Rempah Ratus Mak Siti Pilihan Utama Pelbagai Jenis Masakan


Bersempena dengan musim perayaan, pastinya aktiviti masak memasak merupakan aktiviti utama pada musim perayaan untuk dijadikan sebagai hidangan pada hari raya dan juga untuk disajikan kepada tetamu-tetamu yang datang berkunjung


Apabila melibatkan aktiviti memasak, rasa sesuatu masakan yang sedap itu adalah yang paling menjadi keutamaan. Nak hidangkan makanan pada tetamu yang datang, mestilah nak yang sedap-sedap bukan. Untuk kelazatan rasa setiap masakan, pilihan rasa rempah yang asli tanpa campuran bahan pengawet dan tanpa MSG adalah penting. Rasa sedap dan penjagaan kesihatan itu, mestilah seiiring kerana kebanyakan penyakit berpunca daripada makanan. kebanyakan penyakit berpunca dari apa yang kita makan. Oleh itu, pemilihan rempah untuk memasak pun mestilah yang asli dan sihat juga


Hidangan wajib ada pada Hari Raya Aidilfitri semestinya rendang. Untuk masakan rendang, saya menggunakan serbuk kunyit Mak Siti kerana keaslian rasa kunyitnya membangkitkan lagi rasa keenakan rendang warisan keluarga. 

Bagi yang ingin mengadakan acara rumah terbuka atau makan-makan dan berhajat untuk menyediakan rendang pada tetamu yang datang, bolehlah mencuba rempah rendang keluaran Mak Siti. Rempah Rendang Mak Siti, pasti tidak mengecewakan tuan rumah dan tetamu yang hadir. Cepat dan memudahkan tuan rumah




dapat melihat hasil tanaman di ladang Nasuha dari dekatBeberapa tahun kebelakang, nama Mak Siti sangat asing bagi saya dan keluarga. Tidak pernah tahu dan tidak pernah mendengarnya sehinggalah satu kelab di universiti tempat saya belajar, melakukan lawatan industri melawat Ladang dan Kilang Rempah Ratus Nasuha yang terletak di Pagoh, Johor. Ladang dan kilang milik rempah jenama Mak Siti. Di situ saya dan rakan-rakan di bawa melawat mengelilingi ladang Nasuha. Sangat besar. Untuk pengetahuan semua, Ladang Nasuha ini pernah dinobatkan sebagai Malaysian Guiness Book of Record 2014 sebagai ladang herba terbesar di Malaysia yang mempunyai hampir 6000 spesies rempah ratus dan herba. Ladang dan Kilang Rempah Ratus Nasuha yang terletak di Batu 12, Jalan Muar-Pagoh, Muar, Johor yang mempunyai keluasan seluas 3200 ekar ini juga telah mendapat pengiktirafan oleh The Malaysia Book of Records (MBR) sebagai The Largest Herbs & Spices Plantation



Selain ladang dan kilang, Mak Siti juga ada mengusahakan sebuah restoran. Restoran yang masakannya menggunakan rempah ratus Mak Siti sendiri yang terhasil dari ladang dan kilang Nasuha tersebut. Ketika melakukan kunjungan ke ladang dan kilang Nasuha ini, sebelum berangkat balik, kami dihidangkan dengan juadah di restoran milik Mak Siti itu. Rasa makanannya sangat enak dan kami juga dihidangkan dengan pelbagai jenis teh herba. Bagi mereka yang menyukai herba seperti saya, pasti akan menyukai kepelbagaian teh yang disediakan di situ. Menariknya ketika memasuki kawasan restoran tersebut, restoran tersebut dipenuhi dengan orang-orang Cina. Tidak hairan lagi kalau orang Cina ramai di situ memandangkan di situ disediakan makanan yang sihat dan penuh dengan herba. Pelancong-pelancong asing juga tidak terkecuali memenuhi ruang restoran tersebut untuk merasa keenakan masakan dan keaslian rempah-rempah di situ



Sebelum pulang, sempat juga saya memborong beberapa paket besar rempah Mak Siti yang di dalamnya mengandungi pelbagai jenis rempah ratus seperti rempah sup, rempah sup soto, rempah sup tulang, rempah sup punjut, rempah sup ikan, serbuk kunyit, rempah kari daging, rempah kari ikan, rempah kurma, rempah rendang, rempah masak kicap daging, rempah masak kicap ikan, rempah kari makanan laut, rempah sup kepala ikan dan lain-lain lagi. Macam-macam lah ada. banyaklah juga memborongnya sebab nak bagi kat keluarga. Lagi satu, sebab teruja dekat Malaysia ada tempat macam tu


Dari situlah saya mula mengenali rempah Mak Siti. Buat balik rumah, dah cuba masak dengan semua jenis rempah Mak Siti tu, memang tak dinafikan lagi. Memang sedap. Lepas dari itu, mak memang cari rempah Mak Siti je, tak cari rempah lain dah. Tapi masa tu rempah Mak Siti tak meluas lagi. Payah nak cari. Sekarang alhamdulillah, dah banyak ada di pasaran. Dan yang terbaru, rempah Mak Siti dikeluarkan dalam betuk botol pula. lagi mudah nak simpan atau bawa travel

Antara sebab rempah Mak Siti menjadi pilihan ramai adalah:- keenakan dan keunikan rasa rempahnya- tanpa MSG dan tanpa perwarna tiruan- versi botol memudahkan untuk simpan dan di bawa ke mana-mana
Terima kasih Mak Siti memudahkan urusan masakan kita setiap hari. Selamat Hari Raya Aidilfitri saya ucapkan kepada semua








 

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://soobeey.blogspot.com/2019/06/rempah-ratus-mak-siti-pilihan-utama.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Rempah Mak Siti Pilihan Hati Setiap Surirumah

Rempah Mak Siti Pilihan Hati Setiap Surirumah

papar berkaitan - pada 10/6/2019 - jumlah : 589 hits
Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera Selamat Hari Raya buat semua kenalan dan readers sekalian Masih dalam mood raya ke tu Bila tiba hari raya mesti pelbagai juadah disediakan kan Apa menu kengkawan semua dihari raya untuk keluarga dan tetam...
Rempah Ratus Mak Siti Segar Dari Ladang Disebalik Kejayaan

Rempah Ratus Mak Siti Segar Dari Ladang Disebalik Kejayaan

papar berkaitan - pada 10/6/2019 - jumlah : 862 hits
Assalammualaikum Pernah dengar Kaki Masak atau Kaki Dapur confirm pernah dengar tentang rempah ratus dari Pagoh Johor Bahru ni 40 tahun dalam pasaran ia merupakan salah satu jenama produk yang wajib ada di dapur kerana kelainan rasa yang be...
Rempah Ratus Mak Siti Kisah Disebalik Kejayaan

Rempah Ratus Mak Siti Kisah Disebalik Kejayaan

papar berkaitan - pada 11/6/2019 - jumlah : 1020 hits
Assalamualaikum Musim raya nie mesti ramai yang hidangkan makanan masakan selain kuih raya Kalau hendak makan lemang mesti ada rendang Kalau hendak makan mee kari mesti ada kuah karinya Kalau hendak hidangkan Soto Ayam mesti ada sup soto Se...
Kisah Disebalik Kejayaan Rempah Ratus Mak Siti

Kisah Disebalik Kejayaan Rempah Ratus Mak Siti

papar berkaitan - pada 10/6/2019 - jumlah : 1201 hits
Kisah Disebalik Kejayaan Rempah Ratus Mak Siti Dulu kinah ni agak setia dengan satu jenama rempah ratus ni Iyelah selalu ikut mak pergi ke kedai dan ke pasar confirm beli jenama tu je la Kite yang anak ni ikut je apa yang mak beli Tapi seja...
Kisah Kejayaan Rempah Ratus Mak Siti

Kisah Kejayaan Rempah Ratus Mak Siti

papar berkaitan - pada 11/6/2019 - jumlah : 923 hits
Masakan Mudah Dan Sedap Dengan Rempah Ratus Mak Siti Hai Korang Selamat Hari Raya Maaf Zahir Dan Batin Lama cuti bermakna lama lah blog tak update Raya sakan katakan hihi So macam mana dengan raya korang Pasti sakan juga kan Oh yer bila ber...
Rempah Mak Siti Merentasi Generasi Rempah Ratus Yang Dipercayai

Rempah Mak Siti Merentasi Generasi Rempah Ratus Yang Dipercayai

papar berkaitan - pada 12/6/2019 - jumlah : 723 hits
Hai semua belum terlambat lagi rasanya nak mengucapkan Selamat Hari Raya dan Maaf Zahir Batin pada semua kawan kawan dan follower El El dah start kerja hari ini Korang masih bercuti ataupun baru start bercuti Malam raya El dah start demam M...
Nasi Beriani Gam Hanya Guna Rempah Mak Siti

Nasi Beriani Gam Hanya Guna Rempah Mak Siti

papar berkaitan - pada 30/5/2019 - jumlah : 1429 hits
NASI BERIANI GAM HANYA GUNA REMPAH MAK SITINie resipi utk makan lebih kurang 10 12 org
11 Manfaat Rempah Ratus Di Dalam Masakan

11 Manfaat Rempah Ratus Di Dalam Masakan

papar berkaitan - pada 13/6/2019 - jumlah : 429 hits
Manfaat rempah ratus dalam masakan tidak dapat dinafikan lagi Kegunaannya begitu meluas terutamanya dalam masakan orang Asia termasuk Malaysia KLIK UNTUK BACA SEPENUHNYA 11 Manfaat Rempah Ratus Bahan Penyedap Makanan Semulajadi
Sup Tulang Merah Bonda Menggunakan Rempah Sup Mak Siti

Sup Tulang Merah Bonda Menggunakan Rempah Sup Mak Siti

papar berkaitan - pada 10/6/2019 - jumlah : 793 hits
Assalammualaikum Dunia Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin Tiap kali pi Johor Pak Faiq dok menyebut je tempat makan mana yang jual Sup Tulang Merah puas menggoogle tapi still tak jumpa Last last Mak Tok bagitau kawan dia masak Sup Tulang...
Cops Probe Videos Offering Illegal Entry Into Malaysia

Smart Furniture Storage Tips For Home Renovations

Zaid Warns Against Umno Going Back To Old Election System

Buaya Mirip Godzilla Dirakam Seorang Peminat Buaya

Semangat Aja Nggak Cukup Ikuti Panduan Ini Buat Hadapi Tim Lebih Kuat Di Ranked Match Mobile Legends

Penang S Mega Transport Plans Where Is The State Going To Find Rm25bn

Lirik Lagu Lebih Dari Rindu Maulana Ardiansyah Ft Alyssa Dezek

Nasihat Berguna Untuk Selesa Hari Tua Dengan Wang Kwsp


echo '';
5 Undang Undang Aneh Berkait Bendera Kebangsaan di Seluruh Dunia

Benarkah Kajian Sains Membolehkan Gigi Manusia Tumbuh Selepas Hilang

4 Puncak Tertinggi Negara Dunia Yang Paling Ketot Saiznya

8 Barangan Unik Yang Dinamakan Sempena Nama Manusia

Biodata Mia Ghazali Atlet Muay Thai Adik Beradik Kepada Johan Ghazali Jojo Miki Elias


Hantar Anak Bulu Vaksin Kali Pertama

Rumusan Kurikulum Persekolahan 2027

Jalan Jalan Cari Makan Jom Cuba Sizzling Yee Mee Kat Lotus Lukut Port Dickson

Pas Sudah Terdesak Sanggup Tuduh Amanah Bahayakan Agama

Kita Tengok Siapa Jadi Gila Di Mahkamah Nanti Kata Akmal

Lelaki Tular Tampar Isteri Ditahan Pagi Tadi