or time bound opening h...
Vape Online Malaysia Where To Buy Trusted Products

Vape Online Malaysia Where To Buy Trusted Products

papar berkaitan - pada 1/10/2025 - jumlah : 112 hits
Vape Online Malaysia The Smart Way to Shop for Vapes in 2025 Buying vape online in Malaysia has never been easier or more convenient Whether you re new to vaping or a seasoned user online platforms offer a wide range of devices flavours and...
Panduan Mudah Renew Mykad Rosak Secara Online

Panduan Mudah Renew Mykad Rosak Secara Online

papar berkaitan - pada 23/9/2025 - jumlah : 624 hits
Panduan Mudah Renew MyKad Rosak Secara Online MyKad adalah dokumen pengenalan diri utama bagi setiap warganegara Malaysia Ia bukan sahaja digunakan untuk pengesahan identiti malah berfungsi sebagai kunci kepada pelbagai urusan penting seper...
Hiburan Semua Restoran Kafe Ikea Malaysia Kini Sah Terima Pensijilan Halal Jakim

Hiburan Semua Restoran Kafe Ikea Malaysia Kini Sah Terima Pensijilan Halal Jakim

papar berkaitan - pada 25/9/2025 - jumlah : 926 hits
IKEA Malaysia mengesahkan bahawa semua rangkaian restoran kafe dan bistro mereka di seluruh negara kini mendapat pengiktirafan halal secara rasmi daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia Pensijilan ini mengukuhkan lagi keyakinan pelanggan t...
Malaysia Bersiap Sedia Ketuai Perbincangan Global Berkenaan Masa Depan Sosial

Malaysia Bersiap Sedia Ketuai Perbincangan Global Berkenaan Masa Depan Sosial

papar berkaitan - pada 25/9/2025 - jumlah : 682 hits
Malaysia Bersiap Sedia Ketuai Perbincangan Global Berkenaan Masa Depan Sosial KUALA LUMPUR Tumpuan dunia bakal terarah kepada Malaysia apabila Forum Keselamatan Sosial Dunia 2025 berlangsung di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur Forum lima hari ...
Rakyat Malaysia Type W Saja Yang Masih Kiok Issu Minyak 199

Rakyat Malaysia Type W Saja Yang Masih Kiok Issu Minyak 199

papar berkaitan - pada 25/9/2025 - jumlah : 576 hits
Media Indonesia lapor RON95 Malaysia turun harga netizen seberang terkejutSITI NUR ZAWANISeptember 24 2025Langkah terbaharu kerajaan Malaysia menurunkan harga petrol RON95 sehingga RM1 99 seliter mendapat perhatian media Indonesia dan mence...
Nestl Malaysia Yayasan Keamanan Global Sediakan Sumber Air Komuniti Orang Asli

Nestl Malaysia Yayasan Keamanan Global Sediakan Sumber Air Komuniti Orang Asli

papar berkaitan - pada 25/9/2025 - jumlah : 391 hits
Nestl Malaysia Yayasan Keamanan Global Sediakan Sumber Air Komuniti Orang Asli Bekalan air yang bersih dan selamat untuk diminum merupakan hak asasi manusia dan menjadi tunggak bagi membina komuniti yang lebih sihat dan berdaya tahan Dalam ...
Burger Sosej Dan Bebola Daging Sedia Dimakan Oleh Cp Foods Kegemaran Rakyat Malaysia Kini Di Lotus S

Burger Sosej Dan Bebola Daging Sedia Dimakan Oleh Cp Foods Kegemaran Rakyat Malaysia Kini Di Lotus S

papar berkaitan - pada 26/9/2025 - jumlah : 580 hits
Burger Sosej Dan Bebola Daging Sedia Dimakan Oleh CP Foods Kegemaran Rakyat Malaysia Kini Di Lotus s KUALA LUMPUR 25 September 2025 Lotuss Stores Sdn Bhd memperkenalkan pilihan kegemaran rakyat Malaysia iaitu burger sosej dan bebola daging ...
Lirik Lagu Mengukir Takdir The Helmis

Pokok Keledek Jepun Subur Di Pasu

Tia8king 31 Tia8king Top 54 By Delila

Sertifikasi Halal Dapur Mbg Salah Satu Kebutuhan Mendesak Yang Tak Bisa Diabaikan

Budak 2 Tahun Maut Dihempap Tiang Konkrit Pagar

Gsf Delegasi Malaysia Dijadual Berlepas Pulang Ke Tanah Air Isnin Ini

Sumbangan Asas Rahmah

Baj88thb 7 November Baj88thb Top 92 By Emery


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Pemuda Pkr Harus Fikir Bina Negara Untuk Palestin

Polis Mohon Bantuan Orang Ramai Salur Maklumat Kemalangan Maut Di Sungai Lokan

Seorang Lagi Mangsa Kemalangan Plaza Tol Bukit Kajang Meninggal Dunia Polis

Assault At Industrial Training Institute An Old Case Says Labour Dept

Malaysians Wonder If Selangor S Planned Heroic Homecoming For Gsf Volunteers Is Justified

Alasan Kenapa Postingan Di X Kini Jarang Pakai Tagar