Resepi Ikan Siakap Masak Stim
Assalamualaikum semua
Salam Jumaat, Salam penghulu segala hari
Cik Ila berpeluang untuk bersiaran hari ni. Jadinya, Cik Ila nak share resepi ikan siakap masak stim yang dah dua kali Cik Ila masak minggu ni.
Nak buat macam mana? Bila hobi cik suami memancing dan setiap kali pergi mesti bawa balik sama ada ikan siakap atau ikan jenahak atau pun ikan kaci. Hahaha... Cik Ila layan kan aje. Seminggu atau dua minggu sekali je dia dapat pegang pancing :)
Cik Ila lupa dah ambil resepi ni dekat mana. Tapi mudah je.
Bahan-bahan Ikan Siakap Masak Stim:
1. Ikan Siakap yang dah dicuci bersih.
2. Bawang besar - dihiris
3. Halia - dihiris
4. Air limau nipis
5. Garam
6. Sayuran - lobak dan bunga kobis.
Caranya:
1. Letak ikan atas kertas aluminium.
2.Lumur garam dan perahan air limau pada ikan. Taburkan hirisan bawang dan halia. Cik ila letak juga pada bahagian dalam perut ikan.
3. Letakkan hirisan sayur.
4. Kukus sampai ikan masak
Untuk kuahnya pula
Bahan-bahan:
1. Bawang besar - dihiris2. Halia - dihiris3. Serai - diketuk4. Sos tiram5. Sos ikan6. Limau nipis7. Cili - kalau suka pedas noleh potong halus2. Anak-anak Cik Ila memang tak makan pedas. Jadi, tak boleh nak potonglah
8. Tepung jagung 9. Air
Caranya:
1. Masukkan sedikit minya untuk menumis ke dalam kuali
2. Tumis bawang, halia dan serai
3. Masukkan sos tiram, sos ikan, cili dan air. Biar mendidih
4. Masukkan hirisan perahan air limau nipis. Cik ila potong je. 5. Masukkan air tepung jagung. 6. Perasakan dengan garam
Bila dah siap, letakkan ikan yang telah siap dikukus tadi ke dalam pinggan. Tabur daun ketumbar di atas ikan dan tuang kuah di atasnya
Taraa... dah siap. Makan dengan nasi padas. Memang bertambahlah. Ada menu ni, satu hidangan pun dah cukup. Nyum nyum nyum
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://cikilamenari.blogspot.com/2019/10/resepi-ikan-siakap-masak-stim.html