Rendang Tok Negeri Perak Resepi Mak Mentua


Selamat Hari Raya Aidil Fitri dicucapkan kepada semua pembaca. Maaf zahir batin jika ada salah silap Kekny sepanjang menulis blog disini. Anyway nak share resepi Rendang lah kalau raya ni kan. Wajib kena share walaupun Kekny tahu ramai yang dah tahu masak rendang sendiri tapi Kekny suka tengok resepi rendang orang lain dan suka tambah itu ini. Ibaratnya rendang ni memang ada resepi tersendiri tapi kadang kadang kita pun ada versi kita sendiri yang selalu kita buat kita rasa sedap, family pun suka jadi buat je lah kan macam mana pun. Ok lah berbalik kepada Rendang ni Kekny nak share resepi Rendang Tok Mak Mentua Kekny yang sangat lah sedap. Rendang Tok ni bagi yang tak tahu ialah masakan rendang yang terkenal di negeri Perak. Walaupun banyak versi dan rupa rendang ni, Kekny rasa resepi yang mak mentua Kekny selalu buat ialah yang paling sedap dan asli. Ok jom Kekny share resepi Rendang Tok Asli Negeri Perak ini


Resepi Rendang Tok Asli Negeri PerakMak Mentua Kekny sangat terkenal dengan keenakan Rendang Tok di Kampung beliau iaitu Kampung Piandang Lama, Siputeh Perak. Selalu kalau dia masak, mesti ramai yang akan menempahnya. Kekny juga berpeluang melihat sendiri cara masak Rendang Tok ni dan merasa keenakan Rendang Tok yang baru dimasak panas panas lagi tau! Rasa dia memang sedap dengan daging lembut tapi pejal tak hancur ye, kuahnya tak terlalu basah, kering dan berserbuk dan paling sedap rasa ketumbar berselang seli dengan rasa 'awas awas' yang dimasak lama sampai mesra jadinya. Awas = bahan ramuan yang dipotong nipis
Ini bahan yang Kekny gunakan untuk buat Rendang Tok ikut resepi Mak Mentua. Sukatan mak mentua bagi agak agak tapi ada panduanya

Macam ni, untuk sekilo daging, bawang 1 mangkuk penuh dihiris nipis. Bahan lain seperti halia dan bawnag putih tak penuh mangkuk juga dihiris. Serai dan lengkuas sukatan juga tak penuh mangkuk, dikisar bersama air dan ditapi lalu diperah dan diambil hampasnya

Jadi kesimpulanya bawang merah kena lebih banyak dari bahan bahan lain lah ya.


Ketumbar kena guna biji ketumbar yang dikisar kering. Goreng dulu ya nak bagi wangi


Begitu juga cili kering kena dikisar halus secara kering dan baru masuk dalam santan bercampur awas dan serbuk ketumbar tadi


Jom tengok video lah senang Kekny share di You Tube.. cara penyediaan. Resepi penuh dibahagian bawah entry ni ye


Kena masak lama lama sampai kering dan berserbuk. Sebab tu namanya Rendang Tok! Lama nak masaknya sampai beruban! hehehe Saya pernah kongsikan tutorial nak masak ni kat ENTRY SINI

Alhamdulillah walau tak berapa sempurna serbuk dan awas rendang ni, rasa dia sedap sangat!!


RESEPI RENDANG TOK NEGERI PERAKBahan-bahan1.5 kg daging dihiris ketulan besar1 mangkuk bawang merah dihiris nipis3/4 mangkuk bawang putih dihiris nipis3/4 mangkuk halia dihiris nipis1/3 mangkuk serbuk cili dari cili kering yang dijemur dan dan disangai atau panggang dalam oven sampai garing (jangan hangus) - buat sendiri ya kalau guna yang siap kisar baunya tak sedap1/3 mangkuk ketumbar disangai dan di kisar kering800gm santan atau cukupkan 1kgDaun kunyit dicarik kasar (jangan potong halus)3 sudu besar kerisik1 ketul gula kabung ( ikut nak manis macam mana)1 sudu kecil belacanGaram Gula secukup rasa
Bahan kisar dengan air dan ditapis dan perah. Ambil hampas sahaja.3/4 mangkuk serai dipotong3/4 mangkuk lengkuas
Cara masak :Dalam kuali asing, panaskan daging sekejap untuk keluarkan air daging. Dah nampak keluar air, asingkan air. Air daging tu boleh simpan buat stok masakan ya

Dalam kuali lain, masukkan santan panaskan. Kalau santan jenis cair beriair boleh masak sekejap bagi santan tu pekat
Masukkan bawang merah, bawang putih, halia dan bahan kisar
Masukkan serbuk cili dan ketumbar
Masukkan daging yang dibuang airnya tadi
Biar mendidih dan mereneh hingga daging empuk. Santan tu kalau kering dan daging belum empuk boleh tambah santan. Tambah santan saja jangan tambah air

Agak dah daging empuk boleh masukkan  belacan, gula kabung, daun kunyit dan kerisik. Tambah garam dan gula jika perlu

Sambung masak sambil kacau sehingga rendang betul kering dan berserbuk. 






Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.enyabdullah.com/2020/06/rendang-tok-negeri-perak.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Resepi Nue Nam Tok Kerabu Daging Pedas Makan Begitu Saja Pun Ok

Resepi Nue Nam Tok Kerabu Daging Pedas Makan Begitu Saja Pun Ok

papar berkaitan - pada 23/8/2020 - jumlah : 488 hits
Resepi Nue Nam Tok Kerabu Daging Pedas Makan Begitu Saja Pun OKRamai yang dah makan kata resepi ini memang sedap Jadi tak salah kalau kita mencubanya sendiriSaya nak bagi resepi Nue Nam Tok harini Jemput la cuba ye Insyaallah sedap Nue Nam ...
Hari Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2019 Jakoa Negeri Perak

Hari Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2019 Jakoa Negeri Perak

papar berkaitan - pada 6/8/2020 - jumlah : 632 hits
Hai sahabat rose semua doa rose moga sahabat semua sentiasa dalam lindungan Allah dan sihat selalu Rindunya dah lama sangat ros tak berblog Sebenarnya mood nak menulis blog dah hilang ke laut kang entah apa2 pulak yang rose taip nanti kann ...
Resipi Rendang Daging Cili Api Negeri Sembilan

Resipi Rendang Daging Cili Api Negeri Sembilan

papar berkaitan - pada 24/8/2020 - jumlah : 406 hits
RENDANG DAGING CILI API NEGERI SEMBILAN Negeri Sembilan adalah negeri yang masih mengamalkan Adat Perpatihnya dan mereka dibahagikan mengikut Luak Luak daerah Selain daripada menitikberatkan Adat tradisi mereka dalam adat adat keramaian kek...
Cikgu Kongsi Rahsia Resepi Kerutuk Kelantan Sama Rasa Dengan Kerutuk Atas Pasar Siti

Cikgu Kongsi Rahsia Resepi Kerutuk Kelantan Sama Rasa Dengan Kerutuk Atas Pasar Siti

papar berkaitan - pada 18/8/2020 - jumlah : 408 hits
Cikgu Kongsi Rahsia Resepi Kerutuk Kelantan Sama Rasa Dengan Kerutuk Atas Pasar SitiJangan tidak bagi peminat masakan kerutuk kena cuba juga ye Dulu cikgu nak tahu sangat rahsia nak masak gulai kerutuk tersedap Orang Kelantan memang tersoho...
Resepi Ikan Siakap Masak Stim

Resepi Ikan Siakap Masak Stim

papar berkaitan - pada 17/8/2020 - jumlah : 636 hits
Assalamualaikum semua Salam Jumaat Salam penghulu segala hari Cik Ila berpeluang untuk bersiaran hari ni Jadinya Cik Ila nak share resepi ikan siakap masak stim yang dah dua kali Cik Ila masak minggu ni Nak buat macam mana Bila hobi cik sua...
Resepi Pulut Panggang Serunding Kelapa

Resepi Pulut Panggang Serunding Kelapa

papar berkaitan - pada 18/8/2020 - jumlah : 330 hits
Tak ramai orang sekarang suka dengan kuih kuih orang lama Pulut panggang antara favourite umi dan susah juga nak cari yang kena dengan tekak umi Memang sedap dan The post appeared first on
Resepi Ayam Penyet Dan Sambal Penyet Yang Mudah Tapi Sedap Sangat

Resepi Ayam Penyet Dan Sambal Penyet Yang Mudah Tapi Sedap Sangat

papar berkaitan - pada 19/8/2020 - jumlah : 448 hits
Dulu saya tertanya tanya apakah specialnya Nasi Ayam Penyet ni Sebab jika tengok hidanganya per set ada nasi putih biasa ayam goreng ulam dan sambal Tapi bila pertama kali merasainya saya sudah jatuh cinta dengan keenakan ayam goreng yang g...
Resepi Boat Noodle Halal Dan Sedap

Resepi Boat Noodle Halal Dan Sedap

papar berkaitan - pada 19/8/2020 - jumlah : 260 hits
Mesti ramai yang suka makan Boat Noodle kan Selain harganya murah ramai suka boat noodle ni sebab rasanya yang light dan tak terlalu sarat Sebab tu hangpa boleh makan bermangkuk mangkuk boat noodle ni Sebenarnya tak susah mana pun nak masak...
3 Resepi Sagu Sedap

3 Resepi Sagu Sedap

papar berkaitan - pada 19/8/2020 - jumlah : 385 hits
Hai Hangpa mesti sekarang tengah dalam rumah semuanya kan sebab mejalani Perintah Kawalan Pergerakan PKP atau ada yang panggil MCO di Malaysia ni Kekny doakan semoga virus Covid 19 ni akan lupus dan kita semua selamat dari virus ni Ok kali ...
Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Major Projects Will Make Sarawak An Asian Economic Force Says Premier

Police Arrest Two Over Fight Between Football Fans At Lrt Station

Kural Vista A Luxurious Waterfront Villa By Saota On Palm Jumeirah Dubai

Kawal Alergik Bila Alahan

Indah Delvia Tacilak Di Nan Rami Chord

Merry Christmas 2024


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


How To Plan A Stress Free Family Vacation

Wan Rosdy Insentif Kecemerlangan Pendidikan Kerajaan Pahang Sedia Peruntukkan Sebanyak Rm1 Juta

Keropok Ikan Tamban Trengganu Nipis Dan Sedap

Tapau Mfc Fried Chicken

Yuzu Cha

Usah Terikut Ikut Provokasi Pihak Tertentu Pertikai Pelantikan Tun Musa