Resepi Ayam Penyet Dan Sambal Penyet Yang Mudah Tapi Sedap Sangat
Dulu saya tertanya-tanya apakah specialnya Nasi Ayam Penyet ni? Sebab jika tengok hidanganya per set ada nasi putih biasa, ayam goreng, ulam dan sambal. Tapi bila pertama kali merasainya, saya sudah jatuh cinta dengan keenakan ayam goreng yang garing di luar dan berjus didalam, dilawankan pula dengan sambal penyet pedas berdesing dan lengkap dengan semangkuk kecil sup panas dan ulam ulam yang rangup lagi segar. Aduh pertama kali menikmati, saya berjanji saya akan buat dan masak ayam serta sambal penyet ni suatu hari nanti
Ayam Goreng Penyet Yang Garing!Ayam Goreng Penyet ciri cirinya kena digoreng garing sangat bahagian luar dan isi dalam masih berjus. Dulu saya ingatkan gorengnya macam ayam goreng biasa sahaja. Rupanya ada teknik tertentu. Ayam mestilah direbus dengan bumbu bumbu (rempah ratus) nya. Biar meresap kedalam isi ayam. Selalunya lepas ayam masak, dikeluarkan dari air rebusan, bumbunya direbus lagi hingga kering airnya dan kemudian digoreng garing dijadikan taburan rangup atas ayam. Ayam pula harus ketulannya besar besar, lepas digoreng dipenyet penyet dengan lesung supaya senang nak carik isinya untuk dimakan.
Cumanya versi saya agak mudah. Saya tak buat bumbunya kering. Biasalah malas nak masak lama lama. Dan disebabkan saya beli ayam dah siap potong kecil maka saya tak lah penyet ayam tu lepas digoreng. Ha terpulang pada citarasa masing masing lah ya!
Ayam yang direbus tadi kita campur dengan tepung gandum dan beras dan campur air rebusan untuk buat sadurannya. Baru sedap kejadian ayam goreng yang berasa rempah didalam ayam dan pada saduran tepung rangup ayam. Aduhaiii sedappp
Resepi dan cara penyediaan ayam goreng penyet boleh tengok di video kat You Tube ya seperti di bawah
Sambal Ayam Penyet Yang Sedap dan Mudah DisediakanUntuk sambal pula, alhamdulillah kali ini menjadi elok sambalnya. Kena goreng cilinya dua kali. Iaitu sebelum dikisar dan selepas dikisar digoreng sekali lagi hingga pecah minyak. Baru nampak sambal merah elok warnanya.
Ok bagi yang nak belajar cara buat sambal boleh tengok caranya di video kat You Tube Eny Abdullah dibawah ni. Jangan lupa subscribe channel Eny Abdullah ya..
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.enyabdullah.com/2020/07/ayam-penyet-sambal-penyet.html