Rendang Pedas Ayam A Keeper Recipe



Sejak beberapa hari ini saya terfikir tentang feedback yang diberi oleh seseorang yang katanya follower saya di Instagram ramai tetapi enggagement rate saya sangat rendah. Ia bermakna follower yang klik dan like setiap pos saya di IG tidak ramai. 
Saya tertanya tanya juga kenapa jadi begitu. Adakah kerana follower saya semua wanita yang telah berumahtangga atau yang berusia yang melihat Instagram hanya untuk mencari resepi atau sekadar melihat sahaja. Kebiasaannya yang banyak klik like dan komen ialah golongan muda.
Anak saya selalu mengusik katanya yang follow mama semua dah aunty aunty. Saya pulak menjawab, kalau ikutkan follower saya terdiri dari pelbagai peringkat usia dari yang masih menuntut sehingga yang baru mendirikan rumahtangga, hatta wanita yang berusia juga.
Hmm saya disarankan membuat video yang lebih menarik. Pada pendapat saya, yang menonton video yang menarik mungkin golongan muda tetapi yang membeli dan memasak ialah kaum wanita dan mak mak juga. 
Sebenarnya agak mengejutkan dan membuatkan saya rasa terharu bila saya menanya di Instagram kenapa perkara ini terjadi. Ramai follower yang memberi komen sehingga melebihi 300 komen dan yang like juga melebihi 10 ribu. Alhamdulillah, rupanya masih ramai yang mengikuti pos saya. 
Sebenarnya tak terkejar jika kita ingin mengikuti kemajuan teknologi digital dan socia media. Mungkin saya tidak perlu untuk mengikut rentak orang lain. Biarlah saya menjadi diri saya sendiri. Matlamat saya pun mungkin berbeza dengan matlamat orang lain. 

Sekarang kita masuk bab resepi hari ini iaitu rendang ayam. iRendang ayam adalah salah satu masakan baru dalam hidup saya. Saya mula makan hanya setelah berkahwin. Saya tidak pernah tengok pun orang Kelantan memasak rendang pada zaman saya di kampung dahulu. Mungkin bukan orang kampung saya lah.
Memasak rendang sangat mudah dan sangat cepat sebenarnya. Tetapi cabarannya ialah untuk menghasilkan rendang yang bukan sahaja sedap tetapi cantik kejadiannya. 
Terus terang, saya sebenarnya agak tidak berpuashati dengan kejadian rendang saya hari ini. Saya menggunakan santan segar yang baru diperah. Jadi sepatutnya ia akan terbit minyak dengan cantik. Tetapi entah kenapa, hasilnya jadi seperti kita menggunakan santan kotak pula. Saya mesej menanya penjual santan dan diberitahu katanya santan dari kelapa yang agak muda.
Sebenarnya kalau kita menggunakan santan kotak, rendang lebih cantik jika bahan bahan kisar ditumis dahulu. Jadi rendang akan cukup minyaknya. Tapi apa apa pun, resepi rendang ini adalah resepi yagn kerap saya gunakan. Jika diperhatikan, saya tidak memasukkan bawang putih dan gula. Tapi jika suka, boleh sahaja anda memasukkannya.  
Jom layan resepi dan cara penyediaannya di bawah ini. Jangan lupa klik iklan di blog saya dan subscribe Azie Kitchen Youtube Channel di SINI. Selamat mencuba...


Rendang Pedas AyamOleh: Azie Kitchen 
Bahan bahan:1 ekor ayam½ kg santan 5 sudu besar goreng 1 sudu besar kerisik 2 keping asam keping2 helai daun kunyit - hiris½ sudu besar garam kasar atau secukup rasa
Bahan kisar:2 inci halia - 25 gram1 ½ inci kunyit hidup - 10 gram4 biji bawang besar - 170 gram5 biji bawang merah - 50 gram4 batang serai3 sudu besar penuh cili - 120 gram
Cara cara;Masukkan semua sekali bahan (kecuali kerisik, asam keping dan garam) ke dalam kuali dan masak sehingga rendang kering yang disukai. 

Masukkan asam keping dan garam. Jika suka, boleh masukkan sedikit gula. Masak sehingga kering yang kita sukai.
Setelah terbit minyak, masukkan kerisik dan kacau rata.
Akhir sekali, tabur daun kunyit yang dihiris halus. Kacau rata dan boleh lah tutup api.



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.aziekitchen.com/2020/11/rendang-pedas-ayam-keeper-recipe.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Resepi Rendang Ayam Mudah Dan Sedap Dimakan Bersama Pulut Kuning

Resepi Rendang Ayam Mudah Dan Sedap Dimakan Bersama Pulut Kuning

papar berkaitan - pada 29/11/2020 - jumlah : 2086 hits
As Salam Resepi Rendang Ayam Mudah Dan Sedap Dimakan Bersama Pulut Kuning Alhamdullillah Masak rendang ayam dan pulut kuning di rumah saya bukanlah suatu yang biasa atau rutin Rendang ayam dan juga pulut bukanlah favourite anak anak saya wa...
Hidangan Hari Sabtu Rendang Ayam Dan Mee Kari

Hidangan Hari Sabtu Rendang Ayam Dan Mee Kari

papar berkaitan - pada 22/11/2020 - jumlah : 620 hits
Sambil melayan qualifying Moto GP sambil tu menaip untuk entri santai santai di malam minggu ni Tak sempat nak update awal harini serba sibuk sebab terajin punya pasal kan Tengahari dah sibuk kat dapur masak rendang ayam Inilah rupa rendang...
Asam Pedas Ayam Lada Hitam Geng Nya Di Hari Ke 4 Pkpb 2 0

Asam Pedas Ayam Lada Hitam Geng Nya Di Hari Ke 4 Pkpb 2 0

papar berkaitan - pada 13/11/2020 - jumlah : 606 hits
Assalamualaikum RINDU betul nak makan nasi berlaukkan Asam Pedas Ayam Masakan sendiri Kalau ikutkan orang Johor masak asam pedas wajib ada daun kesom tapi memang dah tak ada menanam pokok kesom dan malas pulak nak mencari daun kesom di keda...
Nasi Ayam

Nasi Ayam

papar berkaitan - pada 23/11/2020 - jumlah : 418 hits
Nasi ayam sekali harung katanya sejak jumpa ig superdaddy ni banyak pulak resepi yang kak rose nak cuba memang tabik sungguh lah dengan dia ni yang bukan saja pandai masak malah presentation dia juga sangat vouge memang layak lah gelaran su...
Wabak Selesema Burung Melanda Belanda Hapus 190 000 Ayam

Wabak Selesema Burung Melanda Belanda Hapus 190 000 Ayam

papar berkaitan - pada 23/11/2020 - jumlah : 340 hits
Wabak selesema burung melanda Belanda hapus 190 000 ayam nbsp Dikemas kini 2 jam yang lalu Diterbitkan pada 22 Nov 2020 11
Pengusaha Kantin Sekolah Terpaksa Jual Ayam Sotong Crispy Untuk Teruskan Hidup

Pengusaha Kantin Sekolah Terpaksa Jual Ayam Sotong Crispy Untuk Teruskan Hidup

papar berkaitan - pada 22/11/2020 - jumlah : 490 hits
Zaidah kini menjalankan perniagaan ayam dan sotong crispy di rumahnya Matanya bergenang bila ditanya bagaimana keadaannya sekarang sejak Perintah Kawalan Pergerakan dilaksanakan Katanya Susah untuk diungkap payah untuk diceritakan Berat bah...
Resepi Ayam Masak Kicap Berkuah Pekat

Resepi Ayam Masak Kicap Berkuah Pekat

papar berkaitan - pada 22/11/2020 - jumlah : 754 hits
Kali terakhir saya makan ayam masak cara kicap kuah pekat ni masa balik kampung sebelum PKPB dekat Bangi Square Makan di gerai 3 Budak Gemok dan memang sedap rasanya Pelanggan pun ramai serta kena beratur panjang juga Rindu pula nak ke Bang...
Uniknya Anak Ayam Berkaki Satu

Uniknya Anak Ayam Berkaki Satu

papar berkaitan - pada 23/11/2020 - jumlah : 378 hits
Roselan Ab MalekTemerloh Dua beradik terkejut apabila mendapati seekor anak ayam dipelihara mereka di Kampung Huma Luas Kerdau di sini hanya mempunyai satu kaki Puteri Qaseh Qistina Fahmie 12 dan adiknya Nur Fariesha Fahmie 6 menyedari perk...
Ayam Masak Lemak Cili Api Lauk Lunch Kami

Ayam Masak Lemak Cili Api Lauk Lunch Kami

papar berkaitan - pada 22/11/2020 - jumlah : 1377 hits
Ayam Masak Lemak Cili Api Lauk Lunch Kami Salam tengahari minggu hari Ahad masa kita bersantai bersama family tersayang Masak apa hari ini Masak western atau menu masakan melayu Atau nak yang simple je masak sup Ringkas dan segar kan Lepas ...
The Prophet By Kahlil Gibran

Kahlil Gibran In The Eyes Of Ibnu Arabi

Full Acquisition Of Genting Malaysia For Rm6 7 Bil Will Bolster Global Gaming Expansion

Let Gang Rape Suspects Take Spm After Trial Says Maria

Wan Saiful Saya Terima Surat Pemecatan Malam Tadi Surat Tidak Disertakan Alasan Terperinci Punca Dipecat

Ingin Jadi Content Creator Yang Bagus

The Invisible Battle When Emotional Abuse Hides In Plain Sight

Ref Gio Rural Lucas Fernandes Arquitetos Itajobi S O Paulo Brazil


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Penggunaan Ayat Call To Action Dalam Kempen Pemasaran Beserta Contoh

Eu Asean Komited Perkasa Pendidikan Tinggi Tumpu Pembangunan Bakat Amp Kemahiran

Siasat Dakwaan Pelajar Tikam Berulang Kali Kerana Cinta Tak Dibalas

Jiran Dengar Jeritan Sebelum Dua Beradik Ditemukan Maut

Hydrohaptics Revolutionizing User Interaction With Fluid Based Feedback

Ini Kesan Buli Di Sekolah Langkah Atasi